Tuesday, December 31, 2019

Hari Terakhir 2019

Hi korang...

Hari terakhir 2019 SA berada di sekolah kakak Dania..last minute terpaksa uruskan  pendaftaran form 4 Dania. Ada urusan yang perlu diselesaikan bab pilihan aliran..semalam Dania call bagi tau cikgu masukka  dia kelas pertama which is kelas sains tulen. Dia tak leh bawak dan nak mintak tukar aliran ikut pelajaran yang dia suka..itu yang SA nak uruskan pagi ni..sebenarnya dah la takde cuti..





Serba salah tau..sebab apa? sebab hari ni hari last boss SA kerja..lepas ni dia bercuti sebulan sampai tarikh dia pencen..dh la dia last day mesti banyak benda nak kena buat kan..tapi nak buat macam mana SA tersepit antara anak dan boss. SA terpaksa pilih anak sebab ini melibatkan masa depan dia..kalau teruska  redha dengan apa yang cikgu dah tentukan mmg niaya kat dia la kan..apa yabg SA tahu tahun 2020 aliran sains dan sastera dah di mansuhkan so murid boleh pilih aliran ikut apa yang dia minat. Ini yang SA nak pastikan betul2. Memang dia kelas pertama rasanya tapi bila matapelajaran elektif masing2 masuk kelas matapelajaran pilihan ikut jadual macam yg telah di terapkan dulu.

Hey pening bila macam-macam perubahan ni..bukan cikgu je pening, anak murid dan ibu bapa pun pening kan..ada je perubahan...

Updated : Tak boleh tentukan subject yang nak dipilih sekarang sampai habis orientasi, lepas orientasi nanti kalau masih x nak masuk ikut kelas yang ditetapkan dan dan tukar kelas ibu bapa kena buat surat dan jumpa GPK1, itupun tertakluk pada kekosongan kelas yang kita nak..kalau kelas penuh, takde pilihan kena stay kat kelas yang dah ditentukan otherwise kena tukar sekolah.. omg...senang je cakap tukar sekolah ...ingat sekolah lain kosong? takde masalah macam ni? rata-rata murid2 dan ibu bapa nak tukar aliran tadi terkedu..ingat proses tukar sekolah senang? amenda la cakap tak fikir logik akal...ikut suka je bercakap..

Terus kakak sakit kepala...skrg memang tak boleh buat apa keputusan lagi....pening..pening...kita kalau boleh x nak la beban kat anak kan?

pening oiiiii

20 comments:

  1. Takpe. Janji anak minat dengan pilihan dia.Btw, Selamat tahun baru 2020 sis sekeluarga

    ReplyDelete
  2. Oo.. kalau 2 aliran tu dah dimansuhkan. sekarang ia kira aliran apa pula SA

    ReplyDelete
  3. Ofcoz pilih anak dulu kan SA.. Seronoknya dah tau aliran kelas.. Khairine belum tau lagi.. semalam pergi sekolah nak tau tapi Cikgu ckp cikgu nak buat surprise.. tunggu buka sekolah nanti baru cikgu inform. anyway, walau apa pun pilihan kelas.. wish u all the best ok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat masa ni dia kelas sains tuken zaza, kalau nak tukar aliran selepas orientasi nanti, itupun depend kalau kelas aliran yg kita nak tu masih banyak kosong, kalau penuh kita kitae pilihan kena stay kelas tu jugak ataupun pindah sekolah katanya...cakap menyakitkan hati je...

      Delete
  4. Kesian dekat anak anak kita sekarang ni kan kak. Aliran sains tulen bukan senang tau kak. Saya dulu siap drop biologi tukar akaun sebab tak boleh catch up biologi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul susah..sebab tu x nak bebankan dia..ni kelas sains siap ada prinsip akaun...pening oiii...

      Delete
  5. Selamat meneruskan Pengajian Dania..
    Semoga terus cemerlang dunia Dan akhirat 😍

    ReplyDelete
  6. ammi dulu fight sendiri je dengan cikgu sebab suka2 je letak ammi dan kawan2 Melayu yang lain kat kelas ERT (terlebih diskriminasi masa tu mentang2 melayu sgt minoriti kat sekolah tu).

    Kalau kata betul ammi tak layak duduk aliran perdagangan tu oklah...ni pandai2 je nak tentukan. memang ammi fight sampai masuk bilik pengetua. Mujur ammi menang. So teachers...don't play2 hahah

    ReplyDelete
  7. tak mudah juga nak tentukan dia dapat subjek yang dia suka dan minat.
    Masalah kelas, masalah guru, masalah facilities semua nak diambil kira.

    ReplyDelete
  8. ni baru betul di telan mati ibu di luah mati anak nih kak... takpe boss tu SA boleh wish or jumpa lain kali.tapi untuk Dania lebih penting...

    ReplyDelete
  9. susah erk sekarang..kalau dlu nak mask klas sains..suka2 hati jer nak msk kelas mana. Tak perlu tgk kekosongan janji kita nak jer..hihi

    ReplyDelete
  10. Semoga dipermudah urusan dania. Semoga dapat subjek2 yg dia nak tu. Susah kalau belajar subjek yg kita tak suka ni kan.

    ReplyDelete
  11. kita pula yg pening byk sangat perubahan sistem.. adoi .. semoga dania dapat yg terbaik

    ReplyDelete
  12. ya Allah pening jugak nak setelkan benda ni. Moga dipermudahkan untuk kakak dania

    ReplyDelete
  13. X sudah mana PON. Yang susahnya apabila budak budak ni x tau dia minat apa. La ni mana ada aliran. Cuma pakej subjek elektif tu je yang sekolah pilih ikut kesesuaian pelajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada awak mungkin nampak mudah tp pada anak -anak yg tahu beban subject sains tulen tu macam mana agak susah la..nak plak dh tahu based on keputusan PT3 lepas.Mmg xde aliran dh sekarang tp dh ditetapkan oleh sekolah..jadi masalah bila nak tukar balik subject elektif ikut minat pelajar..kalau ikut kesesuaian pelajar tp pelajar x boleh adapt..nak buat macam mana ye?

      Delete
  14. SA,

    Faham sangat masalah anak-anak nak pilih STEM ke apa ke. Kita tahu kemampuan anak kita jadi kita kena support je mana mana aliran yang anak kita nak. Yes. Ada sekolah yang dah tentukan siap2 ikut keputusan PT3 anak2 kita. Macam sekolah Dania saya, ada 2 je aliran. STEM (Sains Tulen) dan STEM (Sains Tulen Agama). Kalau minat boleh stay. Tapi ada je cikgu kata yang dapat ok dalam PT3 memang tak minat sains nak ambik Prinsip Akaun kena tukar sekolah. Jadi memang mak tu tukarkan anak dia. Memang menyusahkan bab ni tapi bila fikir anak dia tak minat kena la tukar kat sekolah sekitar sini. Sekolah sekitar Bangi ni selain sekolah Dania memang banyak pilihan. Sekolah Dania je itu je aliran tapi mungkin akan tambah aliran lagi 2 tahun...Subjek elektif tu tertakluk kepada sekolah kalau dia ada cikgu yang layak ajar subjek tu. Sekolah Dania khusus itu ajer. Nak cari cikgu ambik masa. Dilemma juga...

    Disebabkan Dania saya memang minat sains tulen, Dania stay tapi terpaksa berpisah dengan kawan2 yang tak minat aliran ni....

    All the best Dania SA untuk aliran yang Dania SA minat. Kita ni selagi tak settle untuk anak tak sedap hati. Kita nak kan yang terbaik untuk anak kita. All the best SA. Kita kan ibu...ibu yang akan merasanya...

    ReplyDelete
  15. Dah telan panadol ke lum tu...?
    Relax mama, ok, pendapat Nina lak, memang kita akan turutkan minat anak². Tapi tak salah kasitau why not cuba sebab belum cuba belum tentu tahu minatnya sebab dia mampu score subjek sains. Mungkin di situ laaa kemampuan dia. Minat tak semestinya jadi kerjaya nanti. Proses trial form 4 ni ada yang lepas exam dah cuba tak leh bawak baru tukar aliran. Banyakkan doa dan solat minta petunjuk. InsyaAllah moga dipermudahkan, yang terbaik tentunya dari DIA. Pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  16. Bagi saya, kalau nak pilih bidang/aliran ni ada beberapa faktor yang kita kena titik beratkan iaitu, minat dan kemampuan diri. Kadang-kadang kita minat tapi kemampian kita tak bersesuaian dan sebaliknya. Semoga Dania berjaya dalam apa2 juga bidang yang dipilih.

    ReplyDelete
  17. Semoga dipermudahkan semua urusan akak dan Dania.. InsyaAllah pasti ada jalannya..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......