Thursday, April 11, 2019

Perkongsian Sebab Cerai Berai...Ada Betulnya Juga...

Hi korang...

Scroll2 FB terbaca pasal kes bercerai ni...saje tepek kat sini dan share dengan korang...takde kena mengena ngan SA kes ni...SA kes lain...jom baca...

Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dgn mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak mmg tak boleh la kan. Tak psl2 dpt status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka mmg tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap "kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang," katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm...... Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. "Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dgn mak saya dan awak setuju. Skrg kenapa tak boleh pulak?" haaa...... siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dgn maknya?

Bila isteri berselisih faham dgn mak, suami keluar rumah. Lepak dgn kawan. Malas masuk campur dgn harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yg dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dgn kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yg dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula2 akan ada bunyi sbb sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kpd bagaimana layanan kita pd mak ayah. Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dgn hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yg lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kpd para lelaki, sila baca sejarah.

Sekian....

**Kredit- Farizal Radzali

12 comments:

  1. banyak dah dengar cerita macam ni..dulu pun pernah alaminya jugak...Better duduk rumah sendiri walaupun lelaki tu anak tunggal.Kalau jenis yang faham takpe jugak.Boleh terima menantu seadanya dan tak banyak complain..

    ReplyDelete
  2. betul lah SA, terkesan betul mula2 ayat yg lelaki tu ucapkan tuh... kata pempuan semua nk menang... tp perenggan lps tu... pun betl, menantu laki balik kerja mandi jga anak kejap pastu tgk tv tp kalau menantu pempuan banyak sgt yg perlu di tengok di belek...

    dana setuju sgt, bila dh kawin kene ddk asing ngn family, biar rasa susah senang mcmne... nk ddk dekat ngn mertua boleh tp biar rumah lain2... tak kisahla walaupun umah selang serumah pun...

    ReplyDelete
  3. Menantu mmg tak boleh tinggal dgn mentua. Satu lagi tiada perempuan suka share dapurnya dengan orang lain. Trust me.

    ReplyDelete
  4. Antara nafkah yang dituntut dari seorang suami ialah tempat tinggal yang isterinya suka. Bukannya perlu mewah ,cukuplah jika dia selesa tinggal disitu..tapi ramai anak lelaki kesayangan emak tak ambil peduli pasal nafkah ini..

    ReplyDelete
  5. Banyak rumah takpe, jangan banyak serumah.

    ReplyDelete
  6. terima kasih untuk entri ni...jadikan iktibar buat diri saya

    ReplyDelete
  7. Mcm kes kami, mak asben dah meninggal. Saya dan anak-anak tak merasa kasihnya. Dan.. Saya tak ada pengalaman mempunyai mak mertua

    ReplyDelete
  8. 12 tahun bersabar hasben takde pun nak puji ke or cuba faham kedudukan wife. nasib la jadi orang perempuan macam tu. sabar sabar dan sabar..

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan pendapat SA. Kegagalan rumah tangga adalah berpunca dari suami. Suami bertangungjawab untuk memimpin dan mendidik isteri serta anak-anak serta memberi kasih sayang secukupnya... Jika suami gagal menjalankan tanggungjawab nie, tak nak salahkan orang lain pula... Taraf mertua adalah sama dengan ayah dan ibu sendiri... Mak mertua saya tinggal dengan saya dan adalah tangungjawab saya untuk menjaganya seperti menjaga ibu saya sendiri... so, berbalik pada isu tinggal dengan mertua nie sepatutnya tiada masalah kalau kita dapat menerima mereka seperti ayah dan ibu kita sendiri... Yang selalu menjadi isu nie bila kita tak terima dan hormat mereka macam ayah dan ibu kita sendiri...

    ReplyDelete
  10. Dalam kisah ini, kesian isteri.. Sedih bila husband tak faham isteri dan tak tahu mainkan peranan sebagai perantara.. Buat keputusan ambil jalan mudah, langsung tak fikir masa depan anak-anak dan tanggungjawabnya sbg pelindung kepada isteri..

    ReplyDelete
  11. baru baca kisah ni tadi kat fb..dia sebenarnya klu duduk ngan mertua, ada pro & kontra..kena mainkan peranan dua2 pihak..Sebagai isteri, rasanya memang kita kaum wanita akan lebih banyak mengalah ngan org tua..tmbh dengan cara hidup kita sebelum kawen, berbeza dengan family mertua akan ada isu disitu utk sesuaikan diri dengan cara hidup dorang..as orang tua, dorang tak akan berubah sebab dah besa sejak berpuluh tahun lagi..nak tak nak kita la yang kena ikut walaupun mgkn ada yang kita tak setuju...bersabar ada tahap dia..tapi kalau dah sampai limit, mmg kita akan bersuara..terpulang pada suami nak menangkan siapa..sebagai suami, pttnya dia lebih tahu tanggungjawab sebagai suami dan ayah pada anak-anak..dan tak pentingkan sebelah pihak je..

    ReplyDelete
  12. Pendapat peribadi Kak Sue kalau boleh elak lah duduk sekali.. takut nanti macam-macam benda yang tak patut jadi terjadi pula kan. Apapun terpulang kat diri sendiri juga..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah