Monday, June 10, 2019

Viral Duit Raya..Tolong Hormat Rezeki Orang..

Macam- macam hal viral kan raya tahun ni...Ketika viral isu seorang wanita yang melahirkan kekecewaan apabila anak saudaranya hanya memberi duit raya RM5 di laman Twitter. Terus SA terasa sebab tahun ni SA tak dapat nak bagi duit raya yang lebih macam tahun- tahun lepas...Nasib baik takde yang viralkan...bagus anak- anak buah SA...Semalam SA terbaca luahan tentang perkara ni di FB Fynn Jamal. Apa yang diperkatakan tu sangat betul..SA terpanggil untuk share di sini sebagai pengajaran buat kita semua. Apapun kena hormat rezeki orang. Sekurang- kurangnya dia masih ada rezeki lebih nak bagi duit raya.

Sumber instagram Sharnaaz Ahmad


SUMBER DARI FB FYNN JAMAL

aku ni mmg susah nak komen mende2 tgh viral. tapi sbb mood aku pagi ni kat laut china selatan;
meh la aku tambah serbuk ikan bilis knorr.

ini,
tuan2 dan puan2,
adalah analoginya kenapa bidaah ni takde nye cabang2 baik dan buruk.

bukan bagi duit raya tu bida’ah.
tapi ni analogi. kita borak konsep je lah.

secara kasarnya, SEMUA org tau duit raya ni BUKAN satu tuntutan. adat je pun. cuma ye la. segala jenis iklan raya mesti ada shot bersalam2an sepupu sepapat tanpa mengira siapa ajnabi sambil menghulur duit raya dgn girang dan tawa. org pikir KENA.

nak bagi?
bagilah.
kalau mmg tak ada tasyabbuh dgn adat agama lain—
sila.

yg jadi penyakit adalah apabila ada jenis2 maklong ni yg merasakan duit raya ni tolok ukur sebuah aidilfitri.

itulah dia.
yang benda tak wajib gini bila tak dibuat terus berpeluh sejuk belakang leher. takut dipertikai dan ditanya2 kenapa tak buat macam SEMUA org.

contoh lain
kenapa tak sambut birthday.
kenapa tak tahlil masa mak kau meninggal.
kenapa tak buat majlis berinai.

benda tak wajib
pandai2 suruh buat, kena dan mesti.

berbagi duit raya dimulakan dgn niat baik. takpelah. apa salahnya. utk hepikan orang, katanya.

ni.
hepi mende.

aku ingat lagi zaman melingkup dulu— pagi raya lepas solat baru balik kampung. kat keluarga aku, ckp kena balik keluarga mertua terus. ada hal. sampai keluarga mertua, ckp kena balik rumah keluarga terus. ada hal. nak lari dari sesi salam2 raya punya pasal.

walau aku xde makcik pakcik macam maklong ni— kitorg yg pressure sendiri laki bini.

dlm dunia ni mmg ada kategori2 maklong gini. yang masa kita melingkup dulu, kije mulut dia mencirit je dgn perli. pastu bila kita dah berjaya, bukan reti ambik hati. tapi amboi. dia pulak nak test kita konon nak tgk kita ni kenang tidak dia punya budi.

ye. mmg betul peribahasa apa yg tidak membunuh kita akan buat kita lebih kental. mulut2 mak long lah yg mmg pemangkin kejayaan2 kita. tapi jgn la harap sgt nak claim cirit mulut tu semula.

kalau berani, tadahlah tangan tu: “ya rabbi, seandainya selama ni fitnah keji cela dan maki aku lah yg buat dia berjaya, kau tunjuklah kebenarannya”.

maklong kalau tak cukup rm5 tu,
daftar asnaf la.


Mak long 2
ini adalah sambungan entri maklong tadi;
tapi DITUJUKAN khas utk bakal2 maklong satu hari nanti.

dgn ucapan:
kita mampu mengubahnya.

UNTUK SEMUA MAKPAK.
mohon praktikkan.

1) duit raya bukan investment.

anak dpt duit raya— tengok.
“oh, maktam bagi rm20 ye. ok. kita bagi balik anak mak tam rm20 juga (atau lebih)”

2) duit raya bukan nilai kasih-sayang.

anak dpt duit raya— tengok.
“wahhh, along dpt rm50 laaa. terima kasih mak andak. salam mak andak, long. cakap apa? haaa. tengkiyu mak andak. ok salam pak usu pulak. wahhh. rm10? alhamdulillah... ok salam salam. cakap terima kasih”

persamaan dua2 situasi ini adalah;
mak pak anak yg menerima tu akan tengok.

so.
ini adalah teguran utk SEMUA mak bapak dlm dunia industri duit raya ni.

JANGAN TENGOK.
even sampul pun jgn tengok.
dlm nya apatah lagi.

org hulur pada anak, cakap terima kasih, terus masuk beg. TERUS. jgn hafal sampul ni siapa punya, nilai ni siapa bagi.

org dah bagi.
dah.

dia tak mintak balasan.
itu dia mampu.
dah.
terima je apa pun dlm tu.

kita tak tau overhead org lepas raya weh. paham tak. ada org kereta mewah— rumah kena lelong. tau tak. baru pindah rumah ke. bisnes tgh sulit ke. JANGAN AMBIK TAU. apa dia bagi— kalau pun kosong sampul tu— ambik je jgn berbunyi.

banyak mana org bagi— TIDAK PUN memberitahu nilai kasih-sayangnya pada penerima.

suami aku ada bapa saudara OKU, kot. mcm juna aa jenisnya. allahu akbar ahli syurga. dia bagi laki aku dgn adik laki aku je duit raya. anak2 aku tak bagi pun. sbb dari kecik dia diajar bagi duit raya pada anak sedara je. level cucu xde yg ajar. haha. tak sampai rm5 pun. tapi by الله aku tau dia sayang anak2 aku sbb dgn beriya dipeluk ciumnya kami anak-beranak.

dgr lah cakap aku.
ajar anak2 kita yg duit raya bukanlah sejenis duit gaji dia.

dapat — jgn tengok — terus masuk beg. balik rumah nanti, terus keluarkan, lambak, susun. kira. dah. xde ambik tau siapa bagi berapa.

berapa kita bagi sebagai balasan adalah kemampuan kita. takde benda nak malu la kalau kita bagi lagi sikit dari dia. dah itu jumlah kita lega.

raya dah macam pameran kekayaan qarun dah mcm pertandingan qarun kaya xpelah.

kita?
asnaf.


Lepas ni SA nak spam gambar raya SA ye....tungguuuuuuu.....

7 comments:

  1. mcm2 isu raya kan...apa2 pn bersyukur la kalau ank dapat duit raya tu..jgn la nk compare2 org tu bg brp..org ni bg brp

    ReplyDelete
  2. sepatutnya bersyukur.. ini dipersoalkan pula.. hai.. macam-macam orang skrg nie..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, ada tak ada yang penting 1 Syawal kita raikan kemenangan berpuasa sebulan Ramadhan. Bukan menang siapa duit raya paling banyak.

    ReplyDelete
  4. betul..duit raya ni kira mcm rezeki, ada alhamdulillah..tak kira berapa pun.
    and paling pantang rasa nya, yg jenis dp2..kuar rumah terus bukak sampul..pas tu ckp2 kuat2..rm 2 je. adoi la. mcm nak minta balik je rasa.
    anak2 ayu..memang ayu ajar & so far alhamdulillah.. balik rumah..dah malam2 baru bukak tgk. kadang2 dah 2, 3 hari baru diaorang buka. dulu masa kecik..dpt2 terus hulur kat ayu. sbb ayu ckp..kalau hilang, memang ayu tak ganti. so diaorang takut hilang..terus kasi. now dah besar, andai simpan sendiri dah. but still balik rumah..malam2 baru bukak or kira.

    ReplyDelete
  5. saya lebih rela tak diberi duit raya & tak nak terima duit raya. Tak dapat hati rasa lebih lega dari mendapat, kadang bila dapat tu boleh jadi tanda tak bersyukur pulak.

    ReplyDelete
  6. Duit raya ni macam dah jadi kemestian.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah