Monday, July 20, 2020

Steak Las Vacas Pasti Tidak Mengecewakan....

Hi korang...


Kalau korang dah lama follow blog SA ni mesti korang dah tau SA ni sebenarnya penggemar steak. Dan sebelum sebelum ni dalam sebulan pasti 2 kali SA akan pekena steak...sebelum- sebelum ni la..tapi since SA sensorang sekarang lama gak la SA tak makan steak..nak plak SA sedang berpantang untuk next check up bulan 1 nanti...ekceli bukan la berpantang terus tak boleh makan daging...cuma tidak ambil daging secara kerap..kalau teringin sangat tu SA langgar jugak la pantang...letih la asyik makan ikan, ayam dengan sayur kan...ada masa SA  nak gak makan seafood dan daging.Cuma tidak secara kerap macam dulu la...uric asid SA pun dah turun banyak masa check up bulan lepas...

Hari ni SA nak share tempat atau lokasi favourite SA kalau makan Steak. Kira all time fav SA la ni selain steakhouse yang lain. SA suka makan kat Las Vacas di Mont Kiara. Sebab apa SA suka makan kat sini? Sebab daging yang segar dan masakan dia yang sangat tip top. Selain hidangan steak yang sedap, Las Vacas juga merupakan kedai daging premium yang menyediakan daging frozen yang berkualiti tinggi mengikut potongan dan citarasa pelanggan. Memang sedikit mahal la daging kat sini. Semua daging adalah yang di import dari negara luar. Las Vacas sememangnya menjadi tumpuan pencinta- pencinta steak. Tak kisah apa occasion pun dan semestinya ketika perayaan...Las Vacas sangat terkenal kerana mereka merupakan pembekal daging premium dan kedai daging yang istimewa. Semua kedainya diuruskan oleh pakar daging dan pencinta daging dengan menampilkan pemotongan daging yang berkualiti dan luar biasa.


source from google


Daging di ruang pameran untuk dijual...ada wagyu, ribeye, striploin dan macam- macam potongan lagi


pilihan SA - tak ingat nama menu ni... Range price > RM50-RM100 untuk satu hidangan

Kat sini SA suka makan Lamb Chop, Ribeye Steak dan combo meal macam kat atas tu...meat & shrimp..tapi diingatkan..bukan makan selalu eh...sesekali takpe..selain harga yang sedikit mahal dah tentu- tentu sedap sangat kan tetapi ingat..bukan makan selalu dan kena jaga kesihatan kan...ikutkan hati nak makan wagyu...tapi korang tau je la daging wagyu mahal nak mati kan...Jangan risau ye..Las Vacas adalah Best Of Halal Meat Shop. Ni dah terasa nak makan steak lagi dah ni..Kena pi la ni kat Mont Kiara...last SA makan rasanya hujung tahun lepas tapi kat cawangan Glomac. Kalau diberi pilihan SA memang pilih yang kat Mont Kiara sebab tak crowded. Masakan chef kat sini lagi best ikut selera SA la...kalau korang nak tau diorang hanya masak steak menggunakan Olive oil,salt and pepper je dan dimasak mengikut selera korang..macam daging steak SA lebih prefer Medium atau Medium Well..Bagi pencinta steak..harga tidak menjadi masalah asalkan dapat menikmati steak mengikut selera dan menepati citarasa.


source from google


Update : Harga mengikut berat 100g 


Restaurant Name: La Vacas Meat Shop
Location: LG, Mont Kiara Shoplex
Kuala Lumpur.
Tel: +603 6205 2258
Opening Hours: Mondays 6pm to 10pm; Tuesdays to Sundays 10am – 10pm
Contact Person and details: Yunus Dayan (part owner).
Website: http://www.lasvacasmeat.com
Email: yusof.lasvacas@gmail.com

Halal Checklist:
Muslim Owned: Y
Halal Certified: N ( they served liquor)
100% Halal Ingredients: Y
Cleanliness Grade – A

17 comments:

  1. Sedapnya namapakmenu yang SA pilih tu.
    Wah! ada wagyu

    ReplyDelete
  2. nampak dah menggiurkan.. should try this..

    ReplyDelete
  3. wah wah wah sungguh menggoda mata kami yg memandang ni. hehehe

    ReplyDelete
  4. terus rasa lapar nengok steak SA tuh... aduhai

    ReplyDelete
  5. SA, nak tahu rega. nmpk ekslusif kedai makan dia. tkut nak masuk.hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rega RM50++ keatas..ada range price kat dalam entry...harga untuk setiap 100 gram

      Delete
  6. sedap tgk menu SA tu..kita pn peminat western

    ReplyDelete
  7. nak rib eye.. tgh lapo ni kak aduduu

    ReplyDelete
  8. Rasa macam tak pernah makan steak lagi. Harga boleh tahan juga tu kan. Kalau sedap bayar mahal okay je.

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap. Steak tu nampak fresh dan juicy tau. Meleleh air luur kita.. Hehehe

    ReplyDelete
  10. boleh jadi menu sihat jugak kan sebab ramuannya simple aje dan tak banyak processed ingredients

    ReplyDelete
  11. betul...kalau rasa tu tip top..harga tolek tepi dulu

    ReplyDelete
  12. ya Allah sedapnyaaaa nampak !! saya selalu xdak geng nak teman saya p makan macam ni so kadang2 jela. bagi saya tengok harga dia berpatutan.. sesuai nampak dgn size steak tu..

    ReplyDelete
  13. kita suka gak daging, tapi jarang2 makan macam ni sebab tak reti nak ngoder...hahahhaha! kalo ada food review tu ngadap aje la ape yang orang hidang and suggest...

    ReplyDelete
  14. kite jarang makan steak. kalau makan untuk special event je hehe.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah