Tuesday, December 10, 2019

Asam Rebus Sulur Keladi Memang Sedap..

SULUR KELADI MAKANAN ORANG BERKEBUN ATAU BERSAWAH ZAMAN DULU- DULU


Hi korang...

Siapa pernah makan Sulur Keladi? Apa benda Sulur Keladi ni kan?Mak SA cakap zaman dulu kalau orang berkebun, bersawah atau motong getah, inilah lauk yang diorang makan..al maklumlah zaman dulu- dulu susah kan..nak makan ikan bukan boleh makan macam sekarang..hari- hari boleh beli ikan, zaman dulu nak makan ikan sebulan sekali, ayam walaupun ada bela tapi lebih untuk dijual..makan sendiri pun kalau musim perayaan je..soa mana pucuk kayu atau tumbuh- tumbuhan yang boleh dijadikan lauk tu boleh la buat lauk.Susah zaman dulu. Dapat lauk macam ni dah syukur..kongsi lah adik beradik makan..kadang arwah nenek dan atuk makan nasi kosong dengan air garam je asalkan anak- anak diorang ada lauk untuk makan.

Tapi bahayanya lauk macam ni bila digandingkan dengan ikan masin x kiasah ikan masin jenis apa, memang menambah la nasi...so kalau zaman sekarang makan lauk asam rebus sulur keladi ni confirm jahanam diet korang masuk ke laut dalam.

Apa sulur keladi ni?

Sulur keladi merupakan akar yang keluar dari pokok keladi yang dijadikan sebagai sayuran. Sulur keladi ni dikutip dan banyak di jual di pasar- pasar tani..silap SA x ambil gambar sebelum dijadikan hidangan. Tengok adik SA siang sulur keladi ni memang dah expert. maklumlah hidangan ni sangat terkenal di area Johor. Adik SA cakap yang sedap dan rasa lemak- lemak yang warna merah2 skit..yang hijau pun sedap katanya tapi tak selemak yang merah. 

Kat bawah ni SA dah siap dapatkan gambar sulur keladi dari google..gambar sebelum diproses dan sesudah di proses..dipotong sejengkal- sejengkal saiznya...

Sumber google.com

sumber google.com




Bila dah jadi hidangan dan makan dengan nasi panas, ada pulak ikan masin..mak oiiii....memang orang lain lalu sebelah x pandang dah..mahal jugak seikat sulur keladi ni tau..mahal sebab susah nak dapat. Tak selalu ada kat pasar tani..seikat adik SA beli RM7..so untuk hidangan masa kami kat rumah dia..dia beli 2 ikat..cara siang pun dia tunjuk kat kami. Kena potong sejengkal - sejengkal dan kikis lapisan kulit sulur keladi tu.. Kalau korang nak tahu, sulur keladi ni dijadikan biji benih untuk penanaman keladi komersil. Bukan satu jenis keladi je tau..ada Keladi Minyak, Keladi Mawar, Keladi Cina dan Keladi Sayur. Selain dimasak Asam rebus boleh juga di masukkan dalam masakan lemak cili api, asam pedas,Masak singgang, Sambal dan macam- macam lagi.

Sedap ke Sulur Keladi Pada Pendapat SA?

Sedap korang...memang rosak la diet SA...kelaut betul...tambah plak gandingan ikan masin..lepas makan rasa menyesal betul sebab 2 kali makan bertambah...nak nangis celah kerusi dibuatnya..tapi sayangnya..lepas makan dalam 1 jam macam tu SA kembung perut..hahaha...makan tak beringat tu la dia..Maksudnya SA tak bleh makan banyak la...setakat merasa tu ok la...jangan main hentam je..menghidap SA lepas tu..

Korang kalau nak rasa Sulur Keladi tu sedap ke tidak..korang kena pi cari kat pasar tani. makcik2 or pakcik2 yang jual sayur kampung tu ada jual...selagi tak cuba selagi tu x tau...

Baca juga kisah Majlis Perkahwinan Sepupu SA di Serkam Melaka

13 comments:

  1. oh tidak!!!
    oh tidak!!!
    tetiba terkenangkan mak mertua ku.
    now, dia x boleh masak dah, SA. uzur.
    dia suka masak ni. aida part melayan keladi tu yg ada bodoh skit. tak pandai!
    masak nyer tu ok la.
    oh tidak!!! rinduuuuuuu...

    ReplyDelete
  2. kalau asam pedas ni memang sedap la. pandai SA buat.

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan sulur keladi ni. Tapi selalu nampak la lauk yg dah siap utk dijual. Belum ada keinginan lagi nak try.. hehe

    ReplyDelete
  4. memang sedappp... masa kecik kecik selalu makan .. mak masak ... laaa nie dah lama tak makan sulur keladi .

    ReplyDelete
  5. Ada lagi keladi yg sedap kak. Keladi momo. Mak selalu masak. Best sebab tak gatal tekak

    ReplyDelete
  6. Jaman kecik2 dulu, selalu ngadap sayur ni.

    ReplyDelete
  7. sulur keladi ni adalah anak keladi, sebab bila besar dia akan jadi pokok keladi, tak semua jenis pokok keladi ada sulur tau SA, kalau kat kampung dana suka mak masak tumis pedas atau masak asam, memang layan lah... boleh bertambah-tambah kalau ada lauk ini

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan lagi sulur keladi ni kak. First time tahu pasal sulur kelafi ni

    ReplyDelete
  9. first time dgr sulur keladi ni. masak asam rebus pula pergh...kecur tgk.

    ReplyDelete
  10. Sedap ni. rasa macam dah lama tak makan keladi. last makan masa sekolah menengah dulu rasanya lah. takpun masa sekolah rendah..erm..nampak sangat lama tu.

    ReplyDelete
  11. ammi tak reti makan.
    ammi ni membesar banyak dgn lauk2 indian style.
    lauk2 melayu ni baru je belajar makan lepas kawin

    ReplyDelete
  12. Memang sedap.. Sha suka makan tapi sejak arwah ibu tak ada, tak merasalah.. Nak masak memang tak pandailah.. nak siang dia tu tak berapa reti.. huhuhu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......