Wednesday, October 23, 2019

ID.AZ DERMASTIC Premium Sheet Mask Yang Menakjubkan....

Hi korang..

Siapa yang x nak cantik? Siapa yang x nak melihat atau merasa ketenangan pada seluruh wajah? Mesti takde kan....macam tu jugak la SA ni...kalau stress, penat dan tak cukup rehat..selain dari merehatkan diri..SA suka menggunakan mask muka..tenang aje apabila mask tu melekat pada muka...sejuk dan segar aje kan...hilang segala penat dan stress...so apa pilihan mask yang SA ada...bertuah betul apabila baru-baru ni SA diperkenalkan dengan Mask keluaran ID.AZ.



Yeayy....3 jenis sheet mask yang menjadi kegemaran SA keluaran ID.AZ yang mampu mengekalkan kelembapan kulit muka...special thanks to The Butterfly Project for this opportunity..Product ID.AZ dicipta dan dihasilkan di sebuah hospital kecantikkan di Korea. Dikenali sebagai Asia Beauty Care dan di beri nama ID manakala AZ bermaksud merangkumi semua dari A ke Z. Hospital ini mempunyai kepakaran dalam kecantikan kulit dan jenama ID.AZ merupakan salah satu jenama paling popular di Korea.

3 jenis Fit Mask yang SA dah cuba adalah :-


1. ID.AZ Dermastic GOLDEN -Fit mask > NUTRITION







ID.AZ Dermastic Golden-Fit Mask adalah mask hidrogel emas yang menjadikan rumpai laut sebagai ramuan utama. Rumpai laut diproses dan mengandungi vitamin serta mineral yang penting untuk mengekalkan kulit yang sihat. Bahan-bahan lain yang terkenal termasuk madu, royal jelly, dan propolis. Bahan berkhasiat ini mempunyai keupayaan untuk memulihkan keanjalan pada kulit. Kulit muka SA sensitif dan lebih mudah terdedah kepada dehidrasi akibat kualiti udara yang buruk di negara kita baru- baru ini. Ia juga menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk sekiranya cuaca panas.


Daripada paket itu, SA dapati ada wangian buah yang kuat. Potongan mask hydrogel memberikan  cabaran untuk SA ambil dari paket,  perlu berhati- hati agar mask tidak koyak. Ia diliputi intipati dan mask agak berbentuk elastik. Hyrogel mask ni juga sebenarnya diperkaya dengan nutrisi. Nampak kelainan pada mask ini kerana kepingan-kepingan hidrogel tebal ini terpisah dua. Ianya berwarna emas dan kelihatan cantik sangat. Selepas dilekatkan pada muka..anda akan rasa kehebatannya. Kepingan yang terpisah mengikut bahagian T-Zone dan U-Zone sangat sesuai untuk apa juga bentuk muka . Ianya menutup perimeter wajah dengan kedap dan tidak perlu risau ianya beralih..ianya kedap dan ketat selepas diletakkan pada wajah. SA pakai di muka selama 15-20 minit seperti kebiasaan. Terdapat lebihan intipati yang tersisa pada kulit muka SA. Tidak perlu dicuci, hanya dap kan ke seluruh wajah agar ianya menyerap ke dalam kulit muka..Kulit SA terasa sangat terhidrat dan agak lembab selepas menggunakannya. Psttt ...ianya sesuai juga untuk anti penuaan tau.....





2. ID.AZ Dermastic WATER- Fit Mask > Hydrating

Dengan penggunaan yang konsisten mask ini mampu melembabkan dan meremajakan kulit muka korang. Bahan-bahan yang penting seperti sea water, hydrolyzed collagen, asid hyaluronik, panthenol, betaine, dan allantoin. Betaine adalah humectant dan anti-iritasi yang terdedah kepada ikatan hidrogen (berinteraksi dengan air) dan meningkatkan keupayaan untuk mengekalkan kelembapan. Asid hyaluronik bertindak dengan cara yang sama. Panthenol adalah provitamin B5 dan digunakan sebagai pelincir, emolien, dan pelembab, yang memberikan lubriaction dan penghidratan. Allantoin membantu melembutkan dan melindungi kulit sambil menenangkan kulit. Ia juga merangsang pertumbuhan semula sel.






Mengandungi Deep Sea Collagen amat sesuai dengan kulit SA dan dapat mengekalkan kelembapan pada kulit.Terdapat aroma ringan yang halus bukan bau yang tidak menyenangkan ye..dari pek dan arahan yang disediakan sebelum guna bersihkan muka menggunakan toner. Ianya mempunyai 2 lapisan, satu lapisan material gauze. Lekatkan pada muka di bahagian mata dan mulut meliputi dagu. Biarkan 10 minit dan keluarkan lapisan material gauze. Biarkan lapisan kedua sehingga 20 minit. Selepas itu tanggalkan.  Dap kan lebihan intipati ke seluruh wajah agar ia menyerap dengan lebih cepat. Nah...kulit korang akan terus lembab dan segar selepas kepenatan dengan urusan seharian di luar...tak percaya? korang boleh cuba...





SA kalau boleh nak guna sampai pagi kerana ia begitu selesa, menyejukkan dan menenangkan , Keadaan mask masih basah apabila SA mengeluarkannya walaupun selepas 30 minit. Kulit SA sangat lembut dan licin selepas itu! Ia juga membantu mencerahkan bekas jerawat SA dan juga nada kulit SA. Secara keseluruhan, SA cukup suka dengan mask ini!


3. ID.AZ Dermastic BRIGHT-Fit Mask > Brightening 

Mask ini dibuat daripada microfiber, yang lebih tebal daripada mask  ID.AZ Dermastic Water-Fit. SA sangat kagum dengan mask ni sebab semasa SA buka paket mask ni terdapat lebihan intipati ekstrak mutiara, ekstrak portulaca oleracea dan berry complex. Banyak tau intipati yang tidak melekit tetapi bertindak dan menyerap dengan cepat pada wajah. Selepas guna macam biasa jangan cuci muka. Sapu lebihan ekstrak intipati pada ke seluruh wajah sampai ianya betul- betl menyerap ke dalam kulit. Mask ini tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit malah bertindak untuk mencerahkan kulit korang.










Kulit SA kelihatan segar selepas menggunakan mask ini dan SA percaya dengan kekerapan penggunaan mask ini secara konsisten pasti kulit muka akan menjadi lebih cerah. Jom kita bebaskan kulit muka kita dari kelihatan kusam, gelap dan tidak bermaya. Korang boleh tengok kulit muka SA selepas penggunaan mask ini. Semakin segar kan?

SA sangat- sangat recommend pada korang fit mask ID.AZ Dermastic ni..dapatkan segera di Watson yang terpilih.

Harga pun sangat ekonomi dan berpatutan.

Dermastic GOLDEN-fit mask-Nutrition : RM19.90
Dermastic WATER-fit mask-Hydrating : RM12.90
Dermastic BRIGHT-fit mask-Brightening : RM12.90

Info lanjut:
Website : https://id-az.co.kr/
Instagram : https://www.instagram.com/idplacosmetics/
Facebook : https://www.facebook.com/idplacosmetics/

19 comments:

  1. dah lama x manjakan muka.. nak kena g cari gak ni

    ReplyDelete
  2. bestnya..lama dah tak bermask.

    ReplyDelete
  3. lama dh xpakai mask...suka la yang gold tu...tetiba teringat cleopatra....thanks for the share...

    ReplyDelete
  4. patutlah sis nampak muda.. rajin pakai mask rupanya

    ReplyDelete
  5. Lama dah tak peduli muka ni. Dah makin berumur ni kena cuba jugak mask macam ni.

    ReplyDelete
  6. harga pun ok..

    tidak la membebankan sangat.

    untuk kecantikan...adalah pelaburan yang brbaloi

    ReplyDelete
  7. lamanya xpakai mask..kna godak ni mana mask cik nor simpan..hehe

    ReplyDelete
  8. Paling suka pakai hyrdrogel golden tu kak. best giler dan wow sangat kesan dia

    ReplyDelete
  9. Bestnya... Yg jenis gold hydrogel tu kan kalau letak dlm chiller dulu.. Lepas tu pakai kan.. Mmg best sgt2 kan

    ReplyDelete
  10. ye SA pakai sheet mask ni muka rasa relax, glowing dan nampak licin je. lagi satu bangun pagi muka rasa fresh sangat

    ReplyDelete
  11. semakin comey lotey la kak SA nanti

    ReplyDelete
  12. Sejujurnya Sis belum pernah lagi pakai guna mask yang color gold, biasa guna mask yang biasa aje...nanti nk try juga..tapi kannn kadang asyik lupa aje nak pakai masknya hahahaha sampai berdozen-dozen mask kat rumah ni..

    ReplyDelete
  13. Dah meningkat usia ni, lagi extra care muka ni kan SA..hehe..kita sama la...gila sheet mask..mesti nak cuba kalau orang suggest...

    ReplyDelete
  14. best nya kalau dapat pakai gold mask tu. terasa cheq macam geng avengers lah nanti. hehehehhe

    ReplyDelete
  15. Dah try pakai ketiga tiga mask ni memang best tau. Harga pun not bad.

    ReplyDelete
  16. dah macam iron man ek kalo pakai mask kaler gold tu..canggihhhhh!!! hahaha!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......