Tuesday, November 5, 2019

Lihat Kecantikkan Bunga Sebagai Terapi Jiwa Dan Minda

Hi korang...

Membelek pokok bunga ketika sibuk bekerja boleh membantu mengurangkan tekanan pada mata. Mungkin masa tidak mengizinkan untuk kita keluar mendapatkan udara segar ketika di pejabat tetapi tidak salah melihat pelbagai tanaman especially pokok bunga..SA suka pokok bunga...baik yang berbunga mahupun tiada bunga...lumrah wanita dan bunga tidak boleh dipisahkan..tapi SA tak suka orang bagi hadiah jambangan bunga..kalau hadiah better bagi yang boleh disimpan lama atau di gunakan...ye tak?

Pagi ni..SA sempat ambil gambar bunga yang cantik milik tuan rumah, sebelum ni ada bunga rose tapi tak berbunga dah..atau maybe SA terlepas pandang sampai bunga tu dah gugur kelopaknya...SA memang sedang stress..pagi ni bangun dengan mood yang agak tak cantik...so SA nak pulihkan mood tengok la bunga ni...cantik sangat warnanya...SA up kat blog tanya apa nama pokok bunga ni...ramai cakap Seri Pagi..eh..salah la..Seri Pagi tumbuhan menjalar kan..so namanya adalah Ruella Simplex. Kalau korang perasan bunga kaler pepel ni banyak kat tepi- tepi jalan...selain bunga yang cantik- cantik, SA sangat suka dengan bunga orkid cuma belum berkesempatan untuk beli. Nanti la satu masa yang sesuai nanti..


Ruella Simplex


Tak tau nama pokok ni...


Korang setuju tak melihat kecantikkan bunga adalah salah satu terapi jiwa?

SA ada google dan terpanggil untuk share ngan korang...SA bagi kredit pada blog yang SA jumpa di hujung entry ni ye..


"Menanam pokok bunga satu hobi patut diamalkan. Namanya pokok bunga, namun tidak semestinya semua jenis berbunga. Ada pokok bunga sebenarnya hanya cantik pada daun-daun. Tidak kisahlah, yang penting kita dapat melihat satu pandangan yang cantik di hadapan halaman rumah.

Kegembiraan menanam pokok bunga ada beberapa peringkat. Peringkat pertama tentulah kegembiraan apabila pokok yang ditanam tumbuh. Itu kalau yang guna biji. 

Kalau yang guna keratan batang atau rizon, tentu sekali apabila melihat pokok mula menunjukkan ada tunas baru atau tidak layu. Itu tandanya pokok yang dipindahkan itu sedia untuk membesar. Perasaan gembira dan senang hati adalah satu terapi jiwa yang paling hebat.

Penanam bunga akan terus rasa gembira apabila melihat ada tanda-tanda bunga akan keluar. Perasaan tidak sabar untuk menunggu detik seterusnya. Pokok terus dibelai dan disiram dengan penuh kasih sayang. 

Kata orang, menanam bunga macam juga menjaga anak yang perlu dilakukan dengan kasih sayang. Kalau tidak dibuat begitu, pokok bunga merajuk tidak mahu berbunga.

Apabila bunga mula keluar, berasa gembira dan puas. Dan tentu sekali kegembiraan dan kepuasan terpancar apabila bunga mula mekar dan setengahnya pula mengeluarkan bau semerbak harum. 

Puasnya tidak terkira dan ingin terus melihat bunga kembang agar tidak layu. Namun, apakah daya, setiap bunga pasti akan layu, sepertimana setiap bernyawa pasti akan mati.

Jangan difikirkan tentang yang telah layu. Bunga-bunga baru akan tumbuh kembali dan tiba masanya akan kembang. Jadi, jangan pernah jemu untuk menanam bunga."

KREDIT PEMILIK BLOG BICARA MENTARI



14 comments:

  1. btul...rietta pun suka bunga dan kehijauan...dulu selalu kuar hunting for flower untuk ambil gambar, plg suka adalah wild flower, sngat cantik...

    ReplyDelete
  2. Betul tu..salah satu terapi jiwa..kalau dpt bercakap2 dgn bunga lg bagus..

    ReplyDelete
  3. kemunting cina tu saya ada tanam juga depan rumah...senang sangat nak tumbuh...guna setangkai pokoknya dari rumah kawan kat segamat, sekarang dah ada 4 pasu...siap ada tumbuh kat longkang sekali..memang gembira bila tengok dia kembang segar..

    ReplyDelete
  4. pokok bunga apa pun dana suka, kadang bunga rumput kalau lawo pun dana suka kak... teringat zaman kecik2 dulu, dok kutip daun rumput lepas tu letak kat dalam botol boh air... buat hiasan kt bilik.. hehhehe datang emak, di bebelnya sapa suruh kutip rumput hehehe

    ReplyDelete
  5. terapi jiwa tengok benda2 cantek ni.. mmg habit kalau nampak bunga hidup mesti g cium wpun xde bau

    ReplyDelete
  6. Kinah pun tanam bunga sejak pindah rumah ni kak. Satu terapi untuk kita, takde bau pun takpe janji cantik di mata hehe

    ReplyDelete
  7. kemunting cina bunga putih tu...tapi kat rumah saya dulu banyak yang warna purple je. first time nampak yg putih ni

    ReplyDelete
  8. Cik Pya kalau menanam selalu tak hidup. Orang kata tangan panas sebab tu semua tanaman tak menjadi.. hehehe

    ReplyDelete
  9. Ammi tak berapa suka bunga. Pandanglah juga kalau nampak...tp pandang tanpa perasaan.
    Mama kata ammi patutnya dulu dilahirkan jadi lelaki je. ahahah

    ReplyDelete
  10. memang terapi bila tanam pokok bunga ini.. tumbuh segar dan berbunga memang puaslah tengok..

    ReplyDelete
  11. Betul tu tengok bunga memang jadi terapi. Saya pun suka bunga orkid kak

    ReplyDelete
  12. Betul kak, satu terapi. sebab tu Fiza suka tanam bunga yang mudah nak tanam. kalau tak ada pokok rasa macam lain macam.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah