Monday, October 14, 2019

Special Treat For Dania At Seoul Garden Palm Mall Seremban

Hi korang...

2 hari takde entry terbaru..mood weekend katanya...Sabtu lepas SA dating ngan anak dara SA tu..treat dia lepas habis exam PT3..keluar dari kul 11am sampai ke petang...tengah2 jalan tu dia cakap bosan la jalan- jalan macam ni..nak tengok wayang takde citer best plak...SA tanya la..awak nak apa sebenarnya ni...hahaha...awal- awal x nak plak cakap nak pi mana...dh tu dia cakap jom je la jalan- jalan..makan ke...so pusing- pusing la dua beranak masuk kedai satu persatu dan terus decided nak makan kat Seoul Garden. Situ leh lepak lama makan sampai pengsan kan..hahaha...boleh tahan gak buffet Seoul Garden..kami dua beranak je makan kena RM99 sekali tax tau...buffet dia RM40.90 adult. For sure Dania dikira adult la kan....sedikit mahal..tapi sesekali takpe la kot..

Jom la tengok gambar...tengok jer gambar ye..SA malas nak letak caption, biar la gambar jer berbicara...

























Last one..pulun maggi ngan sayur dan cendawan..haha..

SA dengan buah hati kesayangan


Dekat 2 jam jugak SA ngan Dania lepak dan makan kat Seoul Garden ni dari takde orang sampai la penuh orang...mahal pun ramai gak makan kat sini cumanya ingredients tak berapa meriah dan tak berapa segar..ada seafood yang tak segar langsung macam kerang..semua tak leh makan..yang lain- lain macam ayam, daging, udang dan sotong tu ok la..ada je bahan yang takde..kalau kat Pak John Steamboat banyak giler bahan...takpe la next time pi makan kat Pak John je la..best pun best...
SA harap sangat anak dara ni happy la sepanjang kami keluar...dengan dia okey je kalau ajak keluar pi makan ke, ronda- ronda sebab dah lama terperap kat rumah dan aktiviti asyik dengan buku je kan..tengok la nanti sebelum cuti sekolah boleh la SA bawak pi bercuti kejap..kali ni pilih dekat- dekat aje la..maybe bermalam kat mana- mana hotel kat PD kot...as long as dia happy...

17 comments:

  1. lama tk mkn seoul garden..tu la mahal kn tp skali skala okla...

    ReplyDelete
  2. Seronok kan dapat keluar berdua dengan anak dara sesekali macam nie. Kak Sue dua-dua tempat belum pernah cuba makan lagi SA.. nanti nak kena cuba juga..

    ReplyDelete
  3. Saya dah lama tak ke Seoul Garden sejak naik harga. Kali terakhir pergi masa birthday sbb dapat makan free kalau bawa dua orang kawan yang bayar adult price.

    ReplyDelete
  4. its a bonding time anak dah mcm kawan je.. seronok dapat bonding dengan anak dara.. keluar & borak2 mcm kawan.. now bila anak dah besar rasa mcm tak ada kawan keluar pn tak apa lah.. janji ada anak dara yg boleh kita ajak teman & bonding together. Yeahhh Seoul Garden tu Korean Buffet kannn. i ni kg dot com.. so tak makan korean.. Tapi kalau Khairine, mmg dia expert hehe. Kalau nak pergi bercuti tu ajak lah i skali.. boleh i bawak Khairine sekali diorang pn dah habis PT3 kennn hehe

    ReplyDelete
  5. Dania Dan maknya Sama cantik.. saya X penah lagi makan kat Seoul garden.. nanpak sedap2 tu

    ReplyDelete
  6. dulu2 suka gi seoul garden ni weekdays waktu lunch..bawak matrix card, nanti dapat rega student..hihihi..skang da lamaaa sangat tak pergi, tak tau la masih ada rega student ke tak

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi makan kat seoul garden ni.hehe
    nak kena cuba la walaupun sekali kan..

    ReplyDelete
  8. kalau mahal puas hati xpe..berbaloi..mahal tp xmemuaskan tu yang ralat sket..haha

    ReplyDelete
  9. apasal serius sgt muka dania masa tgh makan tu kak hehehhe...
    best tengok macam-macam pilihan untuk di masak tu kak oi, puas la makan

    ReplyDelete
  10. Saya selalu mkn Seoul Garden ni kat IOI putrajaya

    ReplyDelete
  11. Kita pernah makan sekali je...kita prefer makan kat sukiya. Rasa murah sikit.

    ReplyDelete
  12. Jadi laa tu bonding time mak dan anak. Seronok laa Dania dapat keluar dengan mama macam ni kan.

    ReplyDelete
  13. Lama dah tak pergi Seoul Garden ni. Suka makan kat sini...

    ReplyDelete
  14. bonding time mother & daughter..suwittt...

    ReplyDelete
  15. sedapnya steamboat. Tapi tulah belum pernah cuba seoul garden punya steamboat lagi

    ReplyDelete
  16. dah mahal ek skrg..dulu JM pernah makan baru RM30++ utk adult..kalua harga cam gitew mmg x leh la selalu hihi..tapi bila dah byr mahal gitew mmg mkn puas puas arhhhh

    ReplyDelete
  17. seronok bila buat bonding time macam nie.. girl days out..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah