Hi korang....
Ada yang tanya SA resepi Kailan Ikan masin yang SA masak masa buka puasa pertama Isnin lepas..alahai..SA pun campak2 je bahan...sebelum ni ikut resepi Sheila Rusly...memang ikut bulat -bulat cara SHeila Rusly masak...sejak dari dari tu memang abah selalu la dalam sebulan tu 2-3 kali suruh SA buat. Ikan masin kena guna ikan masin tenggiri jeruk..ikan masin lain macam x kena kan..tapi tu la..ikan masin tenggiri jeruk tu mahal...seekor RM25++..tapi puas hati la....
eh meh la tengok resepi..
RESEPI KAILAN IKAN MASIN ALA THAI
Bahan-bahan:
2 ikat sayur kailan
2 cm ikan masin sebaik-bauknya ikan tenggiri jeruk
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili api- ditumbuk dan dititik
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar nampla- sos ikan Thai
Minyak bijan
Cara-cara:
1)Sayur kailan yang telah dibersihkan dan dipotong kecil-kecil mengikut citarasa anda,
2)Ambil bawang merah dan putih dan diracik halus .
3)Ambil ikan masin bersihkan dahulu yer dan dipotong kecil-kecil.
4)Goreng ikan masin di dalam minyak yang panas sehingga betul-betul garing.
5)Masukkan semua bawang dan goreng bawang tersebut sehingga layu .
6)Selepas itu masukkan sos tiram dan kacau sehingga sebati.
7)Setelah betul-betul sebati anda masukkan pula nampla dan terus kacau.
8)Akhir sekali masukkan sayur kailan.
9)Setelah itu kacau sayur dan jika kelihatan kering anda boleh masukkan sedikit air .
10)Goreng sehingga sayur kailan layu dan masak sepenuhnya.
11)Penggunaan garam tidak perlu di dalam resepi ini kerana ikan masin sudah cukup masin
12) Siap!!! boleh dihidang..
Selamat mencuba !!!
Wahh sedapnyaaa.. Feveret kita sayur kailan ni..
ReplyDeleteFavorite jugak ni khailan ikan masin
ReplyDeleteDalam esbox ada tu kailan, nanti nak masak gak laaa...sedap ni kalau di ratah sekalipun kann..
ReplyDeleteuishh..sedap ni..kna plk ada tomyam dengan telur dadar..bertambah la mkn..hehe
ReplyDeleteantara sayur feveret kalau gi makan kat kedai siam kat bawah opis ni
ReplyDeletekalau pi kedai makan, selalu gak amik kailan goreng ikan masin ni..sedap..nak masak sendiri, tak reti...walaupun tgk SA share cara masak dia cam senang je...
ReplyDeletealahai sedapnya buat berbuka ni kak
ReplyDeleteSaya pn pernah try ikan masin jeruk. Lg sedao
ReplyDeleteok, kailan ikan masin 1, bungkus ya!
ReplyDeleteAda kailan kat rumah ni .. nanti nak masak la
ReplyDeleteLama dah tak makan sayur kailan. Tiba-tiba rasa nak makan pula.
ReplyDelete