Hi korang...
SA dah pernah share kat blog tentang ni, tapi terpanggil nak share lagi...kalau tak salah SA share tahun 2014..bersempena hari Jumaat yang mulia ni jom kita baca sebagai pengajaran supaya kita lebih menghargai ibu bapa kita..
Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan... Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya.........
SA dah pernah share kat blog tentang ni, tapi terpanggil nak share lagi...kalau tak salah SA share tahun 2014..bersempena hari Jumaat yang mulia ni jom kita baca sebagai pengajaran supaya kita lebih menghargai ibu bapa kita..
source from google
Di Jepun, dulu pernah ada tradisi membuang orang yang sudah tua ke hutan.Dan ada juga organ mereka diambil untuk kegunaan perubatan... Mereka yang dibuang adalah orang tua yang sudah tidak berdaya,agar tidak membebankan kehidupan anak - anaknya.........
Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang berniat membuang ibunya ke hutan. Kerana si Ibu telah lumpuh dan agak nyanyuk. Si pemuda ini bergegas menyusuri hutan sambil menggendong ibunya. Si Ibu yang kelihatan tak berdaya, berusaha mencapai setiap ranting pohon yang mampu diraihnya lalu mematahkannya dan menaburkannya di sepanjang jalan yang mereka lalui.
Sesampai di dalam hutan yang tebal, si anak menurunkan Ibu tersebut dan mengucapkan kata perpisahan sambil berusaha menahan sedih kerana ternyata dia tidak menyangka terpaksa melakukan perbuatan ini terhadap Ibunya.
si Ibu yang tak terdaya tadi masih tenang.........
Dalam senyumnya, dia berkata, 'Anakku, Ibu sangat menyayangimu. Sejak kau kecil sampai dewasa, Ibu selalu merawatmu dengan segenap cintaku. Bahkan sampai hari ini, rasa sayangku tidak berkurang sedikitpun. Tadi Ibu sudah menandai sepanjang jalan yang kita lalui dengan ranting-ranting kayu. Ibu takut kau tersesat. Ikutilah tanda itu agar kau selamat sampai di rumah".
Setelah mendengar kata-kata tersebut, si anak menangis dengan sangat sebak dan sayu. Kemudian terus memeluk ibunya dan kembali menggendongnya untuk membawa si Ibu pulang ke rumah. Pemuda tersebut akhirnya merawat Ibu yang sangat mengasihinya sampai Ibunya meninggal.
Sahabatku semua,
renung- renungkan lah..
"Orangtua" bukan barangan lusuh yang boleh dibuang atau diabaikan setelah terlihat tidak berdaya. Kerana pada saat kita berjaya atau saat kita dalam keadaan Susah, hanya 'orangtua' yang mengerti kita dan batinnya akan menderita jika kita susah.
"Orangtua" mereka tidak pernah meninggalkan kita, macam mana pun keadaan kita. Walaupun kita pernah kurang ajar kepada orangtua. Namun Ibu dan ayah kita akan tetap mengasihi kita.
Mulai sekarang, mari kita lebih mengasihi orangtua kita
selagi mereka masih hidup.
Hadiahkanlah Al-Fatihah buat ibu bapa kita sebelum tidur..walaupun ibu kita masih ada di alam nyata ini.
tanpa ibu siapa lah kita..huhu
ReplyDeletesayang ibu selalu.. sedey jugak gitu kan
ReplyDeleteSedihhh..:(
ReplyDeletekisah yg sgt memberi pengajaran pada kita...sayangi org tua kita..
alaaaa...main potong2 bawang pulak SA ni tau.
ReplyDeletesedihnya SA, dana pernah terbaca tentang ni pasal org jepun yg suka mengabaikan org tua mereka, even sekarang pun masih ada lagi, pernah terbaca dalam surat kabar... orang tua di sana mana yang tiada anak atau yang tak nak menyusahkan anak-anaknya mereka akan menyewa rumah untuk ddk sendiri, sampai akhirnya mereka akan mati sendiri dalam rumah tu. Masa tu akan ada orang yang akan bersihkan rumah tu untuk orang lain pula sewakan. sedih betul baca... negara mereka maju tapi nilai kasih sayang tu takde
ReplyDeletetak sabar minggu depan nk jumpa ngn mak abah
Banyak bawang SA potong ni sampai merecik ke sini...huhuuhu
ReplyDeleteSedih nye :(
ReplyDeleteAda jugak akak baca mereka membuang bayi kedalam hutan hidup2...
ReplyDeletemata masuk habuk baca ni
ReplyDeletesemoga kita dan anak cucu serta keturunan kita menjadi anak2 yg tidak derhaka dan mengasihi ibu sepertimana dia mengasihi, menjaga kita..
ReplyDeleteMasha Allah teruknya tradisi Tu.. tapi X semestinya buang org tua.. kalau X layan mereka sevaiknya pun Sama impact nya kan
ReplyDeleteaduhai, tak sangka kan...zaman dulu di jepun ada buat benda macam ni...
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah mak saya
ReplyDeleteMacam tak patut ada tradisi macam ni. Aduhaii sedihnya
ReplyDeletesedih bila tg kada org yg x hiraukan ibu...tak hargai pengorbanan mereka waktu kita kecik..sedih
ReplyDeleteAllah.. sedihnya..
ReplyDeleteBila kecil mereka jaga kita dengan sepenuh hati.. tapi bila kita besar kita tak mampu menjaga mereka..