Wednesday, December 25, 2019

Kadangkala 'oldschool' itu lebih baik.

Jaga anak tak perlu moden sangat lah kawan.

Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.

Sebelum ini, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan 'pregnant' hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung.

Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, lepas tu murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki beb.

Bab jaga anak ni, tak perlu moden sangatlah beb. Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.

Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam.

Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya 'oldschool'.

Waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. Anak kita tu kan?

Biar dia menangis hari ini kena rotan dari kita yang menangis kemudian hari sebab anak memalukan.

Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.

Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak 'privacy' anak mereka.

Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Apa pula latar belakang budak tu. Mak ayah mereka macam mana orangnya. Semua kena selidik dan ambil tahu.

Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet sebenarnya.

Konon 'sporting'. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka 'check in' hotel, sekali kena tangkap khalwat, sekali anak pulang bawa perut makin membesar baru kita yang menyesal tak sudah.

Tektik belajar rumah kawan pun tektik lapok. Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin belajar.

Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.

Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar disitu. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.

Telefon ni yang paling payah. Ia bagai kewajipan dah bagi budak-budak sekarang punya telefon. Kena ajar anak guna telefon dengan betul. Dalam tu segala neraka yang bakal menjahanamkan mereka ada.

Bagi dia guna dirumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.

Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.

Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?

Telefon inilah punca paling banyak gejala sosial makin merebak dan tak terkawal. Budak sekolah rendah pun ramai yang tahu tentang seks melalui telefon.

Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.

Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.

Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan.

Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.

Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.

Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.

Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.

Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!

#MFS

Copy paste

13 comments:

  1. Mmg menakutkan skrg, tak berani nak ckp banyak kadang2. Just usaha ke arah kebaikan didik anak

    ReplyDelete
  2. good sharing..sekali sekala up entry macam ni memang boleh memberi impak kpada pembaca

    ReplyDelete
  3. smartphone yg paling bahaya sekali. tp kalau dah dididik sejak baby lagi dah bagi pegang phone, memang susah dah la lepas ni. ibu bapa kena mainkan peranan.

    ReplyDelete
  4. Seramnya budak-budak sekarang lebih 'dewasa' dari yg dewasa. Baru darjah 4 & darjah 6, naudzubillah.

    ReplyDelete
  5. Betul la tu. Kadang dengar pun jadi takut bila anak-anak ni lebih advance tahu dari kita. Hmm.. Moga suatu hari dikurniakan zuriat, kena jaga betul-betul ni

    ReplyDelete
  6. Ya Allah seram betul baca.. lagi2 kita pun ada anak perempuan. Minta dijauhi semua gelaja tak bermoral & sewaktu dengannya.. InshaAllah. Plus, kena selalu remind, warning & keep checking anak2 regularly.. risau dizaman moden ni mcm2 boleh berlaku.

    ReplyDelete
  7. Semoga kita dan keluarga dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini. Lagi besar cabaran ibu bapa zaman sekarang.

    ReplyDelete
  8. Kita kena campur tangan... jangan biarkan

    ReplyDelete
  9. Rasa gerun, takut, risau. Semua ada. Cabaran buat kita ibu bapa đŸ˜­

    ReplyDelete
  10. Bermacam macam kes generasi zaman sekarang ni. Mendidik anak anak semakin mencabar. Apapun semoga parents lebih bijak mendidik anak anak dengan panduan yang betul berlandaskan ajaran agama. InshaAllah semuanya akan baik baik.

    ReplyDelete
  11. betul tu kak, mana yang baik boleh ikut...tapi mana yang sah2 tak elok, tak payah la nak terapkan jugak dalam keluarga...kita ada agama dan budaya kita sendiri yang lebih baik dalam mendidik anak2

    ReplyDelete
  12. cabaran kita as parents...semoga kita semua dapat dirikan "tiang yg kukuh" dalam diri anak2 supaya mereka tak mudah goyah

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah