Wednesday, August 21, 2019

Tempat Riadah Bajet Di Tampin WaterPark

Hi korang...

SA sebenarnya baru tau ada Tampin Waterpark ni tau...tak pernah dengar lagi...adik SA la ni si Lisa..rajin mencari tempat riadah untuk anak- anak kan...terus diajaknya SA dan Dania...tu yang pergi pagi Sabtu tu...ikutkan malas nak pergi tapi kesian kat Dania ngan Dida sebab tak kemana kan...maybe kalau pergi bleh release skit tension Dania nak hadap exam bulan depan. SA pagi tu dah rasa tak sedap perut..tapi anak punya pasal layankan jugak...sudahnya dalam kereta kena Gerd Attacked. Rasa nak bernafas tak boleh..memang cakap kat adik SA tolong la hantar ke klinik ke atau spital ke..memang rasa nak putus nyawa sebenarnya dek angin gastrik tu...puas Dania cuba gosok belakang SA..kisahnya plak seksa mencari klinik kat Tampin..dalam pukul 10 jumpa la klinik...tapi ramai orang plak..cari lagi klinik lain..akhirnya jumpa..klinik doc cina..orang tak ramai..SA nyer turn no 2...dapat injection terus rasa lega..dia pun tanya la...apa yang SA makan masa sarapan. SA cakap makan roti gardenia dengan telur mata...terus dia suruh stop makan roti...sebab ada bahan penaik. Itu punca Gerd SA menyerang...aduiiiii....apa nak makan lagi la lepas ni....

Lepas dari pi klinik tu kami teruskan jugak plan asal...SA pun dah rasa lega skit...dah makan ubat segala...jom tengok apa menarik kat Tampin Waterpark ni...korang jangan high expectation sebab Tampin Waterpark ni baru je dapat kelulusan untuk dibuka kepada orang ramai..okey la walau kecik tapi jadi tumpuan masyarakat setempat.Setakat nak bawak anak- anak mandi kolam suka- suka dengan bayaran murah ok la kat sini..


Tampin Waterpark ni baru dibuka February dan dibuka kepada orang ramai May kalau tak salah..so belum ramai tahu tempat ni...ok la dikelilingi pokok2 hutan dan air kolam di pam dari air gunung yang terdapat di situ..


Sampai- sampai je anak- anak buah SA dah tak sabar- sabar nak terjun dah...kolam ni khas untuk kanak- kanak..


Kakak Dania melayan Aidan


Mengada Aidan ni..mandi laut pun takut mula- mula..bila dah seronok lupa diri


Tengok la tu ha...


Yang ni nama je umur nak masuk 15 tahun..tapi mengalahkan budak- budak


Tengok Aidan tu...dia dah seronok dah tu..lepas tu nak join gegirl tu semua..


Last- last main ngan ibu je sebab gegirl semua tak nak layan


Macam- macam aksi si Dida...


Muka orang kena serang Gerd...duduk tepi je sudah


Dida ni nak kena pantau sebab dia suka buat aksi bukan- bukan...walau kolam ni tak dalam tetap ada bahayanya


Aidan dah seronok sangat dah..


Tengok la tu ha....


Dida lagi...


Lepas tu kami pindah ke kolam lain plak...


Kat sini ada bahagian yang 2 feet, 3 feet dan 5 feet..kat sini memang kena perati lebih sebab diorang suka- suka je pi bahagian yang dalam...


Si hensem Aidan kuat pok pek..


Kakak Dania ditugaskan pantau adik- adik dia


At last ayahnya terpaksa masuk air jugak...melayan Aidan


Anak dara kesayangan SA


Keseluruhan Tampin WAterpark ni ada 4 kolam..
  

Ada kemudahan tandas


Kolam yang tengah ni air panas skit kata kakak dania..compare yang kat belakang tu air sejuk


Ada kedai makan..speciality Roti Canai Kari Kambing tapi tutup plak masa kami pergi...


Parking pun banyak


Ada tempat memanah bagi mereka yang berminat nak cuba


Harga memanah...


Dida, Sikembar Aressa dan Adeliya


Muka SA 1 jam lebih lepas injection dan makan ubat...baru segar skit..


Gambar ni dia suka..baru puas hati dia..


Yang ni pun...

Overall, ok la Tampin Waterpark ni untuk bawa anak- anak bersuka ria..tiket masuk pun murah jer..Dewasa RM 10, Kanak- kanak RM5, Warga Emas pun RM5, Makanan kalau nak bawak dibenarkan tapi kena charge RM10, itu kalau nak berkelah dan makan- makan yang jumlah besar tau..kalau setakat sikit- sikit takde masalah.. SA rekemen Tampin Waterpark pada korang yang kurang bajet nak bawak anak- anak beriadah. Kat sini murah dan yang penting anak- anak happy. SA pun suka kalau anak- anak happy..suka bila diorang cakap terima kasih mama..nanti kalau mama cuti kita datang sini lagi ye...please mama....haaaaaaa....part tu memang kami lemah..tapi lagi lemah bila kakak Dania cakap..eh...asyik nak pi sini je..pergi Sunway Lagoon la pulak...hahahhaha....bengkok mama nak oiiiiiiii.......


17 comments:

  1. Wahh, thank you for sharing kak. Harga tiket waterpark sekarang ni memang mahal2 tapi kat sini harga murah.

    ReplyDelete
  2. Murah dan tak membebankan bagi mereka yg ada ahli keluarga ramai, tempat pun cantic dan elok

    ReplyDelete
  3. Walaupun bajet tapi tengok tempatnya meriah dan selesa. Kalau anak-anak ni tak kisah budget ke tak, jani dapat bercuti dan mandi..kannn SA

    ReplyDelete
  4. seronok anak2 kalo dapat main air macam ni kan SA.

    ReplyDelete
  5. Wah... Wajib aida google map ni.
    Dekat.
    Murah plak tiket nyer.
    Tq so much!
    Nak lepas kan syuhada upsr.
    Then baru bleh njoi :)

    ReplyDelete
  6. menarik tempat riadah ni banyak aktiviti. Tak tahu juga kewujudan tempat ni. Apapun take care ye kak.

    ReplyDelete
  7. Best nye mandi kolam.. Lame dah x dpt berenang..

    ReplyDelete
  8. kalau ada mandi2, kanak2 memang seronokla

    ReplyDelete
  9. nampka best je tempat ni dikelilingi pokok-pokok ni mesti sejuk.

    ReplyDelete
  10. mmg tak pernah tau ni.
    harga pun murah.

    ReplyDelete
  11. kena masuk wishlist ni.. otq balik johor boleh singgah

    ReplyDelete
  12. seronok lahai..lama sudah tak main air..

    ReplyDelete
  13. haha..kakak dania punya request..mama kena menabung dulu..mahai..haha...cantik gak tempat dia ni, SA..very da simple..boleh la nak bawak anak2 pi mandi manda..

    ReplyDelete
  14. Seronok ada tempat yg mcm nie.. dulu kat kota kinabalu ada tp dah tutp huhu..

    ReplyDelete
  15. ni je la tempat yang paling dekat kalau kami sekeluarga nak beriadah.
    terima kasih sebab share. boleh try pergi nanti.

    ReplyDelete
  16. Akan masuk checklist ni. TQ for sharing kak SA.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah