Monday, September 30, 2019

Walau Cuti Tetap Kena Masak..

Hi korang...

SA cuti hari ni...bila cuti macam2 benda nak buat..ikutkan hari ni dh start PT3 tapi bagi menghormati kemangkatan ayahanda Sultan Kelantan maka Negeri Kelantan mengistiharkan 29hb dan 30hb sebagai cuti peristiwa..so kertas BM di tunda ke tarikh lain..SA dh siap amik cuti sebenarnya..ingat kan nak batal cuti..tapi mak plak x sihat...so SA teruskan aje la cuti SA...pagi2 SA dh pi pekan Kuala Pilah beli barangan dapur...pekena rojak Berahim atau Rojak Kuala Pilah jugak...dh lama lak makan so bawak la mak abah makan kat situ...balik dari Kuala Pilah terus pi Econsave beli barang dapur yang lain...sesambil cari cari bahan nak masak untuk anak dara tercinta tu..hari ni masak simple aje dan lauk fav dia....


Ikan cencaru goreng kunyit & bawang putih


Sayur Kobis Masak Lemak Putih


Sambal gesek

Itu je la menu untuk tengahari ni...cuaca hari ni mendung je..nampak jerebu masih ada..sejak jerebu ni udara sangat x bagus..nak bernafas pun rasa x cukup oksigen...sebab tu SA prefer duduk dalam rumah je..kalau kat opis SA prefer duduk dalam bangunan je..kesan jerebu ni bukan sikit2...jangkamasa panjang...Mak SA kena effect tu la....badan dia lemah..SA dh bawak pi klinik..so far jantung dan paru-paru mak ok...tp ntah la...antibody dia lemah...

Esok SA up birthday celebration Kakak Dania ye...

Friday, September 27, 2019

Mee Kolok Dayang Sarawak Corner FoodPanda 1st Time..

Hi korang...

Hari ni kan...SA yang pemalas ni tak bawak bekal..biasa la hari Jumaat kan...lepas tu sibuk nak berjimba tapi tak dapat..hahahaa...SA order thru Food Panda je la...tekak teringin nak makan Mee Kolok...sebabnya SA duk mendelete gambar2 lama kat PC..terjumpa plak gambar masa pi Sarawak dulu..then cari la kat dalam Food Panda...Eh..eh...ada la Dayang Sarawak Corner.....makanyaaaaa.....rancak la jari jemariku memainkan peranan (ayat novel sangat)..hari ni je ye...jangan plak dah tersampuk Food Panda jadi hari2 plak nak order..itu macam kalu bertambah naik belanja makan ko hari2...

Sebenarnya SA hari ni first time guna foodpanda, sebelum- sebelum ni lebih prefer Grabfood. Tapi kat Grabfood x banyak pilihan macam Foodpanda. Bosan plak asyik order dari tempat yang sama je kan..sebab tu SA cuba Foodpanda ni..lagipun ada sesetengah tempah free delivery tau...




Mee kolok ayam...dia guna ayam yang minced tu je..alahai...potong laaaa......


Tuang sup dan kicap cili tu sikit je..untuk bagi rasa kan....


Jemput makan semua...

So...rasa mee kolok dia sedap tak?

Boleh la...SA bagi 2.5 bintang out of 5. SA nyer expectation tinggi skit kat mee kolok ni...SA x makan daging so takde la order mee kolok daging. Kalau kat Sarawak memang mee kolok dihidang dengan daging kan. Kalau ada pilihan ayam pun dia bagi ayam yang dah dicarik2 bahagian dada atau seketul2 ayam..yang ni failed sebab daging ayam hancur...macam minced meat utk spaghetti bolognaise tu, mee dia dah betul dah mee kolok sama macam kat Sarawak. Soup pun ok jugak just boleh rasa ajinomoto...haaaa...bila food blogger dah berkata- kata...lama dah x buat kerja review makanan ni...bukan takde jemputan..SA kerja kan...betul2 pi pun masa Ramadhan review tempohari je..tahun depan la kot start semula...

So...next time bleh order kat kedai lain plak..make sure yang takde delivery fee...hahaha...SA kedekut..order yang ni free delivery...bayar cash je..

Thursday, September 26, 2019

Masak Lauk Favourite Birthday Girl...

Hi korang...

Semalam kan sampai jer Seremban terus pergi pasar besar Seremban. Apa yang SA beli? Haaaa...lauk - lauk fav anak dara kesayangan SA tu la...SA beli daging batang pinang untuk masak kari dan jugak sotong besar2 untuk goreng tepung...dua makanan ni memang fav Dania...tapi sotong tu SA goreng malam tadi la..yang kari daging tu masak tengahari..

Masa dia balik dari sekolah tu memang dia terperanjat la SA dah ada kat rumah...hahaha...siap dia marah lagi kenapa amik cuti..ala birthday je pun tak yah la susah- susah cuti...eeee geram jer ngan Dania ni tau...kalau la mama dia ni tak fikir dia dari hari Selasa takde la mama dia sibuk- sibuk amik cuti..dia tak tau tu SA dah tempah kek and nak buat birthday celebration Sabtu nanti...


Sotong Goreng Tepung


Kari Daging


Sayur sawi goreng

SA tengah fikir nak masak apa untuk makan tengahari Sabtu nanti..sebabnya ada tetamu nak datang jugak selepas 3 tahun tak datang jengok Dania..so alang- alang ayah dia nak datang satu family, kita buat la sekali birthday celebration untuk Dania..cuma SA tak cakap jer lagi kat dia...hadiah pun tak cari lagi ni weyh....hahahah...SA nak beli apa? nanti la dah beli dan dah bagi dia nanti SA reveal eh...tahun lepas bagi gitar, tahun ni apa plak agaknya ye.....

Sarapan Roti Steam & Telur Separuh Masak Di IJN

Hi korang...

Semalam SA cuti dan pepagi dah pi IJN, rutin setiap 3 bulan pergi sana dan seperti biasa SA lambat bersarapan. Terus perut masuk angin...lepas selesai urusan SA semalam terus SA sarapan kat restoran yang ada kat IJN tu..lama x datang tengok macam dah banyak perubahan..malas plak SA nak amik gambar apa yang berubah. Sedikit moody sebab perut dah masuk angin...Semalam jugak birthday Dania. SA decided balik Seremban terus..Dania memang tak tau SA balik semalam...ingat nak pi beli hadiah dia dan sorok dulu, nanti Sabtu baru keluarkan hadiah masa sambut birthday dia...tapi perut plak buat hal..memang SA balik terus la..tapi sempat singgah kejap kat pasar besar Seremban. Kebetulan abah blom masak lagi...so beli la lauk untuk makan tengahari dan lebih kepada lauk kegemaran Dania..

Meh SA tayang dulu apa yang SA makan lepas selesai urusan SA kat IJN...


Menunggu tak lama..tapi banyak selok beloknya


SA order roti kaya pandan stim..


Telur separuh masak 2 biji dan teh o nipis


SA dah kurus blom?hahahah...

Lepas sarapan..masa tu jam dah pukul 10am...SA lepak jap...sebab badan rasa x ok..then baru amik grab pi Pudu Sentral sebab SA nak balik Seremban naik bas..badan ni kan..kalau lambat jer makan mula dia meragam especially perut ni...mengada betul.....

Mini Planner Dan Kalendar Tahun 2020 Murah Di Selangor, KL !

MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! - Assalamualaikum korang ! Selamat sejahtera ! Sihat ke tu? Alhamdulillah nampaknya jerebu dan IPU dah semakin pulih di Malaysia. Harap nya, bertambah baik hendaknya. Tinggalkan sekejap kisah jerebu ! Erm..diam tak diam dah sampai ke penghujung tahun kita ni,kan ! Lagi beberapa bulan nak masuk tahun baru, tahun 2020 !

MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL !



Apa azam tahun wawasan 2020 korang sebelum ni? Ingat lagi ke? Haa ! Kete terbang? Duit terbang, adalah ! Hehehe. Okay, sebelum duit korang terbang jauh ke sana sini. Meh..mummy nak memperkenalkan korang dengan MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL !

Serius korang boleh jimat banyak dengan MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020  MURAH DI SELANGOR, KL !. Sebab apa ? Pertamanya, korang tak perlu bayar mahal-mahal ! Harga  MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! Hanya 80sen sahaja !


Ye betul. Harga  MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! hanya 80 sen sahaja !

APA YANG BEST TENTANG MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ?


Selain harga MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020  MURAH DI SELANGOR, KL ini murah. Bestnya tentang  MINI PLANNER DAN KALENDAR 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! Isi kandungan bukan ada kalendar 2020 sahaja. Malah ada ruangan

- Saving notes

- Fitness checklist

- Calendar 2020

- Personal Notes

Yang penting ready stock !



Yasin Murah : KLIK SINI





1. Delivery adalah setiap hari bekerja. Provided payment masuk sebelum 10 pagi. Order hari ni InsyaAllah esok abam pos laju dah pin pin depan rumah.


2. Bukan pre order. No...no..no. MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! ni ready stock ok. Tak perlu nak tunggu lama-lama especially pada yang nak guna urgent.

3. Tak nak guna pos laju? Nak COD? Pun boleh. Boleh COD setiap hari Isnin hingga Khamis di sekitar Klang Valley *by appointment* sahaja ! (McD Kajang Perdana on weekend dan weekdays di McD Denai Alam)


4. Saiz MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! memang cun habis!! 10 x 15cm.


5. Kulit MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! adalah tebal. Menggunakan 260gsm Art Card with glossy finishing


6. Tulisan dalam MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ! adalah sangat jelas. Bukan versi photostat punya tau. Kualiti tip top. Kertas dalam pula menggunakan 70gsm simili paper, 32 muka surat (B/W print)


7. Nak jadikan Yasin 50sen lebih special korang boleh jadikan sebagai kad ucapan. Siap boleh muat dalam envelop kecil lagi.


8. Kebanyakan pelanggan yang dah order MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ni semua puas hati dan happy dengan kualiti yang dorang dapat. And of course trusted seller. Dosa tau tipu tipu ni.

Nak cari doorgifts murah, nak jadikan  MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL sebagai hadiah kepada pelanggan, sahabat, ahli keluarga pun sangat sesuai !

Nak order?? Boleh terus WhatsApp ke www.wasap.my/60126460421 atau www.wasap.my/601151044524


Nak  MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL POSTAGE PERCUMA atau nak beli melalui KAD KREDIT / DEBIT. Korang boleh beli  MINI PLANNER DAN KALENDAR TAHUN 2020 MURAH DI SELANGOR, KL ni di laman platform di bawah ni:


SHOPEE :
www.shopee.com.my/urbanshops

Wednesday, September 25, 2019

Selamat Hari Lahir Ainnul Dania Huda Ke 15 Tahun


When you came to this world I fell in love. You are always loved sweetheart. May you forever sparkle and shine like the star that you are.

Happy birthday my daughter!

Mama Love You To the moon and back


Mencintaimu - Kris Dayanti

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Setia menanti

Walau di hati saja
Seluruh hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...ah~

Mencintai mu
Seumur hidup ku
Selamanya
Kau tetap milik ku

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...ohh~

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...

Hanya satu yang tak mungkin kembali
Hanya satu yang tak pernah terjadi
Segalanya teramat berarti di hati ku
Selamanya...ohh~

Tuesday, September 24, 2019

CVSKL Dan Klinik Qualitas Jalin Usahasama Bagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung Rakyat Malaysia.

Ujian Elektrokardiogram PERCUMA Kepada 3,000 Orang Hingga Disember


Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare.



Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar  Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal.

“Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Kami merujuk mereka yang berusia kurang daripada 58 tahun  yang merupakan purata usia pesakit jantung di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara-negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL. 




Kementerian Kesihatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia  pada 2005 hingga 2017. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rawatan jantung utama negara, kami merasakan bahawa purata usia mereka yang menghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda biarpun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit ini. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini.

"Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat. Ya, kami mengakui ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan termasuklah menjalani pemeriksaan rutin, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak mampu dirawat,” tambah Dr. Yahya.

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal  dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack


Klinik-klinik terpilih yang disenaraikan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang  baik untuk menjalankan ujian ECG. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik kami bagi menjalani ujian sepanjang tempoh kempen," kata Dr. Noorul Ameen.

Klinik Qualitas yang menyertai Kempen Kesihatan Jantung CVSKL adalah seperti berikut:

>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 462-464, Jln Pudu 55100 KL
Telefon: 03-9222 0751

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KL
Telefon: 03-2276 6622

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KL
Telefon: 03-2273 0244

>> Klinik Sharani
Alamat: No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KL
Telefon: 03-2287 3103
>> Kumpulan Medic
Alamat: 42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7956 9331

>> Klinik Prime Care
Alamat: Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7955 0550

>> Kumpulan Medic
Alamat: 78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7728 4955

>> Klinik Rakan Medik
Alamat: 18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7803 5688

>> Klinik Kumpulan Medic
Alamat: Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7886 3218

>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5542 5286

Ini adalah sebahagian daripada program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019, serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019


Tentang Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur

CVSKL adalah hospital jantung dan vaskular bersepadu yang memberi pengkhususan kepada penjagaan jantung dan vaskular secara moden dan komprehensif kepada pesakit. Ia didorong oleh senarai pencapaian yang semakin meningkat, pasukan perubatan yang terdiri daripada ahli kardiolog, pakar bedah kardiotorasik, pakar bedah vaskular dan pakar bedah jantung bagi  memastikan standard utama pada tahap profesional. Di CVSKL juga, pesakit akan mengalami penjagaan dan perawatan yang berkualiti daripada jururawat terlatih dan berpengalaman, serta  kakitangaberapa Sukann bersekutu, menggunakan pendekatan berasaskan kerja secara berpasukan. 

Menyediakan 60 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini, CVSKL turut menyediakan kemudahan rawatan seperti kardiologi, kardiotorasik, diagnostik kardiotik, perkhidmatan terapi dan pencegahan vaskular. Terletak di hab pengangkutan yang sangat strategik di Kuala Lumpur Sentral, hospital ini menawarkan akses kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, kereta api, bas, teksi atau KLIA Ekspres di tengah-tengah kawasan bandar yang berkembang pesat. Untuk kemudahan tambahan, pesakit dan pelawat boleh menggunakan alternatif pejalan kaki berikutan banyak hotel, pangsapuri dan pusat membeli-belah.

Sila hubungi:
Brenda Wong (Cik)
Ketua Pemasaran – Usahasama
HP: +60164150203

Tentang Qualitas Healthcare

Qualitas Medical Group (Qualitas) ditubuhkan pada tahun 1997 di Malaysia. Berpengalaman lebih 20 tahun pengalaman dalam industri penjagaan kesihatan, Qualitas memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama yang berkualiti kepada Masyarakat. Hari ini, Qualitas mengendalikan rangkaian klinik Am  (GP) global, pusat penjagaan ambulatori, serta klinik pergigian, dan pusat diagnostik yang disokong lebih 1,700 doktor perubatan, doktor gigi dan kakitangan sokongan. Ia melibatkan lebih 250 rangkaian klinik perubatan, klinik pergigian (termasuk makmal pergigian) dan pusat pengimejan perubatan. Untuk maklumat lanjut mengenai Qualitas Medical Group, sila layari www.qualitas.com.my

Sila hubungi:
Dr. Junaidi Ismail
Ketua Pasaran Malaysia
Tel: +603-7964 6363

#ALTHEABROWSERHISTORY CONTEST

Hi korang...

SA join contest #ALTHEABROWSERHISTORY CONTEST di Instagram..ini cubaan entah ke berapa kali SA dalam contest kat Instagram ni dan kali ni contest ni dianjurkan oleh #AltheaKorea.



SA pertaruhkan gambar di bawah ni...

v

v

v


Untuk itu SA mohon jasa baik korang kalau sudi like & comment entry SA kat IG ni...mana la tau ada rezeki SA menang 3 batang pencil eye brow terbaru Althea tu...klik link kat bawah ni erk...


IG: https://www.instagram.com/p/B2xw7Y3gmpl/?igshid=e4cpu3cwnbqq

Jasa baik korang SA dahulukan dengan terima kasih....

Wish me luck.....

Monday, September 23, 2019

Allah Tarik Segala Nikmat Sekelip Mata Je...Ingat La...

Hi korang...

Hari ni SA sedikit moody selepas terbaca tulisan yg SA gelarkan dia keyboard warriors  sebab sewenang-wenangnya menghina dan merendah-rendahkan orang dan memberi alasan hanya untuk menasihati mengikut ajaran Islam. SA tak marah diannak berdakwah or menegur seseorang kalau betul caranya. Kenapa perlu nak buka aib orang di media sosial?...SA rasa marah sebab ianya adalah sikap yang BIADAP sangat sebab Islam tidak ajar umatnya cakap besar, menghina atau merendah-rendahkan orang lain..kalau nak sebut pasal dosa sipolan atau aibnya fikir dulu apakah tindakan kita tu betul? Sebelum menegur fikir relevan ke tidak dengan  diri kita sendiri. Dah cukup baik ke diri kita terus nak menegur orang? Tak kisah la teguran cara berpakaian atau keperibadian orang tu sendiri. Sesuai ke tegur secara terang-terangan aib orang di media sosial? Kalau dah rasa diri tu hebat sangat kenapa masih menggunakan platform media sosial yang yang banyak buruk dari baiknya kalau benar nak berdakwah? Dah betul ke cara cita berpakaian sampai nak menegur. SA tengok sendiri dia pun banyak kurangnya dan tak sempurna. Tak perlu nak buka aib orang di media sosial walau x sebutkan nama orangnya. Ramai orang terasa kot termasuk SA...Tak perlu dipersoal amalan orang lain..cukup perhatikan dulu amalan diri sendiri sebelum berani menegur secara terang-terangan...Tak fikir ke perasaan orang tu, tak rasa ke betapa sakitnya hati orang tu..


Ingat....kita semua x sempurna...takde yang yang  perfect.. Kalau betul cara kita, amalan kita di dunia, gunakan untuk diri kita dan keluarga kita. Doakan aje orang tu menemui jalan mudah untuk berubah..tak perlu ada niat nak menegur dan hebahkan di media sosial...aib orang x perlu dicanang...kalau nak focus bab ajaran Islam atau islamic way, buat perubahan pada diri sendiri dulu..buang semua sosial media yang lagha ni..focus untuk berubah...then baru berdakwah..bukan buat secara terang-terangan nak menegur aib orang di media sosial. Apa hukumnya membuka aib orang macam tu? Islam ni mudah aje..tak perlu jadikan ianya terlalu complicated. Ulama-ulama buat macam-macam majlis ilmu mengagungkan agama kita. Indahnya Islam dan berjaya meyakinkan orang bukan islam sampai menganut agama indah ini. Tapi sebaliknya kita sendiri seolah-olah menampakkan yang betapa buruknya agama kita. Macam mana? macam yang SA cakap ni la..membuka aib orang di media sosial. Cakap buruk pasal orang lain, mengumpat,bermusuh...kita sibuk tentang aib orang tapi orang bukan islam bertepuk dan bersorak tengok kita berbalah..



Ingat...kita semua dah matang, ada keluarga dan ada anak kita sendiri..jangan disebabkan 1 jari kita menuding pada orang, 4 jari lagi menuding pada diri kita sendiri..SA x pandai bab agama ni..tetapi masih belajar..SA x akan sentuh bab aib orang..itu yang SA elakkan sebab SA tau SA x sempurna mana dan SA ada anak untuk diberi perhatian. SA x nak apa2 berlaku pergi pada anak SA sendiri. Sebab tu SA berhati2 dalam memberikan  sebarang komen atau teguran. Orang zaman sekarang bila allah berikan sedikit kejayaan terus lupa asal usul..terus bertindak melulu seolah-olah dia maksum disisi agama. Allah tarik nikmat sekelip mata je..Jangan dibuka aib orang...

Saturday, September 21, 2019

Ayam Panggang Pre Birthday Ainnul Dania Huda

Hi korang....

Semangat giler si mama Dania hari ni bila ada request nak makan ayam panggang...lama x buat katanya..bagus SA suka sebab healthy menu..x yah tumis2 x yahmasak lauk bersantan dah...kita grill je...sayur pun SA masak sayur campur je..the best part is..SA renjis2 olive oil je kat ayam panggang dan tumis sayur campur guna Olive Oil gak...saje x guna minyak masak biasa..konsep healthy kan...

Sebenarnya 25hb nanti birthday Dania yang ke 15 tahun..memandangkan dia tengah focus untuk PT3, dia x nak sebaeang sambutan...lepas exam nanti la kalau nak buat katanya..nak buat sekarang dia x suka..tengah stress...itupun ayah dia nak datang tgok dia 28hb sempena birthday katanya..ermmm...kita tgok je la nanti...Dania ni bukan apa jenis x suka dipaksa-paksa...kiranya lauk hari ni sempena pre birthday dia la..walau hakikat sebenar atuk yang mintak nak makan ayam panggang...

Eh panjang plak mukadimah...meh la tengok gambar...sexy tak ayam panggang SA....


Saje tepek gambar yang dh masak kat atas sekali


Ni bahan-bahan perap yang di blend...


Sayur untuk dibakar sekali


Bahan lain untuk perapan.. serbuk paprika, Red Chili Flakes, black pepper, mixed herbs, soy sauce, sos lada hitam dan sos tiram


Seekor ayam


Di marinate dengan semua bahan..SA marinate 3 jam ye...


Naturel Olive oil


Renjis renjis dipilis...ditepung tawar


Dah ready untuk di bakar

Meh SA bagi resepi ye...

Bahan Bahan
Seekor ayam

Bahan A :

2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 kiub ayam knorr
4 batang serai
2 sudu serbuk lada hitam
1 senduk kecil sos black pepper (dalam botol)- brand apa apa je.
garam 1 sudu teh

(Blend semua bahan diatas)

Bahan B :

3 sudu minyak zaitun
2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano

Cara Cara Memasak
Campurkan semua bahan A & B.
Kemudian, lumurkan pada ayam.
Perap 1@2jam dalam chiller. Kalau perap 4 atau 5 jam lagi best.
Bakar dalam oven (suhu 200 selama 1 jam)
Lepas tu bakar pada api atas selama 30 min lg

Bahan-bahan lain seperti di atas SA lumur jugak pada ayam..


Dah masuk dalam oven....


Dah siap panggang selama 1 jam 20 min..suhu 200°c permulaan 45 minit api atas bawah dan selebihnya api atas sahaja..

hasilnyaa.......


Rupanya takde la secantik mana...tapi rasa dan baunya sedap betul...hehehe....Dania pulak makan bertambah-tambah...Atuknya pun suka...alhamdulillah menjadi jugak...untuk sampingan SA buat sos biasa je..nak buat black pepper sauce bahan x cukup plak...hehehe...nanti boleh la buat lagi..SA tadi lupa kelar ayam tu..kalau kelar sure bahan perapan menyerap masuk sampai ke tulang kan..next time nak perap semalaman la lagi best ..bahan perapan ni boleh guna jugak untuk daging kambing tau....siyes sedap....

Selamat mencuba!!!

Slot Akasia TV3 ~ Lelakimu Yang Dulu

Hi korang...

Macam menarik je citer ni...jom baca sinopsis...


Drama : Lelakimu Yang Dulu
Slot : Akasia TV3
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Nelydia Senrose, Redza Rosli, Reen Rahim, Nadia Brian

SIPNOSIS

Lelakimu Yang Dulu sebuah drama adaptasi novel mengisahkan konflik perkahwinan yg berlaku antara Hasrul dan Daliya sehingga Daliya membuat keputusan untuk membawa diri bersama kandungannnya yg dirahsiakan daripada pengetahuan Hasrul.

Selepas dua tahun mereka dipertemukan semula, Hasrul baru mengetahui yg mereka mempunyai anak bernama Heidi Isyraf dan dia ingin mengambil anak itu daripada Daliya. Bagi Hasrul, Daliya isteri yg tidak setia kerana meninggalkannya di saat dia hilang segalanya.

Namun, Daliya bukan lagi perempuan lemah seperti dulu, tak mungkin dia akur pada segala kehendak Hasrul walaupun lelaki itu masih lagi suaminya. Hasrul pula tak akan mudah mengalah, dia menjadikan anak mereka sebagai alasan untuk memerangkap Daliya kembali kepadanya.

Friday, September 20, 2019

Terlalu Memuja - Wany Hasrita

Terlalu Memuja




Berulang suara hati
Berbicara tentang dia
Senyuman pun canda bahagia
Kini sepi dalam memori semalam

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
'Ku tempuhi dalam kedukaan

Biarlah aku sendirian tanpa cinta
Dari menyaksikan sebuah kepuraan
Tibalah waktunya aku
Harus tinggalkan dia

Hamparan hati yang dulu pernah kuberikan
Kini menjadi kehilangan melukakan
Apakah silapku
ho-o
Terlalu memuja

Disini berakhir segala
Episod bersamanya

Hanya aku yang tahu
Hanya aku yang menanggung
Segala erti pengorbanan
'Ku tempuhi dalam kedukaan
Biarlah aku…

Acah- Acah Makan Nasi Lemak..

Hi korang...

Apehal plak main acah- acah makan nasi lemak ni? Hahaha...korang kan tau SA x leh makan pedas kan...sambal nasi lemak ni sedikit pedas pada SA..sebab tu SA acah2 je makan sambal tu...buat bagi perasa kata orang...Bukan la SA langsung tak bleh makan pedas...cuma tak nak biasakan sebab perut baru je nak elok kan...kang sakit balik payah..SA lama dah sakit..sampai terpaksa tolak banyak blogging task yang kena pi event...baru nak merasa pulih 3 minggu ni..takkan nak makan pedas kan...SA dah mula makan solid food semula..sebelum ni makan makanan lembut jer seperti bubur kan..naik muak plak berbulan SA makan bubur..takde stamina kata orang..

So gambar nasi lemak ni adalah ilusi semata- mata..hakikatnya SA amik sikit2 jer sambal tu...sambal tu plak sedap tapi pedas maybe sebab cili kering kot...cili kering kan ada jenis yang pedas dan tak pedas...


SA prefer telur rebus dari telur goreng kalau makan Nasi Lemak..


Ni kuih untuk meeting boss..


Less make up on Friday...

Semalam SA sakit belikat semula...tak tau la apa yang salah...salah makan mungkin tak la kan...SA menjaga pemakanan dan tak minum ais...tak minum coffee dan setahun dah...ikutkan rindu sangat nak minum coffee. Tapi demi kesihatan memang SA avoid semua ni...so SA semakin sihat ke..alahai...takde la semakin sihat tapi getting better...insyaallah...dengan amalan pemakanan yang sihat...doakan untuk SA ye...next appointment SA will be on 30th October nanti..harap keputusan semakin baik dan tak perlu lagi dah follow up specialist..

Thursday, September 19, 2019

Pelajar Automotif belajar bagaimana memilih produk dengan betul melalui WD - 40®

Tujuh orang pelajar dari School of Skills di Setia Alam baru-baru ini di dedahkan dengan kerja-kerja praktikal dalam kehidupan sebenar. WD-40® telah menganjurkan satu projek yang mencabar pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam ilmu pengetahuan penyelenggaraan dan pengubahsuaian pada kenderaan sebenar. Objektif utama projek ini adalah untuk mendidik para pelajar tentang teknik-teknik penyelenggaraan dan pengubahsuaian yang praktikal serta cara memilih produk dengan betul.




Bermula dari hari pertama, pelajar-pelajar diperkenalkan mengenai pelbagai aspek teknikal yang terlibat dan seterusnya pengenalan kepada produk-produk WD-40® yang boleh digunakan dalam projek ini. Ketujuh-tujuh mereka merupakan penuntut diploma di dalam bidang  automotif di SOS. Segala kelengkapan dan keperluan bagi mengasah teknik yang betul telah disediakan oleh WD-40®. Tugasan utama para pelajar adalah untuk memulih dan membaiki van lama yang disediakan pihak penganjur supaya dapat berfungsi semula melalui bahan-bahan dan produk-produk yang telah disediakan.





Projek yang sepanjang 3 bulan yang bermula dari Jun telah tamat pada haribulan 30 Ogos. Kini, van yang digunakan dalam projek tersebut telah berjaya dibaiki pulih dan kini digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh SOS.

Tujuh orang pelajar yang terlibat adalah Manoo a/l K Thiruchelvam, Kugan a/l Dore Raj, Tamilvarman a/l Vijayan, Poa Wei Jie, Tan Jie Sheng, Chow Wey Liang dan Muhamad Hafizi Hamzah di mana mereka telah bersemangat dalam menimba pengalaman dan peluang yang menarik.




"Penglibatan dalam projek ini banyak membantu mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan teknik-teknik pratikal mengenai baik pulih kenderaan. Oleh itu, saya mewakili rakan-rakan kelas yang lain ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada WD-40® dan School of Skills atas peluang yang telah diberikan," kata Manoo. 

Poa turut menyampaikan penghargaan terhadap pengalaman yang ditimba. " Salah satu perkara yang paling penting sepanjang projek ini berlangsung ialah saya belajar cara penggunaan perkakas dengan betul dan ia memang dapat banyak membantu. Di samping itu juga, penggunaan produk yang betul juga dapat membantu mempercepatkan dan melancarkan lagi proses. Kami belajar cara bekerja dengan bijak," kongsi Poa sambil tersenyum lebar. 





Bagi ketua eksekutif SOS Mr. Ken Foo, turut gembira dan berbesar hati atas kerja sama dari sektor swasta dalam meningkatkan ilmu pengetahuan golongan muda. "Sebagai wakil untuk pihak School of Skills, ribuan terima kasih diucapkan kepada penaja projek WD-40® atas peluang  kepada sekelompok belia yang terpilih dan memastikan projek ini berjaya.

Mr. Marcus Chen, pengarah serantau Asia WD-40® berkata syarikatnya amat berbangga dapat terlibat dalam perkongsian jenis dan  kegunaan produk WD-40® dan diharap ia bakal digunakan dalam karier mereka  pada masa hadapan.




"Kami gembira kerana telah menjadi sebahagian dari pelajar yang terlibat di dalam projek yang berlangsung sepanjang 3 bulan ini. Kami berharap pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat membantu dan digunakan pada masa hadapan. Akhir sekali, dunia berputar semakin pantas, semua orang inginkan sesuatu yang dapat disiapkan dengan lebih cepat dan berkesan. Jadi, semua sektor termasuk peniaga, penyedia perkhidmatan dan lain-lain lagi perlu bersaing secara cepat. Dan dalam hal ini, mempunyai peralatan dan produk yang tepat sangat membantu dalam kerja kami. Oleh sebab itu, WD-40® menjadi rakan terbaik dan dipercayai sejak dahulu lagi bagi mereka yang yang terlibat dalam bidang profesional'" tambah Chen.





MENGENAI SYARIKAT WD-40®


Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu 

ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive


Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.


Mengenai School of Skills (SOS) 


Ditubuhkan pada tahun 2014, School of Skills (SOS) merupakan sekolah vokasional/teknikal di mana memberi pengkhususan pendidikan di dalam bidang industri automotif. Pelajar mendapat pendedahan dan pendidik terhadap dunia sebenar sama ada secara teknikal dan kemahiran profesional bagi memastikan mereka sedia menempuh realiti selepas tamat pengajian. 

SOS merupakan pusat latihan yang telah menerima kelulusan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)  di bawah Kementerian Sumber manusia dengan kreditasi dari City & Guilds  (Sebuah badan kreditasi UK) dan West Collage Scotland (Sebuah kolej awam di Scotland). SOS menawarkan  kursus latihan berskala penuh dari peringkat Sijil hingga diploma lanjutan bagi golongan lepasans menengah dan remaja dalam lingkungan 20-an