Friday, July 5, 2019

Sinopsi Novel Cantik Sehijau Epal by Intan Arnie's

Novel Karangkraft dan Alaf 21 memang sentiasa jadi pilihan..CANTIK SEHIJAU EPAL by Intan Arnida. SA suka baca cerita yang santai-santai..tak berat jalan cerita dan boleh buat berdebar-debar bila baca... once baca sekali terus x sabar nak habiskan..biasanya sebuah novel SA bleh baca sampai habis amik masa 2 hari..kalau jalan citer best pernah 3-4 jam je dh habis dh...sebab SA membaca xde gangguan lain..anak dh besar kan..hehehe


Sinopsis:
Ujian Saringan Pilih Menantu’ dijalankan untuk mencari bakal isteri buat Firouz Iman Syah, pewaris tunggal harta pusaka Datuk Zakir. Empat orang gadis sudah bersetuju untuk menjalani ujian itu yang diadili oleh Puan Meisa.

Lidya Ariana – gadis miskin, bercita-cita mahu merealisasikan impiannya untuk mengahwini Firouz. Kerana itu, dia menyamar sebagai seorang gadis kaya agar setaraf dengan lelaki pujaannya itu.

Dewi Jelita – gadis ‘gedik’ juga sepupu Firouz yang pernah ditangkap berkhalwat cuba memikat lelaki itu agar diperisterikan untuk menutup malu. Dia bertindak agresif untuk menyingkirkan pesaing-pesaingnya dengan cara kotor hingga sanggup membunuh!

Rania Arina – hanya mengenali Firouz ‘gitu-gitu’sahaja. Namun, lelaki itu ada hati terhadapnya. Firouz menjeratnya untuk memasuki ujian saringan itu yang sememangnya tidak pernah diketahuinya.
Bidadari – punya sejarah duka dalam keluarga Puan Meisa. Sengaja memboloskan diri dalam ujian saringan itu untuk membongkar suatu rahsia peribadi ayah kepada Dewi Jelita.

Peristiwa demi peristiwa yang berlaku membuatkan Firouz pening kepala untuk mencari calon isteri yang sesuai. Namun, ada kejutan tidak disangka telah membungakan hatinya. Itulah sebenarnya yang dicari-cari selama ini.

Recommended 👍👍👍

11 comments:

  1. Sinopsis pun dah best ni kak. Kalau baca kena pulun ni. Adakah Bidadari yang menjadi pilihan?

    ReplyDelete
  2. aida ni sejenis yg x minat membaca fiksyen.
    start baca jer, ngantoks! hi hi hi hi hi...
    kalau di jadikan movie, yeszaaaaa best. baru sedap layan.

    ReplyDelete
  3. dah lama tak layan novel cintan cintun, mesti syok ni

    ReplyDelete
  4. Macam best baca sinopsis. Nak kena beli ni

    ReplyDelete
  5. Siapakah yang akhirnya jadi surihati dia ya? 🤔

    ReplyDelete
  6. Cover buku tu cantik sangat. Rasa nak beli walaupun belum baca blurb🤣.

    ReplyDelete
  7. Macam best pulak baca sinopsis novel nie SA..

    ReplyDelete
  8. wahhh siap ada contest nak pilih calon menantu. Harap tak tertipu dengan lakonan peserta

    ReplyDelete
  9. If masuk drama cfrm hot drama ni, lebih2 buat hero Shafiq Kyle 😁

    ReplyDelete
  10. bestnya...teringin nak membeli novel baru,..tapi mesti nnt tak sempat baca

    ReplyDelete
  11. alaaa..dh lama tak melayan novel..betul, saya pun bila baca novel tengok pada jalan citer dia samaada cepat habis atau lambat habis baca..kalau best..memang dalam baper jam, siap..haha..kalau cam kureng je jalan citer dia..tunggu la mood membaca tu mai...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah