Saturday, November 30, 2019

Lunch Di Rumah Makan Cibiuk Seremban Gateaway...

Hi korang ..

SA ni nama je orang Seremban..banyak tempat area Seremban ni yang SA x jejak lagi..kalau Seremban Gateaway ni rasanya baru kali ke 3 SA pi...kalu x pi Texas Chicken SA akan pi lepak kat MCD tu..kebetulan plak SA pi uruskan simkad mak yang dh rosak kat Celcom Centre then mak plak dh lapar...so SA decide pi makan kat Cibiuk atau Rumah Makan Cibiuk iaitu restoran makanan masakan Sunda Indonesia. SA pernah makan kat area KL tapinx pernah singgah lagi yang kat Seremban Gateaway ni. Memandangkan mak pun x sihat dan selera makan takde so sedang elok la makan kat sini.. cuba ubah selera kan...Masakan Indonesia pun sedap especially Nasi Padang..kat Seremban takde rasanya restoran Nasi Padang.. ke ada tapi SA yang x tau...hahaha...x guna betul jadi orang Seremban...semuanya tak tau kan....


Mulanya ingat tutup..tapi nekad je la pi depan-depan kedai..sekali tengok ada je orang..tak ramai pun orang masa ni..tapi lepas je kami duduk dan dah order makanan..sekali masuk ramai orang..tak putus-putus orang masuk...


Buku menu


Sedikit intro Rumah Makan Cibiuk


Ada ruang makan untuk bersila jugak..tapi x mungkin la nak bersila..takut mak tak selesa nanti..


Ruang makan yang luas dan dipasang muzik alunan muzik traditional Indonesia..best la..rasa macam kat rumah makan di Jakarta, Bali dan kebanyakkan tempat di Indonesia


SA pilih set ni untuk 4 orang..Nasi Putih, Ayam Bakakak Goreng ( ayam kampung) ,Pakedel jagung, Tumis Kangkung Belacan, Udang Crispy dan Sup Ekor. Air amik teh o panas..


Mak Abah yang seronok nak makan...


Leka borak-borak


Dua beranak ni macam biasa la


Selfie dulu


Air teh o tu sedap..rasa ras teh botol tapi versi panas


Mak cakap sedap air teh o tu..lain dari teh o kita


Ayam Bakakak Goreng..tanya diorang kenapa nama bakakak? maksudnya ayam kampung..kalau di bakar lagi sedap katanya...


Udang crispy..sos tu sedap betul...


Kangkung goreng belacan..


Sup Ekor ni sedap sangat..abah mmg suka..


Pakedel jagung...SA x rasa yang ni..tapi abah cakap sedap..


Keropok belinjau..fav SA...


Kami pilih nasi putih..nasi dia sedap sangat...


Pinggan SA...


Seronok tengok mak selera makan dan bertambah..lega hati tengok...


Abah pun sama...sedap selera dia


Masa ni nk selfie dengan rombongan dari Indonesia...ntah bila mak sampai..terus tersnap...masa bila dia berdiri belakang SA pun SA x perasan...


Habis licin kami 4 beranak makan...memang sedap makan kat sini...


Suka dengan tempat basuh tangan ni...unik sebab paip tu guna buluh...


SA puas hati sangat bawak mak abah makan kat sini..nanti boleh repeat lagi la makan lat sini sebab pekerja kat situ suggest makan ayam bakakak bakar..itu yang popular katanya..ayam bakakak tu sebenarnya ayam kampung..berbaloi sebab depa hidang seekor untuk hidangan set..stail kat sini order time tu dan dime tu jugak dia masak..so makanan sangat fresh..dia hidangkan panas-panas kat kita..sebab tu jugak la Mak Abah selera makan kan..Mak SA tu tak sihat so memang kena bawak dia keluar makan sesekali...lega betul hati sebab dia selera makan...sedap selera dia katanya...puas betul hati SA..mula-mula risau sebab takut dia x leh terima masakan Sunda atau masakan Indonesia ni...rupanya dia suka..Abah plak cakap..kita ki hidup kena mencuba..tak cuba kita tak tau....

So korang yang tinggal kat area Seremban..SA suggest makan kat sini... recommended...sedap sangat..makanan Set tu tadi total SA dikenakan RM138... ok la..murah pun murah sebab set untuk 4 orang. Kalau amik hidangan ala carte mahal...

You Only Live Once, But If You Do It Right, Once Is Enough....


“This life is what you make it. No matter what, you're going to mess up sometimes, it's a universal truth. But the good part is you get to decide how you're going to mess it up. Girls will be your friends - they'll act like it anyway. But just remember, some come, some go. The ones that stay with you through everything - they're your true best friends. Don't let go of them. Also remember, sisters make the best friends in the world. As for lovers, well, they'll come and go too. And baby, I hate to say it, most of them - actually pretty much all of them are going to break your heart, but you can't give up because if you give up, you'll never find your soulmate. You'll never find that half who makes you whole and that goes for everything. Just because you fail once, doesn't mean you're gonna fail at everything. Keep trying, hold on, and always, always, always believe in yourself, because if you don't, then who will, sweetie? So keep your head high, keep your chin up, and most importantly, keep smiling, because life's a beautiful thing and there's so much to smile about.”
~ Marilyn Monroe~

Friday, November 29, 2019

Yong Tau Foo Goreng Tersedap...

Hi korang...

Tersedap means tersedap pada tekak SA laaa...tapi SA yakin memang sedap la sebab kalau lambat memang habis licin kat kedai aunty Aishah ni. Kedai ni kat LG1 office SA ni dan sini la satu- satunya food court yang ada untuk semua orang area ni lepak dan makan tengahari. SA selalu tapau je sebab takde kawan nak ajak makan...dan as usual SA memang selesa tapau..makan kat opis sensorang..lagipun ada ekon kan..hahaha...minggu ni SA berjaya x makan nasi 4 hari dari Selasa...wahhh...pencapaian terbaik ni...tapi balik rumah nanti sure makan nasi...tengok la...confirm punya...tak makan nanti sure kena tarbiah...


Menu yang ada kat banner tu...macam- macam ada..tapi kali ni SA prefer Yong Tau Foo Goreng..no worries aunty ni Chinese Muslim so makanan dia semua HALAL ye...


Condiments Yong Tau Foo..sekejap je ni..x sampai petang sure habis


Yong tau foo Goreng SA...ingat amik sikit je..sekali dai dah potong-potong jadi banyak plak...


Alhamdulillaah...

Kenyang dan habis licin SA makan sambil tengok youtube tadi...ada gak kawan- kawan ajak jenjalan kat Flea Market MIDA...Entah la..SA rasa malas...SA memang jarang la keluar..kalau ada geng pun adakala SA malas nak keluar..Jumaat sure ramai orang...sure berpusu- pusu kat kedai makan..itu yang buat SA rimas tu...

Sedap ke...of course la sedap..kalau tak sedap takkan habis licin kan...well SA suka sos dia, letak cili padi sikit...tapi pelik cili padi dia tak pedas..

Total SA kena tadi RM13....

Goreng Pun Sodap!!

Hi korang...

Petang semalam Dania whatsaap kat SA gambar hasil pancingan atuknya. Atuk yang suruh amik gambar and hantar kat mama katanya...sabar jer la..saje je nak bagi mama hati panas...selalunya abah kalau balik dari memancing memang SA paling suka kalau ikan dapat besar2 macam ni...sebab ikan baru so SA akan terus masak..kadang- kadang masak lemak cili api..kadang- kadang goreng je..dan pernah jugak kukus limau..ikan baru dan terus masak memang sedap la kan..pernah masak sampai tak cukup seekor...


Tak sabar SA nak balik dibuatnya...

Geram kan...ada separuh orang tak makan ikan tilapia ni...tapi SA makan sebab sedap..kandungan omega pun tinggi..SA makan sebab memang dha diajar dari kecik makan ikan sungai...ini memang ikan sungai tau..bukan ikan lombong atau dari tempat yang tak sepatutnya...hehehe...tengok la ikannya pun bersih kan...insyaallah esok SA nak bakar la ikan ni...kalau sempat sampai awal malam kang SA nak bakar...kalau sempat la sebab SA keluar office pukul 6pm..nak mengejar komuter express pukul 6.14. Memang la x jauh nak ke platform komuter tu..tapi biasanya ada halangan..orang ramai la..traffic nak menyeberang ke KL Sentral tu lampu merah lama sangat la...kadang- kadang manusia ni semua jalan lambat sangat...semua tu buat SA lambat...memang biasa hari Jumaat petang je memang SA akan jalan macam Charlie Chaplin..jalan laju2...hahaha...

Thursday, November 28, 2019

Giveaway Wang Tunai Dan Template Blogger Premium

Hi korang..

Jom support GA blogger Hasrul Hassan...

Klik Banner Untuk Join

Giveaway ni mudah sahaja..

Berikut merupakan syarat- syarat untuk korang yang nak join...

Syarat nak sertai giveaway ini adalah seperti berikut:
  1. Wajib menjadi followers blog ini. Jika belum atau tidak pasti, anda boleh klik pautan ini - FOLLOW untuk follow/ikuti blog ini dengan menggunakan id Google. 
  2. Dah menjadi sebahagian fans di FB fanpage hasrulhassan.com
  3. Letakkan banner giveaway disediakan di atas dalam satu post baharu di blog anda, dan link kepada blog atau blog post ini.
  4. ATAU jika anda tidak mempunyai blog, boleh share post ini di Facebook anda kemudian TAG FB HasrulHassan.com.
  5. Anda dikehendaki membuat komen mengenai blog ini, atau berkongsi pendapat mengenai diri saya sebagai seorang penulis blog aktif sepenuh masa sejak 2010. Contohnya, sejak bila kenal, macamana boleh kenal, kenal sebab apa atau kenapa anda suka baca blog ini, atau apa keistimewaan blog ini pada pandangan anda dalam post anda tersebut.
  6. Bila dah siap, tinggalkan url post blog atau facebook tersebut sebagai bukti penyertaan di FB HasrulHassan.com di sini - Senarai Penyertaan
  7. Kongsikan url blog atau status FB anda di media sosial supaya lebih ramai rakan blogger mahupun pembaca blog Malaysia menyertai giveaway ini.

Pandangan SA tentang blog HH

  1. SA selalu jadikan blog HH sebagai rujukan dalam blogging sebab HH menggunakan platform Blogspot. 
  2. HH tidak lokek dengan ilmu..bagus macam ni..tak macam sesetengah blogger lain. Kalau ada yang tak faham terus tanya dan dengan segera HH akan cuba jawab. Tinggi ni ilmu blogging dia.
  3. SA suka baca kisah- kisah kehidupan harian dan aktiviti family yang HH kongsikan dalam blog beliau especially aktiviti riadah.
  4. Banyak info- info terkini dalam blog HH
  5. SA tak ingat samada pernah jumpa HH ke tidak,rasanya pernah bebrapa tahun lepas masa event SBB atau buka puasa review kat Bangi Golf Resort..tapi SA yakin..selain ramah dalam blog..HH juga cukup ramah dalam dunia realiti
Semoga ada rezeki SA untuk menang wang tunai atau Template Blogger Premium. Mana tau SA boleh tukar baju blog SA yang dah sekian lama tak tukar tu..Korang kalau nak join jangan lupa klik banner eh...

Pakai Baju Kurung Kena Kecam?

Hi korang...

Penat gelak semalam..kalau orang lain buat OOTD pakai baju kurung atau pakai baju apa sekali pun xde kena kutuk..tiba SA pakai baju kurung cotton semalam tetiba ada yang DM kat IG...allah..salah ke pakai baju kurung dan amik gambar..publish pun kat IG sendiri bukan tumpang IG orang lain..pelik betul dunia ni...katanya pakai baju kurung pun nak poyo-poyo tayang kat IG...ntah sape la suruh dia tengok agaknya...kelakar tau...tunjuk kat kawan-kawan opis semua gelak..susah la kalau ada yang menghidap masalah hati ni...malas SA nak screenshot dah sebab takde guna pun...i don't need negative vibes in my life..cukup-cukup la kena kecam pasal scammers ari tu..orang macam ni eloknya pergi jumpa doctor la..mana tau kot- kot ada kanser hati ke...elok diubati sebelum terlambat kan....


Baju kurung ni pun bukan la exclusive, baju kurung lama...kain cotton biasa je..kat mana la dia marah sangat tu...


SA rasa x semua pandai guna social media la...orang post gambar kena kecam, pos pambar makanan pun nak kecam..kalau x reti guna platform social media baik jangan guna..buat tambah dosa je...x suka orang post gambar kenapa follow? Ke saje buat fake account sebab hobby kutuk or hina orang...letih orang macam ni...go and get a life la..gunakan IG tu sebaiknya...buat meniaga ke..dapat gak rezeki yang halal dari kecam orang sana sini..ke sebab diri sendiri tak dapat pakai macam orang lain pakai? 

Takpe la..dia ada hak nak kecam..SA pun ada hak untuk susun atur apa pakaian yang SA pakai..tak perlu follow my IG kalau nak kecam tak tentu arah...orang lain boleh je cakap or komen elok-elok...nak pertikai SA boleh tapi make sure diri tu betul dulu...SA maafkan awak tapi anda tidak diperlukan dalam friendlist SA ye..goodbye and semoga anda selamat..ye..selamat di BLOCKED...

So korang...kalau ada yang menyakitkan hati korang or kecam...x yah malukan dia atau kecam dia semula...block je..tak perlu kita jadi macam dia...bukan dapat untung pun...SA pun bukan jenis pendendam..berdendam ni tak baik untuk kesihatan kan...maybe dia ada masalah hati or mental tu..sebab tu dia tak boleh tengok orang lain senang..tak suka unfollow..senang kan...tak perlu nak rasa menyampah dengan apa yang orang buat..

Wednesday, November 27, 2019

Cardiac Vascular Sentral KL Terima Akreditasi MSQH

Hub kardiologi ini mensasarkan 15% ketibaan pesakit antarabangsa sepanjang tahun 2020



Selepas 2 tahun penubuhan,Cardiac Vaskular Sentral Kuala Lumpur  (CVSKL)  meraikan ulangtahun dengan penuh bermakna atas pencapaian gemilang apabila dianugerahkan sijil akreditasi oleh Malaysian Society for Quality Healthcare(MSQH) bagi tempoh 4 tahun.

Pengerusi CVSKL,Tan Sri Dato' Dr. Yahya Awang berkata ulangtahun ini pastinya perlu diingati kerana ia melonjakkan nama hospital ini dalam usaha mempromosi destinasi pelancongan  kesihatan dikalangan pelancong asing.



“Penganugerahan akreditasi oleh MSQH ini adalah satu pencapaian yang sangat membanggakan CVSKL kerana ini menunjukkan kami komited dalam menyampaikan  perkhidmatan berkualiti sejajar dengan misi-  memberi pengalaman dan khidmat  terbaik kepada setiap pesakit pada setiap masa”, tambah beliau.

Program Akreditasi Hospital oleh MSQH menyediakan cara efektif dimana organisasi kesihatan dapat menilai tahap pencapaian menurut standard kebangsaan yang ditetapkan. Program ini  dibangunkan oleh para  profesional dunia perubatan  dan aplikasinya diterima iktiraf di seluruh Malaysia. Standard akreditasi oleh MSQH menjadi tanda aras yang membolehkan sesebuah organisasi kesihatan menilai dan  memperbaiki pencapaian secara lebih kerap dan berterusan.





“Pencapaian ini sangat bertepatan dengan masa sempena Tahun Pelancongan  Kesihatan Malaysia 2020. MSQH telah dibangunkan hasil gabungan kerjasama  pakar, profesional dan pengguna dari sektor perubatan awam juga swasta. Mereka menilai dan mengemaskini kemajuan terkini dalam sistem penjagaan kesihatan” - tambah Dr. Yahya.

Prof. Madya Dr. Kadar Marikar, selaku Ketua Pegawai Eksekutif MSQH menekankan bahawa akreditasi ini memberi jaminan kepada pesakit tempatan mahupun luar negara bahawa CVSKL mematuhi standard dunia perubatan terkini.






Turut hadir menyaksikan penganugerahan akreditasi ini adalah Dolly Lim, Ketua Pegawai Operasi dari Malaysia Healthcare Travel Council (MHTC). CVSKL akan berganding bahu dengan MHTC dalam menaikkan nama Malaysia sebagai hub kardiologi pilihan dikalangan pesakit luar negara.
“Kami menerima sambutan hangat dari pesakit luar negara kerana lokasi yang strategik di KL Sentral dan ini meletakkan kami sejajar dengan matlamat MHTC untuk  menjadikan Malaysia sebagai hub kardiologi. Dengan adanya sokongan berterusan dari MHTC, kami berharap dan menjangkakan lebih ramai bilangan  pesakit yang berkunjung pada tahun  hadapan,” jelas Timothy Chang, Ketua Pegawai Eksekutif CVSKL.

9 % pesakit yang menerima rawatan di CVSKL tahun ini adalah dari luar negara. Bersempena Tahun Pelancongan Kesihatan 2020, CVSKL yakin bakal menerima 15% ketibaan pesakit luar negara dengan lebih separuh darinya adalah dari Indonesia.



Februari lalu, MHTC mengumumkan sebanyak 60% dari pesakit luar negara yang mendapatkan pelbagai rawatan adalah dari Indonesia dengan peningkatan  pertumbuhan tahunan dari 12% ke 18% .


Mengenai Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur

CVSKL merupakan sebuah hospital integrasi berkepakaran dalam penjagaan komprehensif dan moden bagi pesakit kardiak dan vaskular. Dibarisi pakar-pakar perubatan yang terpilih dan dedikasi, pakar kardiologi, pakar bedah jantung, pakar vaskular dan pakar bius dengan rekod dan pencapaian cemerlang yang   mementingkan standard perkhidmatan bersandarkan bukti dan mutu profesional.

Hospital ini menawarkan layanan mesra  dengan nasihat perubatan yang berkualiti.
Suasana selesa pasti dirasai oleh  pesakit apabila dijaga  baik oleh para doktor, ahli radiologi,staf teknikal  kardiak dan vaskular, juga jururawat dan kumpulan pekerja  sokongan yang lain.

Hospital ini menyediakan 60 kemudahan katil dan kelengkapan yang menghimpunkan fasiliti kardiologi, kardiotorasik, diagnosis vaskular, terapeutik dan perkhidmatan pencegahan di bawah satu bumbung. Lokasi CVSKL yang amat strategik terletak di hub pengangkutan KL Sentral yang boleh di akses dengan LRT, MRT, kereta api, bas, teksi mahupun KLIA Ekspress. Dikelilingi hotel mewah, apartmen servis dan pusat membeli-belah dalam jarak pejalan kaki menambahkan lagi daya tarikan CVSKL sebagai pusat perubatan pilihan.
Untuk informasi tambahan dan pertanyaan insuran berkenaan CVSKL, boleh hubungi 03-22767000 atau emell ke info@cvskl.com.

WW~ Nostalgia Telefon Awam

Hi korang....

Nostalgia sangat kan...siapa sempat zaman gunakan telefon awam? masa tu tak ada lagi handphone, kalau ada pun jenis jenama Motorola yang besar macam tabung air tu..siap kena tarik antenna dia..hahaha...SA sempat guna dulu hp Motorola jenis Startec kalau tak salah..masa tu SA kerja kilang je...sebelum ada handphone, gigih la guna telefon awal telekom yang warna orange tu...tak lama lepas tu tukar plak jenis macam gambar kat bawah ni..gigih la nak simpan duit syiling nak bergayut berjam- jam kat sini..sanggup beratur panjang- panjang nak guna telefon..pernah jugak la beratur 2 jam semata- mata nak call abang angkat la kononnya. Kalau ramai orang pergi plak cari tempat lain...selalunya line clear kat area sekolah. Ye la Sabtu Ahad sape jer yang nak guna kan...Bila ingatkan semula memang kenangan terindah betul guna telefon awam ni...zaman sekarang mungkin dah takde..kalau ada pun sangat- sangat limited.


Korang perasan tak...lokasi telefon awam ni selalunya kat bus stop area sekolah kan? Masjid atau kat pekan- pekan...satu tempat tu diletakkan 5 pondok telefon macam ni...kadang- kadang ada 2 je...adakala boleh guna..ada kala rosak plak...masa tu berbakul - bakul la sumpahan. Adakala duit syiling dah penuh so tak boleh nak guna lagi...maklum la masa tu mana ada komunikasi lain selain telefon awam dan jugak utusan surat...kalau guna surat lagi lama nak tunggu...serik oii bercinta zaman tu...nak jumpa lagi la kan....xde makna..kalau mak abah tau..matilanak kena sesah ngan penyapu...main utus- utus surat pun kena tapis..kena bukak dulu surat tu then baru sampai kat tangan kita...

Sape pernah sama zaman dengan SA?

Yang lahir selepas tahun 2000 tak rasa kot zaman ni....maknanya apa tu? sape yang sezaman SA bukan tua tau....tapi baru nak menempuh kehidupan....hahahahahaha......

Tuesday, November 26, 2019

Frozen 2 & Makan KFC

Hi korang..

Sabtu lepas selepas berjanji dengan Dania dan Si Kembar serta ibu diorang....maka plan ladies day out untuk tengok film Frozen 2 pun berlangsung dengan jayanya....SA awal- awal dah beli tiket online..full house kot kan...si kembar kalau nampak SA je asyik berzikir...bila nak tengok Frozen, bila nak Sabtu..so hari yang ditunggu- tunggu dah tiba..seawal pukul 1 tengahari depa dah sampai kat rumah SA..Nampak sangat tak sabarnya tu...show start pukul 3.20 petang..memandangkan SA dah belanja tiket so ibu si kembar belanja pop corn dan air...

Apa yang mengecewakan takde langsung props Frozen 2 untuk kami bergambar..memang takde..silap SA pi beli tiket kat TGV Seremban 2, Patut pi Palm Mall..GSC ada letak props Frozen dan dengarnya hanya kat GSC Palm Mall je ada..ramai siap beratur lagi diorang amik gambar...aduyaiii...silap betul la..SA plak masa ni tengah sakit gigi..memang spoil..kaki pun sakit sebab 2 kali kena simpul mengkarung..tapi Frozen 2 punya pasal takde la kisahkan diri tengah sakit...hahaha.... 


Kita wefie dulu sebelum masuk panggung


Semua teruja..


Alaaaa...Bokeh plak...


Takde props kat poster pun ok la..


Dah lepas habis citer kami ke KFC kejap...sebab SA dah janji nak banje KFC


One more pose


KFC nowdays makin kecik kan size ayam dia especially drumstick


SA amik set Hot & Cheesy 3 ketul ayam 1 set dan Combo 5pcs Hot & Spicy..


Okey la Hot & Cheesy ni...takde la wow sangat..


Adik SA - Lisa


Aressa


Selfie skit


Adeliya & Aressa


Kakak Dania & Mak Yang dia

Lepas makan diaorang teman SA beli sandal kat Vincci, Kasut SA dah terbuka kat depannya..haih..lom gaji tapi terpaksa membeli...sementara tu diorang ni si kembar bergambar kat props ruang legar AEON Shopping Mall Seremban 2. Seronok tengok diorang seronok Sabtu tu...kalau ada Dida maybe lagi seronok...rindu plak SA kat anak SA yang sorang tu....














Dah seronok - seronok...SA pesan kat diorang...cuti sekolah ni jangan nakal- nakal...dengar cakap ibu ngan ayah...kalau tak...mama dengar je ibu mengadu...lepas ni no more tengok wayang and cancel plan trip naik komuter, MRT, LRT dan Monorel pergi KL...diorang tak pernah naik lagi 4 pengangkutan ni...next SA plan nak bawak diorang...sekali ngan ibu diorang la..jenjalan KL...maybe sebelum sekolah buka nanti...apa- apa kena tunggu nenek diorang sihat dulu..

Korang yang belum pergi tengok Frozen 2 tu, cuti sekolah ni elok bawak anak- anak menonton wayang..cerita kali ni lebih kepada sekuel apa yang terjadi dan bagaimana Elsa dapat kuasa sakti tu. Throwback sewaktu kapal ayahanda Elsa dan Anna Karam. Kali ni banyak lagu la..korang nak tau best ke tidak rasanya elok korang tengok sendiri. SA bagi 8/10 bintang. Ada yang cakap x sesuai budak- budak tengok sebab ada scene kissing2 tu semua takde makna. Okey je takde scene yang mengghairahkan..cuma jangan la bawak budak bawah 3 tahun or baby, masa SA tengok ramai je bawak anak- anak kecik ada yang umur 3 bulan pun..bahaya kot sound system kuat untuk baby kan...dicampur dengan anak- anak meragam, menjerit menangis..berlari pun ada..ganggu sikit la focus nak tengok dengan aman...

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah