Friday, June 28, 2019

Hari Pelepasan Am Tambahan Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong


Alhamdulillah....

Dalam berkira-kira nak ambil cuti hujung Julai ni tetiba dapat perkhabaran gembira ada cuti am tambahan. Seronok la semua satu Malaysia  dapat cuti walau sehari kan..nak cuti lagi panjang bleh ambil cuti Isnin tu juga..so korang boleh la plan cuti 30hb Julai nanti...SA plak boss SA cuti 2 minggu..melopong la SA lepak opis jadi manusia tak aktif nanti...huhu..2 minggu oiii lama giler...kalau la SA ada banyak cuti kan best ..boleh la SA pun cuti gak....

Jualan Buku Big Bad Wolf Singgah Di Negeri Sembilan Dalam Usahanya Untuk Memupuk Minat Membaca Di Seluruh Malaysia

Jualan Buku kegemaran rakyat Malaysia kembali ke Seremban selepas empat tahun sebagai sebahagian daripada lawatannya ke seluruh negara.

Hi korang!!!

Berita baik malahan berita yang sangat- sangat menarik untuk semua Serembanians dan rakyat- rakyat Negeri Sembilan tak kisah dari mana daerah pun. Jualan Buku Big Bad Wolf akhirnya menuju ke Seremban setelah menyempurnakan jelajahnya di empat negeri di Malaysia tahun ini! Bermula dari 27 Jun hingga 7 Julai 2019, penduduk di ibu negeri Negeri Sembilan dan kawasan sekitarnya boleh mengunjungi Mydin Mall di Seremban 2 di mana Jualan Buku tersebut akan berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam selama 11 hari dan masuk adalah PERCUMA! 

Sebelum ni korang pandang- pandang dan jeling- jeling jer kan tempat lain ada Big Bad Wolf dan ada yang meroyan kat sosial media sebab tak dapat pergi ( SA la tu) beli buku murah- murah. Ha..tak payah risau dah...terjah aje Mydin Mall Seremban 2. Lepaskan la segala hajat korang nak memiliki buku- buku idaman korang tu. Jangan pula tunggu disaat- saat terakhir. Itu kalau tak dapat buku yang korang nak beli, tolong jangan salahkan SA...bukan SA tak bagi tau awal kan...dah bagi tau awal dah ni ha...



Dikenali kerana menawarkan diskaun menarik antara 75% hingga 95% berbanding dengan harga runcit yang disyorkan, para pelanggan pastinya dapat mencari berbagai jenis buku di Jualan berkenaan. Dari judul-judul terlaris hinggalah novel remaja, buku kanak-kanak, kisah cinta, sains fiksyen, jenayah, thriller, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan dan banyak lagi, para pelanggan boleh memilih buku-buku kesukaan mereka di Jualan Buku Big Bad Wolf dalam versi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

“Kami berasa amat gembira kerana dapat kembali semula ke Seremban. Sejak Jualan Buku terakhir kami di sini empat tahun lalu, kami telah menerima maklum balas daripada masyarakat di sini bahawa ramai penduduk Negeri Sembilan tidak dapat mengunjungi Jualan Tahunan kami di Mines International Exhibition and Convention Centre (MIECC) kerana jarak perjalanan yang jauh. Oleh itu, dalam usaha kami untuk memupuk minat membaca kepada seberapa ramai orang yang mungkin, kami memutuskan untuk membawa Jualan Buku ini ke Negeri Sembilan,” kata Pengasas Jualan Buku Big Bad Wolf, Andrew Yap. 

Jualan Buku Big Bad Wolf juga percaya bahawa tabiat suka membaca patut disemai sejak di awal usia. Sejajar dengan itu, ibu bapa akan menemui beraneka pilihan buku kanak-kanak seperti buku aktiviti, buku mewarna, buku cerita, buku bergambar dan banyak lagi di Jualan berkenaan. Ibu bapa juga boleh meningkatkan tahap membaca anak-anak mereka ke peringkat lebih tinggi dengan Buku Ajaib yang digabungkan dengan kecanggihan teknologi Augmented Reality (AR) yang bakal merevolusikan cara si kecil membaca. Buku-buku Ajaib ini mempunyai 13 judul menarik yang terdiri daripada judul-judul bersifat pendidikan dan kisah dongeng yang terkenal. Buku-buku Ajaib tersebut yang mengandungi kandungan interaktif dan menarik dapat membantu proses pembelajaran kanak-kanak kerana mereka dapat membaca, bermain dan belajar pada masa yang sama. 

Selain daripada itu, Jualan Buku Big Bad Wolf di Seremban turut menampilkan lebih daripada 40 penerbit tempatan seperti Kualiti Books, Sasbadi, PTS dan Pelangi yang sedia menawarkan potongan harga terhebat ke atas buku-buku pendidikan. Para peminat novel tempatan juga boleh mendapatkan judul-judul kegemaran mereka yang diterbit oleh Buku Fixi, Lejen Press, DuBook Press dan Iman Publication. 

Sejajar dengan misi Big Bad Wolf Books supaya buku mampu dimiliki oleh semua, Jualan Buku Big Bad Wolf telah mengaktifkan sayap Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) miliknya iaitu Program Red Readerhood (RRH) menerusi kerjasama dengan Junior University Malaysia (Junior Uni Malaysia). Junior Uni Malaysia merupakan sebuah pertubuhan tempatan yang mensasarkan untuk meningkat tahap literasi dalam kalangan kanak-kanak di negeri berkenaan di samping membimbing mereka untuk mencapai potensi diri yang sepenuhnya menerusi pelbagai program latihan. Bagi memulakan Program Red Readerhood, Jualan Buku Big Bad Wolf akan menderma sebanyak 200 buku kepada Junior Uni Malaysia. Buku-buku yang disumbangkan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak berusia 4 hingga 17 tahun di 6 buah rumah perlindungan kanak-kanak di seluruh Negeri Sembilan. Para pelanggan juga dialu-alukan untuk menyinggah di sudut Red Readerhood yang terletak di sebelah kiri selepas kaunter pembayaran untuk membeli dan menyumbangkan buku kepada Junior Uni Malaysia.

Selepas menganjurkan Jualan Buku selama 10 tahun , Jualan Buku Big Bad Wolf merancang untuk meneruskan siri jelajahnya ke negeri-negeri lain di Malaysia pada tahun ini sebelum kembali ke Kuala Lumpur bagi meraikan Jualan Ulang Tahun ke-10 pada Disember nanti.

Selain daripada buku, para pelanggan juga boleh mendapatkan magnet serta lencana Big Bad Wolf di Jualan Buku berkenaan. 

Pastikan anda mendapat maklumat terkini dan ikuti #BBWSeremban2019 untuk mendapatkan maklumat terkini harian di:
FACEBOOK: fb.com/bbwbooks
INSTAGRAM: @bigbadwolfbooks 

Maklumat mengenai acara:
Jualan Buku Big Bad Wolf Seremban 2019
Tempat: Mydin Mall, Seremban 2, Seremban, Negeri Sembilan
Tempoh Jualan: 27 Jun – 7 Julai 2019
Masa: 10:00 pagi – 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA.

Thursday, June 27, 2019

Al Fatihah....


Assalammualaikum..

Seawal 12am hari ni SA menerima perkhabaran ibu mertua adik lelaki SA telah menghembuskan nafas terakhir..terkejut juga...sebagai menghormati pemergian arwah hanya ini entry SA untuk hari ini. Sama-sama kita berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

Innalillahiwainnailaihirojiun....

Salam takziah buat keluarga adik ipar SA...

Wednesday, June 26, 2019

SA Suka Kembara Bajet Murah

Ada ramai anak muda yang suka sangat melancong dengan bajet minimum. Jangan terlalu berkira untuk kurangkan bajet hinggakan lupa beberapa perkara utama. Selalunya faktor utama kembara bajet murah adalah kerana faktor gaji kecil. tiada pendapatan sendiri kerana masih belajar tetapi mempunyai keinginan untuk merasa cabaran ketika mengembara membuatkan anak muda khususnya suka melancong dengan bajet rendah. Ada antaranya boleh melancong dengan  bajet serendah RM400 dihabiskan selama 3 hari di Thailand. Bahasa mudah untuk melabel mereka adalah golongan "Backpackers". SA kadang- kadang suka je bercuti ala- ala backpackers ni...tak perlu nak pening fikir atau plan percutian...

Ada ke kos percutian semurah tu? Jangan la kata takde..jangan la kata kalau bajet rendah tak boleh bercuti kan..ada je tempat yang murah yang penting kita pandai uruskan perbelanjaan...percaya tak SA pergi Lombok, Indonesia hanya bawak duit belanja RM600...haaaa...tapi x adil la SA cakap murah sebab tiket dan hotel di tanggung company....tapi pada pendapat SA la kan...nak pergi Lombok murah je sebenarnya..tapi x perlu melalui agent...kena semua sendiri...rasanya bawah RM1500 untuk explore banyak tempat di Lombok...

Bercuti Untuk Shopping?

SA ni pelik sikit tau korang...SA kalau bercuti luar dari Malaysia memang tak suka nak shopping walau bawak cash lebih.stail SA dari Malaysia bawak bag pack besar skit..pas tu bawak 2 helai jeans, 2 helai tshirt..selebihnya sampai kat tempat tu baru beli baju 2-3 helai lagi..x suka bawak beban banyak2. SA lebih suka tengok tempat orang, budaya, pemandangan dan keindahan alam..itu jiwa SA...Bukan SA je...anak dara SA pun sama...

Jom SA share gambar pemandangan yang sempat SA cari masa SA bercuti di Perlis dan Langkawi bersama keluarga...ikutkan dah share sebelum ni tapi takde bahan untuk entry blog so SA share aje la...

PERLIS















LANGKAWI









SA bercadang nak bercuti berdua dengan anak dara SA memandangkan dia dah cukup besar untuk SA bawak berjalan..ini proses awal untuk anak seusia dia belajar berdikari. Mana tau kan kalau ada rezeki belajar jauh, masuk universiti dia dah tak rasa kekok dah...SA memang galakkan Dania berdikari sebab SA dulu pun macam tu...habis belajar dan zaman belajar SA memang berdikari..seawal usia 12 tahun dah boleh buat segala urusan sendiri dan SA nampak Dania pun macam tu...

Bercuti bajet murah ni lebih kepada anda yang sukakan cabaran. tips penting adalah keselamatan,kemudahan penginapan dan keselesaan. Biasanya hotel bajet/ motel/ homestay menjadi pilihan kaki kembara bajet.Cuma abaikan tanggapan negatif sesetengah masyarakat terhadap hotel bajet dan fokuskan pada matlamat utama untuk bercuti..Lokasi hotel perlu strategik dan ada kemudahan untuk akses pengangkutan awam, selamat dan selesa. Kalau ada kemudahan wifi lagi bagus supaya anda boleh share perkara- perkara atau gambar menarik terus ke media sosial.

Dulu SA takut tau nak meneroka percutian bajet murah/ backpackers..sekarang dah tak lagi lepas beberapa pengalaman bercuti di luar negara..kata orang tua pengalaman mengajar kita kan..alhamdulillah SA tak pernah menghadapi masalah ketika bercuti.Pada SA korang jangan sesekali malas meneroka tempat baru. Sekurang- kurangnya setahun sekali. Pilih yang terbaik dan jangan sesekali menjadikan faktor kewangan sebagai sebab utama penghalang untuk anda bercuti...

Ke mana destinasi seterusnya SA nak teroka...tahun ni SA tumpukan dalam Malaysia dulu...SA baru balik dari meneroka Kuala Selangor ( nanti SA kongsi next entry) dan SA teringin nak teroka Sekinchan yang terkenal dengan jelapang padi.Harap dalam masa terdekat atau sebelum hujung tahun SA dapat bawak Dania jalan - jalan lagi..

Hey korang...kalau korang nak merancang percutian ke Cherating, website Bagasi sedia ada list hotel di Cherating yang memudahkan proses mencari dan merealisasikan impian percutian korang. Cuba la..mana tau kan dengan adanya website Bagasi ni korang akan lebih mudah bercuti setiap bulan dan maybe setiap tahun. Siapa tau kan? Akan datang SA plan nak bercuti ke Cherating pula. So SA dah boleh rujuk dah list hotel di Cherating melalui website Bagasi. Semoga impian SA menjadi kenyataan...yeay!!!nak bercuti lagi........

Tuesday, June 25, 2019

Lunch Di Restoran Puteri ....

Hi korang..

Hari ni buntu x tau nak makan apa tengahari, cadangnya nak makan kat ada satu medan selera kat Brickfield..tetiba hujan plak masa on da way...terus masuk Restoran Puteri sebab tak ramai orang...boleh la..perut dah lapar...makan je la kat sini...

Apa yang yang kat sini? biasalah restoran nasi campur..cuma mahal la makan kat sini..dua lauk ni je SA amik..total damage SA makan hari ni RM20..hehehe....


Siput sedut masak lemak cili api..so so je 


Ikan cencaru bakar, terung berlada seketul ngan sambal belacan skit...

Takpe la..sesekali makan mahal..cuma dh kureng la makan kat sini..makanan dia selain mahal tak sesedap dulu...maybe tukar-tukar tukang masak kot...kawan SA cakap next time x nak makan kat sini la...

Sambal Belacan Kundang....

Hi korang...

Semalam blog ni senyap sunyi je kan...semalam malas nak update..SA EL semalam ada hal..mood pun kelaut dalam semalam..badan masih sakit-sakit sebab urut satu badan kan...alhamdulillah SA dh rasa ok..kurang dah berangin badan..best betul badan sekarang...

So hari ni SA nak share ngan korang sambal belacan kundang. Kat kampung SA sekarang tengah musim buah kundang...merata-rata orang jual buah kundang ni...SA duku memang suka makan buah2 asam macam ni...Kundang, mangga muda ke..tapi sekarang dah kurang..sejak ada gastrik, ada gerd ni...memang dh jarang makan walau keinginan tu ada...jeruk-jeruk atau asam ke memang kurang makan dah..tak tahan perut SA...

Jom SA share cara-cara buat sambal belacan kundang


Buah kundang fresh yang abah SA petik dari pokok kat kampung



Bahan-bahan


  1. Belacan (dibakar dahulu)
  2. Cili api - 20biji
  3. Cili besar - 1 biji
  4. 10 biji buah kundang ( dihiris)
Cara2

  1. Tumbuk cili api dan cili besar
  2. Masukkan belacan tumbuk sampai mesra dengan cili
  3. tumbuk sekali hirisan buah kundang sampai hancur
  4. Tidak perlu limau kasturi sebab buah kundang dah masam..
  5. Siap!!!!
Ada yang tanya..sedap ke? of course la sedap...kalau guna belacan melaka lagi best..SA guna belacan Tanjung Dawai..pun sedap gak...kalau tak tahan pedas boleh kurangkan cili api..tapi SA suka pedas-pedas. Lepas tu korang goreng la ikan apa2 pun..cicah sambal belacan kundang...makan ngan nasi panas-panas...confirm terangkat....masa tu jangan salahkan SA ye kalau korang nyer diet rosak....hahaha.....

Saturday, June 22, 2019

Pengalaman Urut Satu Badan a.k.a Urut Bersalin

Hi korang...

Seawal pagi hari ni SA dah keluar rumah balik kampung sebab dah buat janji nak urut satu badan dengan nenek yang pandai mengurut kat kampung. Mulanya SA skeptical skit pasal berurut ni...SA takut sakit..tapi dh beberapa bulan SA sakit belikat sampai nak bernafas pun payah..sampai risau yang SA ni sakit jantung ke apa apa kan..

Kesudahannya abah dh kesian sangat ngan SA di carinya orang yang pandai urut. Sebelum ni SA berurut ngan Indon panggil ke rumah..tapi tak selesaikan masalah SA..so hari ni abah cakap dia dh buat janji ngan nenek tu..jom la balik kampung jap..

Pengalaman???

Tak tau nak cakap apa laaa....dari awal dia start sentuh part kaki (urut satu badan) x tau nak cakap macam mana..sakit giler mula2.. dari dari tapak kaki ke betis ke punggung ya allah....x tau nak gambarkan sakit tu macam mana ..dia urut dari kaki sampai ke kepala..memang puas hati sebab dapat urut dengan orang yang betul-betul pandai mengurut. Bidan kampung ni memang bagus rupanya urut. Sangat puas hati. Belikat yang sakit dah semakin ok. 

Esok SA urut lagi..SA mintak nak urut 3 kali..next week Sabtu datang lagi...esok pagi second session..harap lepas ni makin baik la SA..letih dh...badan asyik angin..makan ubat je kan bukan elok pun..x bagus untuk buah pinggang..

Entry kali ni xde gambar ye..sensored..hahhaa..

Penumpang Komuter Nikmati Piza Percuma Domino’s Semasa Perjalanan Balik Kampung

Dalam semangat menyambut Hari Raya, Domino's Pizza menambahkan keseronokan balik kampung dengan mengedarkan lebih 1,000 keping piza di KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Para penumpang yang menunggu untuk menaiki bas dan kereta api untuk pulang ke kampung halaman bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri gembira menerima pizza Domino’s yang lazat untuk berbuka puasa.




Menurut Puan Linda Hassan, Naib Presiden Kanan, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura, “Inisiatif hari ini seiring dengan janji jenama kami, ‘It’s All About You’. Di Domino’s, kami berhasrat untuk memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dan musim perayaan adalah peluang yang terbaik untuk membawa kegembiraan kepada rakyat Malaysia, apabila mereka memulakan perjalanan ke kampung halaman masing-masing untuk merayakan Hari Raya dengan orang tersayang. Di samping itu, sempena bulan yang penuh berkat ini, kami ingin memberi piza kepada penumpang yang mungkin tidak dapat berbuka puasa kerana perlu bergegas untuk sampai ke destinasi mereka. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KTM KL Sentral, Terminal Bas Hentian Duta, Terminal Shah Alam dan TBS atas sokongan padu mereka dalam memastikan inisiatif ini berjaya.”




Suasana di sekitar KTM KL Sentral, Hentian Duta, Hentian Shah Alam dan TBS kelihatan riuh rendah serta dipenuhi keseronokan dan kegembiraan apabila penghantar piza Domino’s tiba untuk menghantar beratus-ratus piza. Pasukan Penghantar Domino’s turut mengedarkan pizza panas kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur, memastikan mereka mendapat makanan untuk berbuka puasa ketika dalam perjalanan balik kampung. Selain menyediakan piza untuk para penumpang, Domino’s turut memberi piza kepada para pekerja yang bertugas di keempat-empat terminal.




Puan Linda juga berkata, “Kami sangat menghargai titik peluh para pekerja yang bertugas di hab-hab pengangkutan penting ini sepanjang bulan Ramadhan, dan juga semasa musim Hari Raya. Berpegang teguh kepada tradisi Domino’s, kami telah menyumbang piza sebagai tanda terima kasih dan penghargaan buat pasukan-pasukan ini terutamanya semasa tempoh perjalanan yang paling sibuk di negara ini.”



Sebagai sebuah syarikat yang prihatin, Domino's Pizza terus mencari inisiatif untuk mendekatkan diri dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat semasa pelbagai musim perayaan di seluruh negara.

Friday, June 21, 2019

Pot Luck Raya Level 12 Makan Sampai Petang

Hi korang....

Haaa...tak pernah2 dibuat hari Jumaat SA berbaju kurung tapi demi menyokong kelancaran majlis Pot Luck Raya Level 12 ni makanya SA memenuhi syarat tema tena berbaju raya..baju raya kat rumah Seremban..ni baju tak raya je ada kat rumah sewa...nasib ada..sebab rasanya semua baju kurung SA dh hantar ke Seremban...asyik la order baju kurung cotton kat online untuk SA guna pakai kat opis..itupun jarang pakai sebab lebih selesa pakai skirt, dress ataupun office wear biasa...

SA kan baru join department baru seminggu ni..so diorang plan ni hari Rabu...laaa..rumah sewa SA memang takde apa perkakas dapur yang boleh SA masak ngan tenang, ada yg basic je makanyaaa....SA bagi duit je laaa...next week lagi la..SA busy dengan farewell plak ...makan lagiiiii.......


Dengan kakak2 otai


one more pose


dengan kawan opis Jiza...kami sebaya


selfie...

Jom tengok makanan.....awas kalau terliur....x dapat nak tolong..SA suka tayang makanan....


Makaroni bakar


Karipap sardin sedap..


kuih nona manis


Bombolini


Rendang daging


Kari Ayam utk roti jala


Roti Jala


Lemang


Buah-buahan


Anggur


Nasi lemak nyer condiments..nasindalam flusk


Peach Puding


Satay daging


Satay ayam


Rendang nasib


Sebenarnya sessi bergambar belum lagi...petang-petang skit katanya...nanti dh ada gambar SA share kat entry lain eh..level 12 ni memang suka part bergambar..part makan lagi depa suka...hehehe..habis la SA nanti ni...kena kerap puasa la..bila puasa sure x risau sangat kan...tapi confirm nanti kena paksa buka puasa kalau ada ada makan makan....