Sunday, July 28, 2019

Beli Groceries Di Econsave Senawang

Hi korang...

Selamat berhujung minggu, dah sampai akhir bercuti dah..rasa x cukup berehat kan..2 hari ni SA x sihat..masih diserang gerd dan sakit belikat..haih entah bila la nak elok sakit ni agaknya..kadangkala jadi stress..tapi doc dah pesan jangan stress2 sebab nanti asid reflux terus menerus berkumpul. Maunya x stress..dah setahun dah SA menghidap gastrik dan gerd teruk..kehidupan SA memang bertukar 100%..

Lupakan kejap apa masalah SA...hari ni nak citer SA bawak dua anak buah bertuah SA ni pi beli barang-barang dapur...takde la shopping sakan just beli apa habis je..beli sayur skit...pas tu melayan anak buah SA tu ha...nak ice cream plak...SA memang selalu beli barang dapur kat Econsave. Sayur2 boleh tahan murah...barang-barang keperluan pun murah gak kecuali ikan dia agak x fresh..petang nanti nak pi terjah SegiFresh plak nak tgok ikan-ikan fresh kalau ada...






Taufik memang x pandai sangat makan ice cream.Tak macam Dida..sebab tu kena pantau dia makan..satu je jenis ice cream yang dia suka..paddle pop pelangi tu..itu je la satu yang dia makan...Dida plak suka makan ice cream Solero...Eh mana kakak Dania..esok dia nak Trial exam PT3 so dia malas nak kemana...SA pun x nak kacau dia sangat....

Ini je la kisah weekend SA..xde apa apa menarik pun..nak keluar pun badan tak sihat sgt..Dah penat dh makan ubat..ntah bila nak elok pun x tau la...asyik makan ubat pun x elok jugak kan...SA tgh tunggu free sikit je untuk buat appointment dengan specialist...harap takde pape la nanti...

13 comments:

  1. harap semuanya baik2 sahaja nanti ya kesihatan SA.

    eiiiiiiiii.. geram plak tengok Si Dida tu

    ReplyDelete
  2. Antara aktiviti kesukaan Kak Sue nie.. bila ada stok barang kat rumah senang nak terus masak kan SA. Kak Sue doakan semoga SA terus sihat ya.. jaga diri.. ❤

    ReplyDelete
  3. Semoga Kak SA terus diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  4. selamat berhujung minggu kak SA ><

    ReplyDelete
  5. melayan anak buah memang tak pernah jemu..macm-macm kerenah ada..hehe

    ReplyDelete
  6. Semoga sihat selalu. BTW, comelnya anak buah, hehe

    ReplyDelete
  7. Jangan putus asa nak sihat tau SA

    ReplyDelete
  8. Nanti SA pergi check up ya. Jaga kesihatan baik-baik.

    Comel tengok Dida. Pipi tu aunty geram

    ReplyDelete
  9. semoga SA makin sihat. actually kami pun suka pergi econsave..hehe

    ReplyDelete
  10. weekend bersama anak2 buah.
    tu yg the best, SA. melayan diorang, menggembirakan hati kita.
    keletah nyer.
    senyuman nyer.
    dida, acik aida nak cubit pipi skit, boleh? :) hi hi hi...

    ReplyDelete
  11. lama tak shopping dgn budak2.. mama sy slalu tak bawa budak kalau shopping haha.. ramai sgat jadi susah nak tgok..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......