Hi korang....
Nostalgia sangat kan...siapa sempat zaman gunakan telefon awam? masa tu tak ada lagi handphone, kalau ada pun jenis jenama Motorola yang besar macam tabung air tu..siap kena tarik antenna dia..hahaha...SA sempat guna dulu hp Motorola jenis Startec kalau tak salah..masa tu SA kerja kilang je...sebelum ada handphone, gigih la guna telefon awal telekom yang warna orange tu...tak lama lepas tu tukar plak jenis macam gambar kat bawah ni..gigih la nak simpan duit syiling nak bergayut berjam- jam kat sini..sanggup beratur panjang- panjang nak guna telefon..pernah jugak la beratur 2 jam semata- mata nak call abang angkat la kononnya. Kalau ramai orang pergi plak cari tempat lain...selalunya line clear kat area sekolah. Ye la Sabtu Ahad sape jer yang nak guna kan...Bila ingatkan semula memang kenangan terindah betul guna telefon awam ni...zaman sekarang mungkin dah takde..kalau ada pun sangat- sangat limited.
Korang perasan tak...lokasi telefon awam ni selalunya kat bus stop area sekolah kan? Masjid atau kat pekan- pekan...satu tempat tu diletakkan 5 pondok telefon macam ni...kadang- kadang ada 2 je...adakala boleh guna..ada kala rosak plak...masa tu berbakul - bakul la sumpahan. Adakala duit syiling dah penuh so tak boleh nak guna lagi...maklum la masa tu mana ada komunikasi lain selain telefon awam dan jugak utusan surat...kalau guna surat lagi lama nak tunggu...serik oii bercinta zaman tu...nak jumpa lagi la kan....xde makna..kalau mak abah tau..matilanak kena sesah ngan penyapu...main utus- utus surat pun kena tapis..kena bukak dulu surat tu then baru sampai kat tangan kita...
Sape pernah sama zaman dengan SA?
Yang lahir selepas tahun 2000 tak rasa kot zaman ni....maknanya apa tu? sape yang sezaman SA bukan tua tau....tapi baru nak menempuh kehidupan....hahahahahaha......
ofkos penah guna. syiling berkepoi2 guna masa tu. haha
ReplyDeleteteringat masa mula-mula masuk U tahun 2000 dulu, ni lah penghubung kalau rindu family kat johor, dana lak kat jengka
ReplyDeleteseminggu 2 kali mesti guna untuk call family, lama-lama sikit beli kad untuk call rumah, dah akhir-akhir belajar baru mampu beli hp nokia yang murah-murah
Kalau kt u dulu mmg.berbaris la menunggu hehe
ReplyDeletebanyak jumpa sekarang ni mesin reload bentuk mcm public phone ni.. mmg KLMJ betul la bila nampak phone ni..
ReplyDeletesaya lahir tahun 95 , sempat la merasa pakai public nie dulu . Memang syiling tu sayang nak guna masa waktu beli barang kat pasaraya sebab nak telefon orang nanti . Heheheh :)
ReplyDeleteMasa duduk asrama dulu, mmg pakai telefon cengginlah dok call mak tiap minggu.. Hihi..
ReplyDeletebetul sgt tu kak sa..nostalgia habis..sekarang ni pondok kekadang kosong,pastu telefon rosak..kekadang masih terfikir kalau emergency mcm mana..rasanya public phone ni patot diselenggarakan balik..mana tahu orang yang tak berkemampuan pakai mobile phone,masih nak gunakan telefon ni kan
ReplyDeleteAha, ini best friend saya masa kat asrama.. hehe
ReplyDeleteSempat guna juga kak. Time belajar kat U dulu memang kalau nak kol bf pakai telefon awam. Tume kita dulu kan penggunaan hp tak meluas sangat.
ReplyDeleteSiap ada bf taja duit syiling k untuk call dia. Haha
ReplyDeletetelefon awam ni sebenarnya masih wujud lagi dan diletakkan di sekolah2 dalam pekan atau luar bandar, Iman lahir tahun 2001 pun dapat lagi rasa guna telefon ni, hihi
ReplyDeleteMemang legend wooo telefon awam ni... Haha... Teringat lah berebut-rebut dengan kengkawan... Siap cakap aku guna dulu laa.. Ko lambat.. Hahaha...
ReplyDeletePhone motorola tu pernah guna ayah punya.. Kemain bapak besar.. Hahaha..
Kolin masih cari syiling haha. Anak pakai telefon ni kat asrama
ReplyDeleteMasih ada lagi telefon awam ni.
ReplyDeleteHehe. Pernah zaman belajar belajar trick nak bercakap lama2. Hehe
ReplyDeletepernah bersembang punya lama.. haha walaupun kena berdiri
ReplyDeletekita sezaman. ingat lagi boyfriend ammi selalu simpan syiling sbb nak call ammi memalam.
ReplyDeleteammi masuk U...ammi pun beratur gak kat public phone tp sebab nak borak dengan arwah ayah. kalau boleh tiap malam nak call dia
tuari wak perasan ada lg phone booth mcm ni kat taman kosas ampang., achi india tu guna., hehehe nostalgia kannns
ReplyDeleteGuna zaman dok asrama dulu tepon mak abah. kenangan betul telefon awam ni. Kalau takde, susah betul kan sebab zaman tu handphone belum mampu milik. Sekarang ni handphone pun dah murah murah
ReplyDeleteSaya yang lahir penghujung tahun 90an sempat guna telefon awam. Selalunya guna untuk telefon parent lepas habis kelas tambahan. Sentiasa bawa syiling masa pergi sekolah.
ReplyDeletepernahhh, teringat zaman sekolah dulu ada telepon ni..nak call ayah jemput dari sekolah, tiberr syiling tak cukup...tekan la dua benda kat bawah tu lama2 konon2 tahan duit tu dari jatuh...entah betul ke tidak, lawak pulak bila ingat balik...hahahahhaha
ReplyDeletemmg sudah dah nk jumpa telefon awam skrg kala uada pun dah kena kes vandalisme..di koreknya duit yg ada dlm public phone tu
ReplyDeletehaha..nostalgia sungguh tau. gigih kumpul syiling sbb nak call bf masa tu. berdiri lama pun tak ada hal. Saya dulu selalu bergayut kat public phone area rumah. Nasib public phone tu jarang org guna so boleh guna sampai abis syiling. haha.. zaman skrg susah nak jumpa dah public phone ni.
ReplyDelete