Sabtu lepas selepas berjanji dengan Dania dan Si Kembar serta ibu diorang....maka plan ladies day out untuk tengok film Frozen 2 pun berlangsung dengan jayanya....SA awal- awal dah beli tiket online..full house kot kan...si kembar kalau nampak SA je asyik berzikir...bila nak tengok Frozen, bila nak Sabtu..so hari yang ditunggu- tunggu dah tiba..seawal pukul 1 tengahari depa dah sampai kat rumah SA..Nampak sangat tak sabarnya tu...show start pukul 3.20 petang..memandangkan SA dah belanja tiket so ibu si kembar belanja pop corn dan air...
Apa yang mengecewakan takde langsung props Frozen 2 untuk kami bergambar..memang takde..silap SA pi beli tiket kat TGV Seremban 2, Patut pi Palm Mall..GSC ada letak props Frozen dan dengarnya hanya kat GSC Palm Mall je ada..ramai siap beratur lagi diorang amik gambar...aduyaiii...silap betul la..SA plak masa ni tengah sakit gigi..memang spoil..kaki pun sakit sebab 2 kali kena simpul mengkarung..tapi Frozen 2 punya pasal takde la kisahkan diri tengah sakit...hahaha....
Kita wefie dulu sebelum masuk panggung
Semua teruja..
Alaaaa...Bokeh plak...
Takde props kat poster pun ok la..
Dah lepas habis citer kami ke KFC kejap...sebab SA dah janji nak banje KFC
One more pose
KFC nowdays makin kecik kan size ayam dia especially drumstick
SA amik set Hot & Cheesy 3 ketul ayam 1 set dan Combo 5pcs Hot & Spicy..
Okey la Hot & Cheesy ni...takde la wow sangat..
Adik SA - Lisa
Aressa
Selfie skit
Adeliya & Aressa
Kakak Dania & Mak Yang dia
Lepas makan diaorang teman SA beli sandal kat Vincci, Kasut SA dah terbuka kat depannya..haih..lom gaji tapi terpaksa membeli...sementara tu diorang ni si kembar bergambar kat props ruang legar AEON Shopping Mall Seremban 2. Seronok tengok diorang seronok Sabtu tu...kalau ada Dida maybe lagi seronok...rindu plak SA kat anak SA yang sorang tu....
Dah seronok - seronok...SA pesan kat diorang...cuti sekolah ni jangan nakal- nakal...dengar cakap ibu ngan ayah...kalau tak...mama dengar je ibu mengadu...lepas ni no more tengok wayang and cancel plan trip naik komuter, MRT, LRT dan Monorel pergi KL...diorang tak pernah naik lagi 4 pengangkutan ni...next SA plan nak bawak diorang...sekali ngan ibu diorang la..jenjalan KL...maybe sebelum sekolah buka nanti...apa- apa kena tunggu nenek diorang sihat dulu..
Korang yang belum pergi tengok Frozen 2 tu, cuti sekolah ni elok bawak anak- anak menonton wayang..cerita kali ni lebih kepada sekuel apa yang terjadi dan bagaimana Elsa dapat kuasa sakti tu. Throwback sewaktu kapal ayahanda Elsa dan Anna Karam. Kali ni banyak lagu la..korang nak tau best ke tidak rasanya elok korang tengok sendiri. SA bagi 8/10 bintang. Ada yang cakap x sesuai budak- budak tengok sebab ada scene kissing2 tu semua takde makna. Okey je takde scene yang mengghairahkan..cuma jangan la bawak budak bawah 3 tahun or baby, masa SA tengok ramai je bawak anak- anak kecik ada yang umur 3 bulan pun..bahaya kot sound system kuat untuk baby kan...dicampur dengan anak- anak meragam, menjerit menangis..berlari pun ada..ganggu sikit la focus nak tengok dengan aman...
yeee kita pun da tengok...scene kissing tu pun dia throwback dari frozen yang satu kan...
ReplyDeletebila da tengok, melekat la into the unknown dalam kepala sampai dua tiga hari lagi..hahahha
Plan nak tgk, bawa anak2 tapi tak sempat lg
ReplyDeletekita terbuai2 tengok Frozen 2
ReplyDeleteaduhai baby 3 bulan tu. kesian lak :(
ReplyDeletesedapnya KFC. Kami tak g tgk lagi frozen,.,
ReplyDeletekita tunggu masuk kat Netflix. haha.
ReplyDeleteSuka la budak2 kembo tu
ReplyDeletedah tengok jugak frozen 2.jln cerita menarik cuma mungkin boring sikit sebab banyak nyanyi tapi okaylah ceritanya
ReplyDeletebelum tengok lagi frozen 2 nih, bila lah agaknya nak ajak aiyan layan ni...
ReplyDeletecantik betul hiasan untk krismas kat situ SA, banyak props cantik untuk bergambar
hot n cheesy tak try lagi tapi dana kalau tak pedas sangat macam tak best lak
tak pi tgk lagi..aww nak kne pi ni
ReplyDeleteAlaa... LeYa belum tengok lagi Frozen 2 ni. Nak ajak Otomen katanye tak syok... Nanti lah ajak sepupu2 gugirl kan.. Hehe..
ReplyDeleteSeronok si kembar dapat tengok frozen. Betul kak, Hot & Cheesy tu ayam dia kecik betul. Harga boleh tahan mahal juga. huhu
ReplyDeletenext weekend in shaa Allah nak bwk anak2 gi tgk.
ReplyDeletesekaligus dgn anak2 buah, SA. kebetulan ramai girls :)
aduhai, SA. lama x soping kasut kat vincci.
teringin plak tetiba ha ha ha ha...