Friday, September 27, 2019

Mee Kolok Dayang Sarawak Corner FoodPanda 1st Time..

Hi korang...

Hari ni kan...SA yang pemalas ni tak bawak bekal..biasa la hari Jumaat kan...lepas tu sibuk nak berjimba tapi tak dapat..hahahaa...SA order thru Food Panda je la...tekak teringin nak makan Mee Kolok...sebabnya SA duk mendelete gambar2 lama kat PC..terjumpa plak gambar masa pi Sarawak dulu..then cari la kat dalam Food Panda...Eh..eh...ada la Dayang Sarawak Corner.....makanyaaaaa.....rancak la jari jemariku memainkan peranan (ayat novel sangat)..hari ni je ye...jangan plak dah tersampuk Food Panda jadi hari2 plak nak order..itu macam kalu bertambah naik belanja makan ko hari2...

Sebenarnya SA hari ni first time guna foodpanda, sebelum- sebelum ni lebih prefer Grabfood. Tapi kat Grabfood x banyak pilihan macam Foodpanda. Bosan plak asyik order dari tempat yang sama je kan..sebab tu SA cuba Foodpanda ni..lagipun ada sesetengah tempah free delivery tau...




Mee kolok ayam...dia guna ayam yang minced tu je..alahai...potong laaaa......


Tuang sup dan kicap cili tu sikit je..untuk bagi rasa kan....


Jemput makan semua...

So...rasa mee kolok dia sedap tak?

Boleh la...SA bagi 2.5 bintang out of 5. SA nyer expectation tinggi skit kat mee kolok ni...SA x makan daging so takde la order mee kolok daging. Kalau kat Sarawak memang mee kolok dihidang dengan daging kan. Kalau ada pilihan ayam pun dia bagi ayam yang dah dicarik2 bahagian dada atau seketul2 ayam..yang ni failed sebab daging ayam hancur...macam minced meat utk spaghetti bolognaise tu, mee dia dah betul dah mee kolok sama macam kat Sarawak. Soup pun ok jugak just boleh rasa ajinomoto...haaaa...bila food blogger dah berkata- kata...lama dah x buat kerja review makanan ni...bukan takde jemputan..SA kerja kan...betul2 pi pun masa Ramadhan review tempohari je..tahun depan la kot start semula...

So...next time bleh order kat kedai lain plak..make sure yang takde delivery fee...hahaha...SA kedekut..order yang ni free delivery...bayar cash je..


19 comments:

  1. teringinnya nak rasa mee kolok..nk try survey foodpanda kot² ada delivery mee kolok ni

    ReplyDelete
  2. jarang2 ada dapur sarawak kat KL skrg ni.. yang banyaknya skrg ni kelantan food & thai food je kannn. Kalau SA dah kata bagi kurang dari yg sepatutnya, means mee kolok yg diorder ni tak original taste la kannn. hehe

    ReplyDelete
  3. alamak ye ke tak sedap..

    dulu masa duty kat MAHA, memang menggila dengan mee kolok dayang sarawak corner ni sampaikan lepas habes MAHA sanggup p terjah kedai dia kat pekan sungai besi nun..

    ni kedai area mana SA?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ni bukan yang kat Sungai Besi tu...ni macam outlet kat food court kot..

      Delete
    2. oo... nanti SA try yang kat sungai besi..

      tapi lain orang lain tekaknye.. ;)

      Delete
  4. Kalau dekat tempat Sk ni, mee kolok ayam dia guna daging ayam yang dihiris, bukan siat atau cincang. Dan tak dimakan dengan sambal kicap tapi sambal cili cuka, memang power mee kolok Jb ni, ada dua tempat, satu di Hutan Bandar satu lagi kat Kebun Teh yg ada cawangan di Kg Melayu, memang sedap sangat uii

    ReplyDelete
  5. hahaha...tak pernah makan lg mee kolok ni

    ReplyDelete
  6. Slrg ni dah mudah..order jek kat hujung bayo tggu hantar x yah kuar stsrt enjon kereta dah. Kat tempat JM ni pin ada kedai mee kolok dayang sarawak ni..rasa dia?? Ermmm boleh laaa mcm SA jgk rate dlm 2.5 jek

    ReplyDelete
  7. kak ana tak pernah makan mee kolok ni lagi SA, teringin gak nak rasa :)

    ReplyDelete
  8. akak pun dah pernah guna FoodPanda ni.
    cepat memang cepat. cuma kalau something yang kita tak pernah membeli kat tpt tu takut jadi macam u ni lah kan. ingat sedap sgt2 lah kan. tapiii.. tak pe. nanti cuba yang lain pulak lah kan.

    ReplyDelete
  9. Adehh teringat pulak mee kolok sarawak masa pegi dulu. Mana nak dpt area taiping ni ;') Haah masa dkt sarawak hritu besaq okay dia letak potongan daging tu. Puas makan!

    ReplyDelete
  10. tak pernah makan mee kolok. macam sedap je tu. boleh lah try order kat foodpanda

    ReplyDelete
  11. Saya selalu jugak order makanan guna Foodpanda. Lagi banyak pilihan daripada Grabfood. Tapi kena tengok delivery fee betul-betul sebelum order😂.

    ReplyDelete
  12. Bantu please mee kolok yg sedap kat mana. Ada delivery tak.

    ReplyDelete
  13. Tak penah lagi makan mee kolok nie

    ReplyDelete
  14. kena cari kedai lain la kalau just 2.5 gitu kan.

    ReplyDelete
  15. kita tak pernah try lagi food panda ni, teringin juga bila duk nampak mat motor food panda aje lalu kat jalan...hari tu kat KL, lambat gila tunggu roti canai kat gerai, sebab diorang siapkan order food panda dulu...adehhhhh

    ReplyDelete
  16. Ala.. nape dia guna daging ayam yang macam tu.. Kurang umph la jadinya mee kolok tu kan kak..
    sha tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah