Wednesday, April 10, 2019

Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort


Sabtu lepas SA dan keluarga ke Bangi Golf Resort untuk preview Iftar Sesama. Mengambil berkat daripada kehadiran bulan Ramadhan, Bangi Golf Resort menjemput orang ramai mengambil kesempatan di bulan mulia ini untuk Iftar Sesama insan-insan tersayang. Bukan sahaja bersama ibu bapa, isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang lain, bahkan sesama rakan dan insan-insan yang kurang bernasib baik untuk menikmati sajian enak yang disediakan oleh Chef yang berpengalaman.

Tarikan utama buat pengunjung sudah tentu seleksi buffet dengan lebih 200 jenis masakan daripada hidangan tradisional melayu sehingga kepada hidangan barat untuk citarasa yang lebih moden. Masakan yang diperkenalkan kali ini bakal membangkitkan kenangan masakan ibu di kampung.

Konsep Kebun Dalam Bandar, sememangnya sesuatu yang bermakna dan menjadi kebanggaan restoran BGR dengan mengetengahkan bahan mentab yang ditanam sendiri khususnya bagi masakan Melayu dan Tradisional.


Kambing Panggang



Sup Kambing




Nasi Kerabu bersama ulam-ulam organik yang dipetik sendiri oleh chef -chef kami tidak harus dilepaskan. Apatah lagi jika dimakan bersama serunding kelapa ikan,kuah sambal tumis,keropok ikan, ayam goreng berempah dan gabunga  ulam-ulaman seperti bunga kantan, kubis bulat, ulam raja, daun selom, kacang panjang, selain budu beserta hirisan limau nipis dan cili sebagai penyedap rasa. Malah bunga telang yang menghasilkan warna biru pada nasi juga datang dari kebun mereka.


Satay Ayam


Nasi Ayam


Laksa Singapura


Ipoh Hor Fun


Chicken Varuval


Kambing Masak Hitam


Sous Vide Egg dengan Cendawan Espuma


Sambal dan ulam-ulaman


Kari Ikan Tenggiri


Carbonara


Spaghetti Bolognese


Durian!!!


Kuih muih




Sebenarnya, bukan setakat sajian buffet berbuka puasa yang menjadi tarikan utama . Banyak kebaikkan lain yang tersirat di sebalik Iftar Sesama di BGR. Seiring dengan maksud sesama iaitu 'bersama'. Restoran BGR akan menyumbangkan 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan Al Mubarak ini kepad Islamic Relief Malaysia ( IRM). Restoran BGR  turut bekerjasam dengan Food Aid Foundation, menyumbangkan dan menyelamatkan mana-mana lebihan makanan daripada Buffet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan

Bagi menjamin keselesaan pengunjung, turut disediakan surau dan tandas yang telah di renovate dan juga lebih 800 lot parkir di sekitar BGR

Iftar Sesama di BGR menjanjikan buffet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian sajian enak dan berkualiti. Harga untuk tempahan dalam talian bermula dari serendah RM59 nett untuk dewasa dan RM29nett untuk kanak-kanak.


Jom Iftar Sesama Di Bangi Golf Resort!!!!

8 comments:

  1. Setiap tahun tak pernah miss ke sini, walau ramai orang tapi jarak dari rumah tak jauh dan parking pun mudah

    ReplyDelete
  2. Yumyum...sedap-sedap makanan dia kan...

    ReplyDelete
  3. Banyak pilihan menu kat sini kan SA.. memang puashati..

    ReplyDelete
  4. tak sempat bersua SA kali ni masa tu nampak masing2 tengah queue hehe :)

    ReplyDelete
  5. Jadi rambang mata kan kak nak pilih makanan yang mana satu .semua sedap sedap

    ReplyDelete
  6. teringat berapa tahun lepas, kat BGR ni la first time saya turun review buffet Ramadhan dengan rakan2 blogger area KL...

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat makan2 dan buat review kat BGR ni. Saya dah lama tak buat sejak tolak hari tu, derang dah tak panggil. yelah, jauh kot nak datang semata nak buat review BGR.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......