Wednesday, September 18, 2019

WW: Jerebu Semakin Teruk

DIGALAKKAN GUNA TOPENG MUKA N95 SEMASA JEREBU

Hi korang...

Jerebu makin teruk, banyak sekolah-sekolah yang dah ditutup akibat bacaan index pencemaran melebihi 200 kan...area Seremban anak- anak masih bersekolah...bacaan masih di bawah 200. Tapi hati seorang mama kat KL ni sentiasa risau. Anak kat sekolah tak tau apa keadaan dia..mama kat KL pun bertarung nyawa ngan udara tak sihat ni...dada rasa ketat nak bernafas payah, mata pedih dan tekak perit. Harap- harap tak batuk la..kalau batuk lagi seksa rasanya...

Benda paling penting kena ada di sisi SA sekarang adalah 2 benda ni...katanya topeng muka N95 ni yang paling bagus sebab dia cover seluruh hidung dan mulut dan mempunyai respirator yang mampu menapis udara tidak elok atau bendasing ketika jerebu. SA guna dah cuma rasa sedikit lemas masa mula- mula guna tapi bagus bila tarik nafas..tapi SA standby jugak mask muka yang biasa tu..yang tu pun ok sebenarnya...Yang jenis N95 tu macam dah takde kat pasaran sekarang, inipun company yang bekalkan dan beli dari supplier kalau tak salah. 





Jom tengok index pencemaran terkini yang SA tengok di apps MyIPU pagi tadi...SA tumpukan 2 tempat ni je la ye..tak snap yang lain..






Ni gambar pagi ni di MRT Sg Buloh...


Ni gambar semalam masa SA balik kerja...

SA pelik sebab area KL ni tak ramai pakai mask atau topeng muka, rasanya macam boleh dikira..pelik betul fikir..diorang tak rasa perit tekak or sesak nafas ke erk?Macam selamba ker semuanya...SA kat dalam office pun rasa sesak nafas..rasa macam asap jerebu dah masuk office dah...lagi satu ada jugak SA nampak yang selamba hembus asap vape dan masih ramai merokok secara terbuka...selesa erk diorang merokok dalam asap jerebu ni..tak fikir orang keliling...aduhaiiii....

16 comments:

  1. Yerr SA, anak Sis di Shah Alam dah merungut tekak sakit dan badan lemah-lemah...huhuhu dah le kena keluar buat research aje..

    ReplyDelete
  2. Kawan-kawan PC yang di KL mula kerap cuti Sebab diri sendiri tak sihat sekali anak-anak tak sihat.

    ReplyDelete
  3. tu la pagi tadi sis lin tunjuk kak SA punya post tunjuk kat nilai da 200++..kat johor ni pun tak elok2 lagi...kena hati2 kalo terpaksa keluar rumah...

    ReplyDelete
  4. Take care Kak SA! Penang pun da makin teruk sobss

    ReplyDelete
  5. Haaa tu la. perasan jugak kalau jerebu kan yg pakai mask ni berapa kerat je. hahaha yg lain tu hebat betul lungs depa. Take care SA

    ReplyDelete
  6. stay healthy yer.. pakai mask bagai. ibu ckp sban pun teruks dah

    ReplyDelete
  7. topeng muka N95 yg di galakkan untuk guna, lagi2 lah yang pergi kerja dengan menaiki motor tu, mmg wajib ada topeng muka tuh... sekolah aiyan masih belum tutup lg tp dh tunggu masa jelah, kat kl ni kejap ok kejap gelap... hujan turun tp jerebu mcm tak kurang2

    ReplyDelete
  8. Mask N95 tu tak pernah tengok lagi. Mana2 pun ok setakat ni as long as kita pakai mask untuk perlindungan kan SA :) Btw, diorang tu orang kebal agaknya. Antibodi kalis asap, jerebu, vape & rokok!

    ReplyDelete
  9. ammi pun pakai N95 ni jugak. Bos tolong belikan hehehhehe sebab dia kata kalau ammi sakit sapa nak tolong dia bukak pintu opis. Hampeh betul.

    ReplyDelete
  10. semalam siap berebut nak beli topeng muka N95 ni, lastly, kalah x sempat nak amik.ahahahaha

    Red Linda https://anakperak.com

    ReplyDelete
  11. dah suruh anak anak pakai...tapi takmo pakai...rimas katanya...haissshh...geram aje..

    ReplyDelete
  12. Haah Makin teruk kn.. jom sama2 foa agar hujan agar surut sikit

    ReplyDelete
  13. ada SA yg mask N95 tu..saya baru beli tadi kat farmasi..

    ReplyDelete
  14. smlm dh trima mask N95 dr dept HR utk smua staff...kementerian pn dha nnounce cuti smp esok..smoga ank2 dijauhkan dr penyakit ketika berjerebu

    ReplyDelete
  15. Anak-anak sha pun dah mula batuk-batuk.. Huhuhu.. Sha pun dah tak selesa nak bernafas..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah