Wednesday, June 19, 2019

Nasi Goreng Bekal Ke Office...

Hi korang....

Petang semalam kan...SA merayau jap kat NuSentral lepas opis. Keluar office pukul 5.30 petang..merayau dulu la sebelum balik rumah..SA sebenarnya sejenis tak pandai balik kerja pukul 5.30 petang. Sebelum- sebelum ni masa department project overtime sampai ke pukul 8 kan. Bila masuk department baru ni dan jaga boss baru, Sa tak perlu nak stayback lama. Aje giler SA balik awal..macam tak percaya je..kalau sebelum ni SA menghabiskan masa macam takde life kat office kan..hahaha...harap- harap lepas ni boleh la claim overtime semula..susah weh takde overtime..bila balik awal samada SA lepak ngan kengkawan kat mamak dulu atau macam semalam SA akan merayau sensorang. Hasilnya macam tu la..ada je benda SA nak beli..pembelian tanpa dirancang ni sebenarnya bahaya tau..jahanam purse...

Sebenarnya dah lama tak bawak bekal..SA bercadang nak bawa bekal semula. tak tahan la hari- hari makan kat luar. Bawa bekal kita jimat skit selain boleh pastikan makanan kita tu bersih kan..so SA mulakan la bawak bekal dengan bahan yang SA beli semalam.


Udang fresh RM10.77, Kacang buncis RM3.50, Perencah Nasi Goreng Adabi RM1.45


So..jadilah nasi goreng untuk bekal SA hari ni..up telur mata


Up lagi sebiji epal merah..

An apple a day keeps the doctor away katanya...sampai bila la bertahan..2-3 hari ni SA sakit belikat. alhamdulillah hari ni ok skit..malas nak fikir bab  sakit ni..tak jadi kerja dibuatnya...sebenarnya Apple tu SA beli hari Isnin ari tu..tengok elok fresh dan nampak crunchy kan..Sebiji RM1.65 so SA beli 2 biji..tak beli banyak takut tak habis.

Nasi goreng tu kan SA masak nasi 1 pot..banyak plak..SA guna beras basmati..separuh SA bawak pi opis, balance suruh housemate bawa bekal..hahaha..suka suki paksa orang bawa bekal. Tapi dia bawa jugak...

16 comments:

  1. Sedapnya Nasi Goreng tu... LeYa kalau kerja memang akan bawak bekal juga. Memang boleh jimat. Otomen pun LeYa akan bekalkan makanan. Balik keje, xdelah dia mengadu terlampau lapar.. hehe..

    ReplyDelete
  2. lama giler tak bawak bekal ... kena mulakan balik ni sb hari2 pening fikir nak makan apa...

    ReplyDelete
  3. dulu..masa baru kawen..hari hari suami bawa bekal nasi goreng. reti masak tu aje...

    ReplyDelete
  4. rajinnya..kdg ada gak terpikir nak bawak bekal pi ofis..tapi mengenangkan kena bgn awal pagi utk masak, sokay la..haha

    ReplyDelete
  5. Sedap nya nasi goreng tu, rasa lapar pulak

    ReplyDelete
  6. Ana pun kalau malas nk pikir masak apa, masak je nasi goreng mcm ni kak. Laku keras 2 org tu makan.hehe

    ReplyDelete
  7. Sedap nasi goreng tu.. anak2 dilah suka nasi goreng guna perencah adabi tu..

    ReplyDelete
  8. lepas raya ni tak start lagi bawa bekal ke ofis. nampak nasi goreng tu terus rasa lapar...hahha

    ReplyDelete
  9. Bagus bawa bekal ke tempat kerja ni.
    Bila2 masa nak makan, boleh makan.

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak..nasi grg masakan sendiri..huhu..nmpak sedap sgt nasi grgnya tu..

    ReplyDelete
  11. Nak kena rajinkan diri masak juga nie.. Memang mahal skrg nie makan..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah boleh makan ramai2 kan

    ReplyDelete
  13. sedap nampaknya nasi goreng akak tu.. saya pun amalkan bawak bekal sebab nak jimat kak..

    ReplyDelete
  14. Sedapnya nampak nasi goreng ni. Bawa bekal memang boleh jimat sikit kan :)

    ReplyDelete
  15. next week aida da start keje! hu hu hu hu hu...
    mcm nak kena bwk bekal la, SA.
    anak-anak aida bagi duit je. syuhada tak nak bekal! izzat plak memang skola da provide 3 kali makan.
    maka, ibu ayah ler kena bekal :)

    ReplyDelete
  16. Sedapnya nasi goreng. Kalau dkt rumah auna, mmg laku lah nasi goreng.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......