Thursday, October 3, 2019

Dr Beau Pure Natural Skin Oils Serum Merawat Jerawat, Jeragat Dan Kulit Kusam

Rawat Masalah Kulit Muka Secara Semulajadi Dengan Dr Beau Pure Natural Skin Oils..


Hi korang...

Baru- baru ni SA mengalami masalah jerawat pasir di muka akibat Jerebu dan cuaca yang tak baik. Dengan panas dan humid membuatkan muka SA mudah mendapat masalah jerawat. Bila timbul masalah ni pasti SA rasa bengang. Sebelum ni kulit muka SA memang takde masalah apa pun...setakat sebiji dua jerawat tu adalah normal. Bila semakin banyak jerawat pasir di muka, SA akan rasa down sangat. Bagai pucuk dicita Ulam mendatang, SA diperkenalkan dengan Dr Beau Pure Natural Skin Oils. Wah...tak sabar nak cuba ni sebab SA baca review ramai yang kata product ini bagus dan mampu menyelesaikan masalah dengan cepat. Dr Beau Pure Natural Skin Oils merupakan serum untuk menjaga dan merawat kulit dalam masa 24 jam. Menarik kan?

SA suka serum jenis ni sebab ianya mudah digunakan. Di datangkan dalam compartment yang exclusive dan mengandungi 30 unit soft gel dan boleh digunakan untuk sebulan. Sejauh mana serum ini bertindak? Sebiji serum ini boleh cover keseluruhan wajah korang. SA gunakan 2 biji sehari iaitu pagi dan malam sebelum tidur. Waktu pagi SA akan gunakan serum ini dahulu sebelum rutin solekan di muka.

Dr Beau Pure Natural Skin Oil ini merupakan produk yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Kesan dari penggunaan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oils
  • 24 jam  - Jerawat akan menjadi kering
  • 7 hari  -  Parut akan pudar
  • 21 hari - Kulit menjadi sekata
Bahan Utama Dr Beau Pure Natural Skin Oils
  1. Rosa Mashata Seed Oil
  2. Argan Oil PEG 8 Esters
  3. Prunus Amygdalus Dulcis ( sweet Almond) oil
  4. Apricot Kernal Amino Acids
  5. Hydrogenated Evening Primrose Oil
  6. Vitamin E
  7. Wheat Germ Oil 



Antara manfaat Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oils  adalah :

  • Menjadikan kulit lebih lembut dan anjal.
  • Mengekalkan kelembapan pada kulit.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Merawat masalah kulit berjerawat dan berjeragat.
  • Memudarkan parut jerawat.
  • Mencerahkan kulit.
  • Merawat masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.



Dr Beau Pure Natural Skin Oil Berkesan Untuk Hilangkan Parut Jerawat dan boleh digunakan oleh lelaki dan perempuan




Cara Penggunaan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oils
  1. Tarik hujung gel
  2. Titiskan pada dahi, pipi, dagu dan seluruh wajah
  3. Usap perlahan sehingga serum meresap ke seluruh wajah.
Amaran : Cuci bersih tangan dan muka sebelum sapuan serum Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oils dan jangan skip penggunaan sehingga ianya berkesan pada kulit wajah anda.





Testimoni SA sendiri selepas 8 hari menggunakan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oils


Hari pertama


Hari ke 5



Hari ke 8


Pengalaman SA dengan Dr Beau Pure Natural Skin Oils, SA suka sangat especially pada hari pertama SA gunakan. Dalam masa 24 jam jerawat halus mulai kering walau tidak sepenuhnya hilang dan SA teruskan sehingga kini. Jeragat atau kesan jerawat lama semakin hari semakin pudar. SA gunakan 2 kali iaitu waktu pagi sebelum apply solekan ke wajah. Korang nak tau tak...mekap SA kekal sepanjang hari tau...hebat betul bahan- bahan semulajadi dalam serum ni...Waktu malam pula SA akan pastikan SA gunakan selepas rutin skincare SA dan gunakan sebelum tidur. So Serum ni akan bekerja keras merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam sewaktu kulit kita sedang berehat. SA yakin..dengan penggunaan secara konsisten insyaallah masalah, jerawat, jeragat dan kulit kusam akan hilang sepenuhnya kan..janji kena disiplin dan tak tukar product lain dah...


Untuk meyakinkan korang, jom tengok testimonial yang berjaya merawat kulit wajah mereka dengan Dr Beau Pure Natural Skin Oils..







Menarik kan?

Korang nak cuba? Mana tau produk ni mampu merawat masalah kulit muka korang..jangan tak tau ye...ramai juga artis- artis Malaysia dah gunakan Dr Beau Pure Natural Skin Oils ni...

Dapatkan info lanjut


27 comments:

  1. best kan SA serum ni...bau dia wangi sangat..

    ReplyDelete
  2. Dibuat dari bahan2 semulajadi,pasti selamat digunakan,kan...

    ReplyDelete
  3. Menarik..nieyl suka kalau ada produk² baru ni dan yg terbukti bagus

    ReplyDelete
  4. wahhh untuk jerawat ya... macam berminat je nak cuba sebab nisa mmg ada problem acne.

    ReplyDelete
  5. penggunaan serum ni sebenarnya penting kan...seketul sunah je yang malas nak pakai...huhuhu

    ReplyDelete
  6. cepat dia punya kesan..ammi kene cari sesuatu yg boleh hilangkan parut.

    ReplyDelete
  7. memang nampak perbezaan dia kat muka akak..

    ReplyDelete
  8. wahh nampak ketara juga ya perbezaan dia! Mungkin bolehlah nanti nak suggestkan pada kawan2 perempuan lagi2 sebab dia boleh tahankan mekap tu. Haha.

    ReplyDelete
  9. Wow, the product looks promising & reliable with good proven results. Acne scars is one of the hardest skin problems for most people out there. Good blog with lots of information.

    ReplyDelete
  10. Mai pun guna serum ni. Best kan! Cepat menyerap ke dalam kulit. Setakat ni berkesan dan ngam dengan kulit Mai.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. Nampak menarik sangat produk ni kak. bagus la kalau lelaki perempuan boleh guna. nanti boleh la saya cuba.

    ReplyDelete
  12. Serum dia bentuk dah macam hair vitamin Yang kecik tu. Comel je mmg senang nak bawa pi travel. Boleh lah Cuba sebab serum memang salah satu produk skincare Yang lia pakai selalu.

    ReplyDelete
  13. Wow. Memang menjadi sangat kat Kak SA. Nampak ketara perubahan pada wajah tu. Makin glowing dan muda ye.
    Inilah rahsia kejelitaan Kak SA ye.

    ReplyDelete
  14. mek pakai juga dan memang best sangat kak SA. oily pada mulanya tapi lepas tu serap masuk elok je. pakai foundation pun cantik elok.

    ReplyDelete
  15. wah makin cantiklah SA, nampak ketara perbezaannya

    ReplyDelete
  16. Sama la ena masa jerebu naik jerawat pasir. Huhu. Ni baru bak pulih. Bagusla produk ni dapat bantu sis dapatkan kulit yang sihat 👍

    ReplyDelete
  17. Wah. Tengok byk jugak perubahan sis selepas gunakan produk DR ni. Cara guna pun tk susah, mcm pil je tengok. Ada eh jerawat pasir? Mcm first time dengar.

    ReplyDelete
  18. Hey sis! Ty pun guna serum ni. memang ada beza after using it. and the smell i is so in love.

    ReplyDelete
  19. Wow!!! Perbezaan yang sangat ketara... Tahniah uolls sebab berjaya!!! Saya ni dah macam anak remaja dah ni... Miss J tanpa segan-silu memunculkan diri... huhuhuhu... nak cuba juga lah... thanks for the info ye...

    ReplyDelete
  20. Nice, ada testimoni diri sendiri! looks good, and bole dipercayai. semoga skin makin cantik lepas ni

    www.adlinatasyaa.blogspot.com

    ReplyDelete
  21. Nampak meyakinkan selepas tengok banyak testimoni. Mcm nak cuba jugak memandangkan muka saya pun mcm makin buruk haha.

    ReplyDelete
  22. menarik lah serum macam ni. sesuai sangat bawak travel

    ReplyDelete
  23. AMBOI MAKIN CANTIKLAH SEMUA PEREMPUAN-PEREMPUAN MALAYSIA SEKARANG INI ADA PRODUK BERKUALITI DAN BAGUS DARI DR BEAU PURE NATURAL HEHEHEHEHE KITA ORANG LAKI NI MAKIIN TUA MAKIN LAKU WAKAKAKAKA...

    ReplyDelete
  24. nad dah pakai juga..best giler..nad rasa muka nad elok sebb pakai serum ni..hehee..sebb tu nad beli lagi..serius best

    ReplyDelete
  25. Sukalah serum jenis macamni. Senang nak guna dan sangat praktikal nak bawa ke mana sahaja. And usia mcm kita mmg kena pakai serum

    ReplyDelete
  26. Eh bagusnya serum dia dalam bentuk capsule. Emi suka jenis serum yg dalam bentuk capsule macam ni sebab tiap kali nak guna baru kita pecahkan satu capsule. So takdelah the rest of the serum terdedah kepada udara & risiko tercemar kan.

    ReplyDelete
  27. wow..sgt ketara kesan nya tu..boleh try la

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah