Kita biasa maklum platelet yg rendah bila terkena denggi yg menandakan jangkitan.Tapi apa maksud platelet tinggi pula.
Platelet tinggi adalah keadaan di mana darah mengandungi lebih banyak platelet daripada biasa. Platelet adalah serpihan sel darah yg membantu pembekuan darah. Dalam orang yang sihat, biasanya ada 150,000 hingga 450,000 trombosit per microliter darah. Kiraan platelet yang tinggi boleh dikenal pasti melalui ujian darah rutin/blood test.
Platelet tinggi dibahagikan kepada dua kategori perubatan: thrombocythemia utama dan thrombocytosis sekunder. Dalam thrombocythemia utama, penyebab platelet tinggi tidak diketahui, dan ia berlaku sebagai keadaan bebas. Dalam trombositosis sekunder, platelet tinggi berlaku sebagai gejala penyakit atau keadaan lain, seperti anemia, jangkitan atau kanser.
Kehadiran platelet tinggi jarang dikaitkan dengan kecemasan perubatan. Walau bagaimanapun, dalam sesetengah kes, platelet tinggi boleh menyebabkan pembekuan darah, pendarahan atau strok. Dapatkan rawatan perubatan jika platelet tinggi disertai dengan sakit kepala yang berterusan, kesukaran bernafas, pening, kejang, perubahan dalam ucapan, atau kekeliruan atau kehilangan kesedaran untuk seketika.
Untuk Masalah yang SA hadapi lebih kepada Thrombocythemia, iaitu penyebab platelet tinggi tidak diketahui. So SA hanya perlu pantau kesihatan..bulan depan SA kena buat blood test lagi kat klinik biasa. Nak tengok turun x platelet tu...start sekarang SA kena jaga pola pemakanan SA, Lebihkan senaman dan bersukan serta menjaga berat badan.
Haih macam- macam kan..kalau berat badan kurang lain plak sakitnya...kalau berat badan naik lain plak jadinya...pelik betul bila dah meningkat usia ni....
New knowledge for me pasal platelet tinggi ni. Apa2 pun semoga kesihatan SA sentiasa dalam keadaan baik.
ReplyDeleteGet knowledge from here.. Thanks Kak SA.. And get well soon...
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi info..
ReplyDeletemcm akak dulu2 tak amik tau pun istilah perubatan ni
dh disahkan sakit jantung
baru tau apa tu endoskopi,mri,angiogram..
moga platelet normal hendaknya....bru rietta tahu platelet tinggi pun ada masalahnya...biasa dgr paltelet rendah kalau dijangki demam denggi...
ReplyDeletejadi SA kena kurangkan makan sayur hijau la yek supaya darah tak terlalu pekat.
ReplyDeletetapi ammi pun tak pasti sangat sebab bergantung tgk kita dalam blood group apa juga. kalau org darah O lain diet pemakanan dengan org darah AB, B.
biasa dgr psl platelet darah ni bila ada yg kena denggi sbb die akan drop..kalo tinggi tk pernh dgr..tq for sharing
ReplyDeleteBaru tau juga ni..banyakkan rehat ye SA..moga semuanay adlaam keadaan baik-baik aja..
ReplyDeletetake care kak.. semoga semua baik2 saja =)
ReplyDeleteTq sbb share SA, yelah biasa kita dengar psl platlet rendah je...
ReplyDeleteMahal betul harga sebuah kesihatan kan kak. Peringatan juga untuk kami semua. Btw, banyakkan berehat & semoga akak cepat sembuh.
ReplyDeleteBaca entry akak baru tahu ada platelet tinggi. Sellau dengar yang rendah saja.apa apa pun semoga baik baok saja untuk akak
ReplyDeleteTake care kak semoga kadar platelet akk Makin ok
ReplyDeletekurang arif bab platelet ni. Bagus juga akak share dapatlah ambil tahu sikit. Apepun jaga kesihatan ye kak
ReplyDeleteowhh platlet tinggi pun jadi masalah jugak ek...baru tahu...biasanya kalo pesakit denggi, platlet dia terlampau rendah...so kena naikkan dengan makan sup ketam dengan brokoli or jus daun betik..kalau platlet tinggi kena turunkan ke kadar normal la kan...
ReplyDeleteSemalam dapat result darah, saya pun platlet tingg (524). Harapnya bukan simptom kepada kanser
ReplyDeleteHi sy pn bru dpt result darah platlet 520... Risau nya.. Cmne kptsan saudari/saudara ya?
DeletePernah bacaan saya 601..sy amalkan rebusan halia,serai n kunyit.. beberapa bulan amal, bacaan normal.
DeleteSaya juga ada masalah platelet tinggi... Minum setiap hari atau macamana?
DeleteSaya juga ada masalah platelet tinggi... Minum air renusan itu setial hari atau bagaimana?
DeleteBaru tadi buat blood test platelet 491 aduh rasa down plak rasanya. Nampaknya kena diet yg betul
ReplyDeleteMacam mana sukatan halia , serai dan kunyit tu . Pletelet darah saya bacaannya 635. sekarang ni tiap bln ambil darah utk pantau dia punya bacaan.
ReplyDeleteSaya baru discharged disebabkan denggi. After 1 week discharged, saya follow up di hospital & terperanjat bacaan platelet saya terlebih tinggi, 758. Risau juga bila baca penulisan puan. Lg sebulan repeat lg tgk mcm mana bacaan platelet. Hrpnya kembali normal la.
ReplyDeletejaga pemakanan...isyaallah turun...elakkan daging merah..amlkan ulam bawang putih mentah dan makan buah anggur...
DeleteMcm mana dgn platelet akk sekarang? Masih naik atau statik? Saya pun ada masalah yg sama. Platelet tinggi.
DeleteSaya pun sedang mengalami platlet tinggi slps bersalin ni. Bacaan hari ini pun 543..
ReplyDeleteAssalamualaikum Puan, boleh saya tahu, macam mana dgn platelet Puan sekarang? Masih naik atau statik? Saya pun ada masalah yg sama. Baru semlm 15/7/2024 test darah. Platelet tinggi 1367. Saya risau sangat sekarang. Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, Platelet saya masih x bagus..setakat ni bacaan masih para 500...tinggi betul tu platelet awak..kena stop makan seafood, daging merah, kena start makan sayur dan ikan2, daging ayam pun bahagian dada sahaja
Delete.saya doakan platelet awak turun hendaknya...