Monday, August 26, 2019

10 Sebab Kenapa Berat Badan Susah Nak Turun...

Hi korang...

Hari ni SA nak share sikit sebab- sebab kenapa badan kita susah nak turun. Ye la dah sekian lama makan jer tak fikir keburukannya...macam SA la...makan sana sini, food review sana sini sampai kesihatan terjejas..dah dapat penyakit baru nak menyesal dan baru ada kesedaran untuk menjaga pemakanan, menjaga kesihatan..sampai sekarang ni SA masih belum berjaya turunkan banyak berat..tapi alhamdulillah dah nampak la perubahan dari sebelum ni...Tinggi SA 5'4 dan berat yang ideal 50-53kg. Sekarang berat SA 57kg..Satu lagi la masalah ramai orang kan...bila peha dah berlaga- laga, bila jalan peha sakit sebab melecet, itu tandanya dah sampai masa untuk turunkan berat badan. Betul?

Jom baca 10 sebab kenapa berat badan susah nak turun.



Selain tu SA nak share juga Tips elak lapar ketika berdiet.

1. Makan setiap 3 jam atau 5-6 kali sehari.

2. Cukupkan pengambilan protein

3. Utamakan pengambilan serat di setiap meal.

4. Bawa bekal snack sihat seperti epal hijau

5. Minum Air kosong 2-3 Liter sehari mengikut berat badan dan keperluan badan ( boleh check dietician)

6. Tidur perlu cukup 7-8 jam sehari


Punca utama kegemukan atau penambahan berat badan adalah disebabkan oleh GULA , berikut merupakan 7 langkah bijak kurangkan gula.


1. Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis.

2. Elak menambah gula dalam Masakan.

3. Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula

4. Pilih produk berlabel rendah gula dan bebas gula

5. Hadkan 1 sudu teh gula sahaja untuk setiap cawan minuman

6. Elakkan makanan dan minuman bergula di antara hidangan utama dan sebelum waktu tidur

7. Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan.


Senangkan sebenarnya nak turunkan berat badan...cuma masalah kita adalah sikap kita. Kalau nak turunkan berat badan bukan secara drastik. Bukan melulu, bukan sampai tak makan atau skip makan...kalau skip makan dan diet tanpa amik makanan akan menjadikan berat badan kita makin worst. Sebab bila kita tak ambil makanan, potensi untuk kita makan banyak selepas itu adalah tinggi..itu yang SA buat sebelum- sebelum ni...sebab tu la susah berat badan nak turun. Satu lagi masalah SA dari dulu adalah Cepat terpengaruh...lepas ni kena la disiplinkan diri...tak boleh la ikut kata hati. Nak konsisten memang bukan mudah...tapi fikirkan jangka panjang...

Nanti kalau ada tips dari coach SA..SA akan share lagi ye.....

14 comments:

  1. yup..setuju SA..paling basic, tukar minuman manis pada air kosong..hadkan pengambilan gula..tu paling senang tapi paling susah orang nak ikut..

    ReplyDelete
  2. nk turun berat mmg susah..nk naik cpt je kan

    ReplyDelete
  3. Betul..yang nampak sangat cepat naik badan bila kita kurang tidur...Sis dah alaminya dan baru tau...sebelum ni memang tidur lewat, masa tu laa berat naik SA..
    Sekarang cuba tidur awal dan tengah cit sugar, alhamdulilah badan rasa ringan, berat baru turun 3kg aje..

    ReplyDelete
  4. betul tu SA, nice sharing kurangkan bahan manis

    ReplyDelete
  5. minum air manis tu tak rmai boleh kurangkan

    ReplyDelete
  6. Minum air kosong banyak2 tu mmg membantu saya turunkan berat, juga jgm makan makanan bergula n berlemak mcm kek ..

    ReplyDelete
  7. Nice sharing SA, nanti Zumal nak ikut tips ni

    ReplyDelete
  8. Ain, berat kalau naik dkt lain tak kisah sgt, tpi kalau pahan start berlaga gelabah cri tips nak kurus haha

    ReplyDelete
  9. seksa ekk nak kurus :(
    aduhai.
    mcm2 nak kena buat.
    kala nak gemuk tu senang aje hu hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  10. yang penting tu memang kena cut sugar!

    ReplyDelete
  11. Kalau nak cepat kurus ' makan hati berulam jantung' aje

    ReplyDelete
  12. setuju kak...huhu saya ni pun x turun lg

    ReplyDelete
  13. sy setuju kak.. gula, malas bersenam dan kurang tidur antara punca berat badan sy makin naik huhu

    ReplyDelete
  14. setuju sangat.. bilalah nak disiplin ini..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......