HLB akan membuka akaun simpanan pertama untuk kanak-kanak rumah kebajikan dan seterusnya akan menyalurkan sumbangan untuk membolehkan mereka memulakan perjalanan celik kewangan dengan setiap transaksi ASB dan pendaftaran DuitNow oleh pelanggan dari 20 Mei – 23 Jun 2019
Semusim Hari Raya, Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (‘HLB’ atau pihak ‘Bank’) telah melancarkan kempen musim perayaan ‘Menyemai Impian’ untuk menarik perhatian kepada amalan menyemai impian ahli masyarakat yang kurang bernasib baik dengan cara yang lebih mampan dan bermakna. Melalui program CSR ini, HLB berikhtiar untuk memulakan perjalanan celik kewangan bagi kanak-kanak rumah kebajikan di serata negara, dengan membuka akaun simpanan pertama mereka dan menyalurkan sumbangan untuk memulakan simpanan apabila pelanggan menjalankan transaksi ASB serta mendaftar dengan DuitNow dari 20 Mei – 23 Jun 2019.
Menurut kisah yang dikongsi oleh sejumlah rumah kebajikan kanak-kanak, bilangan lawatan dan jumlah wang tunai yang didermakan meningkat dengan ketara pada bulan Ramadan dan Syawal tetapi peningkatan mendadak dalam amalan kebajikan ini hanya sementara dan kurang meninggalkan impak jangka masa panjang. Wang yang didermakan serta duit raya yang diberi kepada kanak-kanak ini selalunya dibelanjakan serta-merta, dan tidak disimpan untuk memupuk amalan menyimpan bagi menyemai impian dan aspirasi masa depan mereka.
“Seiring dengan pemahaman dan komitmen kami terhadap pengurusan kewangan pelanggan dan peluang-peluang pembinaan kekayaan, kami melihat suatu peluang yang baik untuk bergabung tenaga bersama para pelanggan kami. Dengan membuka akaun-akaun simpanan untuk membantu kanak-kanak rumah kebajikan, kami dapat menyemai masa depan dan membantu mencapai impian mereka. Kami berharap dengan memiliki akaun simpanan mereka sendiri, ianya dapat menjadi pengenalan awal kepada konsep celik kewangan yang memberikan mereka semangat berdikari, serta menjadi permulaan yang baik ke arah memupuk amalan menyimpan bagi masa depan kewangan yang lebih kukuh,” kata Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB.
“Amalan kebajikan terutama untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik adalah kelaziman pada musim perayaan ini dan kami berterima kasih atas sokongan berterusan daripada pelanggan kami, khususnya untuk Unit Amanah Saham ASB dan ASNB yang membolehkan kami sedikit sebanyak menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukannya. Bagi mencapai hasrat ini, HLB telah mengenalpasti 200 penerima dari rumah-rumah kebajikan yang telah memenuhi syarat-syarat pemilihan dan akan membantu dalam membuka akaun simpanan mereka yang pertama selepas tamatnya tempoh kempen ini,” kata Jasani Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Bank.
Melalui video musim perayaan HLB, ‘Kasih Tak Berwajah,’pesanan agar menyemai impian jangkamasa panjang golongan ini dihidupkan dalam kisah manis dari perspektif seorang kanak-kanak lelaki yang berkongsi dengan bangga kisah dan aspirasi kakak-kakaknya. Rupa-rupanya ‘kakak-kakak’ tersebut ialah anak-anak tajaan ibu bapanya dari sebuah rumah kebajikan, yang menerima bantuan pasangan itu sepanjang tahun dalam bentuk deposit simpanan.
“Menyemai impian orang tersayang memanglah penting, namun lebih bermakna jika kita juga dapat membantu secara mampan orang lain yang mungkin tidak mendapat peluang-peluang yang sama. Bantuan kecil seperti membuka akaun untuk kanak-kanak rumah-rumah kebajikan ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada mereka untuk menyimpan demi masa depan, dan merupakan hadiah yang dapat meninggalkan impak yang berterusan ke atas mereka. Ini tidak berbeza daripada apa yang kami hasratkan untuk pelanggan kami – agar mereka dilengkapi dengan peralatan kewangan yang betul untuk menyokong aspirasi mereka,” kata Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB.
Selain daripada program CSR ini, HLB turut menawarkan berbagai promosi penggunasepanjang musim Hari Raya, termasuk peluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM35,000 apabila pelanggan memberi duit raya secara digital melalui e-Duit Rayadan DuitNow dengan menggunakan aplikasi Hong Leong Connect, seiring dengan perkembangan pesat ke arah menjadi masyarakat nirtunai.
Untuk menonton ‘Kasih Tak Berwajah,’ sila klik di sini : https://tinyurl.com/y26dd44v
Untuk maklumat lanjut berkaitan promosi pengguna yang mengujakan, sila layari:
Bagus usaha Hong Leong bank ini..
ReplyDelete