Tuesday, December 31, 2019

Pengumuman Pemenang Top Komentator December 2019

Hi korang....

Akhirnyaaaa.....yea akhirnya SA jumpa pemenang terbaru untuk top komentator terakhir untuk tahun 2019 blog SA... Alhamdulillah setelah sekian lama beliau mencuba kan ..akhirnya dapat jugak dia jadi top komentator yang terakhir. 

Jom tengok siapa pemenangnya....


Haaa nampak?

Nampak tak siapa pemenangnya? tak lain dan dan tak bukan pemenang adalah Norhidana. Alhamdulillah..tahniah buat Dana..

So Dana kena email details di Suriaamanda@yahoo.com . Email alamat dan no hp ye.. lepas 10hb nanti SA akan poskan hadiah.

Ini merupakan contest terakhir dari SA...untuk tahun 2020 nanti SA nak relax sekejap. insha'Allah kalau ada rezeki SA buat lagi. Mungkin untuk tahun 2020 SA akan masukkan link top komentator kat bloglist dan review blog pemenang dalam satu entry dan ping entry di group FB..SA akan start January nanti. SA stop sekejap bagi hadiah sampai kewangan SA stabil semula. Almaklumlah..SA dh xde overtime sebab boss dh retired kan..hehehe..doakan rezeki SA murah untuk tahun 2020 ni..

Selamat tahun baru 2020....


Lunch Terakhir Di Tahun 2019, Cibiuk Seremban Gateaway

Hi korang...

Lepas selesai daftar form 4 kat sekolah Dania tadi SA balik rumah..terus suruh Mak ngan Abah siap...nak bawak makan kat luar..malas nak masak..mula2 call adik ipar tanya kat mana makan sedap kat bandar Seremban. Kalau boleh nak lauk2 simple. Adik ipar pun bagi tau la kedai biasa dia pi..sampai situ parking takde. then call adik plak...dia suruh pi Ampangan tengok apa yg ada..hari dh l panas kan..erm mak cakap nak makan kat Cibiuk la...maknanya apa? haaaa maknanya selera dia nak makan kat Cibiuk lagi sekali...SA call adik sekali lgi bagi tau x jadi pi Ampangan...nak pi Cibiuk..eh..eh..dia nak join plak...amboiiii...pusing balik pi jemput dia dulu...


Sampai-sampai je terus order...tunggu pun x lama


tengok tu....ni maksudnya memang Mak suka makan kat sini..SA mmg ikutkan aje asalkan mak nak makan...dan ternyata dia makan agak banyak dari biasa


Ayam Bakakak Bakar


Sambal Udang Petei (petai)


Udang goreng crispy


Ikan Talapia goreng


Sup ekor fav abah


Nasi sedap  diorang


Untuk Set 6 orang ni SA dikenakan RM161.95 termasuk service charge. Alhamdulillah kami kenyang sampai ke malam..sampai sekarang ha time update entry ni SA kenyang lagi..betul2 sedap makan..yang penting pada SA bukan harga tau...tapi Mak berselera makan. Badan mak dah lemah..nak jalan pun kena berpimpin. Kalau korang pun sure risau kan...semalam SA bawak Mak pi klinik. Doktor kami pun terkejut tengok mak pucat dan agak lemah nak berjalan. So lama gak Doc bagi nasihat kat mak suruh makan kerap tak boleh ikutkan selera sangat. Takut nanti masalah lain plak..dah la 13hb nanti nak pi IJN untuk next check up kan...Lega gak la hati ni sebab agak banyak jugak la mak makan td...semoga mak terus berselera...ni malam ni dh siap makan dh..dia mintak lauk telur goreng je...nak alas perut sebab nak makan ubat..

Hari Terakhir 2019

Hi korang...

Hari terakhir 2019 SA berada di sekolah kakak Dania..last minute terpaksa uruskan  pendaftaran form 4 Dania. Ada urusan yang perlu diselesaikan bab pilihan aliran..semalam Dania call bagi tau cikgu masukka  dia kelas pertama which is kelas sains tulen. Dia tak leh bawak dan nak mintak tukar aliran ikut pelajaran yang dia suka..itu yang SA nak uruskan pagi ni..sebenarnya dah la takde cuti..





Serba salah tau..sebab apa? sebab hari ni hari last boss SA kerja..lepas ni dia bercuti sebulan sampai tarikh dia pencen..dh la dia last day mesti banyak benda nak kena buat kan..tapi nak buat macam mana SA tersepit antara anak dan boss. SA terpaksa pilih anak sebab ini melibatkan masa depan dia..kalau teruska  redha dengan apa yang cikgu dah tentukan mmg niaya kat dia la kan..apa yabg SA tahu tahun 2020 aliran sains dan sastera dah di mansuhkan so murid boleh pilih aliran ikut apa yang dia minat. Ini yang SA nak pastikan betul2. Memang dia kelas pertama rasanya tapi bila matapelajaran elektif masing2 masuk kelas matapelajaran pilihan ikut jadual macam yg telah di terapkan dulu.

Hey pening bila macam-macam perubahan ni..bukan cikgu je pening, anak murid dan ibu bapa pun pening kan..ada je perubahan...

Updated : Tak boleh tentukan subject yang nak dipilih sekarang sampai habis orientasi, lepas orientasi nanti kalau masih x nak masuk ikut kelas yang ditetapkan dan dan tukar kelas ibu bapa kena buat surat dan jumpa GPK1, itupun tertakluk pada kekosongan kelas yang kita nak..kalau kelas penuh, takde pilihan kena stay kat kelas yang dah ditentukan otherwise kena tukar sekolah.. omg...senang je cakap tukar sekolah ...ingat sekolah lain kosong? takde masalah macam ni? rata-rata murid2 dan ibu bapa nak tukar aliran tadi terkedu..ingat proses tukar sekolah senang? amenda la cakap tak fikir logik akal...ikut suka je bercakap..

Terus kakak sakit kepala...skrg memang tak boleh buat apa keputusan lagi....pening..pening...kita kalau boleh x nak la beban kat anak kan?

pening oiiiii

Monday, December 30, 2019

Apa Yang Perlu Anda Tahu Bila Masuk Tahun 2020



1) Kompaun, denda jika merokok di premis makanan bermula.
Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan

2) Program Sarapan Percuma (PSP) 2020 untuk semua pelajar sekolah rendah.
Program ini akan bermula seawal jam 7 pagi hingga 8.30 pagi (sekolah sesi pagi) dan di antara jam 12 tengah hari hingga 4 petang bagi sekolah sesi petang

3) RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu.
Harga di Sabah, Sarawak, Labuan Kekal. Mereka yang layak akan diberikan subsidi petrol sebanyak RM30 sebulan untuk pemilik kereta atau RM12 sebulan untuk pemilik motosikal

4) Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) diwajibkan.
Tiada saman akan dikenakan sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama bagi penguatkuasaan pengunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System atau CRS)

5) Pekerja asing wajib didaftarkan dengan Perkeso.
Majikan di negara ini diwajibkan untuk mendaftarkan pekerja asing di bawah Skim Bencana Kerja Pekerja Asing (SBKPA) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso)

6) Gaji minimum RM1,200 sebulan di 57 bandar utama.
Kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan di bandar utama di bawah pentadbiran 57 majlis bandar raya dan majlis perbandaran, manakala kadar gaji minimum kekal pada RM1,100 sebulan di kawasan selain wilayah bandar utama

7) Sistem cukai petak di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan sistem cukai petak mulai 1 Jan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan menyaksikan pemilik terutama golongan B40 menikmati kadar tetap RM15 setahun bagi hak milik pajakan dan RM20 setahun bagi pegangan hak milik kekal

😎 Cukai perkhidmatan digital 6% dikenakan kepada penyedia perkhidmatan digital asing.
Pelaksanaan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan digital asing – termasuk perisian, muzik, video dan pengiklanan digital

9) Aliran Sains Dan Sastera Dimansuhkan (Tingkatan 4).
Pelajar Tingkatan Empat tidak lagi dibahagikan atau dibezakan mengikut aliran sastera dan sains, tetapi mereka akan dibenarkan memilih subjek mengikut minat mereka

10) Rakyat Sarawak nikmati air percuma.
 Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik yang bersamaan dengan kira-kira 11,300 liter air percuma, menurut Kementerian Utiliti

11) RFID di plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka.
Pelaksanaan kutipan tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di 62 plaza tol, lebuh raya sistem tol terbuka bagi kenderaan kelas 1

12) Suntikan Pneumococcal secara percuma buat semua bayi yang lahir.
Kerajaan memperuntukkan RM30.6 bilion kepada KKM dengan RM60 juta sebagai permulaan untuk menyediakan vaksin pneumococcal kepada semua bayi yang lahir

13) Larangan penggunaan straw minuman plastik untuk peniaga dan pengusaha kedai makan.
Larangan penggunaan straw plastik konvensional tidak membabitkan orang ramai sebaliknya dikuatkuasa kepada peniaga dan pengusaha kedai yang mempunyai lesen perniagaan

14) Pahang kuat kuasa tulisan jawi di semua premis.
Tulisan jawi pada papan tanda dan iklan di semua premis perniagaan di Pahang dikuatkuasakan

15) Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai.
Pulau Pangkor dijadikan zon destinasi pulau bebas cukai kecuali minuman keras

16) Kadar tol kereta di Jambatan Kedua Pulau Pinang dikurangkan.
Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7.00

17) Kenaikan elaun RM2 sejam untuk anggota RELA.
Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan menikmati kenaikan elaun sebanyak RM2 sejam dengan jumlah peruntukan tambahan sebanyak RM26 juta

18) Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar.
Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai yang akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap 4 bulan sekali. Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan bagi motosikal

19) Penggiat seni bakal nikmati manfaat KWSP, Perkeso.
Golongan karyawan merangkumi pelakon, jurusolek, krew produksi dan sebagainya berpeluang menikmati manfaat KWSP dan Perkeso bergantung pada gaji dan polisi insurans mereka

20) Levi pelbagai peringkat untuk pekerja asing meliputi semua sektor.
Pelaksanaan itu mengambil kira aspek integrasi data serta kesediaan pihak kerajaan dan majikan di bawah sektor formal, khususnya pertanian dan pembuatan

21) Hanya isi rumah bawah RM4,000 layak nikmati air percuma di Selangor.
Hanya penduduk dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah layak menikmati Skim Pemberian Air Percuma ditawarkan kerajaan Selangor bermula 1 Mac 2020.

Masak Lemak Cili Api Daging Salai Campur Terung Telunjuk

Hi korang...

Sabtu lepas kan birthday mak SA, sebelum ni Mak Abah ada la balik kampung sekejap untuk salai daging. Laaa salai daging sampai balik kampung kan..hahaha..xde la..sebenarnya kalau salai daging kami memang suka salai dengan sabut kelapa sebab aroma salai tu yang akan menyedapkan bau daging tu selepas dijadikan masakan. Biasa kalau kat NS ni daging salai memang dimasak masak lemak cili api. Lepas tu di campur dengan sayur- sayur segar yang ada contohnya pucuk ubi, terung telunjuk dan sebagainya. Kali ni SA campurkan dengan terung telunjuk. Sedap...

Sebenarnya lauk ni permintaan birthday girl kan...so kita layankan aje....


Salai daging guna sabut kelapa..kena make sure tak melibatkan api ye..nanti hangus x sedap


Terung telunjuk..


renehkan daging dengan cili api dan serai...reneh lama sikit agar daging tak liat


masukkan santan dan make sure kacau selalu agar tak terbit minyak


Masak dah

tadaaa dah siap..

Korang nak jugak masak macam ni? Nasib baik SA rajin nak bagi resepi....

Masak Lemak Cili Api Daging  Salai

Bahan-bahan
1kg daging ( disalai guna sabut kelapa)
Cili api segenggam & kunyit hidup ditumbuk halus
3 batang serai- dititik
1 kg Santan
Terung telunjuk 7 biji belah 2
Garam

Cara-cara
Masukkan santan + cili api + serai dlm periuk..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu, biar mendidih dan agak pekat santan tu
Masukkan daging salai yang dah dihiris
Perasa kan garam
Masukkan terung telunjuk, biar seketika sambil di kacau selalu
Tutup api
Siap

Selain dari dari terung telunjuk biasa SA masukkan pucuk ubi, apa yang sedap dicampurkan dalam masakan daging salai? Ada orang suka campur buah bacang , mangga muda, daun gelugor atau campur buah belimbing buluh..semua ni memang sesuai dicampur dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai...sedap sangat...korang cuba la..

Sunday, December 29, 2019

Tukar Alas Meja Makan Baru...

Hi korang....

Orang kan...hujung tahun ni la beli macam-macam kan..beli baju, kasut, handbag, perfume apa je la segala mak nenek benda keperluan nak masuk tahun baru bagai..tapi SA x la korang...SA masih macam ni..pakai je apa yang ada dulu..bila perlu baru la beli...sekarang ni tengah utamakan keperluan sekolah Dania..alas meja ni plak memang perlu beli since alas meja lama dh x boleh guna...dah buruk sangat..kebetulan plak nak sambut birthday mak SA...so tanpa berlengah SA terus je pi Pasaraya Zemart  dekat ngan rumah SA so beli la alas meja 2 meter sekali ngan plastic transparent tu 2 meter...alas meja tu RM12.90 semeter, plastic tu RM5.90 semeter...ada gak corak-vorak lain tapi sedikit mahal la...nanti nak raya boleh la beli... 


SA pilih corak yang tu...tapi......


Nampak yang ni plak cantik...

Alas meja pun boleh rambang mata kan..hahaha..mengalahkan pilih kain nak buat baju plak...cantik tak corak alas meja tu? giler x cantik...dh letak kat meja...eh..eh..cantik plak..kat umah SA ada 2 buah meja makan...ingat nak tukar untuk satu meja lagi..eh..over plak bajet..lagipun alas meja yang yang satu lagi meja tu ok lagi..so jangan membazir ok..nak raya nanti baru tukar ..

Perihal Manusia...Sabar La..Dunia Ini Memang Tidak Pernah Adil

Manusia,
Dia nampak kamu masuk lambat,
Tapi dia tak nampak kamu balik lambat.

Manusia,
Dia nampak masa kamu berehat,
Tapi dia tak nampak masa kamu buat kerja macam esok dunia kiamat.

Manusia,
Dia marah kamu apabila kamu buat salah,
Tapi dia tak puji kamu apabila kamu cemerlang.

Manusia,
Dia sayang kamu masa kamu diperlukan,
Tapi dia tak pedulikan kamu apabila dia dah ada pengganti.

Manusia,
Dia diam senyum dalam hati apabila organisasi cemerlang ,
Tapi dia merungut kepada kamu apabila prestasi merudum.

Manusia,
Dia bergembira dengan keluarganya apabila banyak cuti,
Tapi dia berkongsi duka dengan kita apabila tugasan bertimpa-timpa.

Manusia, dia tetap Manusia.
Kita, tetap kita.
Bekerjalah untuk diri kamu, bukan untuk orang lain.
Cukup masa, baliklah jenguk keluargamu.
Jangan dikejar kerja yang tak pernah habis.
Kamu diperlukan hanya apabila kamu ada kekuatan.
Apabila kekuatan kamu hilang, manusia tak perlukan kamu, TAPI keluargamu masih perlukan kamu.

Bekerjalah pada masa kerja kamu,
Bergembiralah dengan keluarga pada masa kamu dengan keluarga.
Hal kerja dengan hal keluarga,
Jangan  dicampuradukkan.

#salintampal

Friday, December 27, 2019

Makan Sorang- Sorang Kat Pantry Office

Hi korang....

Hari ni Jumaat terakhir untuk tahun 2019 kan...hari ni  SA masih bekerja...hahahaha..kerja dengan aman damai sebab semua orang takde..aman ke? sebenarnya rimas tau..kita sensorang jer kat opis..ada la orang lain kat level SA ni tapi tak sama department la..so 2 hari ni SA berulang KL- Seremban, Seremban -KL so bertuah la dapat bawak bekal..abah masak lebih so sempat la SA menapau untuk bekal SA..semalam pun SA bawak bekal tau..siap bawak bekal sarapan dengan tengahari lagi..giler betul gigih SA masak breakfast pukul 5 pagi. Haaa...x leh nak predict kerajinan kan..Hari ni plak SA bawak bekal untuk makan tengahari je..next week duduk rumah sewa semula confirm bertukar jadi pemalas..

So hari ni SA makan tengahari awal pukul 12 tengahari...makan sensorang kat pantry...dah sensorang tu sempat la selfie....



SA makan dengan tangan kanan ye...tapi sebab selfie..memang nampak macam guna tangan kiri...


Malas nak pindahkan nasi tu dalam pinggan..makan cenggitu je senang



Hari ni SA makan nasi basmati dengan lauk ayam kari...the best part mak yang masak ayam kari tu..haaaa....memang best la SA makan..masa panaskan lauk tadi ada yang tanya sape masak kari ni erk..sedapnya bau..hahaha..SA lepas je makan nak pergi department SA semula terus cakap..iolls yang panaskan lauk tadi..sorry la kalau ganggu korang..hahaha..confirm diorang lapar tu kan...

Tengahari ni SA tak kemana- mana pun..lepak kat opis jer sebab takde geng nak berjalan..kang kul 6pm nak balik dah...

Thursday, December 26, 2019

Akibat Bosan Berambut Pendek...

Hi korang..

Ini la masalah nya kalau jadi seorang SA yang cepat bosan..elok rambut panjang pergi potong rambut..lepas tu menyesal potong..then bila dah potong rambut asal SA sebenarnya curly..tebal dan mengembang..dekat 2 bulan lebih macam tu dan SA rasa bosan sangat..hari- hari pergi kerja ikat rambut. kalau lepaskan pun bila shampoo jer la..lepas tu dia jadi buruk sangat..Geram punya pasal SA pergi buat Relaxing dan treatment..3 jam setengah SA menadah kepala kat salon. Hambek ko...terbang RM400 untuk rambut sahaja. Mahal? Memang mahal la sebab SA pilih ubat yang mahal serta kualiti. Buat relaxing ni tahan 2 tahun cuma 3 bulan sekali kalau rajin dan ada bajet boleh buat treatment. Takde makna la 3 bulan sekali nak buat treatment. Banyak plak maintenance rambut dari keperluan untuk hidup..SA buat rambut ni pun sebab dah terpaksa. Kerja sebagai secretary penampilan kena jaga. Kita bawak image syarikat kan. Dah tau kena jaga penampilan dah kenapa gatal pi potong rambut hari tu kan...haaa...padankan la muka sendiri....


Sessi letak ubat pertama


tunggu 30 minit


Jenuh menunggu


Dh cantik....belum lagi yeee....ini sessi pertama, lepas letak ubat dan cuci serta iron rambut..


Ni sessi kedua dimana ubat ni kena tunggu 10-15 minit. lepas tu kepala tak leh gerak- gerak dan kena statik je...


Tadaaaaaa....dah siap....nampak okey dah kan? baru puas hati...

Puas hati?

Of course puas hati...takde la rambut macam hape jer...SA pernah buat rebonding sekali, lepas tu pernah digital perm jugak..nak jaga digital perm lagi seksa dari jaga rambut rebonding. Sekali tu je la SA rebonding dan lepas tu terus buat relaxing je sebab relaxing lagi nampak natural compare rebonding. Rebonding nampak macam pakai rambut palsu je...dah iron rambut SA tadi nampak panjang balik rambut SA kan....bila iron, stylist tu cakap dia akan tarik rambut kita..so nampak x..sebenarnya rambut SA yang asal adalah curly...hehehe...lepas ni tak nak dah gunting rambut paras bahu..x tahan mata ni sakit tengok rambut kembang macam hape..stylist td tu pun cakap SA x sesuai rambut pendek...apa2 aje la..masa tu dah rimas sebab tu gunting..tak sangka plak dia jadi kembang macam tu...nasib ada simpan duit lebih...boleh la buat relaxing..kalau takde simpan duit..x tau la apa jadi rambut ni...so sekarang dah puas hati..tahun baru nanti dengan semangat baru...yeayyy....kira rambut tahun baru la ni walaupun orangnya dah lama..hahaha...

Cuti Dah Habis...So Kerja La Kerja.....


Hi korang....

Makin menjadi-jadi vitamin M SA ni kan..giler pemalas nak update blog..konon target sebulan nak 50 entry...takde makna semua tu...dah hujung tahun ni rentak jadi slow sebab sensorang kat opis..boss cuti dan kengkawan semua cuti..so diri sendiri yang cuti dah hbis ni sila la sedar diri...giler la cuti tahun 19 hari habis begitu sahaja ..habis pun sebab mak selalu tak sihat kan...memang banyak habis untuk mak je...tahun ni sekali lagi tak dapat kemana-mana compare tahun lepas..kesian Dania ..ni hal sekolah dia pun terpaksa la SA lepaskan kat dia sendiri. I mean urusan pendaftaran dan beli buku nanti. SA dh siapkan dh segala kewangan untuk Dania masuk form 4 ni..cuma SA x dapat la nak cuti masa hari pendaftaran nanti. rasanya x pe kot sebab dia pun dah besar kan...
So hari ni SA kerja ..office memang senyap sunyi je...2 hari ni pun SA x balik rumah sewa..berulang Seremban -KL. Malas nak balik rumah sewa ntah kenapa ntah sekarang ni..lagi prefer berulang plak..in case la kalau dania ada rezeki masuk asrama, SA rasa memang SA start berulang la kot..jimat skit kat situ kan sebab dh x bayar rumah sewa. lagipun kalau Dania takde kat rumah nanti sape plak nak tengokkan mak abah SA. Diorang pun bukan kuat lagi kan..sekarang terasa agak penat sebab rumah sewa jauh..maunya x penat waktu kerja SA 9am-6pm..adakala perlu kerja lebih masa..so balik rumah sewa dh penat kan..tapi kalau berulang lagi penat kot sebab SA kena bangun awal pagi..seksrang tgh manage masa perjalanan sebab SA kan masuk kerja pukul 9am..so maybe lepas ni boleh keluar lambat sikit kot..pagi tadi SA sempat tau buat sarapan pagi untuk bekal..hahaha..lauk untuk bekal buat malam semalam..so lepas ni kena manage lagi time biar betul2 ngam dengan time masuk kerja..

So sape kerja hari

Wednesday, December 25, 2019

Kadangkala 'oldschool' itu lebih baik.

Jaga anak tak perlu moden sangat lah kawan.

Seorang sahabat guru berkongsi apa yang isterinya tulis. Isterinya juga seorang guru di sebuah sekolah rendah.

Sebelum ini, di sekolah sama seorang murid tahun 6 dikesan 'pregnant' hasil hubungan seks dengan teman lelakinya. Ya, murid yang baru lepas UPSR berumur 12 tahun dah mengandung.

Tak menang tangan nak handle isu murid tahun 6 tersebut, lepas tu murid tahun 4 pula dikesan melakukan seks dengan beberapa orang murid lelaki tahun 6. Dengan BEBERAPA orang lelaki beb.

Bab jaga anak ni, tak perlu moden sangatlah beb. Tak payah tiru gaya orang Eropah didik anak. Bagi kebebasan melampau hingga anak langsung tak hormat mak ayah. Gejala sosial yang teruk dan seks bebas itu biasa.

Kita ada budaya kita. Budaya ketimuran. Kita ada agama kita. Agama Islam.

Kenapa perlu ditiru budaya yang kononnya moden tapi sahsiahnya teruk. Terus saja mendidik anak gaya 'oldschool'.

Waktu maghrib anak wajib berada atas rumah. Lambat naik, melawan, rotan saja. Anak kita tu kan?

Biar dia menangis hari ini kena rotan dari kita yang menangis kemudian hari sebab anak memalukan.

Selongkar sahaja segala barangan mereka. Beg mereka. Telefon mereka. Malah, diari mereka kalau perlu dan ada sangsi. Jika ada benda tak patut, terus bimbing sebelum mereka bertambah teruk.

Tak perlu ikut budaya barat yang kononnya menjaga hak 'privacy' anak mereka.

Siasat betul-betul dengan siapa mereka berkawan, dengan siapa mereka keluar. Apa pula latar belakang budak tu. Mak ayah mereka macam mana orangnya. Semua kena selidik dan ambil tahu.

Janganlah nak tunjuk moden sangat bagi anak kecil dah bercinta dan benarkan keluar dengan pakwe. Cinta monyet kata orang, padahal ibu bapa yang membenarkan cinta monyet itu yang monyet sebenarnya.

Konon 'sporting'. Pakwe anak tingkatan 2 minta izin kita bawa anak pergi tengok wayang kita benarkan. Siap bagi duit poket lagi. Sekali mereka 'check in' hotel, sekali kena tangkap khalwat, sekali anak pulang bawa perut makin membesar baru kita yang menyesal tak sudah.

Tektik belajar rumah kawan pun tektik lapok. Tapi masih ramai ibu bapa yang kena tipu. Anak kata nak pergi belajar rumah kawan, kemain gembira mak ayah anak mereka rajin belajar.

Siap hantar ke depan rumah lagi. Lepas tu kita pulang, mereka pun keluar bersama teman lelaki masing-masing dan buat perkara tak bermoral.

Nak benarkan anak belajar rumah kawan boleh, tapi pastikan kawan itu kawan sejantina. Kenal juga mak ayah kawan anak kita. Telefon mak ayah kawan anak kita untuk pastikan anak kita betul ada belajar disitu. Balik rumah, check pula buku dia. Benarkah dia belajar hari itu. Biar jelas dan kita puas hati.

Telefon ni yang paling payah. Ia bagai kewajipan dah bagi budak-budak sekarang punya telefon. Kena ajar anak guna telefon dengan betul. Dalam tu segala neraka yang bakal menjahanamkan mereka ada.

Bagi dia guna dirumah dengan pengawasan kau sahaja. Bagi dia guna masa tertentu sahaja. Sebelum masuk tidur, kau ambil telefon tu simpan.

Dibiar budak tu bawa ke bilik tidur, entah-entah web lucah yang dia layan. Entah dengan siapa dia berborak. Malah, banyak sangat zaman la ni budak sekolah buat video call dan berbogel depan kamera. Teman lelaki hasut, terus buat.

Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?

Telefon inilah punca paling banyak gejala sosial makin merebak dan tak terkawal. Budak sekolah rendah pun ramai yang tahu tentang seks melalui telefon.

Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.

Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.

Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan.

Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.

Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.

Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.

Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.

Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!

#MFS

Copy paste

Tuesday, December 24, 2019

Murahnya Novel Di KL Sentral


Hi korang...

As usual la bab membazir bagi kat SA ni...beli lagi novel..giler la kalau x terjebak kan..sure terjebak jugak memandangkan SA ni memang hantu novel..padahal novel sikit punya banyak kat rumah Seremban tu ntah bila nak habis baca kan..semalam masa balik kerja SA ternampak jualan buku ni...sementara nak pi MRT tu singgah kejap la tengok apa yang menarik ..malay novel diorang jual sebuah RM5 dan 3 buah RM10... kalau korang kat tempat SA korang terjebak x? Sure terjebak kan..so korang yang berada di sekitar KL Sentral sila la terjah dan  beli..tengah murah ni kan..esok2 mahal balik sape tau..SA plak x sure berapa lama diorang buat jualan murah ni..rasanya semalam baru buka ni..

So korang jangan lupa terjah tau..jangan cakap SA x payung plak..hehehe...

Monday, December 23, 2019

Bosannya Bila Takde Idea Nak Update Blog

Hi korang...

Dah pukul 12 tengahari kan..SA kat opis ni tengah sendu dan tengah diserang batu yang maha hebat..dari malam tadi sebenarnya sebab tu SA tak layan GV6 Final semalam.Telan ubat batuk terus weng..pukul 10 SA dah masuk tido dan pengsan tak sedar diri dah...hari ni bangun tido masih lagi weng tapi memandangkan cuti dah habis dah yillek kosong, makanya jom la ber huhuhu kita pi opis erk..kenalah kerja..sedangkan boss yang sepatutnya cuti hari ni tapi cancel cuti dan masuk kerja..inikan pula SA yang cuti dah habis dan tinggal MC je masih banyak..dah hujung tahun ni dah malas nak MC walau hakikatnya patut kena MC je..

So..SA sedikit takde mood nak up entry, tapi tak nak biarkan blog ni sepi tak berupdate..tak fair la kat korang kan...dah la SA ni tak aktif dunia blogging dah..dah tak pi event..domain renew setiap tahun..tapi malas update..haaa..sedikit tak patut kat situ kan...untuk itu...SA up jugak la entry untuk korang...tapi as usual la kan...entry berkenaan menu yang SA masak la...itu je bahan yang ada dalam draft...

Sabtu lepas SA masak lauk ikut permintaan mak yang tengah tak sedap tekak...


Kerang masak lemak cili api ( mak mintak masak macam ni)


Sotong goreng tepung permintaan dania


Sayur sawi goreng..( sawi petik je kat depan rumah)


Ikan masin bulu ayam SA goreng 5 ekor je untuk tambah selera


Ulam timun Jepun tapi SA buang kulit dia..


Pemanis mulut buah Dragon fruit merah...

Sebenarnya petang sabtu tu SA pi jogging ngan Dania...itu pun sebenarnya SA malas nak pi joging...tapi dania kuat ajak sebab berat badan dia dah naik dan dah hampir sama ngan berat badan SA..58kg..hahahha...duduk rumah kerjanya makan..makan..dan makan jer...nak buat cane lagi kan...nanti bukak sekolah kena la aktif bersukan semula. So lepas pergi jogging tu SA siapkan bahan nak buat mee sup fav mak SA...risau sebenarnya dia tak selera nak makan..badan pun dah tak kuat macam sebelum ni..jalan sikit dia dah mengah...macam mana nak kuat badan kan kalau dah hari- hari makan ubat entah berapa puluh biji...tekak pahit..selera hilang..puas tanya dia nak makan apa dan apa yang dia teringin nak makan..jadi susah jugak SA dan abah SA..kami jadi buntu tak tau nak masak apa..dalam masa sama risau juga..maunya tak risau..kadang dia makan 2-3 suap je..banyak mana la makanan masuk dalam perut kan...kalau korang jadi SA pun sure korang risau...

Friday, December 20, 2019

Hilangkan Kulit Kusam Serta Tona Tidak Sekata Dalam Masa 2 Minggu Dengan Orgga Malaysia

Sentuhan Ajaib Orgga Malaysia Menggunakan Bahan- Bahan Natural Dan Organik Untuk Kulit Yang Sihat, Cantik Dan Berseri Secara Semulajadi.


Hi korang....

Memang sangat merisaukan hati sekiranya kulit muka kita mengalami masalah seperti jerawat, jeragat, tona tidak sekata dan sebagainya. Begitu juga SA..sejak kebelakangan ini kulit muka SA mengalami masalah berminyak, berjerawat dan macam- macam lagi. SA dah pergi jumpa doktor pakar pun masih tidak menyelesaikan masalah sebab katanya ianya akibat cuaca, suhu persekitaran dan masalah hormon badan akibat peningkatan usia. Sedih tau..jerawat menyerang x kira tempat di muka..

Memandangkan masalah kulit berminyak dan berjerawat ini tidak selesai, baru- baru ini SA diperkenalkan dengan set skincare yang menggunakan bahan semulajadi iaitu Orgga Malaysia. Sememangnya SA mencari skincare yang hanya  mengandungi bahan semulajadi dan organik. Mana tau kulit muka SA x sesuai dengan bahan yang mengandungi chemical kan. Bahaya chemcical pada kulit juga memandangkan kulit muka adalah bahagian sensitif pada tubuh badan kita.

Apa yang bagusnya dengan produk ORGGA ni? 

  • Natural & Organik
  • Safe & Effective
  • Vegan & Cruelty Free
  • FREE Alcohol, Hydroquinone, Mercury, SLS, Paraben, Synthetic Preservative, Sulfates, Pewarna & Pewangi Sintetik
  • Made in Malaysia





Ok, produk ORGGA ini mempunyai banyak jenis mengikut kesesuaian dan masalah kulit muka korang. Pastikan korang check betul- betul masalah kulit muka korang agar tidak tersalah memilih skincare. Produk Orgga Malaysia yang diperkenalkan  antaranya Bacca Bliss, French Rose, Le Neroli, Rose Otto, Libra, Olivia, Lindo, Rose Quartz dan Jade Stone.. Kulit SA jenis berminyak dan mudah diserang jerawat. So, SA pilih set yang sesuai dengan kulit SA iaitu 

  • Bacca Bliss Daily Cleansing Powder
  • Rose Otto Nourishing Face Mist
  • Lindo Luxe Beauty Oil
  • Jade Stone Detox

Step By Step Penggunaan ORGGA Natural Skincare


Step 1 : Orgga Bacca Daily Cleansing Powder 
( Untuk kulit normal, kombinasi, berminyak dan berjerawat)

Ianya digunakan sebagai pencuci muka, scrub dan juga mask. Ianya juga mempunyai tekstur yang amat lembut.Orgga Bacca Bliss Daily Cleansing Powder bukan sahaja mencuci muka, tetapi ia juga menanggalkan sel- sel kulit mati tanpa mengeringkan kulit. Pada masa yang sama, ia juga merawat kulit dengan kandungan bahan- bahan semulajadi terpilih seperti tanah liat, bijirin, bunga- bungaan dan ekstrak buah-buahan.

Jenis Kulit : Normal, Kombinasi, Berminyak, Berjerawat



Kelebihan Bacca Bliss Daily Cleansing Powder

  • Mengandungi Vitamin, anti oksidan dan anti Penuaan
  • Mencuci, merawat dan melembabkan kulit
  • Menghilangkan , mencegah jerawat dan bintik hitam
  • Merawat kulit muka tidak sekata dan kusam
  • Menganjalkan kulit
  • Melambatkan kesan- kesan penuaan
  • Menyihatkan dan Melembutkan Kulit
  • Mencerahkan, Menaikkan seri wajah secara semulajadi
  • Membantu aplikasi mekap agar nampak natural dan sekata

Tips : Urut di muka secara membulat, nikmati bauan dan tekstur yang lembut , biarkan selama 2-3 minit kemudian bilas.
Saiz : 50gm (100% Natural, 56% Organik, No preservative)
Harga : RM80

Step 2 : Orgga Rose Otto Nourishing Face Mist


Rose Otto Nourishing Face Mist ni diperbuat daripada bahan-bahan asli dan semulajadi yang berkualiti dan terpilih. Kombinasi Hydrosols, ekstrak buah-buahan, essential oils yang mewah, vegetable glycerin dan juga aloe vera yang bukan sahaja akan menyegar dan melembabkan kulit tetapi juga merawat kulit muka dengan membekalkan nutrisi dan anti-oksida. Selain itu terdapat beberapa kebaikan yang lain pada face mist ini.




Kelebihan Rose Otto Nourishing Face Mist

  • Menyegarkan dan menghidrat kulit
  • Menjadikan kulit berseri secara semulajadi
  • Menghidrat kulit kering dan kulit kasar
  • Mengurangkan masalah kulit berminyak
  • Anti-penuaan, anti-radang, antiseptik dan anti-banteria
  • Melembutkan dan mencerahkan kulit yang kusam
  • Menjadikan hasil makeup yang tampak lebih natural, sekata dan tidak mengelupas

Tips: Spray face mist untuk melembabkan kulit, diikuti dengan luxe beauty oil untuk mengunci kelembaban kulit
Saiz : 60ml (100% Natural, No synthetic preservative)
Harga : RM60

Step 3: Orgga Lindo Luxe Beauty Oil


Orgga Luxe Beauty Oil  ni SA suka sangat tau, ianya sangat melembabkan dan sekaligus merawat kulit. Diperbuat 100% dari bahan aktif asli semulajadi. Bahan- bahan yang digunakan pula di import dari UK, US, Eropah, Timur Tengah & China bagi memastikan kualiti yang terbaik dan terjamin. Luxe Beauty Oil diformulasi menggunakan 10 jenis botanical oils dan 6 jenis essentials oil yang terpilih, berkualiti, kaya dengan mineral dan nutrisi seperti essential fatty acid ( Omega 3,6,7 dan 9) serta Vitamin A,C,D,E dan K.

Orgga Lindo Luxe Beauty Oil sangat sesuai untuk kulit berminyak dan mudah diserang jerawat seperti kulit SA.




Jenis Kulit : Berminyak & Berjerawat
Saiz : 20ml,100% Natural & pure cold-pressed oil
Harga: RM110


Kelebihan Orgga Lindo Luxe Beauty Oil

  • Mudah meresap, tidak berminyak dan melekit
  • Melindungi kulit dari pencemaran persekitaran (skin barrier)
  • Membekalkan nutrisi untuk membantu regenerasi sel kulit baru
  • Mengurangkan tanda- tanda penuaan
  • Memelihara, melembabkan dan mengunci kelembaban kulit
  • Merawat kulit secara intensif
  • Tidak menyumbatkan pori-pori kulit
  • Boleh dijadikan primer untuk menghasilkan mekap yang lebih natural dan glowing



Step 4: Jade Stone Detox

Jade Stone Detox Face Roller ni diperbuat daripada Batu Jade..Jade adalah kuarza yang berharga dan dianggap sebagai simbol keamanan, kebijaksanaan, keseimbangan, keindahan, rahmat dan panjang umur dalam masyarakat Cina.. Ianya digunakan oleh wanita kaya di China pada waktu purba untuk membersihkan kesan cecair dan meratakan kedutan di muka. Jade face roller ni juga terbukti membantu :-

  • Merangsang penghasilan kolagen
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus 
  • Membantu mengecilkan liang pori
  • Meningkatkan keanjalan kulit 
  • Meningkatkan tahap oksigen ke aliran darah
  • Detox : menggalakkan saliran limfa dan meningkatan peredaran darah
  • Membersihkan toksin dari kulit dan mengurangkan keradangan
  • Mengurangkan bengkak dan kedutan di sekeliling mata
  • Membantu penyerapan produk skincare pada kulit
  • Mencerahkan kulit dan menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi

Harga : Jade > RM90
            Rose Quartz > RM120


Berita baik untuk korang di luar sana..masih belum terlewat untuk dapatkan skincare organik dan semulajadi yang benar-benar berkualiti dan terbukti berkesan tanpa membebankan kewangan anda, kannnn?

Kini anda boleh memiliki produk skincare idaman anda pada harga yang jauh lebih murah dengan Year End Sale (YES) kami. Dapatkan kulit glowing yang berseri secara semulajadi, dan dalam masa yang sama anda boleh berjimat sehingga RM40.00

Bukan itu sahaja... 30 pelanggan pertama akan turut menerima hadiah istimewa dari kami iaitu pen edisi terhad eksklusif dari ORGGA MALAYSIA

So apa tunggu lagi....jom cepat....jangan kata kakak tak payung ye.... #YESORGGA



Unboxing video Orgga Malaysia




Menarik tau...SA dah jatuh cinta sekali lagi dengan produk Orgga Malaysia. Kulit muka SA dah nampak sedikit perubahan. SA yakin dengan penggunaan berterusan pasti kulit muka SA pulih sepenuhnya. Siapa tau kan dengan product ni kulit muka SA lebih sihat, cantik dan berseri secara semulajadi. So kepada korang yang mempunyai masalah kulit muka seperti SA jom la kita consume product dari Orgga Malaysia ini. Selain selamat dan terjamin, harga pun berpatutan untuk kita miliki..

Untuk info lanjut, boleh layari :-

~Website : https://www.orgga.my/
~Facebook : https://www.facebook.com/orggamalaysia
~Instagram : https://www.instagram.com/orggamalaysia/
~Whatsapp : https://wasap.my/60182827793

Menu Last Weekend Biasyer- Biasyer Ajer...

Hi korang...

Semalam seharian SA senyap kan..haha..semalam SA dalam debaran amik keputusan PT3 kakak Dania..itu nanti SA buat entry khas la..takde pun amik gambar sebab menghormati permintaan Dania..no photo at all. Ok lah nak..mama menurut perintah..so takde apa yang terbaru yang dapat SA share melainkan godek- godek hp tengok ada beberapa keping gambar yang SA tak share lagi..sorry la kengkawan, again gambar makanan dan please jangan lupa sediakan tisu kat sebelah ye..tapi kali ni masakan SA biasa- biasa aje..takde yang menarik pun...

Jom tengok gambar...


Terung Goreng Berlada, SA ada beli terung yang kaler purple tu..terung jenis panjang..memang nak buat goreng berlada dan taburkan ikan bilis, versi ni tak pedas sangat sebab abah SA dah tak boleh makan pedas


Ikan masin sepat ronggeng dari Perlis pemberian Mak Mertua adik SA


Daging salai masak lemak cili api campur pucuk ubi 


Dada ayam di hiris dan digoreng jadikan macam pop corn..

Selalunya kalau beli ayam seekor kan bahagian dada ayam tu selalu tak habis..so solution nak bagi habis senang je...korang potong dadu atau ikut la nak potong or hiris macam mana pun..lepas tu goreng salut tepung goreng ayam bistari tu...haaa..settle...confirm laku punya..kalau lagi rajin boleh buat chicken honey lemon..kalau rajin la..SA malas masa ni..so goreng jadikan popcorn tu je..apesal namanya popcorn erk..takde pun jagung kan...lantak la..SA sebut je ikut apa orang sebut..senang...satu hal plak nak fikir nama dia..hahaha...

Wednesday, December 18, 2019

WW ~ Debaran Keputusan PT3


Hai la anak dara sorang ni..x tau la SA nak kata apa..mama dia yg lebih nervous..dia bleh relax macam takde apa pun berlaku esok. Semua anak-anak PT3 rasa seram kan...dia ni plak mungkin takut, nervous tp tak tunjuk....semoga Dania lulus esok. Apapun keputusan Dania mama terima..Dia dh buat yang terbaik kan..dulu debaran juga masa amik keputusan UPSR 3 tahun lepas..dia masih yang sama masa tu..takde rasa apa pun..riak wajah dia pun biasa je...x tau la dia ikut perangai sape ni..nak kata SA..maybe tak la...perangai ayah dia kot...

Makan Tengahari di Pak John Steamboat & Pergi Pavilion Jenjalan Tokyo Street...

Hi korang....

SA MC semalam...hahaha..demam, batuk dan selsema..down jugak akhirnya selepas lama bertahan..lama tak demam weh..asyik kena hujan je..hari ni start kerja semula walau tengah weng lagi...memang mintak ubat yang boleh bagi SA tido..dari petang semalam dalam pukul 3 SA tido sampai ke pukul 6 petang..malam pukul 9 SA dah lelap sebab penangan ubat jugak..harap hari ni SA tak ting tong la...kesan ubat masih ada..kerja walau tak berapa banyak menunggu tapi tetap kena settlekan...Dah hujung tahun ni mood kerja memang ke laut dalam..nasib cuti dah habis..kalau ada lagi memang dah habiskan cuti je..

So kita sambung lagi kisah jalan- jalan dengan Dania, lepas pergi tengok wayang, lepas solat kami decide nak makan kat Pak John Steamboat.


Selfie dulu sebelum makan...


First round..dania dah grill2 dah...


Mulanya pakai tudung bawal..lepas tu leceh katanya dia pi tukar tudung sarung..sabar jer la..


Lamb


Banyak juga dia makan...cuti sekolah ni memang makan jer kerjanya


Masa kami masuk memang tak ramai orang...sebab dah biasa makan kat Pak John so takde la nak amik gambar sangat...


Okey SA makan udang sikit, ayam sikit, daging pun..


Last round makan amik australian beef ngan smokey duck..


Total damage makan kat Pak John

Lepas makan...ronda2 lagi then kami naik MRT ke Bukit Bintang...pergi berjalan jugak lagi walau hujan kat luar tu maha lebat...


Selfie dalam MRT


Kat MRT Bukit Bintang..

Orang punya la ramai masa ni..kiri kanan ada je ornag jual payung yang transparent tu..macam kat Korea dah rasa...hahaha...tapi kami tak beli pun...rimas la nak bawak2 payung ni semua...masuk Pavilion ikut Fahrenheit. Mak aiiiii....merembik manusia..kebanyakkan orang luar atau pelancong..hajat hati nak amik gambar depan Pavilion yang ada deco Christmas tu..tapi sedar diri hujan tengah lebat so kami terus ke Tokyo Street.... 


Masuk Times jumpa ni...tak beli sebab takde keperluan


Korang focus kat buku yang SA pegang tu...hahahaha.....


Dania suruh amik gambar outlet ni...dia kata Baiya je la bleh masuk...hahahaha


Main concourse tengah promosi Star Wars...


Minah ni memang happy je la dah nampak Tokyo Street...


One more post...


SA sedikit angin ngan anak dara ni..dah cakap tak yah bawak bag sandang..degil nak bawak jugak..kan dah payah nak berjalan...


Tanglung besar Tokyo Street


Masuk sini takde apa nak beli pun...semua dia tak berkenan...

Lepas ronda- ronda, tengok show Star Wars tu kejap pas tu kami gerak ke MRT Bukit Bintang...hujan masih lebat..so kami decide balik naik bas je..berhenti kat MRT Merdeka dan amik bas kat Pudu Sentral..Rasa nak tercabut kaki berjalan jer seharian...dah la sejuk giler dalam bas...sampai kat Seremban dalam pukul 7.30pm...Mak oiii...memang letih giler la..dulu jenjalan macam ni jugak lagi jauh..tapi takde la rasa penat...faktor umur kot ni....

Dan paling tak sangka..pedometer stats SA yang record setiap step SA untuk sehari cecah lebih 10k tau...memang seronok giler..kalau tak nak cecah 7k pun payah tau..syabas buat diri sendiri....