Lengkapkan
sarapan anda dengan susu No 1*, Dutch Lady
pada bulan
Oktober ini!
Terdapat banyak sebab mengapa sarapan
pagi yang sihat harus menjadi rutin harian anda seisi keluarga. Tetapi
sekiranya tidak, ada yang akan membantu! Bulan Oktober ialah Bulan Sarapan
Dutch Lady dan jenama susu No. 1* ini akan bekerjasama dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000
set sarapan secara percuma! Dapatkan sarapan percuma di stesen-stesen LRT di
Lembah Klang mulai 21 hingga 31 Oktober!
Dutch Lady Malaysia menyarankan rakyat Malaysia
melengkapkan keperluan nutrien harian mereka untuk bersarapan dengan segelas
susu. "Sarapan merupakan makanan pertama yang kita nikmati setelah
berpuasa selama 8 hingga 12 jam daripada hidangan yang terakhir. Sarapan yang
berkhasiat bukan sahaja membekalkan nutrien, malah tenaga kepada badan dan otak
kita untuk permulaan hari yang kuat dan seterusnya menjalankan aktiviti
seharian" kata Ramjeet Kaur Virik, Pengarah Pemasaran untuk Dutch Lady
Malaysia.
Terbukti terdapat banyak kebaikan dengan
mengambil sarapan. Kanak-kanak dan remaja yang biasa mengambil sarapan pagi
lebih cenderung mendapat nutrien mikro dan makro yang lebih baik, mengurangkan kemungkinan untuk mempunyai berat badan
berlebihan atau obes, dan lebih cenderung untuk melakukan aktiviti fizikal yang
lebih tinggi.
Kajian juga menunjukkan bahawa mereka
yang tidak mengambil sarapan pagi berkemungkinan sebanyak 1.34 kali akan mempunyai
berat badan berlebihan2 berbanding mereka yang mengambil sarapan
pagi. Sarapan pagi biasanya mempunyai jumlah nutrisi yang lebih baik, termasuk
nutrien utama seperti sodium, serat, dan folat yang membantu mengekalkan berat
badan yang sihat.3 Sarapan pagi juga mengisi perut anda dan membantu
mengelakkan daripada makan berlebihan atau memakan snek kemudiannya.
Walaupun terdapat banyak kebaikan untuk
makan sarapan pagi, ramai memilih untuk mengabaikannya. Ini adalah kerana waktu
pagi biasanya merupakan masa paling sibuk untuk kebanyakan keluarga dan orang
dewasa yang bekerja. Bagi penduduk bandar khususnya, bangun awal untuk berebut
menaiki komuter atau mengharungi kesesakan lalu lintas adalah penting semata-mata
untuk sampai ke sekolah dan ke tempat kerja tepat pada masanya. Menurut Kajian My Breakfast, 1 daripada 4 kanak-kanak
Malaysia berumur 6 hingga 17 tahun tidak mengambil sarapan sekurang-kurangnya 3
hari dalam seminggu.
Keadaan ini selalunya disebabkan oleh
masa yang tidak mencukupi untuk menyediakan atau makan sarapan pagi. Menurut
Kajian Sarapan Sihat Asia Pasifik, sebab utama rakyat Malaysia mengabaikan
sarapan ialah kekurangan masa dan usaha yang diperlukan untuk menyediakan
sarapan pagi.4 Menariknya, 75% responden membuat keputusan tentang sarapan
berdasarkan kesinangan dan kelapangan waktu, sementara 39% adalah berdasarkan
manfaat kesihatan, manakala nilai pemakanan menerima pertimbangan paling rendah
pada 37% .
Sumber: Herbalife Nutrition Asia Pacific
Walaupun mudah untuk mengabaikan
pengambilan sarapan pagi, tetapi ianya penting untuk memulakan hari dengan
hidangan yang padat dan penuh dengan nutrisi sebagai keutamaan kita. Malah,
sarapan bernutrisi boleh diperolehi dengan mudah dan cepat dengan memadankan
sarapan pagi dengan segelas susu.
"Susu adalah salah satu minuman
yang mempunyai nutrisi paling lengkap. Ia disyorkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian kita di bawah Piramid
Makanan Garis Panduan Diet Malaysia," kata Ramjeet.
Ramjeet terus menekankan bahawa rakyat
Malaysia masih kurang mengambil susu yang diperlukan untuk mendapat nutrisi
berkhasiat. "Menurut Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2014, orang dewasa hanya
mengambil 0.4 gelas susu setiap minggu berbanding dengan cadangan Garis Panduan
Pemakanan Malaysia, iaitu sebanyak 1 hingga 3 gelas sehari. Kanak-kanak pun lebih kurang begitu juga, kerana berdasarkan SEANUTS,
kanak-kanak Malaysia hanya minum setengah hidangan susu sehari, hanya 5%
kanak-kanak sahaja sebenarnya yang memenuhi kuantiti yang disarankan, iaitu
mengambil dua hidangan susu setiap hari".
Ramjeet menambah: "Sarapan pagi seharusnya membekalkan 20 - 25% daripada keperluan nutrisi harian kita, tetapi bukannya semua makanan membekalkan semua nutrien yang kita perlukan .7 Sarapan pagi yang lazim di Malaysia, seperti nasi lemak atau sandwic tidak membekalkan semua nutrien yang kita perlukan pada waktu pagi. Walau bagaimanapun, apabila anda memadankan segelas susu dengan sarapan pagi kegemaran anda, nutrien yang diperlukan pada waktu pagi dapat dicapai dengan mudah".
Oleh itu, anda boleh menikmati sarapan berkhasiat hanya dengan meminum susu sebagai sebahagian daripada sarapan setiap hari untuk memulakan hari anda dengan kuat.
Memahami kebaikan nutrisi secara mendalam, kalsium dalam susu membantu kanak-kanak membina tulang dan gigi yang kuat dan bagi orang dewasa pula, ianya mengekalkan jisim tulang yang sihat8 untuk menyokong gaya hidup yang aktif. Selain kalsium, susu juga mengandungi nutrien penting lain seperti protein.
Protein dalam susu berfungsi sebagai blok pembinaan bagi otot, tulang, rambut, dan kuku9 kita, dan ia juga memainkan peranan penting dalam pelbagai proses biologi, termasuk pembentukan, pengawalan, pembaikan, dan perlindungan badan kita.
"Setiap gelas 250ml Dutch Lady PureFarm atau susu +Protein
bukan hanya membekalkan kalsium tetapi juga protein berkualiti tinggi. Selain itu,
nutrien penting lain yang dibekalkan termasuklah vitamin D, A dan B2. Oleh itu,
minum segelas susu sewaktu sarapan adalah cara yang paling mudah untuk pengambilan
nutrisi yang mencukupi pada waktu pagi," kata Ramjeet.
Dutch Lady Malaysia menggalakkan warga Malaysia
untuk meningkatkan nutrisi sarapan mereka dengan segelas susu pada bulan Oktober
ini! Bersempena dengan Bulan Sarapan Dutch Lady, Dutch Lady akan bekerjasama
dengan Kellogg’s untuk memberi 50,000 set sarapan PERCUMA yang mengandungi susu
dan bijirin di 10 stesen LRT mulai 21 hingga 31 Oktober, dari pukul 6 hingga 11
pagi! Mulakan hari anda dengan susu Dutch Lady, dimana sahaja anda berada!
kita kadang2 ambil juga susu masa sarapan...nak feeling lebih sihat...haha
ReplyDeleteAla.. ala.. semua kat KL.. kalau dekat, sha terjah dah nie.. hehehe..
ReplyDeletekita suka susu.. memang asal lapar je cari susu. tapi kita lactose intolerance hmm
ReplyDeleteSarapan pagi sangat penting lagi-lagi yang tengah plan berdiet. Wah huntunglah dorang yang lalu lalang dekat LRT yang terpilih tu
ReplyDeletesuka susu coklat & kopi..leh tak? he he he...
ReplyDeleteAbg Qi memang wajib minum...dia tak kira sarapan ke, malam ke dia bedal...makin berisi dah badan sejak minum susu ni hahaha
ReplyDeleteokey..ada dlm senarai stn.LRT yg saya turun..yeay..nnti iolls share, k...hehe
ReplyDeleteokey..ada dlm senarai stn.LRT yg saya turun..yeay..nnti iolls share, k...hehe
ReplyDeleteAlahaiii..kulim tak masuk dlm list la SA
ReplyDeleteMenarik! Boleh la beli lpasni. Even tak dpt free :') Jnji sihat ramai2 hehe
ReplyDeletekak ana ni SA tiap hari wajib minum susu tak pagi malam kalau tak siap kena gastrik teruk :)
ReplyDeletewahhhh sarapan percuma hehehe sue pun dah start ambil susu secara konsisten lepas kena marah ngan doktor tulang asyi sakit2 huhuu
ReplyDeletebest, beruntungla yang gunakan LRT... boleh la amik mana yang tak sempat sarapan tu kan...
ReplyDeleterezeki pada sesiapa yang guna lrt dekat lokasi2 di atas. bestnya
ReplyDeletenieyl suka minum susu Dutch lady yg kurma tu kak...
ReplyDeleteWaahhhh dapat breakfast free.
ReplyDeletesuka minum susu suam sebelum tidur. takpun susu sejuk kalau lapar
ReplyDeletebestnya kalau dapat juga brekfast free ni
ReplyDeleteRumah Kak Sue memang harus kena ada susu Dutch Lady sebab anak nombor dua tu memang suka minum susu strawberry tu SA. Suka sangat dia..
ReplyDeletesiapa tinggal area KL best arrr
ReplyDelete