Saturday, September 21, 2019

Ayam Panggang Pre Birthday Ainnul Dania Huda

Hi korang....

Semangat giler si mama Dania hari ni bila ada request nak makan ayam panggang...lama x buat katanya..bagus SA suka sebab healthy menu..x yah tumis2 x yahmasak lauk bersantan dah...kita grill je...sayur pun SA masak sayur campur je..the best part is..SA renjis2 olive oil je kat ayam panggang dan tumis sayur campur guna Olive Oil gak...saje x guna minyak masak biasa..konsep healthy kan...

Sebenarnya 25hb nanti birthday Dania yang ke 15 tahun..memandangkan dia tengah focus untuk PT3, dia x nak sebaeang sambutan...lepas exam nanti la kalau nak buat katanya..nak buat sekarang dia x suka..tengah stress...itupun ayah dia nak datang tgok dia 28hb sempena birthday katanya..ermmm...kita tgok je la nanti...Dania ni bukan apa jenis x suka dipaksa-paksa...kiranya lauk hari ni sempena pre birthday dia la..walau hakikat sebenar atuk yang mintak nak makan ayam panggang...

Eh panjang plak mukadimah...meh la tengok gambar...sexy tak ayam panggang SA....


Saje tepek gambar yang dh masak kat atas sekali


Ni bahan-bahan perap yang di blend...


Sayur untuk dibakar sekali


Bahan lain untuk perapan.. serbuk paprika, Red Chili Flakes, black pepper, mixed herbs, soy sauce, sos lada hitam dan sos tiram


Seekor ayam


Di marinate dengan semua bahan..SA marinate 3 jam ye...


Naturel Olive oil


Renjis renjis dipilis...ditepung tawar


Dah ready untuk di bakar

Meh SA bagi resepi ye...

Bahan Bahan
Seekor ayam

Bahan A :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 kiub ayam knorr
4 batang serai
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa apa je.
garam 1 sudu teh

(Blend semua bahan diatas)

Bahan B :

3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Cara Memasak
Campurkan semua bahan A & B.
Kemudian, lumurkan pada ayam.
Perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4 atau 5 jam lagi best.
Bakar dalam oven (suhu 200 selama 1 jam)
Lepas tu bakar pada api atas selama 30 min lg

Bahan-bahan lain seperti di atas SA lumur jugak pada ayam..


Dah masuk dalam oven....


Dah siap panggang selama 1 jam 20 min..suhu 200°c permulaan 45 minit api atas bawah dan selebihnya api atas sahaja..

hasilnyaa.......


Rupanya takde la secantik mana...tapi rasa dan baunya sedap betul...hehehe....Dania pulak makan bertambah-tambah...Atuknya pun suka...alhamdulillah menjadi jugak...untuk sampingan SA buat sos biasa je..nak buat black pepper sauce bahan x cukup plak...hehehe...nanti boleh la buat lagi..SA tadi lupa kelar ayam tu..kalau kelar sure bahan perapan menyerap masuk sampai ke tulang kan..next time nak perap semalaman la lagi best ..bahan perapan ni boleh guna jugak untuk daging kambing tau....siyes sedap....

Selamat mencuba!!!

22 comments:

  1. Wah ada sambutan pre birthday untuk Dania.
    Ayam panggang memanglah sedap
    Lepas PT3 nanti mintak panggang kambing pulak

    ReplyDelete
  2. Sedap mkn panas2 ayam panggang tu...yummy!..Tq singgah LK

    ReplyDelete
  3. sedap ttuuuuuu... sy nak ucapkan pre happy birthday ainnul dania hehe

    ReplyDelete
  4. wah.. sedapnya.. Sha pun suka guna herbs dari jenama meriah..

    ReplyDelete
  5. kita pun lama dah tak panggang2 ayam ni, tengok SA buat rasa teringin la pulak

    ReplyDelete
  6. boleh try la resepi SA niii. Seksi meksi nahh ayam tu haahha.

    ReplyDelete
  7. wah..sedapnya..blh cuba ni..:)

    ReplyDelete
  8. Tergoda nengoknya. Nak try la...

    ReplyDelete
  9. Sedap nampak boleh try nanti ni..

    ReplyDelete
  10. Sedap tu...terbayang baunya masa SA bawak keluar dari oven tu..fuhhh..

    ReplyDelete
  11. nampak macam kenny rogers resepi dah tu sis. sedap nampak

    ReplyDelete
  12. sedapnya tengok kakkk... memang saje je share gambar ayam panggang atas sekali kann haha

    ReplyDelete
  13. oh happy birthday to Ainnul Dania yang ke 15. best of luck PT3!!

    ReplyDelete
  14. tk pernh lg bakar ayam sekor camgini..nmpk lazat tu..good luck dania utk pt3

    ReplyDelete
  15. bestnya ... sy pinjam resepi ye

    ReplyDelete
  16. makanan sihat.. bolehlah try nanti nmpak sedap sgt tu kak

    ReplyDelete
  17. Aduhaiii..sedapnya ayam panggang. nak kena buat juga ni

    ReplyDelete
  18. nampak sedap tu! patut la dania makan bertambah2...kita pun suka panggang sekali dengan sayur mayur...senangggg

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......