Saturday, August 31, 2019

Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun



Doa Akhir Tahun
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ مَا عَمِلْتُ فِى هٰذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِيْ عَنْهُ فَلَمْ اَتُبْ مِنْهُ  وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ وَحَلِمْتَ عَلَيَّ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلٰى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ اِلَى التَّوْبَةِ بَعْدَ جَرَاءَتِيْ عَلٰى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّيْ اَسْتَغْفِرُكَ فَغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِيْ عَلَيْهِ بِا الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ اَللّٰهُمَّ يَاكَرِيْمُ يَاذَ الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ اَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنِّيْ وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاىِٔيْ مِنْكَ يَاكَرِيْمُ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ


Artinya : " Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad SAW  beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, larangan apapun dari-Mu yang telah kulakukan  pada tahun ini, sedang aku tidak bertaubat darinya, dan Engkau tidak meredhainya, tidak melupakannya dan Engkau bersikap penyantun kepadaku padahal engkau berkuasa untuk menghukumku, dan Engkau telah menyeruku untuk bertaubat sesudah aku berani berbuat durhaka kepada-Mu, maka sesungguhnya sekarang aku memohon ampun kepada Engkau, ampunilah aku. Dan hal-hal apapun yang Engkau redhai yang telah kulakukan pada tahun ini, dan telah Engkau janjikan pahalanya kepadaku, maka aku memohon kepada Engkau, Ya Allah, wahai yang Maha Mulia, wahai yang Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, sudilah Engkau menerimanya, dan janganlah Engkau putuskan harapanku kepada-Mu wahai Yang Maha Mulia. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam-Nya kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,  juga pada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

Doa akhir tahun diatas dianjurkan untuk dibaca sebanyak 3 kali iaitu pada akhir waktu Asar pada hada hari ke 29 atau 30 bulan Dzulhijjah. Barang siapa yang membaca doa ini pada waktu tersebut, maka berkatalah setan, " Celakalah bagiku, dan sia-sialah segala upayaku untuk menggoda anak adam selama satu tahun, hal ini terhapuskan olehnya hanya dalam sesaat. Karena doa ini, diampunilah dosanya selama satu tahun".

Sedangkan untuk doa awal tahun adalah sebagai berikut:

Doa Awal Tahun
وَصَلَّى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا وَمَوْلٰنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .اَللّٰهُمَّ اَنْتَ اْلاَ بَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلاَوَّلُ وَعَلٰى فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرَمِ جُوْدِكَ الْمُعَوَّلُ وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ اَقْبَلَ اَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَاَوْلِيَائِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلٰى هٰذِهِ النَّفْسِ اْلاَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَاْلاِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنِى اِلَيْكَ زُلْفٰى يَاذَالْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ يَااَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .وَصَلَى اللهُ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Artinya: "Dan semoga rahmat dan salam terlimpahkan kepada junjungan kami dan tuan kami yaitu Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya. Ya Allah, Engkau yang Maha kekal. Maha terdahulu lagi Maha awal, dan berkat kemurahan-Mu yang besar serta karunia-Mu yang menjadi sumber (semuanya terjadi). Dan kini tahun baru telah tiba, pada tahun ini kami memohon kepada-Mu agar terpelihara dari godaan setan, para pendukungnya dan bala tenteranya, dan kami memohon agar terpelihara dari hawa nafsu kami yang selalu memerintahkan berbuat keburukan. Dan kami memohon semoga Engkau menjadikan diri kami disibukkan dengan hal-hal yang mendekatkan diri kami kepada Engkau dengan sedekat-dekatnya, wahai Tuhan yang memiliki kesabaran dan kemuliaan, wahai Tuhan yang maha Penyayang diantara para penyayang. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kami, tuan kami Nabi Muhammad beserta keluarga dan para sahabatnya."

Doa Awal tahun diatas dianjurkan untuk dibaca sebanyak tiga kali setelah solat Maghrib pada malam tanggal satu bulan Muharram. Barang siapa yang membacanya, maka setan berkata, "Anak adam ini telah beriman dan terbebas dari genggaman kekuasaanku, sedang umurnya hanya tinggal tahun ini. Allah telah menugaskan dua malaikat guna memelihara dirinya dari bisikan setan".

Demikianlah mengenai bacaan doa akhir tahun dan awal tahun beserta lengkap artinya, semoga doa diatas dapat memberikan manfaat bagi kita semua. Aamiin, aamiin YRA.

Friday, August 30, 2019

Resepi Tongkeng Ayam Goreng Berlada

RESEPI TONGKENG AYAM GORENG BERLADA



Dah weekend ni paling sesuai up resepi la kan...hahaha...sape kat sini suka tongkeng ayam? bahagian ayam yang kebiasaannya takde orang nak makan padahal bahagian ni la paling sedap sebenarnya...goreng macam tu je pun layan makan dengan nasi panas- panas...tapi awas, kolesterol tinggi tau...sesekali makan takpe bukan selalu..tapi dengan keadaan SA sekarang ni memang tak makan la lauk pedas- pedas ni..ni SA throwback...eh...tongkeng ayam sekarang mahal gak tau...sekilo RM4...biasa abah beli 2kg untuk rumah SA sebab anak dara SA suka...orang tua- tua cakap tak elok sebenarnya makan tongkeng ayam...nanti mulut macam bontot ayam duk pok pek 24 jam..hahaha...tak relevan la...sebenarnya orang tua- tua tak bagi makan sebab bahagian tu sedap..kalau sekor ayam ada 1 je tongkeng ayam...kang ramai suka..benda tu satu je..tak cukup la...sebab tu keluar ayat atau perumpamaan yang sebegitu...pandai orang tua- tua kan....

Meh la tengok resepi..

Bahan- bahan

  1. Tongkeng ayam 1/2kg ( cuci bersih, gaulkan dengan kunyit serbuk dan garam sikit)
  2. Bawang putih 3 ulas - tumbuk
  3. Bawang kecil 5 ulas - tumbuk
  4. Bawang besar2 biji ( hiris mcm buat sambal tu)
  5. Cili api 15 biji ( boleh tambah kalau nak pedas) tumbuk
  6. 1 sudu sos tiram
  7. 1 sudu sos ikan
Cara masak

  1. Goreng tongkeng ayam sampai garing  ( dah garing angkat dan asingkan)
  2. Asingkan minyak goreng ayam dan tinggalkan hanya cukup untuk menumis
  3. Bahan tumbuk tumis sampai naik bau dan masukkan sos tiran dan sos ikan
  4. masukkan bawang besar yang dihiris
  5. dah nampak bawang besar layu masukkan tongkeng ayam yang di goreng tadi
  6. Gaulkan bagi mesra dengan sambal
  7. Biarkan seketika
  8. Tutup api dan sedia dihidang
Masa SA sihat dulu..dalam sebulan mesti 2 kali buat sambal tongkeng ayam ni atau buat goreng berlada macam ni...sedap weh..bleh bertambah nasi..kalau lauk ni je pun takpe...

Selamat mencuba ye kepada yang suka tongkeng ayam...

Konsep Boikot Yang Sebenarnya...

Hi korang...

Sana- sini ramai yang out spoken tentang boikot barangan kan...SA pun terpanggil untuk share kat blog ni tentang boikot memboikot ni..Pada SA boleh jer dan bagus je nak boikot segala tapi kena tau konsep boikot itu sendiri dan bukan membuta tuli kan. SA dapat banyak jer invite untuk join grup- grup support dan boikot product non muslim ni..dapat gak sms dari nombor- nombor yang SA tak kenali, siap text semua ayat yang kurang adab...sedih la..Islam tak macam ni kot..SA bukan nak pertikai usaha umat- umat islam..tapi ada jalan yang terbaik..Kempen- kempen ni semua bagus..tapi jangan sampai menimbulkan perbalahan antara kaum..Kita nak hidup dalam negara yang aman damai..takkan nak berpecah belah dan berperang untuk menegakkan keadilan..Tak mo la gaduh- gaduh kan..



Konsep boikot sebenarnya macam ni 

Dahulukan produk/perkhidmatan muslim dan jika tiada pilihan atau terpaksa, maka ambilah juga produk non muslim yang dijual di kedai Muslim, sokong peniaga kita sebab mereka pun bayar zakat, pilihan di tangan anda. Ingat perkataan DAHULUKAN. Walaupun, ianya sedikit mahal, tidak mengapa. Dan jangan beratkan otak fikir kedai-kedai runcit/pasaraya/mini market tu milik siapa. Itu tak penting pun..kena ingat banyak ke kedai- kedai muslim dalam area korang? Mall jugak yang kita semua jejak akhirnya..contohnya nak beli pakaian, product elektrik dan segala keperluan lain..Kena fikir semua tu..tak semua produk kegunaan harian kita ada keluaran muslim...

Contoh, di tempat kita hanya ada satu pasaraya, dan ianya kepunyaan non muslim. Masuklah jugak, dan cari produk muslim sahaja.  Tak perlu boikot barangan lain....bila dah takde product muslim kat pasaraya tu dan kita memerlukan sangat, tak salah ambil product bukan keluaran muslim Atau keluar dari pasaraya dan cari di tempat lain. Kan?





Pegang pada satu ayat ni :

"Jika belum mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua"walau sedikit, lama2 ianya akan tetap nampak hasil. Ini tak...orang suruh boikot kita boikot tapi at the end bila dah bosan cari balik barang keluaran non muslim. Kenapa nak susah kalau ada jalan mudah kan?

Semoga kempen yang kita semua nak buat ni berlangsung dengan aman dan dapat memajukan perniagaan Bumiputera kita. 

Thursday, August 29, 2019

Hari Cheating Makan Tapi Masih Makanan Sihat...

Hi korang....

Hari ni hari SA cheating...tak bawak bekal pi kerja..semalam balik lambat dan tak sempat nak sediakan pape pun..well SA nak try and error perut SA ni ok tak kalau tak makan bubur sehari ni...so untuk sarapan pagi SA beli sandwich jer..so pagi tadi sebelum masuk office SA beli Sandwich Chicken Slice Cheese & Lettuce kat My news.com. Korang tau je la harga kat My News.com tu dah tentu- tentu mahal..sandwich tu je RM5.90 dan SA up plak yakult 2 botol. SA hari- hari minum yakult sebab ada probiotic dan ianya baik untuk perut SA..kalau takde yakult SA akan beli vitagen. So pagi tadi makan la sandwich tu...tunggu sejam..tunggu 2 jam..sampai jam ketiga SA tak rasa apa dan perut SA okey je..haaa...satu menu checked! So selamat makan sandwich...lepas ni boleh repeat...

Tengahari SA beli plak nasi suku jer..lauk ayam goreng kunyit campur buncis dan sayur campur cauliflower ngan brocolli...alahai mahal betul makanan kat food court sekarang...mencekik betul..untuk itu je SA kena RM7.50. Takpe la asalkan menu tak pedas dan SA rasa kenyang...hari- hari makan bubur pun jemu kan? so hari ni tak makan bubur so esok makan la bubur semula..ada yang cakap kenapa SA tak beli je bubur MCD. Bukan tak nak beli...tapi MSG banyak sangat kat bubur MCD tu...kalau korang tak percaya korang pi beli..

Meh la tengok gambar yang tak ikut turutan tu..malas nak betulkan...


Nasi suku, sayur campur dan Ayam goreng Kunyit..


Sandwich Chicken Slice, Cheese & Lettuce


Muka happy sebab  dapat cheating makan...

Sesekali boleh la cheating but kena make sure yang makanan SA tak pedas, sayur kena ada, buah kena ada..kalau tak..memang perut SA akan ada banyak acid reflux semula...kalau SA nak cheating dan tak bawak bekal itu yang SA kena utamakan...nasi amik suku je, sayur dan buah..dan amik protein skit..memandangkan ada dada ayam goreng kunyit tu yang SA amik..kalau tak..jenuh mencari makanan...memang takde rasa..memang tak sedap di tekak...tapi yang tak sedap tu la ubat kan...alhamdulillah hari ni perut SA ok dan dah seminggu ni ok dah...kena makan selalu dan tak boleh tak makan atau lewat makan...pemilihan menu makanan pun tak leh main belasah je..kena gak dititik beratkan...SA x suka la pakai baju kaler putih...kalau pakai warna putih ni nampak gemuk plak kan..hahahaha....weekend ni nak timbang berat...kita tengok berapa berat SA..Cuti 3 hari kan minggu ni...habis la...sure banyak aktiviti makan jer la nanti....

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL Card - "encik ada medical card, ke" ini selalunya pertanyaan wajib di tanya.. kalau kita ke hospital swasta! Medical Card! Apa tu medical card? Medical card adalah kad kemasukan ke hospital (Swasta). Biasanya medical card ini, boleh di dapati dengan membeli di operator insurans atau pun majikan yang memang menyediakan kebaikan staff untuk hospital. Jika kita ada medical card, pihak hospital akan bertanyakan medical card tersebut dari mana. Samada AIA, Great Eastern, Prudential, Zurich, PM Care, Takaful Ikhlas, Hong Leong, Ambank atau lain-lain. Cakap tentang medical card ni, mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu apa sebenarnya faktor penting tentang MEDICAL CARD ini.

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD




Jika kita ada medical card yang ditanggung oleh syarikat bekerja. Mungkin kita akan berasa selesa dengan benefits yang telah ada. Bagi yang tiada benefit medical card dari syarikat tempat bekerja. Anda perlu ambil beberapa pengetahuan tentang medical card ini. Sebelum membeli. 

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL Card ialah jenisnya, harga, kena bayar deposit atau tidak dan macam mana nak beli medical card. 

Setiap syarikat insurance yang mengeluarkan medical card ini. Mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Apa yang mummy nak kongsikan di entri hari ni adalah dari operator AIA. 


1. Jenis Medical Card

 


Medical AIA terbahagi kepada tiga. Iaitu medical card individual, medical card keluarga dan medical card pakej (simpanan, perlindungan dan medical) 

Medical card individual AIA

Medical Card individual AIA ini, kad insurance untuk kemasukan hospital sahaja. Cover untuk individual atau orang perseorangan

Medical Card KELUARGA AIA

Medical keluarga AIA ini sama seperti di atas. Bertujuan untuk kemasukan hospital sahaja. 

Medical Card keluarga AIA ini pula cover untuk keluarga :-
1. Diri sendiri + suami / isteri
2. Diri sendiri + anak
3. Diri sendiri + suami / isteri + anak

Di mana anak akan di cover sehingga maksimum 4 orang dan bawah 18 tahun sahaja. 

Had limit tidak berkongsi, setiap seorang akan miliki 1 kad medical AIA. 

Medical Card Pakej

Medical card pakej ini adalah untuk individual. Di mana ianya pakej bersama simpanan, perlindungan dan juga medical. 

Boleh juga tambah untuk perlindungan Haji dan umrah serta banyak lagi 

2. Harga medical card




Harga medical AIA untuk ketiga-tiga jenis di atas adalah berlainan. Masing-masing mempunyai kelebihan nya tersendiri. 

Medical card individual AIA
Harganya agak murah. Serendah RM70 sebulan sahaja. Seperti biasa, harga insurance ikut umur. Lagi tua kita, lagi mahal harga ya. 

Dan, kalau dah ada sakit kritikal. Kita tak boleh beli insurance. Ini perkara normal ye! 

Berbalik kes medical card individu ini. Harga setiap tahun atau beberapa tahun tidak fixed (tetap). Harga berubah mengikut keadaan. 

Tapi, jika kita tidak ada bajet yang tinggi. Tak salah mencuba harga yang rendah ini. 

Medical Card KELUARGA AIA
Harga Medical keluarga AIA ini sama seperti di atas. Murah tetapi tidak tetap sepanjang tahun (boleh contact personal jika nak tahu details). 

Harga Medical Card keluarga AIA ini serendah :-
1. Diri sendiri + suami / isteri RM130
2. Diri sendiri + anak
3. Diri sendiri + suami / isteri + ANAK RM340

Ianya memang murah, jika untuk pertama kali nak memiliki kad medical keluarga. Boleh cuba yang murah ini. 

Medical Card Pakej
Untuk pakej medical card ini harganya serendah RM150 seorang untuk sebulan. 

Agak mahal sedikit tetapi...

❤️Harga tidak akan naik setiap tahun

❤️Ada pampasan kematian, hilang upaya kekal, kemalangan, kematian kemalangan, menghidap sakit kritikal. 

❤️Ada simpanan dan bonus. 

❤️Boleh keluarkan duit simpanan dan bonus

❤️Polisi Matang, akan dapat duit simpanan 

Tips jimat, bayar lah secara tahunan. Berbanding bayaran tahunan


3. Deposit Masuk Hospital




Ramai yang tak percaya tentang AIA PLATINUM HOSPITAL. tak memerlukan deposit jika admitted. 

Ya! Tak tipuuuuuu. Memang betul, pemegang Medical Card AIA tak perlu bayar deposit jika ke hospital PLATINUM LISTS ini. 




Avisena - platinum hospital AIA


Prince Court - platinum hospital AIA


4. Beli Medical Card

Tips lain beli medical card ini adalah :-

1. Beli ketika sihat, kerana dah sakit nanti. Susah atau kemungkinan besar tak boleh mohon

2. Walau ada medical card tempat kerja, ianya bukan untuk selamanya. Ketika kita sudah tidak berkhidmat atau perkhidmatan kita tak di perlukan. Mungkin umur kita sudah banyak, harga insurans pada masa itu mungkin boleh Mencecah ke RM300 atau 400 sebulan. 

3. Beli dengan agen yang dipercayai. Yang benar-benar agen dari syarikat insurance tersebut. 

LINDA
FULL TIME
AIA LIFE PLANNER / CONSULTANT

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

TAK PERLU DEPOSIT HOSPITAL

❤️AIA KAD MEDICAL MAMPU MILIK❤️

SERENDAH ⬇
1. 👨 Individu = Rm 70
2. 💑Suami + Isteri = Rm 130
3. 👨/👩 SUAMI ATAU ISTERI + 4 Anak Rm 250
4. 👪SUAMI + ISTERI + 4 ANAK Rm 340
(Anak yg Berumur di Bawah 18 Tahun Sahaja)

ATAU

ADA BUDGET LEBIH?😃UPGRADE KE PELAN 3 IN 1

❤️Pelan Simpanan💰+ Kad Medical + Faedah Kematian❤️

Bermula dari Rm 150 Sebulan💕

*Premium Tertakluk Kepada UMUR ,PEKERJAAN & STATUS MEROKOK
=====================================
13 FAEDAH Kad Medical AIA💪

✔PERLINDUNGAN Sehingga Umur 100 TAHUN

✔Perlindungan Kad Medical bermula dari 
Rm100k sehingga Rm1.5 JUTA Setahun polisi!

✔Rawatan Dialisis Buah Pinggang (Pesakit Luar)

✔Rawatan Kanser  (Pesakit Luar)

✔Rawatan Denggi (Pesakit Luar)

✔Transplan Organ / Sumsum Tulang

✔Rawatan Susulan Fisioterapi & Akupunktur

✔Rawatan Kejururawatan Di Rumah

✔Rawatan Pesakit Luar (Kemalangan)

✔Faedah Penjaga Harian

✔Rawatan Gigi Pesakit Luar (Kemalangan)

✔ Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan

✔Pemindahan Dan Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan (dari Oversea Ke Malaysia)-USD 1 MILLION
=====================================

❤️KeIstimewaan Kad Medical AIA ❤️

❌TAK PERLU BAYAR Deposit (AIA Platinum Panel) SWIPE Kad Jer...

❌TIADA Ko Insurans (Bil 100% dibayar oleh AIA)

❌TANPA Had Seumur Hidup
(Amaun Perlindungan diperbaharui Setiap Tahun )

❌Tak Payah BERSESAK & "Q" LAMA" di Hospital Awam.

❌Tak "BURN DUIT SIMPANAN $" untuk Bayar Bil Hospital . IF NO Medical Card KENA BAYAR PAKAI DUIT SENDIRI😭

⭕Carian Hospital Panel Melalui Aplikasi AIA Locator

⭕Lebih 90+ hospital panel di Malaysia🏥
Hospital Bertaraf 5 BINTANG


LINDA
FULL TIME
AIA LIFE PLANNER / CONSULTANT

Wednesday, August 28, 2019

Catch Cristiano Ronaldo on Shopee Live

Cristiano Ronaldo to join exclusive Shopee Live stream on 28 August




The unveiling of Shopee’s latest brand ambassador, Cristiano Ronaldo, has created headlines across the globe. His dance moves in Shopee’s latest TVC are also trending online all over the region and the world. 

Keeping up the excitement, users in all markets can tune in to Shopee Live on 28 August at 9.30pm (+8 GMT) for an exclusive live stream with Cristiano Ronaldo. Direct from Italy, the stream will include a special interview with Cristiano Ronaldo, who will show off his skills and tackle questions from fans across the region. In addition, users can win signed merchandise by Cristiano Ronaldo during the stream. Stay tuned to Shopee’s app and social media platforms for the latest updates.

Shopee Live is the latest addition to Shopee’s range of popular in-app features. Launched this year to bring users closer to their favourite brands and sellers, the feature has been a huge success so far. Brands and sellers have recorded strong results on Shopee Live through a wide variety of content to engage users throughout the shopping journey, such as product guides, reviews, and demonstrations hosted by popular local influencers. To illustrate, influencer Tyra Kamaruzzaman launched her brand Beautyra’s latest lipstick on Shopee Live to huge success, with the product selling out in minutes and recording over 2,000 orders. 

Shopee Live’s success further reaffirms Shopee’s market leadership in delivering the best shopping experience for the region. According to the latest report by App Annie , Shopee is the number one shopping app in Southeast Asia and Taiwan by average monthly active users (MAU) in the second quarter of 2019. Shopee is also the most downloaded shopping app in the region during this time. This demonstrates Shopee’s consistent success in engaging its users, who regularly tune in to the platform to enjoy the best deals and a wide variety of features.

Ian Ho, Regional Managing Director, Shopee said, “Online shoppers now demand more interaction and entertainment. Shopee Live is the latest addition to our collection of popular in-app features designed to meet this need. It has been very well-received, recording over 200 million views in the region since its launch. We are excited to bring users closer to Cristiano Ronaldo on 28 August as we continue to enhance the Shopee Live experience for everyone.”

The exclusive Shopee Live stream with Cristiano Ronaldo is in line with Shopee’s signature 9.9 Super Shopping Day, which will run till its grand finale on 9 September. Every day up till 9 September, users can look forward to the biggest collection of unbeatable promotions including free shipping with a minimum spend of RM9, up to 90% off the hottest products, and non-stop entertainment on Shopee Live. Some key highlights for Shopee Live are:

Countdown to 9 September with Shopee: Starting from 10pm on 8 September, tune in to Shopee Live for a countdown to 9 September featuring back-to-back live game shows. Users stand to win attractive prizes such as Samsung phones including the brand new Samsung Galaxy Note 10 during the stream.
Non-stop live shopping on 9 September: On 9 September, users can enjoy a full day of unbeatable deals on Shopee Live. There will be dedicated streams every 3 hours catered to popular product categories including Fashion, Health & Beauty, and Electronics.

Watch Cristiano Ronaldo on Shopee Live at https://shopee.com.my/m/CR7-ShopeeLive.

Find out more about Shopee 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/99 

Download the Shopee app for free via the App Store or Google Play.


Mini BBQ Yang Tidak Di Rancang

Hi korang....

Pernah tak buat macam SA buat ni...tak rancang tak apa, terus buat jer BBQ. Bahan- bahan ada kat rumah just beli bahan basah je..ajak adik SA si Lisa satu family ngan adik no 4 tu...mommy si Dida...just saje suka- suka je nak buat BBQ ni...selalunya kalau ramai baru seronok kan...entah kenapa ntah...saje je nak BBQ...takde buat apa kan..dari bazir duit makan kat luar..better masak sendiri...jimat pun jimat kan...zaman segalanya serba mahal ni better berjimat...plan asalnya SA nak kuar minum kat area Seremban 2 Sabtu malam sebab nak lepak sambil dengar busking ke, live band ke...sekali adik cadangkan better buat bbq...tak yah membazir...hahahhaa..baru nak lepak dah kena tazkirah..sabar jer la...so bila la nak melepaknya kalau macam tu kan..sesekali nak gak melepak...

Meh la tgok apa yang SA bakar2 last week....


Peha ayam dan kepak ayam sahaja...marinated sedap2..


Ikan tilapia fresh atuk pancing dan ikan keli


Seksa nak kawal bara arang ni...letak ayam dibantainya api menyala...specialist tak balik plak..kalau dia ada SA tau makan je


Nampak sedap..lapar plak perut tengok balik gambar...


SA amik tugas bakar2...ada yang terhitam gak sebab terlepas pandang...leka melayan si Aidan 


Si bertuah ni tak geli langsung...nak oyong mama acak katanya ( nak tolong mama masak)
padahal lebih nak mengacau je..


Ni ikan seli last sekali..salai untuk buat gulai...orang NS memang suka salai ikan dan simpan dalam fridge...pas tu nak masak lemak cili api campur pucuk ubi...


Kalau dapat bakar guna tempurung kelapa lagi best..lagi wangi baunya


Second round utk salai...

Sesekali bakar2 best la...mommy dida siap buat air asam lagi...sedap betul meratah..masa ni tak hirau pun pedas ke apa..tapi SA berjaga- jaga gak la...takde la SA balun pedas2...air asam tu pun tak pedas sebab adik x tumbuk cili tu...sebaliknya racik2 je...

Itu je la citer Mini BBQ SA last week...kalau semua adik beradik balik lagi best...BBQ ni layan ramai- ramai berebut -rebut  tu yang buat seronok...ngan anak- anak kecik lagi kan...nanti boleh repeat lagi la...kena call semua balik baru buat...

GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK'' BONDEZAIDALIFAH.COM

Hi korang...

Jom la support GA rakan blogger kita ni....mana tau ada rezeki kan....


KLIK BANNER KALAU NAK JOIN.


SYARAT-SYARAT GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK''   BONDEZAIDALIFAH.COM 

1. GA ini terbuka kepada semua follower blog ini,  lelaki dan wanita boleh join.

2. Anda perlu baca entri ini dibawah terlebih dahulu 

SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK
 dan follow instagram dibawah :

Zaidalifah Aisheteru follower 5006


3. Kemudian anda buat satu entri bertajuk :

GIVEAWAY NAK MENANG.. ''SAFI FAIR BEAUTY BERRY COLLAGEN DRINK''   BONDEZAIDALIFAH.COM 

Copy Banner GA dan hyperlinkkan entri tersebut, ke entri ini. 

4. Setelah selesai semua langkah 1 hingga 3, anda komen dekat entri ini dengan maklumat :

(i) link entry yang mengandungi logo GA ini.

(ii) link akaun instagram anda. (Bonde akan buat pemantauan tau! jadi jangan tak lengkap pula yea...)

5) Tarikh mula GA pada 15 /08/ 2019 hingga 15 /09/ 2019 
( 1 bulan)

Tuesday, August 27, 2019

WHO Sarankan 12 Sudu Kecil Sehari...

Hi korang...

SA nak share perkongsian dari Dr Erna Nadia dalam artikel beliau di FB tentang saranan pengambilan gula. Ianya sangat membantu korang yang sedang menjaga pemakanan dan sedang cut sugar. Korang tau kan dalam amalan pemakanan kita seharian memang banyak terkandung gula dan kadar bacaan gula sangat tinggi. Yelah..sebelum ni kita main belasah je makan macam- macam kan..tanpa fikirkan pun jumlah kandungan gula dalam makanan kita..SA rasa artikel ni sangat- sangat membantu dan berguna buat kita semua..Siapa lagi nak jaga kesihatan kita kalau bukan kita sendiri kan....So korang..mulakan langkah dari sekarang....



Gula
Tak kiralah putih atau koko atau merah
Tetaplah tak bagus

Apa apa yang ada unsur manis pasti ada gula, hatta buah buahan sekalipun.

Fruktosa, sukrosa, maltosa.
Semua adalah gula.

Untuk gula putih/perang, hadkan kepada cuma 12 sudu sehari sahaja.

Untuk buah buah , jumlah yang diperlukan cuma 2-3 hidangan sahaja sehari bagi mereka yang sihat.

Bagi mereka yang ada penyakit, jumlah buah perlukah bertanya pada doktor yang merawat atau dietitian di tempat anda ambil rawatan.

Sama juga seperti madu atau kurma, tetap juga mempunyai gula. Bukan tak boleh makan, tapi biarlah bersederhana.

Sebab itu, untuk makanan yang sudah siap dibungkus, boleh periksa kandungan gula banyak mana.

Terlebih gula memang boleh menyebabkan banyak penyakit dan menyebabkan kenaikan berat badan.

Tips lain adalah dari minum jus buah, lebih baik makan buah. Jus buah, walau tiada gula tapi jumlah buah yang diguna biasanya lebih dari tiga untuk dapat segelas air buah piyor.

Untuk pesakit kencing manis, lagilah kalau boleh elak minum air buah/jus buah.

Tips lain adalah, bila bancuh minuman 3 in 1, boleh buat separuh pagi, separuh petang.

Menambahkan air yang banyak dalam minuman manis tidak mengurangkan kandungan gula di dalam minuman tersebut atau di dalam darah. Ianya cuma mencairkan gula/air sahaja.

Sebab apa kena hadkan gula yang nampak sebagai gula?

Kerana itu belum campur lagi ‘gula’ di dalam makanan lain, contohnya nasi,pasta,mi, bihun,megi,laksa,roti,capati yada yada yada.

Janganlah tak makan pula ya.

Semua benda boleh dimakan, seeloknya yang fresh & berkhasiat, tapi seperti biasa bersederhanalah.

Yang sedap itu pasti bersebab dan penyebab kepada banyak masalah kesihatan pada jangka masa lama.

Yang tawar itu biasanya penawar

Nota kaki : Tiada herba/suplemen/makjun/sayuran yang boleh mengurangkan kandungan gula dalam badan.

Dr. Erna Nadia
Terlebih manis kata kata juga adalah bahaya. Bersederhanalah hatta senyuman sekalipun

Kedai Eco RM2.10 Berhantu, Beli Satu Keluar 2 Bag Plastik...

Hi korang...

Selalunya SA baca pengalaman orang je masuk kedai RM2 ni dari nak beli 1-2 barang jadi berplastik lepas keluar..mula ingat alaaaa..stendet la tu kadang sampai kat situ baru teringat nak beli apa...ehhh.....benda ni jadi kat SA ok...SA sebenarnya nak pi beli bekas bekal tipuware yg ada 2 compartment tu sebab susah bawak bekal banyak-banyak kan...hurmmmnn...pergi sorang je..tuju kat tempat barang yg di cari...dh pilih dan amik masuk bakul..eh..eh ..cantik plak mug ni...eh...botol air ni pun cantik...capaiiiji....masuk bakul.....then jalan lagi....tetiba..nampak abah plak datang kat SA bawak 2-3 barang lagi...sudip la..senduk la..pisau la....x leh jadi ni....kang penuh bakul...padahal benda tu banyak je kat umah..nak cakap x yah beli kang derhaka plak kan....sudahnya amik je...


Haihhhh.....

Dari 1-2 barang yang patut harga x sampai RM10 terus jadi RM30...betul la berhantu kedai ni...pandai market strategy diorang...nasib baik x bawak anak-anak buah...kalau tak.....confirm terbabas ngan toys kan...kelakar pun ada gak la....dh pesan dh kat abah..abah x yah turun...along pi kejap je nak beli tipuware je..ermm...aura kedai ni mmg meresap kat orang lain rupanya....nasib la kan....next kalau nak pi kena pi sendiri la...x leh la pi satu keta or simply singgah2... bukan kedekut or berkira...benda yg dipilih tu dh tentu-tentu banyak kat rumah..beli lagi..tambah banyak lagi..yg ada pun x guna kan....

Bahaya la kedai Eco RM2.10 ni.....power betul kuasa hantu belaan diorang....nasib bawak duit..kalau turun keta bawak duit ngam-ngam je...haaaa...cane? keluarkan balik la barang yg dipilih dari bakul?

Cer jawab....hahahha....

Khidmat masyarakat dibawakan khas oleh SA yang dh terkena....nak buat cane.....

Sabau je laaaaa.......

Monday, August 26, 2019

Nasi Ayam Permintaan Bonda...

Hi korang....

Sabtu lepas SA balik Seremban dari Sungai Buloh...ingatkan Mak Abah dah masak sebab SA sampai dah tengahari kan...rupanya tak masak lagi sebab mak teringin nak makan nasi ayam...sebagai memenuhi permintaan mak SA ajak la abah terus ke pasar besar Seremban..masa tu dah pukul 12.30 dah...alahaiiii....sempat ke tak nak masak ni...sure lambat ni karang kan..tapi mengenangkan mak..lupakan aje la kalau lambat sikit ke...alas la perut skit ngan apa2 yang patut...ada benda kelakar jadi masa kat pasar...SA dah beli ayam bagai dan dah beli sayur- mayur untuk nasi ayam..rupanya kat hujung pasar tu mak ngan abah pun beli sayur yang sama, salad,timun, tomato bagai..daun sup..semua diorang beli dan nak jadi citer SA pun dah beli benda yang sama...haaaaa...hambekkkk...berdouble dah penuh fridge ngan salad, timun dan tomato bagai...ingatkan diorang tak turun dari kereta...aduhaiiiii.....sabar jer la...Mak la tu..excited sangat nak buat nasi ayam....

Process agak lama gak la..mana nak rebus ayam seekor tu kan...hahaha...korang tengok hasil dah siap jer la ye....


Ayam part yang sedap..paha, tigh ngan kepak ayam...


Apesal pecah plak gambar ni...x kira nak letak gak..ni bahagian dada ayam semata...


Nasi ayam


Timun dan tomato


Salad..


Sup ayam


Cili ni mak yang buat...mak buat cili ni sodap...


Kicap..

Alhamdulillah..seronok tengok mak makan selera sangat..dah hari- hari lauk ikan katanya...jemu dah makan ikan..so lega la skit..nasib baik sedap...eh...puji diri sendiri plak..hahaha..sape nak puji kan....memang takde plan pun nak buat nasi ayam...dan dan tu je buat...ikutkan takde la susah mana pun...cuma renyah nak rebus ayam dan goreng tu je la...minggu depan dah masuk bulan September..bulan yang bermakna buat anak dara SA selain bulan kelahiran tapi bulan PT3 dia...30hb Oktober nanti dia akan menduduki exam...so kena la SA layan dia extra sikit...kalau boleh tak nak dia stress....

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun...

Hi korang...

Hari ni SA nak share sikit sebab- sebab kenapa badan kita susah nak turun. Ye la dah sekian lama makan jer tak fikir keburukannya...macam SA la...makan sana sini, food review sana sini sampai kesihatan terjejas..dah dapat penyakit baru nak menyesal dan baru ada kesedaran untuk menjaga pemakanan, menjaga kesihatan..sampai sekarang ni SA masih belum berjaya turunkan banyak berat..tapi alhamdulillah dah nampak la perubahan dari sebelum ni...Tinggi SA 5'4 dan berat yang ideal 50-53kg. Sekarang berat SA 57kg..Satu lagi la masalah ramai orang kan...bila peha dah berlaga- laga, bila jalan peha sakit sebab melecet, itu tandanya dah sampai masa untuk turunkan berat badan. Betul?

Jom baca 10 sebab kenapa berat badan susah nak turun.



Selain tu SA nak share juga Tips elak lapar ketika berdiet.

1. Makan setiap 3 jam atau 5-6 kali sehari.

2. Cukupkan pengambilan protein

3. Utamakan pengambilan serat di setiap meal.

4. Bawa bekal snack sihat seperti epal hijau

5. Minum Air kosong 2-3 Liter sehari mengikut berat badan dan keperluan badan ( boleh check dietician)

6. Tidur perlu cukup 7-8 jam sehari


Punca utama kegemukan atau penambahan berat badan adalah disebabkan oleh GULA , berikut merupakan 7 langkah bijak kurangkan gula.


1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.

2. Elak menambah gula dalam Masakan.

3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula

4. Pilih produk berlabel rendah gula dan bebas gula

5. Hadkan 1 sudu teh gula sahaja untuk setiap cawan minuman

6. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

7. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.


Senangkan sebenarnya nak turunkan berat badan...cuma masalah kita adalah sikap kita. Kalau nak turunkan berat badan bukan secara drastik. Bukan melulu, bukan sampai tak makan atau skip makan...kalau skip makan dan diet tanpa amik makanan akan menjadikan berat badan kita makin worst. Sebab bila kita tak ambil makanan, potensi untuk kita makan banyak selepas itu adalah tinggi..itu yang SA buat sebelum- sebelum ni...sebab tu la susah berat badan nak turun. Satu lagi masalah SA dari dulu adalah Cepat terpengaruh...lepas ni kena la disiplinkan diri...tak boleh la ikut kata hati. Nak konsisten memang bukan mudah...tapi fikirkan jangka panjang...

Nanti kalau ada tips dari coach SA..SA akan share lagi ye.....

Saturday, August 24, 2019

Masak Apa Hari Ni? Ke Gantung Kuali?

Hi korang...

Ada yg buntu x tau nak masak apa hari ni? Atau cari cari nak masak esok? SA ada ad cadangan menu kat bawah tu..kalau-kalau boleh membantu la...SA yg perut tengah blom baik sepenuhnya ni makan bubur je la mampunya punnn....yg lauk kat bawah tu SA masakkan untuk orang-orang kat rumah...ni menu minggu lepas..sibuk kerja sampai x up pun kat blog...weekend je mak SA sure mengeluh sebab makan makanan ntah pape rasa macam makanan orang sakit...hahaha...nak buat cane mak oiii..anakanda sedang menjaga pemakanan..


Ikan belanak goreng berlada


Tumis sawi campur carrot, kentang, suhun dan telur


Ulam mini timun


Kat bawah ni makanan SA beberapa hari ni...Selasa sampai Khamis makan bubur ngan ikan goreng, ngan ikan bilis goreng dan ayam goreng..selang sehari tu..cuma yg lauk ikan bilis tu x sempat amik gambar


Bubur ngan ikan kembung goreng


Bubur ngan ayam goreng..part daging 

 ni ntah makan masa bila ntah...merana  perut masa tu...

Itu je la lauk pauk SA..x banyak memasak...tayang bubur je sure korang jemu tengok SA makan kan...hahaha...Isnin nanti x tau la nak bawak bekal apa..SA jaga jaga pemakanan bukan nak kurus macam anak dara ye...SA lebih kepada nak sihatkan perut ni ha...letih dah setahun dh macam ni...asyik angin je...SA tgh cuba untuk x amik ubat...rawat secara semula jadi..SA amik probiotic asli dari buah-buahan dan minum Yakult dan Vitagen...nasihat dari doc jugak...cuma belum tergerak hati nak pi beli supplement probiotic kat farmasi...kita tengok dulu macam mana dengan usaha SA ni...

Hong Leong MSIG Takaful Menganjurkan Majlis Qurban Amal Bersama ILPKB dan Kemudi


Hi korang....
Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah menjayakan Majlis Qurban Amal bersama Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu (ILPKB) dan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi).

HLMT telah menyumbangkan dua ekor lembu untuk sesi penyembelihan dan disusuli dengan sesi melapah daging secara beramai-ramai. Daging tersebut diagihkan kepada masyarakat setempat.
Acara bergotong-royong memasak jamuan tengah hari untuk 300 orang tetamu yang hadir ke majlis itu telah dilaksanakan oleh HLMT bersama badan-badan organisasi tersebut.

Sempena majlis ini juga, HLMT turut menyumbangkan sumbangan berjumlah RM5000 yang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Asri bin Omar kepada Rumah Kanak-Kanak Mini Kelantan bagi membantu meringankan beban perbelanjaan pengurusan rumah tersebut.
Majlis Qurban Amal ini adalah anjuran kali ke-2 oleh HLMT. Pada tahun lepas, dua ekor lembu telah disumbangkan dan diagihkan kepada Rumah Anak Yatim Yayasan Ar-Rahman, Pasir Puteh.
Upacara Qurban Amal ini adalah salah satu usaha HLMT untuk bersama-sama di dalam program pembangunan masyarakat di samping menunaikan tanggungjawab sosial korporat syarikat.

Friday, August 23, 2019

First Time Makan Nasi Ambeng


Hi korang ..

Alhamdulillah rezeki Jumaat...Kawan office belanja nasi ambeng hari ni dan SA x malu nak cakap...ini first time SA makan dan cuba. Selalu je nampak kadang-kadang orang order dan kawan-kawan office lain yang order tapi SA x pernah cuba...Hari ni dalam sejarah SA cuba makan..not bad...cuma yg kelakarnya SA x pandai makan..Nasi ambeng ni makanan orang jawa dan dan cara mereka makan adalah dengan gaul semua yg ada dalam tu...ikutkan orang Jawa makan dalam talam untuk sesuatu majlis...x kisah perayaan ke, kenduri doa selamat ataupun makan-makan biasa je satu keluarga. 

Sedap tak?

SA ok je..boleh makan..cuma sebab portion besar so tak habis..yg kelakar SA x campur pun semua ingredients dalam bungkusan tu...SA makan macam makan nasi biasa..satu hal kena gelak...ye la..x pernah makan kan...pas tu rasa pelik plak bila tgok semua duk gaul2..erm..SA x biasa so makan je la ikut cara SA

Kempen ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa Dorong Wanita Jadi Lebih Berani & Perkasa

Eina Azman Diperkenalkan Sebagai Duta Jenama Baharu 



MAGGI® CukupRasa akan memulakan kempen baharu serba menarik yang dinamakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, dalam usaha untuk memperkasakan wanita Malaysia dari semua lapisan masyarakat untuk menyahut cabaran. Kempen ini juga memperkenalkan duta jenama baharu MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman yang cukup terkenal di Instagram kerana rajin berkongsi resipi masakan rumah. 



Popular dengan video masakan rumah, semangat juang dan kesungguhan Eina Azman terus memberi inspirasi kepada seramai 1.7 juta pengikutnya di Malaysia, mendorong mereka mencuba memasak sajian ringkas di rumah, dan inilah yang ingin diketengahkan oleh MAGGI® CukupRasa melalui kempen baharu ini. 

Dilancarkan hari ini di Pusat Beli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur, kempen ini mendorong wanita agar berani mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Langkah berani boleh mencetus kesan positif dan membantu kita belajar dan berkembang maju, seperti yang dipaparkan oleh cogan kata jenama ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. 



Dalam pada itu, majlis pelancaran turut menganjurkan sesi Bual Bicara yang bertemakan ‘Tak Kenal, Tak Cinta – Perbualan Dengan Wanita Untuk Mencapai Lebih Lagi Setiap Hari’ yang nyata menyuntik semangat hadirin. Diacarakan oleh Daphne Iking, sesi ini menampilkan penyanyi dan pencipta lagu Stacy Anam dan ahli gimnastik Malaysia Farah Ann serta Ketua Bakat dan Pembangunan Organisasi Malaysia dan Singapura, Nestlé, Durdana Kabir bersama Eina Azman di atas pentas. Ahli panel berkongsi kisah penuh inspirasi bagaimana mereka menangani dan mengatasi cabaran harian dan menyentuh topik-topik seperti memasak sajian kegemaran mereka dengan MAGGI® CukupRasa. 

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé (Malaysia) Berhad yang turut hadir di majlis pelancaran tersebut berkata, “Nestlé memang penyokong kuat kepelbagaian dan keterangkuman. Kami memupuk budaya organisasi dinamik yang menyokong wanita dan membolehkan mereka memperkasakan diri mereka. Mencerminkan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’, kempen ini memberi tumpuan kepada wanita Malaysia dan menggalakkan mereka agar lebih berani dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlahkan keupayaan mereka.”

Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Sejajar dengan janji jenama kami, “You and MAGGI®. Cook the Difference” (Anda dan MAGGI®. Masakan yang membawa perubahan bermakna), kami amat teruja untuk melancarkan kempen terbaharu kami bagi MAGGI® CukupRasa, yang menggalakkan pengguna untuk berani mencuba sesuatu di luar kelaziman. Kami berharap kempen MAGGI® CukupRasa ini boleh membantu memberikan dorongan yang diperlukan oleh kaum wanita untuk mengambil langkah pertama.” 

Di majlis pelancaran kempen, Encik Juan Aranols dan Cik Geetha Balakrishna bersama dengan Chef Muluk, Chef Eksekutif Korporat Nestlé, dan Eina Azman telah menyertai demonstrasi memasak bersama tetamu lain. Wakil Media turut berpeluang untuk mengasah bakat kulinari masing-msaing dan mencuba beberapa resipi.  



Diketuai oleh Chef Muluk, mereka telah mencuba resipi Nasi Goreng Cina dan Sayur Goreng Campur MAGGI® CukupRasa ciptaan Eina Azman. Penambah perasa semua dalam satu ini, yang diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, ialah ramuan rahsia untuk kaum ibu melazatkan lagi sajian yang dimasak di rumah. Di samping itu, dengan menggunakan MAGGI® CukupRasa dalam sajian, anda tidak perlu menambah garam! 

Acara Roadshow MAGGI® CukupRasa akan diadakan di Pusat Beli-Belah MyTOWN sehingga 18 Ogos. Acara Roadshow ini kemudian akan menuju ke 10 negeri termasuk Kelantan, Terengganu, Penang dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lanjut tentang kempen terbaharu MAGGI® CukupRasa, sila layari www.maggi.com.my.  

Mengenai MAGGI® CukupRasa

MAGGI® CukupRasa ™ adalah rahsia setiap ibu yang menjamin meningkatkan rasa hidangan buatannya. Setiap butiran diperbuat daripada adunan unik bawang putih, bawang dan ikan bilis segar serta rempah lain, yang membolehkan ibu untuk memberkati keluarga, kawan-kawan dan orang-orang di sekelilingnya dengan makanan yang lazat di rumah setiap hari. Dan tak perlu tambah garam. 

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia