Hi korang...
Sabtu lepas kan birthday mak SA, sebelum ni Mak Abah ada la balik kampung sekejap untuk salai daging. Laaa salai daging sampai balik kampung kan..hahaha..xde la..sebenarnya kalau salai daging kami memang suka salai dengan sabut kelapa sebab aroma salai tu yang akan menyedapkan bau daging tu selepas dijadikan masakan. Biasa kalau kat NS ni daging salai memang dimasak masak lemak cili api. Lepas tu di campur dengan sayur- sayur segar yang ada contohnya pucuk ubi, terung telunjuk dan sebagainya. Kali ni SA campurkan dengan terung telunjuk. Sedap...
Sebenarnya lauk ni permintaan birthday girl kan...so kita layankan aje....
Salai daging guna sabut kelapa..kena make sure tak melibatkan api ye..nanti hangus x sedap
Terung telunjuk..
renehkan daging dengan cili api dan serai...reneh lama sikit agar daging tak liat
masukkan santan dan make sure kacau selalu agar tak terbit minyak
Masak dah
tadaaa dah siap..
Korang nak jugak masak macam ni? Nasib baik SA rajin nak bagi resepi....
Masak Lemak Cili Api Daging Salai
Bahan-bahan
1kg daging ( disalai guna sabut kelapa)
Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
3 batang serai- dititik
1 kg Santan
Terung telunjuk 7 biji belah 2
Garam
Cara-cara
Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
Masukkan daging salai yang dah dihiris
Perasa kan garam
Masukkan terung telunjuk, biar seketika sambil di kacau selalu
Tutup api
Siap
Selain dari dari terung telunjuk biasa SA masukkan pucuk ubi, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..
Bukak-bukak je blog terus terampak menu ni arghhh sedapnyaaa....
ReplyDeletePeberet Sis ni, kalau makan luar, nampak menu ni, ini yang Sis ceduk dulu...dap dap!
feveret gak ni, SA. Nak masak sendiri, x reti kalau daging masak salai ni. tapi kalau pi makan kat mana2 ada menu ni, mmg wajib amik.
ReplyDeleteooo gitu cara salai nye...baeklah, balik kampung bintulu kang nak salai daging tunjuk kat mak...dia suka bab salai2 ni terutamanya salai ikan tongkol...
ReplyDeletewahh msk lemak cili api mancongkam tuu
ReplyDeletesedapnya daging salai masak lemak cili api tuh SA, dana tak pernah masak atau makan terung telunjuk tuh... tengok SA masak ni teringin nak try pulak
ReplyDeletemana nak cari daging salai tu eh. anak akk suka masak lemak cili api dgg salai ni.
ReplyDeleteBiasa ada jual kat area2 kampung kak, tepi2 jalan..especially nak ke kuala pilah tu...tapi buat sendiri lagi bagus..beli je daging 1-2 kg, hiris2 lebar2 macam dalam gambar tu..then salai guna arang atau guna sabut kelapa, tempurung kelapa pun boleh...
Deletei paling suka masak lomak daging salai dicampur dgn pucuk ubi.. omangai sodap sampai menjilat siku ghroman eh :D
ReplyDeletebtw, Selamat Ulangtahun Kelahiran Makcik.. semoga diberi kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki
makan dengan sambal belacan wowww sangat ini
ReplyDeleteade simpan bawah saji lagi tak? nak ketuk pintu rumah ni
ReplyDeleteKita suka terung telunjuk buat masak asam tempoyak lawan dengan ikan
ReplyDeletesedap nih..ada smokey taste tu yg best..abg ipar orang negori selalu masak gulai ni..
ReplyDeletealahai sedapnya..memikat selera tiba2..:)
ReplyDeleteDaging salai 👍👍
ReplyDeleteAllahu belum pernah makan 😭
ReplyDeletesedapnya kak SA.. sha suka terung telunjuk tu..
ReplyDeletePernah la sekali dua masak daging salai masak lemak ni. Kat KL ni mana nak cari daging salai sis?
ReplyDeleteAduhhh sedapnya kak
ReplyDeleteKalau wak, semasa menyalai dah habis separuh.
ReplyDeleteForever favourite ni masak lemak daging salai.
ReplyDeletealahai sodap eh nampak. ammi biasa lotak ubi kontang yo....ek ehhhh tercakap bahasa kampung pulak haha
ReplyDeleteaduyaii kak sedapnya tu.. baru balik dari PD aritu tak sempat nak makan masal lemak daging salai
ReplyDeleteSedapnya.
ReplyDeletePertama kali dengar nama terung telunjuk. Saya familiar terung warna purple tu je.
ReplyDelete