Wednesday, July 31, 2019

Daulat Tuanku!!



Daulat Tuanku!

Merafak sembah dan setinggi ucapan tahniah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena pertabalan Ke-Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Yang Ke 16 Di Istana Negara pada 30hb Julai 2019.

Semoga Allah merahmati dan memberkati pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

WW : Selamat Bekerja!!!

Hi korang...

Hari ni sampai awal kat office...almaklumlah semalam kan public holiday...so hari  ni dari Seremban so awal la sampai office...Hari ni mood baik...takde bad mood..kerja pun tak pack sangat...boss meeting seharian back to back...eh...jangan cakap SA mengular ye...ni pagi tadi SA snap gambar awal pagi...hari ni pergi kerja pakai baju kurung Pahang kain pelikat..ini kali ke 3 SA pakai baju ni..kalau x salah baju ni beli sedondon dengan Dania masa beraya kat IJN tahun 2016. Masa Mak SA buat Bypass....first time beraya kat hospital...


Baru sampai office, punch in pukul 7.56 pagi...


Check apa yang perlu dilaksanakan pagi ni...


Kita berborak dan bergelak ketawa sat dengan jiran- jiran sebelah


I'm ready to start work!!!

Korang yang sedang kerja tu...selamat bekerja ye...jangan moody sangat...kalau rasa nak marah tu tarik nafas lepas, tarik nafas lepas...insyaallah mood kembali seperti biasa...adakala hati kita ni selalu terusik sebab benda kecik jer kan....

Selamat Bekerja....

Dapur Suriaamanda Kembali Beraksi

Hi korang...

Ada nampak kakak happy?hahahaha.....akhirnya mood memasak kembali semula tapi 3 jenis masakan yang utama dalam entry ni la...semalam kan public holiday...so Abah pun nak cuti tak nak masak...SA amik alih plak memandangkan semalam SA sihat sikit..boleh dah masak...SA cakap tak nak makan lauk ayam , daging, udang , sotong segala..nak makan lauk simple je..so abah keluar jap pi kedai and beli tauge halus, SA rendam ikan cencaru besar yang beli kat SegiFresh Sikamat..potong 3 nak buat sambal berlada dan plan nak buat sambal gesek dilawankan dengan sayur tauge masak lemak putih....So gambar kat bawah tu lauk pauk lain masa SA balik hari Isnin petang...hahaha...sekalikan jer kat sini..malas nak buat entry lain....


Ikan cencaru goreng berlada


Sayur tauge masak lemak putih


Sambal gesek ( tumbuk cili api dan ikan bilis dan perah limau kasturi 2-3 biji)

Yang ni plak lauk weekend...SA beli ketam yang kecik- kecik dari jiran sebelah rumah. Dia memang hari- hari pergi laut cari ketam..beli banyak skit RM40 siap bleh buat 2 jenis masakan..separuh buat sup dan separuh lagi buat masak lemak cili api...


Ketam Masak Lemak Cili Api


Masak tempoyak daun kayu ( Mak Masak)


Kuah ketam tu banyak lagi...rupanya Isnin tu Abah masukkan Udang yang dia beli dah lama..so masukkan aje udang...hahaha...


Kambas goreng berlada ( mak masak)

Meriah betul dengan makanan kan...hahaha...kalau kat rumah Seremban memang wajib masak 2-3 jenis lauk untuk makan tengahari then lauk yang sama bawak sampai ke malam...kadang- kadang adik SA balik lepak kat rumah...kalau tinggal berempat jer takde la nak masak banyak...kadang malas masak pergi makan jer kat luar...sesekali la makan kat luar..kadang jemu gak makan kat rumah kan..tukar- tukar selera katanya...SA plak memang suka la kalau dapat explore tempat makan baru...kadang repeat kedai yang sama je..hahaha...biasanya SA makan kat luar sebulan 2 kali...ye la kalau dah tinggal berempat jer kan...bila tiba time malas nak masak tu SA ajak jer mak abah ngan anak dara makan kat luar...

Tuesday, July 30, 2019

Jangan Halang Orang Yang ingin Buat Kebaikkan Pada Kita

Perkongsian dan Nukilan Rakan Sekerja Blue Pearl


'Salam Mawar'.

'Sedap tak food kat cafe UAK tu?'

Menjelang asar Mawar dapat notifikasi WhatsApp daripada Nina, kawannya yang dikenali sewaktu melancong ke Mesir tempoh hari.

'So far yang aku makan, alhamdulillah sedap'. Laju Mawar membalas.

'Jom petang ni kita ke sana'. Nina memberi saranan. Sebenarnya itu lebih kepada kata putus. Tiada pilihan.

'okay jommm' . Sepantas kilat Mawar bersetuju.

Sebenarnya setiap kali keluar dengan Nina, Mawar rasa serik untuk keluar lagi pada masa akan datang. Kata-kata sinis yang sering keluar dari mulut gadis itu benar-benar menghiris hati kecilnya.

Namun, dia cepat jatuh kasihan pada gadis tersebut kerana dia tahu Nina tiada kawan lain sebagai peneman di waktu makan. Memandangkan dia pon tiada aktiviti lain pada petang itu, tiada masalah untuk dia menemani Nina makan.

Bukan dia tak tahu Nina hanya menggunakannya bila diperlukan sahaja. Dia tahu. Dia faham sangat. Nina pon selamba saja memberitahu yang dia memang 'menggunakan' Mawar sebagai teman di kala kesunyian.

Mawar hanya tersengih-sengih saja bila mendengar kata-kata Nina. Tiada balasan kata-kata dari Mawar.

"Kau kena ingat Mawar. Buat baik tu berpada-pada. Buat jahat jangan sekali". Seringkali Nina menasihati Mawar begitu.

"Oooo.. Kalau macam tu buat jahat kena banyak kali la ya".Pandai jugak si Mawar ni bergurau.

"Aku jenis tak suka terhutang budi dengan orang". Nina menghamburkan kata-kata sambil menghirup fresh orange.

Mawar diam saja. Dia ralit mengunyah fries yang rangup di depannya. 'Siapa suruh kau terhutang budi dengan orang?'. Kata-kata itu hanya sekadar terlekat di dalam hati Mawar saja. Jarang dia membalas kata-kata Nina.

" So petang ni, aku yang bayar. Dah banyak kali sangat kau bayar. Tak selesa la aku..aku taknak terhutang budi dengan kau". Selamba Nina berkata-kata sambil mengunyah burger daging.

"Laa kau ni. Bukan selalu pun kita keluar makan.. Tak payah la nak kisahkan sangat sapa belanja sapa. Itukan rezeki dari Allah".

Adakalanya Mawar bersuara juga mempertahankan tindakannya. Padanya, tiada salah hendak belanja kawan. Lagipun, dia tahu Nina bukan jenis mengambil kesempatan orangnya.

"Itu la engkau. Buat baik tu biar berpada-pada". Entah ke berapa puluh kalikah  Nina mengingatkan Mawar tentang buat baik berpada-pada ini.

Mawar belum dapat 'digest' tentang buat baik berpada-pada ini. Pada Mawar, kalau nak buat baik tu buat sajalah. Kenapa nak kena berpada-pada pulak. Macam nak berkira sangat untuk berbuat baik. Nampak sangat keikhlasan untuk berbuat baik tu boleh dipertikaikan.

Itulah yang Mawar rasa.  Ya.. mungkin pada Nina buat baik yang dia maksudkan itu biar pada tempatnya. Jangan main semberono saja. Nanti diri sendiri yang rugi.

Entahlah. Dia tidak tahu apa yang Nina maksudkan. Tapi, dia tidak pula hendak berdebat tentang itu dengan Nina. Nanti akan berpanjangan. Dan Nina pula jenis tak boleh kalah bila ada 'argument' antara mereka. Jadi, dia ambil jalan tengah. Diam. Itu adalah lebih baik.

Selesai makan cepat-cepat Nina menuju ke kaunter pembayaran. Mawar mengikut dari belakang.

"Semuanya RM50.50 kak"

Nina menghulurkan kad kreditnya.

"Maaf kak, sini bayar tunai".

"Laa.. Ye ke.." Nina agak panik sambil membelek dompetnya. Hanya helaian wang RM1 dan RM10 saja yang ada.

"Nah adik". Mawar dari belakang menghulurkan note RM50 kepada cashier tersebut.

Nina hanya diam tak terkata. Beliau menghulurkan baki lagi 50 sen kepada cashier tersebut.

"Nanti aku bayar balik ye Mawar". Perlahan Nina bersuara. Malu dia nak memandang muka Mawar.

"Tak yah lah. Aku belanja". Ujar Mawar sambil tersengih-sengih seperti biasa.

"Dah.. Jom maghrib. Lambat dah ni" . Mawar melihat jam di tangan montelnya sambil menuruni anak tangga untuk ke surau. Nina hanya mengikut di belakang tanpa bersuara.


Sahabat, jangan kita merasa tidak selesa sangat sekiranya ada kawan yang ingin berbuat kebaikan kepada kita. Itulah rezeki kita.

Rezeki bukan semuanya direct terus kepada kita. Pelbagai cara Allah limpahkan rezeki kepada kita. Jangan jadi sombong dengan menolak rezeki yang datang.

Boleh jadi dengan sekali tolakan itu, tiada lagi rezeki yang datang, atau ada saja kesukaran rezeki yang Allah timpakan kepada kita.

Jom kita hayati sabda Rasulullah saw tentang fadhilat menjamu/memberi orang makan.

Nabi bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan”. (HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thobroni).

Diriwayatkan, bahwa seorang laki-laki bertanya kepada Rasulullah, “Perbuatan apa yg terbaik di dalam agama Islam? Maka Rasul menjawab, Yaitu kamu memberi makan kpd orang lain, dan kamu mengucapkan salam kpd orang yg kamu kenal dan yg tidak kamu kenal.” (HR. Bukhari: 12 dan Muslim: 39)

Nabi bersabda, “Barangsiapa yg memberi makan kpd seorang mukmin, sehingga dapat mengenyangkannya dari kelaparan, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu surga yg tidak dimasuki oleh orang lain kecuali oleh orang-orang sepertinya.” (HR. Thabrani)

SO.. TUNGGU APA LAGI SAHABAT! JOM KITA SAMA-SAMA AMALKAN SIFAT YANG MULIA INI. INSYA-ALLAH SEMOGA ALLAH AKAN MENGURNIAKAN LEBIH BANYAK KEBAIKAN KEPADA KITA!

Monday, July 29, 2019

Jadi Personal Shopper Victoria's Secret Untuk Adik Beradik

Hi korang...

Jumaat minggu lepas..dapat title Personal Shopper memandangkan Victoria's Secret buat sales body mist dengan body lotion..SA ni tak pernah terjebak beratur nak masuk tempat- tempat ada sales ni tapi apabila dah dipujuk oleh adik beradik maka Kak Long diorang ni cair la...patut balik naik train komuter express pukul 5.55pm terus terpaksa naik train pukul 7.10pm. Punya la lama beratur nak bayar kan..tak pernah- pernah la SA join benda yang pada SA boleh buat stress tapi terpaksa la..kesian kat adik beradik..area Seremban takde VS kan....Sales kat semua outlet sampai Ahad semalam je...

So dari opis SA cepat- cepat keluar pergi VS kat NuSentral...


Belakang tu office SA..


Ni arah ke NuSentral..memang dekat giler la...

Sampai- sampai je takde tunggu lama nak masuk..terus jer dapat masuk..memang penuh dengan orang dan tak dan SA nak amik gambar betul- betul..just amik gambar body mist dan hantar kat grup whatsaap je...


Amber Romance..best bau ni...


Bare Vanilla...okey la tp SA x suka...


Love Spell ni best


Love Addict pun best...


Rasanya diorang nak abiskan stok Amber Romance ni kot..kebanyakkan ini je ada..SA terlambat la..sebelum- sebelum tu banyak yang baru- baru


Beratur panjang nak bayar


Ini yang SA grab...sorang limit 8 botol je


Suka body lotion ni...tapi dah beli body mist 8 botol..x dapat la beli body lotion


Yang ni tak sempat nak explore..


Hambekkk....satu bag ha...

VS ni memang tau kita beli banyak sebab orang kirim kan..siap dia bagi paper bag kecik- kecik tu..8 bag dapat so semua yang order merasa la paper bag kecik tu...SA tak beli ke? beli la jugak 2 botol untuk anak dara kat rumah tu..yang stok sebelum- sebelum ni banyak nak abis dah...SA bila-bila je boleh pi beli sebab dekat kan..cuma tak kuasa nak pi time sales je sebab ramai dan berebut- rebut...tapi kalau tak sales mahal plak harga sebotol...

Lepas ni kalau ada sales lagi confirm kena jadi PS lagi la ni..confirm tak leh melarikan diri dah...

Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Menggalakkan Penjagaan Kesihatan

Memperkenalkan Rangkaian Suplemen Berkualiti Tinggi, Harga Mampu Milik Agar Rakyat Malaysia Lebih Sihat


Lakukan cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe – Cuba hasilkan bunyi fizzing selama lebih daripada 30 saat dengan sekali nafas.

Bunyinya mudah bukan? Sertai Cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe untuk menguji keupayaan anda kerana cabaran ini tidak semudah yang anda sangka, ia akan membantu rakan-rakan dan keluarga anda untuk mempertingkatkan tahap kesihatan masing-masing serta mengingatkan mereka untuk mengambil dos harian suplemen kesihatan mereka.


Guardian memperkenalkan cabaran ini untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn.



“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.



“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.

“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.


Rangkaian Suplemen Guardian

Vitamin C 1000mg + Zinc10mg


 MAL16085003NC

Vitamin C merupakan vitamin larut air yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita[1]. Sehubungan itu, anda perlu menambah bekalan Vitamin C larut air pada setiap hari.

Vitamin C memberi manfaat penjagaan kesihatan umum tubuh, manakala Zink adalah mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dual Action Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet mengandungi 1,000 mg Vitamin C dan 10mg Zink, yang mana membantu suplemen keperluan harian anda. Ia boleh didapati dalam 10s, 30s dan 90s.


Vitamin B-complex + Vitamin C + Minerals 


MAL16085038NC

Gabungan Vitamin B-Kompleks, Vitamin C dan mineral ini membantu anda kekal bertenaga serta membantu prestasi harian untuk mengikuti gaya hidup penuh cabaran pada hari ini. Ia disediakan dalam pilihan 15s dan 45s.

Vitamin D3 1000IU


 MAL18066029NC

Vitamin D3 1000IU Guardian membantu suplemen vitamin D3 yang penting untuk kesihatan. Ia menyediakan sokongan kepada kesihatan yang baik. Golongan dewasa digalakkan untuk mengambil satu tablet sekali sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.


Co-enzyme Q10 150mg


MAL18066028NC

Co-enzyme Q10 dihasilkan semulajadi oleh tubuh dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Suplemen Co-enzyme Q10 Guardian direka khusus untuk dos pengambilan sebiji sehari untuk penjagaan kesihatan yang baik dan penghasilan tenaga serta memberi khasiat pada tubuh. Golongan dewasa disyorkan mengambil satu gel lembut sekali setiap hari, bersama atau selepas makan atau menurut preskripsi doktor dan ahli farmasi.


Evening Primrose Oil  1000mg


MAL18066031NC

Minyak evening primrose digunakan untuk menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan wanita kerana ia mengandungi asid linolenik gamma (GLA), asid linolenik (LA) dan asid lemak Omega-6 semulajadi. Tersedia dalam botol 60 biji atau 300 biji gel lembut dengan 1000mg EPO dalam setiap biji gel lembut. Satu gel lembut perlu diambil tiga kali sehari bersama makanan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.


Vitamin B Complex


MAL18086001NCZ

Suplemen Vitamin B-Kompleks Guardian memberikan tenaga dan kecergasan . Golongan dewasa dinasihatkan mengambil sebiji tablet sehari selepas makan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi.

Vitamin E 400IU


MAL18056140NC


Sementara itu, Vitamin E Guardian membantu mengekalkan kesihatan yang baik. Ia merupakan sumber semulajadi Vitamin E. Bagi dewasa, ambil satu gel lembut sekali sehari, selepas makan atau mengikut nasihat doktor atau ahli farmasi.


Omega-3 Fish Oil 1000mg


MAL18026048NC

Suplemen minyak ikan Omega-3 1000mg Guardian mengandungi asid-asid lemak penting dalam bentuk asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA) daripada ikan. Ia menyediakan asid lemak yang penting bagi kesihatan tubuh dan menyokong kesejahteraan umum. Digalakkan mengambil sebiji gel lembut dua kali sehari bersama makanan atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol 60 biji gel lembut atau 300 biji gel lembut 


Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg


MAL18066030NC


Selain itu, Guardian Double-strength Omega-3 DHA & EPA Fish Oil 1000mg mengandungi asid lemak penting, asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA). Malah, setiap gel lembut mengandungi 360mg EPA dan 240mg DHA. Jumlah asid lemak yang mencukupi mesti diperoleh daripada diet kita. Suplemen ini bukan hanya menyediakan asid lemak penting bagi manfaat badan kita tetapi juga menyokong kesejahteraan umum. Dinasihatkan mengambil sebiji gel lembut sebanyak dua kali sehari atau mengikut preskripsi doktor atau ahli farmasi. Ia boleh didapati dalam botol mengandungi 60 biji atau 300 biji gel lembut.


**SA belum buat cabaran lagi..tengah tak sihat sekarang..nanti SA update kat Social Media dan letak video kat sini juga ye...

Sunday, July 28, 2019

Beli Groceries Di Econsave Senawang

Hi korang...

Selamat berhujung minggu, dah sampai akhir bercuti dah..rasa x cukup berehat kan..2 hari ni SA x sihat..masih diserang gerd dan sakit belikat..haih entah bila la nak elok sakit ni agaknya..kadangkala jadi stress..tapi doc dah pesan jangan stress2 sebab nanti asid reflux terus menerus berkumpul. Maunya x stress..dah setahun dah SA menghidap gastrik dan gerd teruk..kehidupan SA memang bertukar 100%..

Lupakan kejap apa masalah SA...hari ni nak citer SA bawak dua anak buah bertuah SA ni pi beli barang-barang dapur...takde la shopping sakan just beli apa habis je..beli sayur skit...pas tu melayan anak buah SA tu ha...nak ice cream plak...SA memang selalu beli barang dapur kat Econsave. Sayur2 boleh tahan murah...barang-barang keperluan pun murah gak kecuali ikan dia agak x fresh..petang nanti nak pi terjah SegiFresh plak nak tgok ikan-ikan fresh kalau ada...






Taufik memang x pandai sangat makan ice cream.Tak macam Dida..sebab tu kena pantau dia makan..satu je jenis ice cream yang dia suka..paddle pop pelangi tu..itu je la satu yang dia makan...Dida plak suka makan ice cream Solero...Eh mana kakak Dania..esok dia nak Trial exam PT3 so dia malas nak kemana...SA pun x nak kacau dia sangat....

Ini je la kisah weekend SA..xde apa apa menarik pun..nak keluar pun badan tak sihat sgt..Dah penat dh makan ubat..ntah bila nak elok pun x tau la...asyik makan ubat pun x elok jugak kan...SA tgh tunggu free sikit je untuk buat appointment dengan specialist...harap takde pape la nanti...

Friday, July 26, 2019

Cath Kidston Hand Cream Souvenir Dari London Pemberian Boss

Hi korang...

Boss SA baru je balik dari London, semalam boss bagi hand cream 1 set ni. 1 set ni ada 3 bauan yang berlainan dan SA suka semua bau ni..Bau dia kekal lama sepanjang hari. Diformulasikan pula dengan Shea Butter dan Vitamin E. Sebenarnya Sa baru jer sebulan lebih jaga big boss ni dan SA seronok kerja di bawah dia dan seronok dengan team kami yang tak berapa ramai ni..semua dalam team ni sporting termasuk lah boss SA yang lama. Bila dapat souvenir dari big boss memang best la..nak plak SA memang suka hand cream. Boss macam tau- tau je SA suka..ekceli Cath Kidston ni ada pelbagai barangan dan sangat popular dengan rangkaian bagpack, womans, kids, gifts dan tas tangan yang comel. Jenama ni tak asing lagi dan butik dia ada kat Mid Valley dan KLCC. dan product diorang korang boleh beli juga di Lazada, Shopee, Zalora dan banyak lagi platform..

Jom la tengok gambar....


Comel kan..Hand Cream Trio


Ada 3 bauan...semua best







Bila dapat souvenir sape yang tak suka kan..semua orang suka..nak plak dapat hand cream yang bau dia sangat sedap..bau wangi sepanjang hari..dulu SA ada satu set macam ni gak..tapi dah lama habis dan takde la nak repeat order, SA takde la tayang over2 kat media sosial sebab tak nak la orang cakap poyo plak kan..dapat souvenir pun nak heboh....hahahaha....sekarang dah bertambah lagi koleksi hand cream SA..yang beli kat Bath & Body Works tu pun tak abih- abih lagi..hahaha...tadi masa rehat nampak plak ada sales kat Victoria Station..giler la RM39.90 sebotol...tapi beratur ramai la plak...SA call adik SA memang meroyan la dia...hahaha....tengok la kalau sempat kang SA pergi la belikan untuk dia..bukan apa..Jumaat kan..SA nak balik Seremban dan nak kejar komuter express...hehehe....

Sedapnya Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King

Hi korang...

SA ni sejenis yang cepat terjebak tau...apa jer makanan lalu lalang kat timeline media sosial SA yang SA nampak sedap confirm SA nak cuba...kali ni SA terjebak plak dengan Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King hasil air tangan BroFramestone yang merupakan salah seorang blogger dan kawan blogger SA. Kebetulan semalam Bro nak hantar order area office SA, seawal 6.30am Bro dah contact SA untuk deal order..makanya terjadi lah aksi- aksi seperti kat bawah tu ha...

Hasilnya....memang SA puas hati...sedap..tauhu bergedil sedap sampai SA degil x nak berhenti makan...muahahaha...kuah kicap dia sedap betul..cukup rasa dan cukup pedasnya...memang tak dinafikan Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King ni memang power....tak sangka Bro ni dalam diam pandai masak rupanya...bukan tauhu bergedil jer dia jual ye..dia ada gak jual Sambal Petai Ikan Bilis dan Sambal Petai Ikan Masin yang kini mendapat tempat dikalangan peminatnya tersendiri..nanti SA nak order Sambal Petai Ikan Bilis plak la...sebab SA x makan yang ikan masin...


Satu pek ada 5 ketul RM5 hengget..


Muka teruja...


Muka Puas hati


Muka tak leh berhenti mengerjakan sambal kicap


Muka sangat menikmati...

Haaa...cukup pakej muka- muka SA tu ha...

SA rekemen sangat- sangat...korang kalau nak order boleh contact BroFramestone..korang deal la ngan bro kan...maybe bleh delivery ke rumah atau opis korang...Tauhu Begedil Sambal Kicap Parit King memang best..satu pack tu korang makan takleh share ngan orang lain dah...SA beli 2 pack..satu pack makan ngan kengkawan...next nanti nak tanya sape yang nak order..boleh SA open order and ajak kawan- kawan opis beli...Bagus Bro nyer bisnes ni sebab x kedekut bahan..tauhu bergedil dia cukup segalanya, inti pun banyak...puas hati...korang cuba la.....