Thursday, September 12, 2019

GrabFood Lagi Nampaknya.......

Hi korang....

Haaa...ni kisah semalam...kisah orang pemalas bawak bekal lunch pi keja..lepas tu dia terpaksa order makanan dari GrabFood tu...haaaa...sure korang tau sape kan...sarapan pagi dia bawak bekal sandwich..lunch je tak sempat nak masak sebab dia balik kerja dah lambat malam tu..Nak buat cane korang..ni la nasib bila kerja makan gaji kan...x semestinya balik kerja ikut sharp time habis kerja..kadang- kadang lajak ke malam. Bila dah penat..itu la jadinya...tak sempat nak masak..makan pun setakat alas perut jer..minum air masak...lepak jap..pas tu masuk tido..sampai kawan serumah cakap..akak ni pergi kerja ngan bulan..balik kerja pun ngan bulan...haha...

So semalam SA order la dari grab dan macam biasa order dari kedai fav SA iaitu Ali, Muthu & Ah Hock..SA order Nasi Goreng Ali + Ayam goreng. Part ayam goreng tu SA request dada ayam..tapi yang dapat whole leg...hahahaha...jahanam eatclean SA..Nasi goreng tu SA boleh 2 kali makan..makan untuk lunch dan makan lepas Maghrib semalam...so balik rumah tak payah makan dah...kenyang....


Lunch je RM28 sebab sekali ngan grab delivery charges




Lapar plak perut tengok semula gambar ni...siyes nasi dia sedap..siap ada 2 ketul udang besar..aduyaiii dah la tengah pantang...dah beli makan aje la...ye tak?


Rupa paras nasi goreng Ali..


Ayam Goreng...sedap dan juicy...minggu ni kena lari 5km la nampaknya..hahaha..kalau x jerebu kita lari eh...


Pagi semalam SA sempat singgah kat MBG KL Sentral..kebetulan SA sampai awal...so SA mencari la buah- buah yang mesra Gerd. Maksudnya? Hanya buah tu je yang boleh dimakan oleh pesakit gerd.So SA jumpa la buah Forella Pear ni..Satu bekas 3 biji ni RM8.00. Mahal ke murah?MBG kottttt....buah dia mahal sikit la sebab buah- buahan yang di import..Jadi la untuk snacking 3 hari kat opis..


Santek plak buahnya..SA pilih buah yg besar2...


Macam ni rupanya bila dah potong...

Kalau korang nak tau buah ni wangi isinya...sedap, crunchy je..tak tanya plak budak yang kerja kat MBG tu buah ni dari mana...rasanya dari China ni...dia tak sama dengan buah pear yang biasa tu...yang ni lagi sedap tekstur dia..SA suka yang macam ni..tapi kalau yang ni takde pear biasa warna hijau tu pun SA bedal...janji SA makan buah dan ada stock buah..nak makan orange tak bleh dah..yang masam- masam memang tak amik..Epal merah takpe..huhu...


17 comments:

  1. pergh!! Ayam goreng dia mengancam.. Buah pear tu memang sedap dan wangi.. sha pun suka.. kalau besar, berbaloilah kak..

    ReplyDelete
  2. tgh puasa ni..tgk menu SA order...trus lpr haha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah lagi try pear jenis tu. tengok pun dah dapat rasa sedap..huhu

    ReplyDelete
  4. Ayam goreng tu nampak sedap betul. Kak SA asyik order makanan dengan Grab Food. Saya asyik order makanan dengan Food Panda sekarang ni. Grab Food kat Melaka tak banyak pilihan.

    ReplyDelete
  5. nice sedap nye nasik goreng dengan ayam tu.. lame dah tak singgah sini huhuh..

    ReplyDelete
  6. SA try la dah makan pulak.. tgok org review mcm best je. Nasib dkt kl je dia cover.

    ReplyDelete
  7. sekarang sorang2 kat ofis mmg tak order grab dah. sebab biasanya order RM25 and above kan. dulu masa ramai-ramai syok jugak order sorang sikit kongsi-kongsi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh tak la..boleh jer order individual, kalau nak dapat less jer limit kena beli RM30 and above..kena pandai cari menu yang kita suka dan supplier mana..

      Delete
  8. Ye betul.. nak bawak bekal ni kena gigih kan diri kan SA. lagi2 kalau balik kerja lambat timing pulak dah lari nak prepare bahan & so on. hujung2 grabfood or foodpanda je la hehe.

    ReplyDelete
  9. bestnya tgk SA cuba mcm2 makanan oder kt grabfood je, mudah kerja janji kenyang kalau dh bizi tu kan... buah pear tu dana suka sbb bau dia yg wangi n manis, cuma kadang kalau masih tak berapa masak dia kelat sikit...

    ReplyDelete
  10. ALhamdulillah. mujur ada grab food service kan kak. senang kerja nak order makanan

    ReplyDelete
  11. terliur tengok nasi goreng tu dengan ayam goreng tu mmg punah diet kan

    ReplyDelete
  12. ayam goreng tu nampak sedap gilerrrr

    ReplyDelete
  13. Lazatntnya ayam.goreng dia.. Saya pun tgh kemaruk foodpanda

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah