Wednesday, July 17, 2019

Bagaimana Jadi Ibu Tunggal Berjaya?

Hi korang...


Tajuk adalah sesuatu kan...sebenarnya entry hari ni SA lebih kepada nak jawab persoalan dari salah seorang followers SA. Yes SA akui SA ibu tunggal since 2006 sampai la sekarang...sepanjang SA bergelar Ibu Tunggal SA tak rasa pun SA berjaya seperti yang diperkatakan orang..banyak lagi yang SA blom capai.. setakat banyak kena hina tu dah jadi asam garam kehidupan SA sebagai ibu tunggal..sebenarnya takde apa yang menarik pun.. SA lalui kehidupan besarkan anak sambil dibantu Mak Abah sensorang takde minta simpati sesiapa pun..SA tak macam ibu tunggal yang lain..masa ni la nak dapatkan bantuan kerajaan la..badan itu ini la..No!! SA bukan macam tu..BSH pun SA tak layak dapat tau..sebab apa? Sebab SA bekerja dan ada kerjaya..Nasib baik SA bekerja kan..kalau tak..ntah apa la nasib SA masa ni...Nasib SA nyer hati kental x berhenti kerja masa sebelum bercerai dulu. Kalau la SA ikut cakap pihak satu lagi supaya berhenti kerja dan jadi surirumah sepenuh masa..pun SA x tau la apa nasib SA dua beranak ..tapi benda dah lepas kan.. sebut pun x guna jugak..


Hidup sebagai ibu tunggal bukan mudah...x semudah seperti yang orang sangka..SA ambil masa lama untuk jadi seorang ibu tunggal yang kononnya orang kata berjaya sangat tu..SA korbankan hati dan perasaan untuk mencintai dan dicintai..SA korbankan usia SA demi sebuah kehidupan yang selesa. Tipu kalau SA tak nak sebuah family yang complete..tipu SA x nak bersuami lagi. SA manusia biasa...ada hati dan perasaan..Tapi bukan sekali SA gagal..berkali-kali..then takpe la..mungkin belum ada yang sesuai untuk SA...Mungkin rasa ke arah perkahwinan tu takde sebab SA ditakdirka  menjaga kedua ibu bapa SA...Siapa x nak bahagia kan..tapi SA selalu terfikir..andai SA bertemu jodoh..ada ke yang nak terima Ibu Tunggal macam SA ni..ada ke yang boleh terima anak SA..Mak Abah SA..kan?So bab jodoh ni SA serahkan pada allah...bukan senang ye korang..13 tahun menjanda...tiba nak bersuami dan dan berkahwin semula...its not easy..nak plak SA pernah kecewa kan...perasaan serik tu masih ada..

Cakap- cakap orang? kejian dan hinaan?

Semua tu dh jadi makanan SA hari-hari..siapa je tak hina SA..Siapa je yang x caci maki SA walau SA x tau apa sebenarnya salah SA pada orang tu..SA x mintak duit diorang...tak mintak makan minum ngan diorang dan x pernah ganggu pun hidup diorang..tapi pelik..mungkin diorang rasa terancam rumahtangga diorang selagi ada SA yang bergelar janda dalam dunia ni kan..Silap la kalau diorang fikir SA sejahat tu...Kawan sendiri pun tuduh SA bukan-bukan bila SA ada  hubungan dengan seseorang tapi dia silap sebab SA bukan perempuan murahan. Siap galakkan SA bercinta dengan suami orang serta bermadu...silap la dapat kawan macam tu...bukan membantu ke arah kebaikkan tp lebih nak merosakkan. Ada yang cakap SA terlalu memilih..giler kalau x pilih..dapat yang kaki pukul? Kaki kikis dan dan paling teruk kalau dapat kaki hisap dadah....hoiiii mintak dijauhkan...Susah tau jadi SA...jangan korang ingat senang..


SA nak hidup bahagia..SA nak rasa disayangi..tapi siapa yang nak kat SA ni...kalau ada pun x tau arah tuju sebuah hubungan...SA yang korang nampak tabah..berjaya kononnya..kuat semangat..adakala jatuh terduduk juga bila sampai masa rasa rasa kecewa melanda. Korang nampak SA kuat..ye..bukan senang nak bina kekuatan...kadang SA menangis sensorang juga..Kadang orang mintak nasihat SA..ye SA ikhlas berkongsi pendapat..tapi disebaliknya korang x tau apa SA hadapi...bukan mudah tau..susah...SA tak kuat seperti yang korang sangka cuma SA bangun dari kekecewaan. Pada SA tiada siapa yang boleh bantu selain diri sendiri. Nak berjaya kena usaha sendiri. Jangan harapkan bantuan orang..Tak perlu mengadu pada badan-badan kerajaan atau sebaliknya. Ada kudrat dan badan sihat..bangkit..usaha sendiri untuk berjaya. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ni..nampak je SA macam dh established..hutang keliling pinggang tau...Tapi demi anak..demi Mak Abah..SA usaha untuk mereka. Kerja kuat..buat apa yang SA minat...

Kalau ditakdirkan korang bercerai atau jadi ibu tunggal macam SA.. Bangkit..tunjukkan yang korang mampu berdiri atas kaki sendiri..jangan meratapi kekecewaan..Kita wanita ..kalau kita tak kuat..susah untuk kita berjaya...percaya lah..jalan untuk berjaya terbuka luas..jangan sesekali menoleh ke belakang..jangan tunjukkan kelemahan kita...

Doakan SA untuk lebih tabah...

Doakan SA untuk terus bersemangat..

Doakan SA untuk tidak dipandang hina oleh masyarakat

Doakan SA untuk terus kuat ..

Doakan SA berjaya Dunia Akhirat...

22 comments:

  1. All the best whatever u do in life SA.

    ReplyDelete
  2. aminnnn..saya doakan akk untuk lebih tabah...untuk terus bersemangat.. untuk tidak dipandang hina oleh masyarakat

    dan terus kuat ..

    Doakan SA berjaya Dunia Akhirat...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah akan doakan akan terus kuat.. juga doa buat dania.. semoga apa yang akak korbankan dan usahakan akan nampak hasilnya.. amin..

    ReplyDelete
  4. Dulu akak lah inspirasi sy untuk berkeyakinan bersemangat. Serius tgk dr jauh je smpailah bertegur sapa. Kagum dgn ketabahan akak. InsayAllah ada yang terbaik buat akak dan dania. Moga yg baik² je utk akak dan dania.

    ReplyDelete
  5. Aamiin.. semoga SA terus kuat, berbahagia dunia akhirat ya..

    ReplyDelete
  6. All the best in whatever you do.

    ReplyDelete
  7. Semoga SA terus kuat dan sentiasa diberikan kebahagiaan di samping keluarga yang tercinta. Tak kiralah apa pun yang kita buat mesti ada yang tak puas hati. Yang penting kita tahu kita buat benda yang betul.

    ReplyDelete
  8. Insyaallah SA..I know you a good person..walaupun kita tak kenal rapat..dan kenal di alam maya je..tahu SA bukannya macam yg dorang cakap tu..abaikan la mereka-mereka yg sibuk membawang pasal SA..orang yang tak berada di tempat SA, takkan tahu apa yg SA rasa..yg penting, SA mampu berdiri atas kaki sendiri dan tak harapkan bantuan orang..betul sgt keputusan SA utk tak berhenti kerja masa berkahwin dulu..Perempuan memang kena ada karier sendiri walaupun dah berkahwin..as a back up plan..kita tak tahu apa yg boleh jadi dalam perkahwinan...

    ReplyDelete
  9. Moga Allah tunjukkan jalan mudah untuk mendapat bahagia. Aamiin.

    ReplyDelete
  10. Whatever you do, LeYa memang kagum dengan semangat dan kekuatan akak.. Kak SA memang kuat dan terbaik. Salute for you, kak..

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan urusan akak dan terus kuat...jadi perempuan x semestinya kena lemah bila dah tak de suami kan ...all the best sis

    ReplyDelete
  12. U are the best mom akk...
    jgn pedulikan apa yg org ckp...
    zaman skrg ni walaupun dah berumahtangga, bekerja la..
    sbb kita x tahu apa akan jadi di masa akan dtg...
    ayah nieyl selalu pesan, kerja..kerja..kerja..

    ReplyDelete
  13. Semoga kak SA sentiasa diberikan kekuatan dalam melalui kehidupan ini..
    Sha doakan kebahagiaan sentiasa mengiringi perjalanan hidup akak.. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. smoga dipermudahkan urusan SA..bkn senang jd ibu tunggal ngan mcm2 kata2 org sekeliling kn

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan urusan dan always remember happiness is a journey, not a destination. Jalan terus, pekakkan telinga, buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga k

    ReplyDelete
  16. akak sesungguhnya seorang yg kuat. saya doakan akak lebih tabah...terus bersemangat.. dipandang tinggi oleh masyarakat dan berjaya Dunia Akhirat... amin

    ReplyDelete
  17. aminnnn...moga SA sentiasa positif dan berjaya dunia akhirat..

    ReplyDelete
  18. Tabah dan kuat hadapi segala dugaan selagi terdaya cuma kita saja yg dpt menolong diri sendiri apatah lg utk mendidik anak.

    ReplyDelete
  19. be strong, SA.
    berdua, berseorangan, kejayaan kita tetap ditentukan oleh diri kita sendiri.
    jgn jatuh dek krn hinaan org. diorang tak dok dlm kasut kita, boleh la dia nak berkata.
    esok2 jadi kat dia, baru dia tahu perit nya.
    stay strong.
    stay positive.
    byk kan berdoa dgn Allah ye.

    ReplyDelete
  20. Semoga terus kuat dan tabah.. .

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......