Tuesday, October 22, 2019

Masak- Masak Ahad Lepas

Hi korang...

Ahad lepas adik SA balik rumah kejap selepas lama tak balik sebab sibuk outstation. Kebetulan dia baru balik dari Sarawak..2 minggu juga la tak jumpa Opick dengan Tiara. Ahad tu memang SA x kemana- mana..petang nak work out pun hujan lebat giler..so last week memang takde pun work out..rasa tak best plak badan walau tengahari masa masak tu berpeluh- peluh badan SA...rumah SA memang panas sebab rumah dari batu block kan..kalau dari batu- bata sure sejuk skit rumah..nak pasang ekon satu rumah nanti banyak plak bil electric. Sekarang semua benda mahal kan...

So apa yang SA masak Ahad lepas..actually Sabtu pun SA masak gak..Ikan Keli Masak Lemak Cili Api, Ayam goreng berlada dan ada sambal tempoyak sikit. Masa tu malas nak amik gambar sebab nak cepat pergi tengok wayang kan..hehehe..then Ahad menu kat bawah ni la..simple je...


Paru goreng berlada fav adik bongsu SA


Ikan belanak masak lemak cili api


Sayur bayam


Ikan pelaling goreng..

Itu aje la yang SA masak...seronok makan ramai- ramai. Biasa berempat jer..kali ni ramai so berselera la memasing makan..Next week tak tau la nak masak apa plak...ada jemputan next week tapi tu la x tau lagi nak pergi ke tak..Tapi rasanya SA nak masak lauk- lauk kampung jer la..nak banyakkan makan sayur..next Wednesday SA dah kena pi check up lagi sekali..hahaha...gigih x amik daging, seafood dan apa je yang x boleh makan 2 minggu ni..sebelum ni ada gak sesekali lepas gian makan daging...so stop sekejap la...Tak sabar ni nak pergi check up..nak tau apa keputusan seterusnya...

24 comments:

  1. walaupun nampak simple..tp bila makan menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  2. Kesukaan Sis paru tu, tak kisah masak apa pun, janji kalau menu paru memang suka...

    ReplyDelete
  3. Best kan dapat makan ramai2 ngsn adk beradik kita wlupun lauk pauk yg simple..sedap ja nmpk lauk kak SA ni

    ReplyDelete
  4. Paru tu nieyl suka makan je tapi x pernah masak pun..hehehe

    ReplyDelete
  5. besar2nya ikan belanak tu SA... bila ada ramai2 menu simple pun rasa best sangat

    ReplyDelete
  6. yang simple tu lah yang selalunya buat kita derhaka pada diet... hahahaha.
    ok nxt week sila makan ulam-ulaman je. Atau buat masak lomak cili padi pucuk pegaga (yg SA tanam kt rumah tu) campur dengan udang.. uii sodap eh!

    ReplyDelete
  7. Kalau mkn ramai lauk apa pun sedap jadinya...akak ni yg mkn sorg2 mmg tak lalu,tak berselera langsung

    ReplyDelete
  8. yang simple tulah sedap lagi-lagi makan ramai-ramai sekeluarga

    ReplyDelete
  9. Ikan pelaling tu tak pernah dengar pulak SA. Bayam + Paru goreng berlada....lauk2 simple macam ni siap2 haribulan bertambah nasi tu SA...

    ReplyDelete
  10. Makan ramai-ramai tu yang membuatkan makanan terasa lebih sedap.

    ReplyDelete
  11. Sedapnya paru tu. Dah la my favourite hehe :)

    ReplyDelete
  12. aduhai..blogwalking tengah malam, terus lapar dibuat yer

    ReplyDelete
  13. Walau simple tapi sedap SA.. memang seronok makan ramai-ramai kan..

    ReplyDelete
  14. simple dan sedappppp!ok terus lapar!

    ReplyDelete
  15. Makan ramai-ramai memang menyelerakan. semua menu dah lah sedap² pulak tu

    ReplyDelete
  16. paru goreng brlada tu...sy pun suka...buat sendiri tak sedap. kena makan kedai baru sodapp

    ReplyDelete
  17. ikan goreng wajib ada kalo makan ramai2..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......