Hi korang....
Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah menjayakan
Majlis Qurban Amal bersama Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB)
dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).
HLMT telah menyumbangkan dua ekor
lembu untuk sesi penyembelihan dan disusuli dengan sesi melapah daging secara
beramai-ramai. Daging tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat.
Acara bergotong-royong memasak jamuan
tengah hari untuk 300 orang tetamu yang hadir ke majlis itu telah dilaksanakan
oleh HLMT bersama badan-badan organisasi tersebut.
Sempena majlis ini juga, HLMT turut
menyumbangkan sumbangan berjumlah RM5000 yang telah disampaikan oleh Ketua
Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Asri bin Omar kepada Rumah Kanak-Kanak Mini
Kelantan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pengurusan rumah
tersebut.
Majlis Qurban Amal ini adalah anjuran
kali ke-2 oleh HLMT. Pada tahun lepas, dua ekor lembu telah disumbangkan dan
diagihkan kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Ar-Rahman, Pasir Puteh.
Upacara Qurban Amal ini adalah salah
satu usaha HLMT untuk bersama-sama di dalam program pembangunan masyarakat di
samping menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat.
alhamdulillah...usaha yang baik...HLMT ni company husband ni...tapi husband HLMT KL...
ReplyDeletealhamdulillah..satu usaha yg murni..:)
ReplyDeleteBagusnya program macam ni. Sumbangan yang dilakukan memang sangat bermakna untuk mereka yang memerlukan.
ReplyDelete