Assalammualaikum...
Hi korang..
Allah dah kenapa tajuk macam tu kan...but serius menakutkan la naik bas pagi ni...SA dari Seremban naik bas macam biasa..dan SA naik bas khas coach wanita dari Stesen Terminal One Seremban ke Kuala Lumpur..Bertolak dari Seremban dalam pukul 6.30am. Hari ni SA terlewat keluar rumah sebab abah SA nak buang air besar la, dah settle tu nak masuk rumah semula nak amik baju sejuk la...then baru gerak ke Terminal One dalam pukul 6.20am..tak jauh pun dari rumah...cuti sekolah ni jalan tak sesak kan..sebab tu la driver bas bawak laju giler..sebelum ni takde plak laju macam tu..Hati SA dah x sedap dah..sebenarnya rasa berat hati nak pi kerja pagi ni...bukan apa..mak abah x kuat lagi..balik dari Muar ni nampak sihat sikit..tapi sebab cuti dah habis..makanya SA gigihkan jugak hati pergi kerja..
Seperti biasa naik je bas..SA akan duduk samada di bahagian tengah atau belakang...bukan kerusi panjang belakang sekali tapi 3 row dari belakang. Memandangkan lewat sikit pagi ni..maka SA duduk row yang terakhir...dah baca doa segala SA macam biasa terus lelapkan mata sambung tido...perjalanan memang smooth je...biasa la bas ekspress memang laju kan...SA sedap tidur dan terjaga setelah lepas tol Sungai Besi..Lepas tu SA sambung tido lagi...x sampai 5 minit tiba- tiba bas berhenti mengejut dan SA dh terdorong ke depan..memang impact sangat kuat tau...semua terkejut dan ada yang menjerit..ah sudah..accident ke kan? Dah la semua perempuan dalam bas kecuali pemandu. Rupanya driver bas mengelak dari berlanggar dengan myvi yang tiba- tiba brek mengejut. Myvi tu elak moto kuasa tinggi yang tiba- tiba cuba memotong dia..allah....menakutkan...
Alhamdulillah..nasib SA takde apa- apa..kalau duduk di bahagian depan sekali sure impact lagi kuat..Alhamdulillah allah pelihara keselamatan SA dan penumpang lain..ini la masalah SA..kalau SA rasa berat hati..memang SA akan mengalami sesuatu musibah walaupun bukan musibah besar...terus lepas tu SA x berani tido lagi dah...sampai KL SA berjaga..risau perkara buruk terjadi lagi...Alhamdulillah panjang umur..
alhamdulillah tkde apa2..mmg riso la kan bila tiba2 bas brake mengejut tu
ReplyDeleteAllahu Akbar.
ReplyDeletetakut nya!
alhamdulillah, xde pape kan.
teringat nak kongsi cerita.
kawan kakak aida meninggal dunia kerana accident bas.
kakak di bahagian tgh bas. pertghan perjalanan, kawan kakak tu tetiba beralih ke depan sekali.
dia kata senang nak tgk depan. few minutes pastu, accident.
kakak aida memang x dpt lupa kisah tu :(
lama dah kisah ni. time kakak aida tu skola menengah, SA. sedih...
Nasib baik...
ReplyDeleteAduhai..tu la kan kdg² dah berhati-hati..
pemandu lain pulak yg x berhati-hati...
Alhamdulillah..nasib xde apa² terjadi...
happy working akak
Alhamdulillah tak ada yang buruk berlaku debar baca
ReplyDeletealhamdulillah..cuak kita baca. betul, kadang kita dah cukup berhati-hati. tapi orang sekeliling plak yang cuai dan bagi kesan pada orang lain. huhu. minta dijauhkan dari perkara2 x diingini camni.
ReplyDeletealhamdulillah..cuak kita baca. betul, kadang kita dah cukup berhati-hati. tapi orang sekeliling plak yang cuai dan bagi kesan pada orang lain. huhu. minta dijauhkan dari perkara2 x diingini camni.
ReplyDeleteAlhamdulillah mujur SA baik-baik je . Kadang kita tak langgar orang , orang yang langgar kita .
ReplyDeleteNaik pengangkutan awam pun ada masa tak selamat . Jangan kata bas , kalau naik kereta motor sekali pun bila tiba-tiba brek mengejut , memang semua akan tersentak dan terdorong ke depan .
Alhamdulillah takde apa2 yang buruk berlaku.
ReplyDeleteTahun depan naik bas pun kena pakai seatbell
allahu mesti berdebar2 kak.. jgn demam dah. apapun alhamdulillah xde yg serius
ReplyDeletekadang pasal orang lain, orang lain yg kena impact. Alhamdulillah, berkat doa sebelum bergerak & doa parents SA, everything goes well. Syukur!
ReplyDeletefuuuhhh selamat xjadi apa2... tp tue la.. terganggu juga la tidur tue hahaha
ReplyDeletenasibla driver bas tu masih jaga jarak dengan kereta myvi tu, kalau dia ikut rapat mesti dah eksiden kan SA...
ReplyDeletekalau dana memang berdebar macam apa lah yek... alhamdulillah takde apa ye SA...
Alhamdulillah..tak jadi apa2 yang tidak diingini pada SA
ReplyDeleteAllahu kak, seram saya baca. Nasib tak ada apa2 berlaku
ReplyDeleteNasib baik tak ada app2 kecederaan. Semoga Kak SA terus dilindungi dan dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.
ReplyDeleteAllahuakbar. Alhamdulillah semua selamat. Kemalangan ini memang tak dapat dijangka. Semoga Allah memelihara kita kita semua..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Nasib baik tak jadi pape yang teruk. Tuhlah kadang bila kita berhati hati orang lain yang buat hal
ReplyDeleteAlhamdulillah tak ada perkara buruk terjadi. Tapi driver bas memang bawak tak pernah nak perlahan. risau juga kalau kereta sebelah bas tu..naik bas ni lagilah seram.
ReplyDeleteaduhhhh..ammi selalu seram kalau naik bus A-Line tu (eh ye ke nama tu?).. laju semacam je driver2 dia.
ReplyDelete