Hub kardiologi ini mensasarkan 15% ketibaan pesakit antarabangsa sepanjang tahun 2020
Selepas 2 tahun
penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur
(CVSKL) meraikan ulangtahun
dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil
akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4
tahun.
Pengerusi CVSKL,Tan Sri
Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia
melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan kesihatan dikalangan pelancong asing.
“Penganugerahan akreditasi
oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini
menunjukkan kami komited dalam menyampaikan
perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi- memberi pengalaman dan khidmat terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”,
tambah beliau.
Program Akreditasi
Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat
menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program
ini dibangunkan oleh para profesional dunia perubatan dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh
Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan
sesebuah organisasi kesihatan menilai dan
memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan.
“Pencapaian ini sangat bertepatan
dengan masa sempena Tahun Pelancongan
Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan
kerjasama pakar, profesional dan
pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan
mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr.
Yahya.
Prof. Madya Dr. Kadar
Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini
memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL
mematuhi standard dunia perubatan terkini.
Turut hadir menyaksikan
penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari
Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan
MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan
pesakit luar negara.
“Kami menerima sambutan
hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan
ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi.
Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan
lebih ramai bilangan pesakit yang berkunjung
pada tahun hadapan,” jelas Timothy
Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL.
9 % pesakit yang menerima
rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun
Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit
luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia.
Februari lalu, MHTC
mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai
rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .
Mengenai
Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur
CVSKL merupakan sebuah hospital integrasi berkepakaran
dalam penjagaan komprehensif dan moden bagi pesakit kardiak dan vaskular. Dibarisi
pakar-pakar perubatan yang terpilih dan dedikasi, pakar kardiologi, pakar bedah
jantung, pakar vaskular dan pakar bius dengan rekod dan pencapaian cemerlang
yang mementingkan standard perkhidmatan
bersandarkan bukti dan mutu profesional.
Hospital ini menawarkan layanan mesra dengan nasihat perubatan yang berkualiti.
Suasana selesa pasti dirasai oleh pesakit apabila dijaga baik oleh para doktor, ahli radiologi,staf
teknikal kardiak dan vaskular, juga jururawat
dan kumpulan pekerja sokongan yang lain.
Hospital ini menyediakan 60 kemudahan katil dan kelengkapan
yang menghimpunkan fasiliti kardiologi, kardiotorasik, diagnosis vaskular, terapeutik
dan perkhidmatan pencegahan di bawah satu bumbung. Lokasi CVSKL yang amat
strategik terletak di hub pengangkutan KL Sentral yang boleh di akses dengan
LRT, MRT, kereta api, bas, teksi mahupun KLIA Ekspress. Dikelilingi hotel mewah, apartmen
servis dan pusat membeli-belah dalam jarak pejalan kaki menambahkan lagi daya
tarikan CVSKL sebagai pusat perubatan pilihan.
Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan
CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.
Tahniah di ataas penerimaan akreditasi tersebut. Memang cantik dan selesa sangat tengok hospital ni..
ReplyDeleteBaguskan ada hospital canggih macam ni pesakit yang menghidap masalah kardiac dan vaskular. Tengok oeralatan pun canggih
ReplyDeleteTahniah dapat akreditasi, hospital nampak sangat selesa dan serba moden dan canggih
ReplyDeleteDah lama tak datang kl sentral ni. Rindu tempat ni
ReplyDeletewahhh teknologi die bagus cuma terfikir kos perubatan die
ReplyDeleteCanggih betul kalau tengok hospitalnya nih
ReplyDeletecantik tempatnya dan bangunan.. kalau tgk pun tak perasan sebuah tempat perubatan
ReplyDeletebaru ammi tau wujud hospital ni
ReplyDeleteBaru tahu ada Hospital ni. Menarik betul fasiliti moden yang ada.
ReplyDeletetahniah Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL)
ReplyDeletealhamdulillah...tahniah CVSKL!
ReplyDeletekalau dpt anugerah mean mmg TERBAIK
ReplyDelete