Friday, July 19, 2019

Resepi Mee Goreng Basah Style SA

Hi korang...

Sebagai orang bujang adakala rasa nak masak sendiri walau lately ni selalu makan kat luar atau bungkus je..Semalam SA sedikit rajin..haha..tekak tetiba nak makan mee goreng basah..bahan semua ada...1 paket mee kuning tu bleh makan 4 orang kat rumah..SA sebenarnya ada masalah skit selalu x menjadi nak buat mee goreng basah...sebelum tu SA google dulu dan jumpa la resepi dari Azie Kitchen..SA memang suka rujuk kat google je kalau nak masak apa2..cuma bahan mana yang ada jer la SA guna..yang takde tu takde la SA letak dalam resepi tu..nama pun style SA kan...rujukan tu mesti la ada..walau SA dah biasa masak tapi rasa nak cuba cara orang lain masak ikut style SA sendiri...



Mee Goreng Basah Sedap
Resepi: Azie Kitchen ( SA olah ikut bahan yang SA ada)

Bahan bahan:
1 bungkus mee kuning - bilas dan tos
2 keping ayam bahagian whole leg
1 paket fish cake
2 ikat sayur sawi
1 biji tomato - hiris 6
2 cili merah - hiris
4 sudu besar cili kering kisar
Minyak

Bahan sos:
5 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap mee
Air secukupnya

Bahan tumbuk:
3 ulas bawang putih
2-3 biji bawang merah
Bahan hiasan:
Daun bawang
Bawang goreng
Cili jeruk

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan.

Masukkan cili kisar dan tumis dengan api perlahan hingga cili masak dan pecah minyak. Rahsia buat resepi mee goreng basah adalah di sini, iaitu cili kisar mesti betul betul masak dan terbit minyak.

Setelah terbit minyak, barulah dimasukkan air dan semua bahan sos serta udang. Kacau sebati dan tunggu sehingga sos dan ayam masak dan mulai mendidih kecil.

Masukkan mee kuning bersama sayuran, tomato dan juga hirisan cili. Kacau perlahan supaya mee tidak mudah putus. Kacau atas api sederhana.

Bila sayur dah layu , boleh lah tutup api. Taburkan hirisan daun bawang, cili jeruk dan bawang goreng.

Makan panas- panas....

Selamat mencuba!!!

10 comments:

  1. Sedapnyaa mee goreng basah SA..

    ReplyDelete
  2. terliur nya la nieyl nampak mee goreng akk ni..sbb pagi td x sempat breakfast

    ReplyDelete
  3. menyelerakan,, boleh lah pinjam resepi ni nanti.. hihii

    ReplyDelete
  4. dah lah menunggu lunch hour ni.. skali mee goreng basah SA pulak lalu.. adoiii telan ailio

    ReplyDelete
  5. Alamak...sedapnya mi goreng... goreng mee lah malam kang

    ReplyDelete
  6. alahai..tiba2 jer lapar tgk mee goreng basah akak ni..:)

    ReplyDelete
  7. aida suka letak telur sebiji, SA.
    tapi kena makan panas2. bila da sejuk, nanti mcm langu rasa nyer.
    then basah nyer tu up skit la. anak2 suka yg berkuah skit.

    ReplyDelete
  8. sedap. Diah suka makan mee basah-basah macam ni. Baru perasan tak follow SA lagi. terus klik follow hiihihi

    ReplyDelete
  9. Kalau style Bella mmg tak pakai dah sos2 yg mcm2 tu. Maybe pakai cili kisar n kicap pelat manis je. Sedap pulak tgk mee goreng basah ni

    ReplyDelete
  10. okey..save resipi ni..nnti nak try..saya pun selalu failed masak mee goreng ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......