Monday, September 23, 2019

Allah Tarik Segala Nikmat Sekelip Mata Je...Ingat La...

Hi korang...

Hari ni SA sedikit moody selepas terbaca tulisan yg SA gelarkan dia keyboard warriors  sebab sewenang-wenangnya menghina dan merendah-rendahkan orang dan memberi alasan hanya untuk menasihati mengikut ajaran Islam. SA tak marah diannak berdakwah or menegur seseorang kalau betul caranya. Kenapa perlu nak buka aib orang di media sosial?...SA rasa marah sebab ianya adalah sikap yang BIADAP sangat sebab Islam tidak ajar umatnya cakap besar, menghina atau merendah-rendahkan orang lain..kalau nak sebut pasal dosa sipolan atau aibnya fikir dulu apakah tindakan kita tu betul? Sebelum menegur fikir relevan ke tidak dengan  diri kita sendiri. Dah cukup baik ke diri kita terus nak menegur orang? Tak kisah la teguran cara berpakaian atau keperibadian orang tu sendiri. Sesuai ke tegur secara terang-terangan aib orang di media sosial? Kalau dah rasa diri tu hebat sangat kenapa masih menggunakan platform media sosial yang yang banyak buruk dari baiknya kalau benar nak berdakwah? Dah betul ke cara cita berpakaian sampai nak menegur. SA tengok sendiri dia pun banyak kurangnya dan tak sempurna. Tak perlu nak buka aib orang di media sosial walau x sebutkan nama orangnya. Ramai orang terasa kot termasuk SA...Tak perlu dipersoal amalan orang lain..cukup perhatikan dulu amalan diri sendiri sebelum berani menegur secara terang-terangan...Tak fikir ke perasaan orang tu, tak rasa ke betapa sakitnya hati orang tu..


Ingat....kita semua x sempurna...takde yang yang  perfect.. Kalau betul cara kita, amalan kita di dunia, gunakan untuk diri kita dan keluarga kita. Doakan aje orang tu menemui jalan mudah untuk berubah..tak perlu ada niat nak menegur dan hebahkan di media sosial...aib orang x perlu dicanang...kalau nak focus bab ajaran Islam atau islamic way, buat perubahan pada diri sendiri dulu..buang semua sosial media yang lagha ni..focus untuk berubah...then baru berdakwah..bukan buat secara terang-terangan nak menegur aib orang di media sosial. Apa hukumnya membuka aib orang macam tu? Islam ni mudah aje..tak perlu jadikan ianya terlalu complicated. Ulama-ulama buat macam-macam majlis ilmu mengagungkan agama kita. Indahnya Islam dan berjaya meyakinkan orang bukan islam sampai menganut agama indah ini. Tapi sebaliknya kita sendiri seolah-olah menampakkan yang betapa buruknya agama kita. Macam mana? macam yang SA cakap ni la..membuka aib orang di media sosial. Cakap buruk pasal orang lain, mengumpat,bermusuh...kita sibuk tentang aib orang tapi orang bukan islam bertepuk dan bersorak tengok kita berbalah..



Ingat...kita semua dah matang, ada keluarga dan ada anak kita sendiri..jangan disebabkan 1 jari kita menuding pada orang, 4 jari lagi menuding pada diri kita sendiri..SA x pandai bab agama ni..tetapi masih belajar..SA x akan sentuh bab aib orang..itu yang SA elakkan sebab SA tau SA x sempurna mana dan SA ada anak untuk diberi perhatian. SA x nak apa2 berlaku pergi pada anak SA sendiri. Sebab tu SA berhati2 dalam memberikan  sebarang komen atau teguran. Orang zaman sekarang bila allah berikan sedikit kejayaan terus lupa asal usul..terus bertindak melulu seolah-olah dia maksum disisi agama. Allah tarik nikmat sekelip mata je..Jangan dibuka aib orang...

12 comments:

  1. Benda macam ni tak boleh dipaksa. Solat kan tiang agama. Bagi auni, teguhkan tiang dulu baru resapkan yang lain-lain. Auni tak judge bab macam ni, sebab tahu setiap manusia akan terbuka hati. Chill ya kak, insyaAllah yang baik-baik datang pada akak :)

    ReplyDelete
  2. Kita yang kononnya dah berubah pun belum tentu kekal..boleh jadi lebih worst. Jadi bila dah berubah menjadi lebih baik tu sentiasa doakan diri sendiri supaya menjadi lebih baik dan tunjukkan dakwah melalui amalan baik. Kita pun tak sempurna. Ada hari elok..ada hari caca marba.. bukan mudah nak mujahadah ni.

    ReplyDelete
  3. Fikir yang baik2
    Cakap yang baik2
    Kannn.. SA.. Semoga semuanya baik2 sahaja

    ReplyDelete
  4. kena belajar hormat dan berkomunikasi secara berhemah.. sabar kak SA

    ReplyDelete
  5. itu lah kan..bila kita sentiasa igt Allah..Allah tak akan lupa kita..

    ReplyDelete
  6. Mudah2n kita mendapat hidayah dan taufiq daripada-Nya

    ReplyDelete
  7. tue la..ramai orang yg macam ni..tmbh2 dlm sosial media ni..terang2 membuka aib orang..cara yg betul utk dia tegur, kalau dia rasa dia sempurna sangat, boleh personal message je dengan kita..tak perlu nak tulis kat komen, as if dia bagus sangat...

    ReplyDelete
  8. Betul, nak tegur tak salah tapi jangan sampai menyakiti hati kawan. terima kasih saling mengingati.

    ReplyDelete
  9. Kata Imam Hassan Al Basri...
    jika sesrorang menasihatimu secara tertutup..percayalah padanya tp jika dia menasihatimu dikhalayak,secara terbuka..dia sebenarnya sedang memalukanmu..

    ReplyDelete
  10. satu peringatan yang amat baik SA, jangan sekali kali kita menganggap diri kita dah sempurna dengan amalan yang kita dah lakukan kerana manusia ni berbolak balik sifat hatinya.. selagi bernyawa selagi itu kita memperbaiki diri tanpa melekehkan amalan orang lain, In Shaa Allah.

    ReplyDelete
  11. biasalah tu SA, memang ramai jenis yang macamni. Rasa diri dah cukup sempurna sampai sewenang-wenangnya menegur orang lain tanpa berfikir. Tak salah menegur , berdakwah tapi biarlah penuh adab tatasusila bukan sampai menguriskan hati org lain. Siapalah kita nk menghukum orang lain sedangkan kita pun tak tahu dosa pahala kita sendiri...

    ReplyDelete
  12. kadang2 orang macam ni rasa diri dia sangat2 baik berbanding orang lain...sedangkan Rasulullah saw dah pesan kalau nak tegur orang, tegur secara berhikmah, bukan main semborono aje...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......