Thursday, September 12, 2019

Jerebu Oh Jerebu......

Hi korang...

Letih kan setiap tahun kita hadapi Jerebu ni..dah macam musim plak dah...sana sini bacaan index meningkat dan kawasan paling teruk adalah di Sarawak, Pulau Pinang, Perak, NS, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Selangor dan Johor. Terkejut SA baca bacaan index Jerebu di setiap negeri. Semalam SA alami sedikit sesak nafas, tak teruk dimana SA susah nak tarik nafas. Nasib takde rasa panik, tekak plak dah start gatal begitu juga mata dah pedih..sepanjang masa SA dalam office pakai mask petang semalam. Balik kerja dan sampai hari ni SA masih menggunakan mask..tak boleh tahan la dengan kuat bau asapnya..Tapi SA pelik plak tengok ramai yang kerja area SA selamba je tak pakai mask..maybe daya ketahanan badan diorang tinggi kot kan...SA plak memang fragile kalau bab jerebu ni..mudah sakit.



Pemandangan dari office SA level 12 pagi semalam


Pemandangan dari office SA level 12 pagi ini


Nampak tak mata dah merah pedih tu..


Ni gambar masa balik kerja semalam..


Jom SA share 10 langkah menghadapi Jerebu.

  • Elakkan aktiviti fizikal di luar bangunan bagi mengurangkan pendedahan kepada jerebu

  • Tangguhkan aktiviti atau penganjuran membabitkan aktiviti fizikal di luar bangunan jika bacaan indeks pencemaran udara melebihi 100

  • Banyakkan berada di dalam bangunan dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut yang sesuai.

  • Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan.

  • Elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman.

  • Guna pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman semasa memandu kenderaan

  • Banyakkan minum air kosong walaupun tidak terasa dahaga 9 sekeurang- kurangnya 8 gelas sehari)

  • Jika mampu pasang alat pendingin hawa dan penapis udara yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus

  • Sentiasa awasi kesihatan anak kecil dan mereka yang menghidap penyakit respiratori dan jantung kerana mereka lebih mudah terjejas

  • Dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan terdekat jika tidak sihat.



Semoga jerebu ni cepat- cepat la berlalu, dah tak tahan dah..klinik penuh, hospital penuh..kalau sakit macam mana kan..bukan la SA nak sangat sakit..penat dah sakit ni...SA baru nak merasa sedikit sihat ha...tak nak la sakit semula sebab jerebu ni..dada pun rasa ketat jer..susah nak tarik nafas. Semua rasa tak selesa kan...paling kesian tengok anak- anak kecil yang ada asthma..anak buah SA sampai hari2 pergi klinik amik neb..terpaksa cuti dari bersekolah...alahai..sangat menduga mak ayah kan...korang kalau tak sihat cepat cepat pi klinik tau....

10 comments:

  1. Macam mendung... Fikir nak hujan tapi kenapa berbahang.... Rupanya jerebu tebal. Allahu. Minum air pun kena lebih. Bila keadaan macam ni... Banyak aktiviti luar kena kurangkan.

    ReplyDelete
  2. sini nampak ada gak tak teruk lg... terima kasih kongsi tip kak SA

    ReplyDelete
  3. Sy pegi keje naik motor, abis muka gatal2 sebab jerebu ni. Nampak gaya esok terpaksa bawak kereta, redah jem teruk pun redha je la dari kena penyakit.

    ReplyDelete
  4. skrg nie musim jerebu ramai yg sakit.. apapun take care kak..

    ReplyDelete
  5. malam Isnin tu suami ammi lagilah, dah tido tetiba dia bangun pasang lampu semua check setiap cable, check dapo. Dia kata bau asap kuat sangat. Dia lupa kot tengah jerebu ni.

    ReplyDelete
  6. kat utara ni pun berjerebu jugak. Moga cepatlah berlalu...rasa lemas kadang-kadang tu nak bernafas.

    ReplyDelete
  7. Sekarang ni banyak tempat berjerebu. Tak tahulah bila keadaan akan pulih semula.

    ReplyDelete
  8. Semoga masalah jerebu cepat berlalu
    Tunggu musim hujan pulak

    ReplyDelete
  9. Makin lama makin teruk pulak jerebu. Harap dengan turunnya hujan dapat kurangkan jerebu tu

    ReplyDelete
  10. Area situ LG teruk jerebu dari shah Alam kn.. take care kak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......