Dalam banyak-banyak product kecantikkan atau skincare SA paling suka dengan Serum. Kenapa? sebabnya kulit muka SA adalah jenis berminyak, dengan pemakaian Serum kulit muka SA kekal lembab sepanjang hari..gunakan mekap pun tiada masalah seperti sebelum ini. Dengan Serum SA sangat yakin menggunakan mekap dan tidak perlu touch up banyak-banyak kali. Paling best apabila kulit kita sangat lembut keesokkan hari...korang kena cuba baru korang tau macam mana bestnya kulit muka jadi lembut..
Serum ini diformulasikan dengan Tocotrienol, yang 40-60 kali lebih kuat sebagai antioksidan daripada biasa Vitamin E. Formula ini membantu memperlahankan proses penuaan kulit kita dan meningkatkan keanjalan kulit kita dengan merangsang sintesis kolagen.
SA dapat merasakan kulit wajah jadi dingin apabila SA menggunakan serum pada kulit SA. Tekstur tidak melekit dan tidak berminyak. Ia segera diserap ke dalam kulit dan menjadikan kulit kelihatan begitu segar dan lembut. Beberapa titisan pagi dan malam cukup baik untuk kecantikkan kulit..
Serum ini adalah produk bebas alkohol. Oleh itu, produk ini tidak tersenarai di dalam senarai produk merbahaya. Pembungkusan serum ini juga sangat rapi dan mudah.
Ia datang dalam dua (2) saiz yang berbeza, iaitu:
10 ml (MYR 49); dan
30 ml (MYR 97)
Kelebihan Antioxidant Serum
- Membaiki tekstur kulit agar lebih sihat, segar, anjal dan tona lebih sekata.
- Memudarkan bintik-bintik hitam/ parut / jeragat kesan daripada pigmentasi
- Mengecut, merawat dan menghilangkan kesan jerawat.
- Memperbaiki kesan sunburn / lebam bawah mata
- Mengecilkan pori-pori kulit
- Melembapkan dan menghidrasi kulit.
- Membantu melambatkan kesan penuaan
- Melicinkan dan mencerahkan kulit.
Kandungan Antioxidant Serum
Aqua, Niacinamide, Glycerin, Trehalose, Citrus Reticulata (Tangerine) Peel Extract, Yeast beta glucan, Sodium Acrylates Copolymer, Sorbitan Caprylate, Panthenol, Lecithin, Tocotrienols, Calendula Officinalis Seed Oil, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Propanediol, Benzoic Acid, Tetrasodium Glutamate Diacetate
Selepas mencuba serum ini selama seminggu, SA boleh mengatakan bahawa SA sangat berpuas hati dengan serum ini. SA perhatikan berkurang kemerahan pada kulit SA dan menjadikan kulit SA terasa lebih segar pada keesokan harinya. Kalau digunakan sebagai base makeup..mekap korang akan jadi flawless sangat..
Menarik kan?jom dapatkan serum anda di
Facebook
Instagram
Lagi dah makin berumur ni lagi nak kena jaga kan SA... kalau tak, adoiiii.. kedut2 habis kita ni.
ReplyDeletekita pun suka pakai serum. Kalau nak kluar just pakai serum jer..mls nak tepek2 bedak bagai..terbaik serum ni..:)
ReplyDeleteNieyl dah cuba serum ni..
ReplyDeletesangat best, muka kita sentiasa lembab dan kalau pakai make up tu nampak flawless :)
Kak Sue pun suka serum SA..
ReplyDeleteBestnya serum ni kak. Kita samalah paking suka serum. Harga pun boleh tahan kira berbaloi dengan kualitinya. Tak sabar nak pakai serum ni gak.
ReplyDeletetak pernah pakai serum kat muka...hihih...nampaknya kena mulakan dah ni..
ReplyDeletepernah jugak pakai serum..bila dah abis..tak beli-beli lagi..menarik jugak serum ni ya.
ReplyDeletekita tak pernah pakai serum...entah ek, sejenis malas nak pakai banyak benda...sebab tu la muka berjelaga aje...hahahah
ReplyDeleteserum letak peti ais tau SA...best pakai
ReplyDeletebagaimana akan berlaku pada wajah kerana saya dibawa ke kedai dan terlalu murah kerana pembeli malaysia menawarkan saya untuk digunakan shopee voucher untuk mendapatkan produk dalam talian supaya itulah sebabnya saya bertanya kepada anda jika ia memberi kesan jadi sila tambahkan ini kepada pembeli
ReplyDeletekalo dia meresap cepat tak melekit.. memang on serum macam ni =D
ReplyDeleteserum bagus untuk kulit, tp ramai yg tak tahu
ReplyDeleteDah order tak sampai lagi tapi bukan brand ni. Serum lama saya anak main dan tumpahkan. Baguskan diaorang, nak cantikkan lantai..
ReplyDeleteusia2 cam kita ni, mmg digalakkan guna serum kan, SA
ReplyDeletemenarik
ReplyDeleteBetui k.sa. aina pun suka serum.sbb muka aina pun agak berminyak.
ReplyDelete