Monday, August 31, 2020

Jom Berbuka Puasa Di Shah's Village Hotel Petaling Jaya

Hi korang...

Esok kita semua umat islam seluruh dunia dah mula berpuasa..alhamdulillah berjumpa lagi dengan Ramadhan Al Mubarak. Sana sini hotel dah rancak mempromosikan buffet ramadhan dengan pelbagai tarikan..berkesempatan berkunjung ke Shah's Village Hotel di Petaling Jaya. Salah sebuah hotel yang telah lama bertapak di Malaysia. Dengan dekorasi classic vintage ala-ala Bali...masuk ke sini seolah-olah SA berada dalam kampung..dengan bunyian unggas rimba..sangat menenangkan hati SA..terus terang SA jatuh hati..kalau tak fikir cuti hari pekerja sehari je..mau SA staycation kat sini..

Artikel menarik untuk anda baca: Susu terbaik untuk amalan seisi keluarga.

Shah's Village hotel sememangnya terkenal dengan masakan Melayu Tradisional. Setiap tahun sememangnya menjadi kemestian bagi pihak hotel untuk mengekalkan konsep masakan Melayu yang menjadi pilihan ramai. Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Shah's Village Hotel juga tidak ketinggalan turut serta dalam memeriahkan promosi Ramadhan dengan mengekalkan buffet Ramadhan untuk berbuka puasa yang menawarkan dan menyajikan pelbagai menu hidangan dari pelbagai masakan.



Suasana Suasana aman dan tenang membuai hati..


Rasa macam kat Bali plak


Muka teruja SA


classic dekorasi di Lobby hotel


menarik quotes ni


Pemilik hotel dan Mohamad Ali


Ambiance pun cozy je


Shah's Village Hotel menawarkan menu makanan tempatan seperti Nasi Beriani, Nasi Bukhara, Nasi Mandi, Laksa, Mee Kari, Mee Goreng dan sebagainya selain hidangan pencuci mulut kuih muih tempatan. Setiap menu dihidangkan oleh chef-chef yang berpengalaman dan pastinya pilihan yang tepat dimana semuanya adalah mengikut kepelbagaian citarasa para pelanggan yang sering berkunjung ke Shah's Village Hotel. Menu yang dihidangkan adalah berlainan setiap hari.



Ikan masin goreng penambah selera


ikan masin sepat


Gado-gado


Sup kambing


Kurma kambing


Kuih muih traditional


pengunjung menjamu selera

Bahagian minuman


Menariknya pakej Buffet Ramadhan ini adalah sangat berpatutan dan berbaloi iaitu hanya RM60.00 untuk dewasa, RM45 untuk warga emas dan RM40 untuk kanak-kanak.Bagi kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah tidak dikenakan bayaran. 

Untuk sebarang tempahan sila hubungi

Pn Azza ~ 017-2037559
Pn Natalia ~ 017-2020950
Pn Zaila ~ 012- 6745612

6 comments:

  1. wahh sedapnya nampakkk... menu semua best best. part ikan masin tu paling tak tahan... tak sangka hotel pon ada menu mcm tu ye...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa...
    klu tgk menu-menu buffet ni...mmg tertelan air liur..

    ReplyDelete
  3. murah..kat PJ yeak..boleh ajak en.asben

    ReplyDelete
  4. Sedap makanan di Shah's Village Hotel..
    Kursus anjuran MTUC di sini & menginap di sini 3 hari 2 mlm.. Suasana tenang..

    ReplyDelete
  5. aik kenapa macam entri bulan Ramadhan pulak ni..😂😂

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah