Wednesday, October 9, 2019

Bagaikan Puteri Bila Sesekali Balik Kampung.....

Hi korang..

Bertabah la ye SA hari ni semangat nak tayang makanan dan masakan kampung last week masa SA balik kampung kejap...masa ni Dania x ikut so SA berlagak macam princess skit mintak macam-macam nak makan...memang diet suku suku separuh SA kelaut dalam Ahad lepas..lepas dh makan bertambah baru rasa bersalah pada diri sendiri..tapi sesekali takpe kot...benda pertama SA buat sampai-sampai kat kampung pergi pungut kacang botor...lepas tu pungut pucuk pegaga sebab SA nak makan rendang pucuk pegaga kering2 macam lauk orang berpantang..lauk berpantang kan memang sedap...selalu SA tumpang lauk adik kalau dia pantang bersalin kat rumah SA..sedap weyh rendang pucuk pegaga...campur plak ikan bilis kan..

Lepas tu dapat plak minum air kelapa amik dari pokok je...aduyaiii fresh giler...eh mmg best la dilayan bak puteri..apa nak je dapat...rajin plak abah melayan SA..padahal dia sibuk menebas kat kebun tu...hahaha...sesekali dapat rehatkan badan dan minda kat kampung memang best..

Jom tengok apa yang SA share untuk korang..


Rendang pucuk pegaga


Ikan tenggiri goreng biasa je


Sambal sardin anak asuhan mak lang request


Sambal belacan guna cili api aje


Kacang botor buat ulam...fresh


Amik gak pucuk pegaga buat ulam


Buah tembikai pencuci mulut


Sedap giler dapat minum air kelapa muda


muka puas hati..


Makan plak tombong kelapa...korang tau ke tombong kelapa tu apa? kalau orang kampung sure tau...


Sempat sebenarnya SA merayau amik gambar pokok-pokok, gigitan nyamuk memang kutahan jebat..bukan main lagi nyamuk tu semua hurung SA sebab dh lama tak balik kampung..dh x kenal dah nyamuk tu dengan SA..ke SA ni darah manis? hahaha..perasan lebih...dah tua dh..manis apanya lagi kan...SA tak malu ke jadi orang kampung...tgok penampilan SA moden je...haaaaa...pernah yang tanya macam ni tau...apa ade hal nak mengaku anak kampung. Dah memang asalnya kampung..kang sebut salasilah family suku Minangkabau kang ada yang tak percaya...siap asal dari Pagar Ruyung lagi..kalau kat kampung adat perpatih pun memang masih diamalkan..best oiii jadi orang kampung..apa nak je ada ada kampung...rugi la sape takde kampung..

41 comments:

  1. balik kampung apa yang tak bestnya SA, semua benda kita rasa nak makan.... semua benda nampak sedap hehehhe...

    ReplyDelete
  2. Syok balik kampung teroka segala tanaman. dilayan bak puteri tu memang. mak abah kita turut je untuk anak-anak. seronok moment macam ni kan..arrr rindu pulak nak balik kampung

    ReplyDelete
  3. Omaigod!! Memang rugi orang yg tak ada kampung mcm i ni. tak dapat merasa apa yang orang kampung ada huhu. Tapi i suka jugak makan makanan kampung.. bestnya rendang pucuk pegaga.. betul SA kata tu.. buat kering2 letak ikan bilis andddd i suka kalau ada letak lada hitam sikit.. hah! mmg lauk orang berpantang sangat dah tu hehe. Best la dpt makan everything in fresh dari ladang mcm kat kampung SA tu.

    ReplyDelete
  4. Begitulah kasih sayang org tua pd anak2nya,sentiasa cuba memenuhi setiap keinginan si anak..

    ReplyDelete
  5. Tombong kelapa yang masih kecil memang sedap...manis dan rangup. Mak suka... :)

    ReplyDelete
  6. dah lama tak makan tombong kelapa, tapi mak kita kata budak2 tak bleh makan banyak2, hihi

    ReplyDelete
  7. masa kekecik memang berebut nak makan tombong. jadinya mama akan belah 4.. semua dptlah rasa.

    ReplyDelete
  8. Mak aii..sedap2 semua makanan tu SA..lapar nengoknya... sesekali balik kg, memang semua rasa nak makan..haha..
    sama lah kite SA org kg jg... :)

    ReplyDelete
  9. feveret falsya tuh kak SA tombong kelapa tuh..sedapnyeeeee...

    ReplyDelete
  10. semuanya sedapppp... dpt mkn ikan goreng dgn sambal pun dah kenyang ni

    ReplyDelete
  11. semua sedap², nieyl pun org kg,duduk dkt kg...keje je dkt bandar..

    ReplyDelete
  12. Tentu seronok kan bila sekali sekal balik kanpung dan makan masakan kampung... emm teringat pula masakan arwah emak... rindu masakannya. Al fatihah!

    ReplyDelete
  13. memang kalau balik kampung, macam puteri rasanya bab makan minum. baru call mak kata nak balik kampung sekian sekian...soalan wajib mak, "kau nak makan apa?mak masak kan la.."

    haaaa...gitu..

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  14. Rindu kampung la pula. bestnya dapat air kelapa. teringin nak makan ulam dengan sambal belacan dengan mak. yelah orang rumah kami ni tak boleh makan belacan, jadi setiap kali balik kampung je kami ni makan belacan.

    ReplyDelete
  15. waaa kak SA asal Pagar Ruyung ke? kita selalu pandang tinggi kalau sebut dari sana, sebab novel Ramlee Awang Murshid...hahaha!

    sampai bila-bila, kita tetap anak kesayangan mak ayah kita kan, tak kira la kita ni da besar panjang beranak pinak...kalo balik kampung aje, tetap istimewa layanannya...Allahu, moga mak ayah dikurniakan kesihatan berpanjangan...

    ReplyDelete
  16. balik kampung memang best SA..macam2 aktiviti boleh buat.. tak pernah bosan.. lagi2 anak2 asyik tanya bila nak balik kampung.. dapat main bebas tak mcm kat bandar ni asyik terperuk kat dalam rumah jer... haha tu belum cite asyik makan je kejenya kann..

    ReplyDelete
  17. Bestla kena layan..tombong tu kita selalu makan masa duduk kampung dulu la..rebut2 lagi haha.

    ReplyDelete
  18. OMG looks so yummy!
    always wanted to try Malay kampung food! looks yummy!

    ReplyDelete
  19. wah syok yer SA, semua menu masakan kampung ni kalau makan memang tak cukup sepinggan nasi kan. Syok tgk SA minum air kelapa mudah terus dari buah kelapa tu. lama dah tak buat gitu

    ReplyDelete
  20. Sedapnye lauk pauk SA masak hujung minggu,,, Makan ramai-ramai sama family memang sedap sambil borak, sambil makan tak perasan tertambah nasi secedok lagi ha ha ha

    ReplyDelete
  21. Bestla dpt rasa smua makanan kg..tombong klapa tue sedap makan lpas amik air klapa belah dua..tgok ade tombong x?kadang tue sampai berebut ngn adik..hehe..indahnya suasana kg..rinduu..skrg kg pn da xde da..

    ReplyDelete
  22. Bestnya sis makan masakan kampung. My fav juga tau. Selalu makan lauk bandar je bosan jugak kan. Mmg tambah nasi berpinggan lah

    ReplyDelete
  23. Rawlins pun kalau balik kampung, memang memacam permintaan untuk masakan emak dan masakan kampung. Tak heran pun kalau mengaku orang kampung - best sebab pengalaman kita sangat berbeza dengan anak bandar

    ReplyDelete
  24. Best la ada kampung macam ni. Kampung Julia kat KL hahaha. balik kampung pegi McD pegi KLCC je la. Tapi mmg syok la balik jumpa mak kan..

    ReplyDelete
  25. Memang syok balik kampung. Macam-macam dapat rasa hehe. Nak makanan minuman buah yang segar, petik je terus dapat.

    ReplyDelete
  26. Kalau singgah blog SA nie memang rasa lapar aja.. hahaha.. sedap lauk pauknya..

    ReplyDelete
  27. Duk terliur dah ni. Lauk macam ni yang buat tambah 2,3kali

    ReplyDelete
  28. pergh sedapnya kak..semua makan kampung ni memng menambah..lagi dengan buahan semua..ayoyo..memng takank balik mcm tu..hehe

    ReplyDelete
  29. Ya ampun sa... suka sangat tengok lauk pauk yg dihidangkan. Memang nampak enak2 banget heheheheh

    ReplyDelete
  30. Semua sedap tu SA. MEmang bestlah bila balik kampung, parents jamu habis-habisan kan. Syok weh

    ReplyDelete
  31. Scrumptiously deliciousnya kak SA... aduyaiiiii, terliur dah ni... seriously, menu macam ni yang buat makan bertambah sampai tak perasan ada orang ketuk pintu rumah... hehehehe...

    ReplyDelete
  32. sedapnya lauk2 kampung ni. saya lagi suka menu macam ni, boleh tambah banyak kali ye! haha okay, lepas ni nak cari makanan mcm ni

    ReplyDelete
  33. Sedap la dok tengok menu yg SA selalu buh..walaupun simple tetap sedap

    ReplyDelete
  34. Bestnyaaaa balik kampung dapat makan ulam, makan sayur kampung sambal, ikan sungai bagai. Kat sini dah lah mahal lepas tu tak fresh pulak.Huhu. Rasa nak pi kampung mencarik jugakkk ni!

    ReplyDelete
  35. dulu masa kecik mmg kami adik beradik berebut dgn tombong kelapa ni..sedapp

    ReplyDelete
  36. tombong kelapa tu suka makan masa kecik dulu. sekarang jarang makan dah. sedap kan makan ulam-ulaman segar dan air kelapa muda macam tu

    ReplyDelete
  37. Such a chill and enjoyable hometown trip, I don't have hometown though since I'm born in KL. But is really feel good when I go back to my mum kampung!

    ReplyDelete
  38. suka mkn tombong kelapa..sedap hihih

    ReplyDelete
  39. Sedapnya lauk pauk itu..
    Sha pun suka makan tombong kelapa..

    ReplyDelete
  40. nampak sedap betul lauk-pauk yang dihidangkan tu Kak SA. masakan air tangan ibu emmang selalu the best dan tak boleh lawan. rasa nak balik rumah je skrg nie.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah