Ada ramai anak muda yang suka sangat melancong dengan bajet minimum. Jangan terlalu berkira untuk kurangkan bajet hinggakan lupa beberapa perkara utama. Selalunya faktor utama kembara bajet murah adalah kerana faktor gaji kecil. tiada pendapatan sendiri kerana masih belajar tetapi mempunyai keinginan untuk merasa cabaran ketika mengembara membuatkan anak muda khususnya suka melancong dengan bajet rendah. Ada antaranya boleh melancong dengan bajet serendah RM400 dihabiskan selama 3 hari di Thailand. Bahasa mudah untuk melabel mereka adalah golongan "Backpackers". SA kadang- kadang suka je bercuti ala- ala backpackers ni...tak perlu nak pening fikir atau plan percutian...
Ada ke kos percutian semurah tu? Jangan la kata takde..jangan la kata kalau bajet rendah tak boleh bercuti kan..ada je tempat yang murah yang penting kita pandai uruskan perbelanjaan...percaya tak SA pergi Lombok, Indonesia hanya bawak duit belanja RM600...haaaa...tapi x adil la SA cakap murah sebab tiket dan hotel di tanggung company....tapi pada pendapat SA la kan...nak pergi Lombok murah je sebenarnya..tapi x perlu melalui agent...kena semua sendiri...rasanya bawah RM1500 untuk explore banyak tempat di Lombok...
Bercuti Untuk Shopping?
SA ni pelik sikit tau korang...SA kalau bercuti luar dari Malaysia memang tak suka nak shopping walau bawak cash lebih.stail SA dari Malaysia bawak bag pack besar skit..pas tu bawak 2 helai jeans, 2 helai tshirt..selebihnya sampai kat tempat tu baru beli baju 2-3 helai lagi..x suka bawak beban banyak2. SA lebih suka tengok tempat orang, budaya, pemandangan dan keindahan alam..itu jiwa SA...Bukan SA je...anak dara SA pun sama...
Jom SA share gambar pemandangan yang sempat SA cari masa SA bercuti di Perlis dan Langkawi bersama keluarga...ikutkan dah share sebelum ni tapi takde bahan untuk entry blog so SA share aje la...
PERLIS
LANGKAWI
SA bercadang nak bercuti berdua dengan anak dara SA memandangkan dia dah cukup besar untuk SA bawak berjalan..ini proses awal untuk anak seusia dia belajar berdikari. Mana tau kan kalau ada rezeki belajar jauh, masuk universiti dia dah tak rasa kekok dah...SA memang galakkan Dania berdikari sebab SA dulu pun macam tu...habis belajar dan zaman belajar SA memang berdikari..seawal usia 12 tahun dah boleh buat segala urusan sendiri dan SA nampak Dania pun macam tu...
Bercuti bajet murah ni lebih kepada anda yang sukakan cabaran. tips penting adalah keselamatan,kemudahan penginapan dan keselesaan. Biasanya hotel bajet/ motel/ homestay menjadi pilihan kaki kembara bajet.Cuma abaikan tanggapan negatif sesetengah masyarakat terhadap hotel bajet dan fokuskan pada matlamat utama untuk bercuti..Lokasi hotel perlu strategik dan ada kemudahan untuk akses pengangkutan awam, selamat dan selesa. Kalau ada kemudahan wifi lagi bagus supaya anda boleh share perkara- perkara atau gambar menarik terus ke media sosial.
Dulu SA takut tau nak meneroka percutian bajet murah/ backpackers..sekarang dah tak lagi lepas beberapa pengalaman bercuti di luar negara..kata orang tua pengalaman mengajar kita kan..alhamdulillah SA tak pernah menghadapi masalah ketika bercuti.Pada SA korang jangan sesekali malas meneroka tempat baru. Sekurang- kurangnya setahun sekali. Pilih yang terbaik dan jangan sesekali menjadikan faktor kewangan sebagai sebab utama penghalang untuk anda bercuti...
Ke mana destinasi seterusnya SA nak teroka...tahun ni SA tumpukan dalam Malaysia dulu...SA baru balik dari meneroka Kuala Selangor ( nanti SA kongsi next entry) dan SA teringin nak teroka Sekinchan yang terkenal dengan jelapang padi.Harap dalam masa terdekat atau sebelum hujung tahun SA dapat bawak Dania jalan - jalan lagi..
Hey korang...kalau korang nak merancang percutian ke
Cherating, website Bagasi sedia ada list
hotel di Cherating yang memudahkan proses mencari dan merealisasikan impian percutian korang. Cuba la..mana tau kan dengan adanya website Bagasi ni korang akan lebih mudah bercuti setiap bulan dan maybe setiap tahun. Siapa tau kan? Akan datang SA plan nak bercuti ke Cherating pula. So SA dah boleh rujuk dah list hotel di Cherating melalui website Bagasi. Semoga impian SA menjadi kenyataan...yeay!!!nak bercuti lagi........