Friday, May 31, 2019

SA Dah Bayar Zakat Fitrah Untuk Tahun 2019

Hi korang....

SA dh tunaikan kewajipan SA bayar Zakat Fitrah hari ni..nasib SA ingat..bukan apa terlupa..kaunter zakat ada je kat Plaza Sentral ni..Dah bayar ni senang hati... Dah 13 tahun dah SA bayar sendiri zakat. SA kan ibu tunggal..


Dah settle semua dh..takde apa lagi rasanya yang tertangguh..SA half day hari ni...tak sabar nak balik Seremban. Banyak urusan kat Seremban tak settle lagi ni...kasut anak pun x beli beli lagi...bekas kuih pun x beli begi..yang tahun lepas punya ntah kat mana ntah..puas cari tak jumpa...sabar jer la..biasa la kalau abah SA simpan kan..sure dia lupa punya mana dia letak...lepas ni nak focus kemas rumah plak...

Korang yang belum bayar Zakat Fitrah..boleh berbuat demikian..ada 4 hari je lagi kan sebelum raya..ada gak yang bayar kat masjid sebelum sembahyang raya kan?

Antara Adab- Adab Dan Tips-Tips Berhari Raya...

Hi korang...

Tak lama je lagi kita semua nak sambut hari raya kan..pejam celik pejam celik lagi 4 hari kita puasa..sementara tu SA nak share la beberapa tips berhari raya yang sememangnya kita perlu dan ambil tahu dan jangan sesekali buat. Ada masa memang semua yg tersenarai tu orang tak endah sangat sebab pada mereka..hari raya adalah untuk ziarah menziarahi. Tapi kena fikir penerimaan tuan rumah jugak.. SA x sabar ni nak tengok siapa plak tahun ni yang hebat membawang dikalangan sedara mara SA...hahaha...


Gambar dari google


1. Jangan datang rumah org awal sangat. Orang masih solat raya. (hari pertama syawal)

2. Pastikan anak² x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah.

3. Jangan datang rumah orang tengah malam. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jangan tanya kenapa baju tuan rumah sama dengann langsir. Barang sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jangan sibuk tanya org bila nak kawin. Kalau dah kawin sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jangan pandai² tukar channel tv rumah org. Dah diorang sefamily minat Hindustan, jangan pandai² nak tukar astro ceria.

7. Jangan pakai baju sedondon sangat ramai2,  nanti macam kumpulan dikir barat.

8. Jangan terus ke dapur rumah orang. Biasa musim raya, dapur macam tongkang pecah.

9. Budak² jangan buka angpow depan tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah sama dengan warna duit RM1.

10. Orang hidang, air terus minum tak payah nak cakap banyak.

11. Jangan tumpang berhadas kecik/besar kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kuih basi or berkulat, telan ja. Jangan cuba nak selit kuih tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jangan mintak password wifi rumah orang.

14. Jangan sibuk tanya kuih raya tuan rumah beli ke buat.. makan je sudah.

15. Dah tu jangan tanya kuih tu beli kat mana.. berapa ringgit..jangan sibuk sgt ok.

16. Jangan tinggal pampers anak dlm bilik air umah orang. Dah tuan rumah lak nak kena kutip buang. Amik buang terus dlm tong sampah...paham ke ni ?

17. Jangan duduk lama sangat beraya rumah org tu... Org lain pun nak raya gak ok.

18. Jangan lupa tambah lagi apa yang anda rasa sesuai..

19. Jaga adab anak-anak, jangan sesuka nak berlari2 dalam rumah orang, usik barang-barang orang..paling x leh blah biar anak melompat-lompat kat sofa orang...

20. Didik anak-anak bersalam dengan orang lebih tua

Ikutkan ada banyak lagi kan..panjang plak entry ni kang...dah mood raya ni macam x ramai je jenguk blog..ye tak..nak schedule entry pun rasa malas sangat..x tau la kenapa tahun ni makin tebal penyakit malas ni..maybe sebab kurang aktif kot kan...

Thursday, May 30, 2019

Lipstick Mary Kay Untuk Raya...

Jom Cantik Di Hari Raya Dengan Mary Kay

Hi korang...

Haaa..bukan baju raya je untuk raya ye... lipstick raya pun ada tau...SA jarang beli lipstik..kebetulan ada promosi Mary Kay beli 2 lipstick RM52, grab je terus...order kat ex colleague office dan dia sanggup deliver kat office...rajin betul dia meniaga sekarang..SA suka la 2 kaler lipstick ni..mmg SA sangat warna dia..ye la SA x berapa suka warna terang-terang ni..lebih suka kaler pink2 lembut gitu..warna terang-terang nampak muka SA garang skit...kang kan lagi plak mengata SA kata SA ppuan tak baik kalau pakai lipstick yang agak daring...laaaa...sape yang cakap SA macam tu..ada la...x yah la buka aib dia..SA tau dia rasa bersalah ngan SA dan jafi tak keruan sekarang..SA maafkan tp melupakan setiap ayat2 dia tu tak la...hilang respect SA kat dia...

So...semalam SA dh dapat lipstick SA tu..suka sangat dengan warna dia..terus pakai je...santek x kaler dia?



gigih snap gambar utk kawan opis tu...bukti katanya


one more pose..


cantik kan..Romantik Pink


Mod Pink




Kedua-dua warna yang SA amik gambar tu nampak macam sama kan? tapi beza..maybe SA snap cahaya lampu terang sangat atas kepala SA ni...korang tengok gambar official dari Mary Kay tu..nampak beza kan?

Lepas ni target nak beli foundation Mary Kay plak...hehehe...

Wednesday, May 29, 2019

Happy Birthday Si Kembar Adeliya & Aressa

Hi korang...

SA betul-betul terlupa dengan sambutan birthday si kembar Sabtu lepas..sambut jugak la dalam bulan puasa..mas buka puasa  potong kek..budak-budak kan..kalau bab birthday mmg excited...tahun ni si kembar 8 tahun..dah darjah 2 dah...sekejap je masa berlalu...macam diorang baru je lahir tahun lepas..haha..

Meh la tengok gambar yg SA sempat snap..ikutkan x larat nak datang tp ibunya dah ajak beria kan..SA wakil mak abah...


Kek birthday diorang


Apam viral satu masa dulu


Cup cakes


Dida mesti ada 


x pasang lilin tp jenis yg bunga api tu..terus dedua takut..amenda ntah


Suka la tu...


Hembus lilin gak


Opick!!! bab bbakan kek mmg no 1


Dida dan Aressa..kot...hahaha


Aidan dan Opick


Adeliya dengan basikal baru


Aressa dengan basikal baru

Dapat hadiah basikal dari Ibu dan ayahnya..bukan main excited lagi diaorang berdua..dah lama request baru dapat...Happy birthday sikembar..sekarang dh 8 tahun..panjang lagi perjalanan diorang...semoga membesar menjadi anak yang baik, berjaya dunia dan akhirat...

Situ Sini Sana Sinun SA.....

Hi korang...

Dah nak raya ni kan..memang mood tu takde.. especially mood nak kerja...buat apa pun xde mood...tapi blog ni nak kena update gak..nanti cuti raya sure malas nak update kan..Ekceli SA takde apa nak citer sangat pun..just santai-santai je la...semalam SA order grab food lagi untuk berbuka..kalau harap sampai rumah bleh tunggu berbuka memang tak la...lambat sampai walau balik awal pukul 5pm...tak nak pening-pening beli aje la senang....lagipun last kerja Jumaat kan...


selama berkecimpung order grab food ni..baru sekali ni dapat paper bag GrabFood....muahaha


Sahur pagi td SA sempat masak ayam goreng kicap..sahur esok x tau la nak masak apa..mungkinkah maggi je?


Plan nak potong rambut...apa pendapat korang?


SA masih kerja lagi...ada ke kengkawan yg dh mula cuti? untung la korang cuti banyak..SA akan mula cuti Isnin nanti dan akan masuk kerja semula Isnin 10hb. Cukup la tu cuti raya kan..takkan nak cuti lelama plak...cuti yang ada tu bleh simpan untuk cuti hujung tahun nanti..ape plan cuti hujung tahun nanti bleh start tengok-tengok. Samada nak bercuti berdua ngan anak dara tu ke atau sebaliknya..apapun kena tunggu dia settle PT3 dulu..tengah struggle dia belajar sekarang...kadang kesian tengok..dengan tusyen lagi..dah la sistem pembelajaran di negara kita ni makin teruk kan..x tau la apa nasib anak-anak kita nanti...pembelajaran makin lama makin susah...

Tuesday, May 28, 2019

Serba Sederhana Raya Tahun Ni

Hi korang...

Siyesly mood kerja makin ke laut la..memandangkan cuti tinggal tak banyak kan..so gigih la kerja minggu ni..kalau banyak cuti lama dh amik cuti awal..hahahha...well macam mana dengan persiapan raya korang? Tahun ni SA sama je macam tahun-tahun lepas..bersederhana aje..baju raya untuk anak dara, abah dan mak dah settle..tinggal kasut je lagi..tengok la weekend ni macam mana..bleh beli kasut plak..duit raya dh tukar dengan harapan dapat la duit baru..erm..tak semua dapat baru..takpe la janji dh tukar kan...anak2 buah sibuk tanya dh..berapa duit raya raya tahun ni..hahaha..SA bg tau diorang.. siapa tak puasa SA bg RM1 je..jangan banyak bunyik..siapa banyak complain SA potong jadi 50 sen je..nasib la...kalau buat betul-betul sure diorang cakap kejam..


Duit raya RM600 dah tukar...


Kuih raya beli je..tart nenas tak sampai lagi..esok kot


Muka happy berat dh 56.7kg

Haaa..nak citer skit..berkat gigih puasa sampai gastrik pun SA buat bodoh je..apa yang SA lalui sepanjang puasa ni sakit SA alhamdulillah x kerap menyerang..ada la sesekali..most of the day SA ok je..tekanan darah drop tp masih paras normal..SA dh jumpa doc pakar 15hb lepas, dah tukar ubat dari 10mg ke 5mg..tp SA tak start makan ubat dose baru lagi sebab ubat lama masih banyak..ubat tu plak mahal..x boleh nak buang..SA makan je...so far SA rasa sihat..ok je..kalau rasa tak consistent pun sesekali..harap-harap SA semakin ok sampai tahap SA x perlu makan ubat hypertension lagi..berat badan? haaaa...bab ni memang x sangka..SA sekarang dh 56.7kg dari 61kg...satu pencapaian yang sangat-sangat SA x sangka..banyak gak turun sejak puasa ni..SA kurang makan..tapi lebih banyak minum air je...kalau makan pun x boleh banyak..kena makan sikit je..kalau makan banyak bang sure mengah dan rasa tak selesa.

Persiapan raya korang macam mana?

Monday, May 27, 2019

Wangi - Wangi Dengan Penyegar Fabrik Dan Udara D'menc Afy Haniff

Hi korang....

Afy Haniff jenama yang tidak asing lagi di pasaran dan semakin mendapat sambutan orang ramai. Produk bumiputera yang dipasarkan setanding dengan jenama yang sedia ada. SA sendiri sangat- sangat berpuas hati dengan produk keluaran Afy Haniff dan sering repeat beli di hypermarket berdekatan dengan SA. Kalau sebelum ni SA berkongsi product Afy Haniff di SINI. Sekarang SA nak kongsi pula produk yang juga keluaran mereka iaitu Penyegar Fabrik dan Penyegar Udara D'menc. First time SA guna dah jatuh cinta dh..mana taknya, rumah SA berbau wangi..hari-hari sembur langsir, Sofa dan kain baju SA..wangi sangat..bau pun segar aje..semua ke empat-empat penyegar fabrik SA suka...

Produk penyegar fabrik D'Menc ini mempunyai 4 jenis wangian:


  1. Lavender
  2. Vanilla
  3. Lemon Tree
  4. Strawberry

Kelebihan yang korang semua kena tahu berkenaan penyegar fabrik D'Menc ini adalah:


  1. Terdapat 4 variasi  wangian yang berbeza iaitu Lavender, Vanilla, Lemon Tree dan Strawberry.
  2. Menggunakan molodour counteractant technology yang menghapuskan bau kurang senang dengan segera dan mengandungi anti bakteria 
  3. Meresap ke dalam fabrik dan menghilangkan bau hapak dan menyegarkan.
  4. Menyegarkan tanpa perlu dibasuh
  5. Menghilangkan 99.9% kuman penyebab bau busuk
  6. Tidak meninggalkan kesan pada fabrik

Cara nak guna penyegar fabrik D'Menc ini seperti:



  1. Putarkan trigger kepada 'ON'
  2. Goncang dan sembur dengan jarak 20cm dari fabrik
  3. Putar ke trigger OFF selepas guna
  4. Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, carpet, cadar dan kerusi
Size botol : 650ml

D'menc Air Freshener

Satu lagi product Afy Haniff yang SA suka adalah penyegar udara. Serius kesemua wangian ini sangat wangi...segar aje udara dengan wangian ni. Bagus kita guna penyegar udara untuk menyahkan bauan-bauan yang kurang enak di sekeliling kita. Bau pun tahan lama dan menyenangkan.




Kelebihan Penyegar Udara D'Menc ini adalah seperti:
  1. Terdapat 8 jenis wangian yang berbeza iaitu Autumn, Pandan Leaves, Lavender, Vanilla, Green Apple, Sparkling Lemon, Honeydew dan Tutty Fruity.
  2. Pewangi ini mengandungi 100% pati minyak wangi /kepekatan minyak
  3. Terdapat wangian buah-buahan dan bunga
  4. Wangian ini kekal segar sehingga penghabisan minyak atau titisan yang terakhir
  5. Penyegar udara ini sesuai digunakan di kereta, pejabat, almari, bilik, laci, ruang tamu dan juga dapur.
  6. Selamat dihidu oleh semua golongan dari pelbagai peringkat umur.


Cara Penggunaan Penyegar Udara D'Menc :






  1. Buka stopper sepenuhnya atau cucuk bahagian atas penutup
  2. Pasangkan penutup kayu dan terbalikkan dengan kadar segera
  3. Terbalikkan semula sekiranya bau telah hilang

Size botol : 60ml

Penyegar Udara D'menc ni SA dah letak dalam kereta, dalam bilik air, dalam bilik tidur dan dan juga kat workstation SA kat office..bau semua best-best..kalau korang nak tahu..bau penyegar udara ini tahan dan boleh diguna sehingga 60 hari. Jimat kan? SA sangat-sangat rekomen pada korang. Harga pun sangat berpatutan.. Korang boleh dapatkan kedua-dua product Penyegar Fabrik dan Penyegar Udara D'menc  di hypermarket berdekatan dengan korang seperti Giant, Tesco dan AEON Big. 

Nak Beli Produk Afy Haniff Di Online:

LAZADA | SHOPEE | 11 STREET | EZBUY

Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke laman sesawang Afy Haniff di:

FACEBOOK PAGE | INSTAGRAM | WEBSITE

Pesanan khidmat masyarakat Produk Afy Haniff dibawakan oleh Suria Amanda untuk Anda

Selamat Mencuba!!!

Friday, May 24, 2019

Perkongsian Jumaat Penghulu Segala Hari

APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BHW DIRINYA SUDAH MATI?


Orang yg mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya

Beberapa waktu kemudian

Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.

Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yg dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.

Kemudian dia meraba badannya yg hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun.

“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yg berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yg dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.

Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yg dianggap boleh menyelamatkannya:

“Makkkkkk….!!!!
“Ayaaaaaah…!!!!”
“Abangggggg!!!"
"Atokkkkk!! "
“Neneeeek!!”
“Kakaaaaak!!!”
“Sahabaaaaat!!!”

Tidak ada seorang pun yg menjawab nya. Dia yg selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.

Menangis lah dia sambil meminta ampun,

“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”

Dia berteriak dlm ketakutan yg luar biasa yg belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.

Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dgn wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dgn layanan yg terbaik.

Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dgn keburukannya.


Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur

Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yg lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)

Al Bazzar meriwayatkan dlm kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dgn kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yg sgt tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.

Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yg berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.

Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dlm keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dlm syurga.”

Lalu ia berpaling kpd sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yg terkadang kamu baca dgn suara keras dan terkadang dgn suara perlahan.

Jgn risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”

Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yg penuh dgn kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)

Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sgt, yg penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yg kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yg tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.

Banyak riwayat yg menerangkan bhw Al-Quran adalah pemberi syafa’at yg pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jgn Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di Surga Mu YaAllah... Aamiinnnnn.

Sahabat, sekarang anda memiliki dua pilihan,

1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini

2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu, insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...

Boleh di SHARE sebanyak mungkin!
Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL- QUR'ANNUL KARIM_

Thursday, May 23, 2019

Idea Simple Menu Berbuka....

Hi korang...

Yeay hari ni Khamis dah...mati- mati rasa macam hari ni hari Isnin..nasib baik sedar..kalau tak sure kena gelak hari ni..apapun lemau tetap lemau masuk office hari ni...semalam golek- golek jer kat rumah..menu berbuka semalam pun malas nak amik gambar. Ntah kenapa semalam rasa macam tak terdaya. Masak plak semalam cuma abah SA jer yang masak..Kari Itik Salai dengan Lawar Jantung Pisang. Ingat memang nak amik gambar..tapi kemalasan melampau...Sudahnya hari ni takde entry baru nak up..

Korang ada idea nak masak untuk berbuka tak hari ni?

Kalau takde maybe bleh guna idea SA yang ni...


Sup Ikan Jenahak

Sambal Udang Petai..

Ok tak idea SA tu?

Sebenarnya lauk tu dah masak lama dah...simpan dalam draft sekali lupa nak up...kira boleh la share ngan korang hari  ni mana tau korang takde idea nak masak. SA hari ni berbuka kat Shah's Village Hotel.Nanti malam kang tengok la nak buat apa, maybe kena beli atau buat nasi goreng jer ke untuk sahur pagi esok. Lagipun Esok balik Seremban kan...minggu ni banyak betul cuti kan...bukan tak suka..tak tau nak buat apa cuti lama- lama..hahaha...nasib baik Selasa ari tu SA kerja..kalau tak..lagi lemau la..padahal persiapan raya mak abah dan Dania blom ada lagi ni...poning wey.....nasib esok gaji...

Wednesday, May 22, 2019

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!

Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol!  


Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek. 


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!


Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah. Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca 2 yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.

Dettol Team at Bazaar Jalan Kuching

Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan. 

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan :-

  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar;
  • Sanitiser Tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air;
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.

Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.


Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan


Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk  3 kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!


Team Dettol at Bazaar TTDI


Team Dettol at Bazaar Bandar Tasik Permaisuri

Untuk info lanjut, sila layari :-

Tuesday, May 21, 2019

Menu berbuka 12 & 13 Ramadhan

Hi korang....

Alahaii..serba salah nak update ke tak menu berbuka..lately ni lebih banyak menu berbuka  dalam blog SA ni..bukan takde entey lain..ada..cuma blom deadline nak up dan SA masih draft lagi...ada product review jugak dan SA masih menanti barang sampai..draft dh buat sikit-sikit..so kita citer je la bab menu berbuka ni eh..ada 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu..Ahad x amik gambar sebab jadi baby sitter..hahaha..

Ada yang pelik kat rumah SA ni kalau berbuka memang jenis jasak banyak ke apa kan..ye la korang..adik badik hujung minggu memang balik berbuka kat rumah SA..Mak Abah SA kan tinggal sekali ngan SA..biasa masak banyak untuk sampai ke sahur..sebab tu korang nampak banyak SA masak...

Menu puasa ke 12


Kerang rebus


Ikan Belanak masak lemak cili api campur peria


Sayur bayam boreng


Sup ayam


Sambal Hitam Pahang


Kurma SA bawa dari office

Menu Berbuka puasa ke 13


Ayam panggang Ala Kenny Rogers


Ayam yg dah dipotong


Cucur Udang


Sago gula Melaka

Hari Ahad nyer menu kami masak Mee Sizzling, tapi SA x dapat amik gambar sebab pegang baby Tiara. Dak debab tu demam plak..dah habis makan baru teringat tak amim gambar untuk share ngan korang... berbuka hujung minggu memang seronok sebab ramai..hari ni SA balik Seremban lagi sebab esok cuti Nuzul Al-Quran..ingat nak balik rumah sewa..tapi mak plak x sihat kan...