Tuesday, August 20, 2019

Miniel Skinlab Stress - Free Vacation | Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum Review

STRESS-FREE VACATION BY MINIEL SKINLAB MENGEMBALIKAN KESEGARAN DAN MELEMBABKAN MUKA.


Hi korang....



Permasalahan kulit kering terjadi akibat akumulasi dari kulit yang kering di beberapa bahagian. Kulit kering dan kusam ini tentu membuat korang kurang percaya kepada diri. Untuk mengatasinya, kulit memerlukan nutrisi yang boleh didapati dari pelembap. Selain itu kulit kering memerlukankan hidrasi, makanan, dan kelembaban yang lebih diperlukan oleh kulit normal ataupun berminyak. Pengaruh pemakanan dan kurang minum air juga merupakan punca utama masalah kulit kering dan bukan disebabkan oleh pemilihan skincare yang kurang berkesan.



Packaging yang exclusive..



Video unboxing


Kulit muka korang kering dan sentiasa terdedah dengan cuaca Malaysia yang tidak menentu? Berada dalam office terlalu lama dan kulit terdedah pada suhu penghawa dingin yang kuat dan mengakibatkan kulit muka korang kering? Haaaa..tak perlu risau lagi...solusinya ada...Miniel SkinLab memperkenalkan 2 product yang mendapat tempat di hati wanita iaitu Hydraque Gel Mask & Hydraque Boost Serum. Dua product ini yang membuatkan SA jatuh hati juga sebenarnya sebab SA sememangnya mengalami kulit muka kering akibat terlalu lama terdedah pada penghawa dingin di office. Adakala rasa tidak selesa dan stress juga bila tengok cermin..terdapat garisan halus di sekitar muka dan secara automatik kulit muka nampak kusam,pasti rasa tidak selesa dan inginkan kelegaan yang cepat kan?

Jom SA perkenalkan korang dengan 2 product tersebut.



Hydraque Gel Mask 50gram
Harga : RM60.30



SA suka Hydraque Gel Mask ni sebab warnanya yang lembut dan gel yang sejuk menyegarkan muka SA..SA akan guna 2 kali seminggu dan ianya kini menjadi satu kemestian. Yang penting ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Dengan pemakaian berterusan SA percaya korang akan dapat result yang sangat memberansangkan...gel mask ini seolah- olah minuman untuk kulit muka kita


Cara Penggunaan : Bersihkan muka dan apply gel mask ini secukupnya ke seluruh muka dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air. 


Semestinya selepas pakai gel mask ni muka korang akan lebih segar, tegang dan menenangkan





Kebaikan Hydraque Gel Mask
  1. Melegakan keradangan kulit
  2. Mengelakkan kulit dari kelihatan kusam dan tidak bermaya
  3. Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru
  4. Anti-keradangan
  5. Melembutkan kulit
  6. Meningkatkan keanjalan kulit








Hydraque Gel Mask mengandungi bahan- bahan semulajadi seperti :-


Ekstrak Kudzu - Menenangkan, menghidrat dan melembapkan serta mengurangkan keradangan kulit

Ekstrak Tembikai - Menggalakkan, membersih dan membuang sel kulit mati serta melembabkan

Ekstrak Epal - Diperkaya dengan antioksidan, merawat kulit berminyak, jerawat, kulit kusam dan penuaan

Ekstrak Lentil - Melembabkan kulit, menghidrat dari dalam, mengurangkan garis halus dan antioksidan

Natrium Hyluronate- Menghidrat dan melembabkan kulit, Anti-penuaan, mengekalkan kelembapan dan mengurangkan garis halus.




Hydraque Boost Serum 30ml
Harga : RM87.30



Kalau korang nak tau kan SA dan serum tidak boleh dipisahkan..serum adalah suatu kemestian dalam step penjagaan kulit muka SA..samada ianya dipakai sebelum menggunakan mekap atau pun pada waktu malam sebelum tidur. Sebab apa serum bagus untuk muka?Ada banyak perkara yang boleh menyumbang kepada penuaan semulajadi kulit wajah. Selain faktor usia, pencemaran udara dan kepanasan sinaran mentari juga boleh merosakan sel-sel kulit wajah. Ekstrak serum gel yang sangat ringan dan cepat meresap ke dalam kulit membuatkan SA jatuh cinta..


Cara penggunaan : selepas rutin membersihkan muka, menyegar dengan toner, pam serum secukupnya dan sapukan pada kulit muka dan usap dengan lembut agar ianya menyerap ke dalam kulit dan kemudianya terus gunakan pelembab.




Selain itu, mencuci wajah juga boleh membuatkan kelembaban semula jadinya hilang. Apatah lagi apabila korang menggunakan pembersih muka yang kurang sesuai dengan kulit wajah. Untuk mencegah dan mengatasinya sebaiknya korang selalu menggunakan serum wajah. Jika korang wanita yang gemar bersolek, serum sangat penting untuk membuat kulit wajah kelihatan flawless ketika menggunakan mekap.Sebaiknya pakai serum pada pagi hari sebelum menggunakan moisturizer, dan malam hari sebelum tidur untuk mengaktifkan sel-sel kulit dari dalam.




Sekiranya  rutin korang menggunakan serum untuk wajah bagi perawatan kulit sehari-hari, korang perlu tahu cara penggunaanya yang tepat.

1. Setelah korang mencuci atau membersihkan wajah dengan sabun pembersih, gunakan serum yang secukupnya. Kemudian tepuk-tepuk dengan perlahan menggunakan jari-jari tangan.

2. Sekiranya korang memiliki kulit yang sensitif, setelah membersihkan wajah tunggu antara 10-15 minit sebelum korang memakai serum untuk wajah.


Bahan utama yang digunakan untuk penghasilan Hydraque Boost Serum ini adalah:-


Ekstrak Yis - Sebagai antioksidan, mengurangkan keradangan, menenangkan, menghidrat dan melembabkan


Natruim Hyaluronate - Menghidrat dan melembabkan, sebagai anti-penuaan, mengekalkan kelembapan serta menghilangkan garis halus





Kebaikan Hydraque Boost Serum

  1. Membuatkan kulit lebih muda
  2. Melicin dan melembutkan kulit
  3. Melegakan dari keradangan
  4. Membangkitkan semula kulit yang kelihatan kusam
  5. Menyihatkan kulit secara semulajadi
  6. Menggalakkan pertumbuhan tisu kulit 







Selepas 2 minggu menggunakan kedua- dua product dari Miniel Skinlab ni hasilnya sememangnya memberansangkan..SA suka dua product ni..menjadikan rutin penjagaan muka SA lebih teratur dan menarik. Seronok dengan pengalaman ini tau..SA tidak perlu melambatkan rutin harian korang memakai pelembab wajah. Sebaliknya gunakan serum terlebih dahulu kemudian baru pakai pelembab. Kalau korang ingin berjimat cermat dalam penggunaan serum wajah korang yang mana  harga agak mahal,korang boleh pakai serum wajah pada sebelah siang atau pada waktu malam sahaja. so kat situ korang dah boleh jimat kan.SA memang guna serum macam tu...kalau tak guna waktu pagi..mesti guna waktu malam sebelum tidur agar kulit muka SA kekal terhidrat..

SA dah cuba...korang?

SA sangat- sangat recommend pada korang yang sedang tercari- cari skincare yang best..cuba guna  2  product dari Miniel Skinlab ni..berbaloi- baloi tau...dan kedua- dua product ini mendapat pengiktirafan HALAL. So korang tak perlu ragu- ragu untuk menggunakannya..

info lanjut, sila layari :-

Website

Instagram

Facebook

7 comments:

  1. Macam best lah gel mask tu SA.. macam nak cuba juga lah..

    ReplyDelete
  2. Cantik packaging dia kak. Bab kecantikan memang as a women suka sangat tapi tulah kan kena hati2 dalam pemilihan skincare untuk kita pakai.

    ReplyDelete
  3. Bagus juga set ni kak.. Br 1st time dgr brand ni. Harga pn ok

    ReplyDelete
  4. bestnya kak produk ni. box dia cantik, packaging pun simple and nice sangat. warna pun lawaaaa

    ReplyDelete
  5. suka tgk packaging dia kak.. nampak classy.. mesti isi dia pun bagus ni

    ReplyDelete
  6. sama la SA..saya pun ada masalah kulit kering sbb terdedah lama dengan aircond kat pejabat tu..bila tak pakai pelembap, ketara nampak mengelupas kulit kat muka ni..mcm kena cuba gak 2 produk yg SA suggest ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......