Tuesday, November 12, 2019

Lepak Di Muo Cafe Sebelum Tengok Wayang

Hi korang...

Sebelum tengok wayang Ahad lepas citer Pusaka dan sebelum jumpa kawan lama SA tu kami lepak sekejap kat Muo Cafe ni sementara tunggu time wayang start. Tak pernah lepak sini dan rasanya kedai baru. Ke SA yang tak perasan sebelum ni..okey la kedai ni..speciality dia of course mee bandung Muar dan macam- macam lagi. SA decided nak snacking dan cuba dessert je sebab semua dah makan kat rumah dan masih kenyang lagi...Lagipun tak nak mak rasa penat semasa menunggu. lama gak la kami lepak dalam pukul 3.15petang sampai kul 4.00 petang. Muo Cafe ni terletak di dalam Palm Mall Seremban.UG floor kalau x salah sebelum level panggung wayang.

Jom tengok apa yang kami order..


Buku menu dia lawo...


Antara menu yang ada


Ladies's day out


Otak- Otak


Isi dalamnya..


 Crispy Chicken wings


Deep Fried Wantan


sekali ngan sos dan mayonnaise


ABC


Chocolate Snow


Zoom in


Sedap..manis skit la...hahaha...SA cheating cut sugar


Minah ni la yang nak sangat tgok citer Pusaka tu...


Anak dara memang x tinggal la..


Total makan semua kat sini RM37...okey la takde la mahal mana sebab amik snacks je kan...takde pun order air lain..just ABC ngan Choc snow tu je. itupun share aje...SA suka otak- otak tu...sedap..kalau dapat otak- otak kempas pun best..yang ni tak tau la otak- otak mana diaorang amik..best jugak isinya...next time boleh la makan kat sini lagi...boleh pekena Mee Bandung or Mee Rebus diorang plak...so far lepak kat sini ok...kalau nak jumpa kawan- kawan lama or reunion simple2 pun boleh kat sini...takde la sesak atau huru hara...servis pun bagus cepat je..

17 comments:

  1. OMG! meebandung muar.. telan ailio i baca SA oii hehe. Harga pn ok, tak mahal.. menu pun variety. Kalau ada branch kat KL boleh la i try nanti

    ReplyDelete
  2. Wahhhh.... Nampak best... LeYa pun tak pernah nampak lagi restoran tu.. Area mane tu kak?

    ReplyDelete
  3. Sk kan, kalu nak tengok wayang beli tiket online, biasanya Sk dah makan siap2, nanti sampai mall terus pi redeem poncorn & masuk panggung, lepas tengok wayang klu rajin barulah pergi makan2, hehehe.

    next time kalau ke sini, jgn lupa test mee bandung muo dia tau SA

    ReplyDelete
  4. Mee bandung muo 😋😋😋

    ReplyDelete
  5. Sedapnya otak2 tu..jarang2 restoren hidangkan otak2..

    ReplyDelete
  6. lapor nengok makanan yang SA oder tuh, walaupun ringan2 je tapi sedap jugak.. lagi2 yang sejuk2 tu hehehe

    ReplyDelete
  7. eh ok sangat harga tu kan SA..rasa mcm banyak gak yg SA order

    ReplyDelete
  8. Muo? Kampung Saya tu kak.. owner org muo ke? Makann nampak sedap2

    ReplyDelete
  9. wah lady's day out tu. Seronok mak akak dapat join tgk wayang. seram ke tidak? next time kalau try mee bandung review eh kak..susah nak cari mee bandung sedap

    ReplyDelete
  10. Best juga kan sesekali keluar makan dan tengok wayang geng pompuan macam nie. Kak Sue teringin nak tengok juga Pusaka nie.. tapi takut..

    ReplyDelete
  11. Sedapnya otak-otak. Lama dah tak makan.

    ReplyDelete
  12. Chocolate Snow tu, mak aih.. terliur tgk SA. dah la favourite tu, coklat.

    ReplyDelete
  13. Chocolate Snow tu mak aiii meriahhh

    ReplyDelete
  14. aaa lapar nengok semua makanan ni!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......