Thursday, September 19, 2019

Pelajar Automotif belajar bagaimana memilih produk dengan betul melalui WD - 40®

Tujuh orang pelajar dari School of Skills di Setia Alam baru-baru ini di dedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelenggaraan dan pengubahsuaian pada kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul.




Bermula dari hari pertama, pelajar-pelajar diperkenalkan mengenai pelbagai aspek teknikal yang terlibat dan seterusnya pengenalan kepada produk-produk WD-40® yang boleh digunakan dalam projek ini. Ketujuh-tujuh mereka merupakan penuntut diploma di dalam bidang  automotif di SOS. Segala kelengkapan dan keperluan bagi mengasah teknik yang betul telah disediakan oleh WD-40®. Tugasan utama para pelajar adalah untuk memulih dan membaiki van lama yang disediakan pihak penganjur supaya dapat berfungsi semula melalui bahan-bahan dan produk-produk yang telah disediakan.





Projek yang sepanjang 3 bulan yang bermula dari Jun telah tamat pada haribulan 30 Ogos. Kini, van yang digunakan dalam projek tersebut telah berjaya dibaiki pulih dan kini digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SOS.

Tujuh orang pelajar yang terlibat adalah Manoo a/l K Thiruchelvam, Kugan a/l Dore Raj, Tamilvarman a/l Vijayan, Poa Wei Jie, Tan Jie Sheng, Chow Wey Liang dan Muhamad Hafizi Hamzah di mana mereka telah bersemangat dalam menimba pengalaman dan peluang yang menarik.




"Penglibatan dalam projek ini banyak membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pratikal mengenai baik pulih kenderaan. Oleh itu, saya mewakili rakan-rakan kelas yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WD-40® dan School of Skills atas peluang yang telah diberikan," kata Manoo. 

Poa turut menyampaikan penghargaan terhadap pengalaman yang ditimba. " Salah satu perkara yang paling penting sepanjang projek ini berlangsung ialah saya belajar cara penggunaan perkakas dengan betul dan ia memang dapat banyak membantu. Di samping itu juga, penggunaan produk yang betul juga dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan lagi proses. Kami belajar cara bekerja dengan bijak," kongsi Poa sambil tersenyum lebar. 





Bagi ketua eksekutif SOS Mr. Ken Foo, turut gembira dan berbesar hati atas kerja sama dari sektor swasta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan golongan muda. "Sebagai wakil untuk pihak School of Skills, ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja projek WD-40® atas peluang  kepada sekelompok belia yang terpilih dan memastikan projek ini berjaya.

Mr. Marcus Chen, pengarah serantau Asia WD-40® berkata syarikatnya amat berbangga dapat terlibat dalam perkongsian jenis dan  kegunaan produk WD-40® dan diharap ia bakal digunakan dalam karier mereka  pada masa hadapan.




"Kami gembira kerana telah menjadi sebahagian dari pelajar yang terlibat di dalam projek yang berlangsung sepanjang 3 bulan ini. Kami berharap pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat membantu dan digunakan pada masa hadapan. Akhir sekali, dunia berputar semakin pantas, semua orang inginkan sesuatu yang dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi, semua sektor termasuk peniaga, penyedia perkhidmatan dan lain-lain lagi perlu bersaing secara cepat. Dan dalam hal ini, mempunyai peralatan dan produk yang tepat sangat membantu dalam kerja kami. Oleh sebab itu, WD-40® menjadi rakan terbaik dan dipercayai sejak dahulu lagi bagi mereka yang yang terlibat dalam bidang profesional'" tambah Chen.





MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu 

ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive


Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.


Mengenai School of Skills (SOS) 


Ditubuhkan pada tahun 2014, School of Skills (SOS) merupakan sekolah vokasional/teknikal di mana memberi pengkhususan pendidikan di dalam bidang industri automotif. Pelajar mendapat pendedahan dan pendidik terhadap dunia sebenar sama ada secara teknikal dan kemahiran profesional bagi memastikan mereka sedia menempuh realiti selepas tamat pengajian. 

SOS merupakan pusat latihan yang telah menerima kelulusan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)  di bawah Kementerian Sumber manusia dengan kreditasi dari City & Guilds  (Sebuah badan kreditasi UK) dan West Collage Scotland (Sebuah kolej awam di Scotland). SOS menawarkan  kursus latihan berskala penuh dari peringkat Sijil hingga diploma lanjutan bagi golongan lepasans menengah dan remaja dalam lingkungan 20-an 

5 comments:

  1. WD ni memang antara wajib ada..banyak fungsi !

    ReplyDelete
  2. hebatnya budak2 ni...muda2 lagi da ada kemahiran macam ni...

    ReplyDelete
  3. bagusnya WD-40 ni bagi peluang untuk pelajar2 ni mantapkan lagi skills diorang

    ReplyDelete
  4. Bagusnya usaha syarikat WD-40 ini.. bukan senang syarikat nak bagi peluang kepada pelajar..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......